Ahad, September 12, 2010

4 Mayat Dibakar Ditemui (Updated)

Semasa tampalan ini ditulis, polis masih tidak mengesahkan identiti 4 mayat ditemui di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Saya difahamkan, suspek diberkas polis membawa pasukan polis ke lokasi, kira-kira 200 meter dari jalan utama. Wartawan dan jurukamera masih tidak dibenarkan masuk ke ladang terbabit, mereka berada di kawasan sekitar tempat kejadian sejak jam 12 malam tadi.

Pasukan forensik dalam perjalanan ke lokasi.

7 suspek termasuk individu bergelar datuk dan adiknya, doktor dilaporkan ditahan polis untuk membantu siasatan.

Untuk rekod, jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Motif pembunuhan masih disiasat.

Update

Pasukan forensik tiba di lokasi jam 12.20 tengahari. Wartawan 999, Hazlin Hussain berada di rumah Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak untuk meninjau perkembangan terkini. Menurutnya keluarga Sosilawati enggan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

6 ulasan:

  1. mudah2an bukan merekalah yg dtemui itu...masih pk baik ni..

    BalasPadam
  2. semoga Allah melindung mereka2 yang tidak berdosa dan selamatkan lah mereka.. harap2 bukan lah mereka yg ditemui itu.. amin.

    BalasPadam
  3. kalau dah tertangkap, tak payahlah bawak ke court..buang masa jer..tembak je trus...senang

    BalasPadam
  4. Ya Allah....
    gerun membace, ape nk jadi lagi...
    mudah2an bkan mereka yg ditemui...

    siapa pun mereka, apelah dose mereka dibakar...
    dah takde perikemanusiaan kebanyakan rakyat malaysia...

    lepas 1 per 1 bencane dtg...
    Ya Rabbi..

    BalasPadam
  5. hrp2 bukann.. x dpt nk bygkn mcm mn perasaan keluarga mereka..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.