Ahad, September 12, 2010

Latest! Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati


Berikut berita baharu saya terima.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, 4 mangsa terbabit dibunuh dan mayat mereka dibakar di dalam persinggahan, milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Jam tangan seorang daripada mangsa ditemui di premis terbabit.

8 suspek berusia di antara 19 dan 41 tahun diberkas termasuk 2 wanita, mengaku terbabit dalam kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh.

Motif dipercayai menjurus ke arah persaingan perniagaan.

Menurut Datuk Seri Bakri, kesemua mangsa dibelasah dan ditikam sebelum dibakar di ladang terbabit. Abu mayat dicampakkan ke dalam sungai kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. Turut ditemui pisau dipercayai digunakan untuk membunuh kesemua mangsa.

Perancang utama dilaporkan peguam bergelar 'Datuk' berusia 41 tahun dan adiknya juga peguam, 38 tahun. Datuk terbabit sebelum ini dipercayai terbabit dalam 4 kes jenayah lampau mempunyai modus operandi sama.

Kesemua suspek direman sehingga 19 September akan datang untuk membantu siasatan lebih terperinci.

Setakat ini saya tidak mendengar komen 3 keluarga mangsa lain, kecuali sulung anak Datuk Sosilawati. Sebelum ini seorang daripada mangsa dilaporkan menghantar pesanan ringkas kepada isterinya, mengatakan dia akan pulang dalam tempoh 3 hari dan memberikan penjelasan berhubung 'kehilangannya'. Nampaknya niat itu tidak menjadi kenyataan dan penjelasan terbabit tidak dapat dilaksanakan.

Al Fatihah! Takziah saya rakamkan kepada semua ahli keluarga mangsa. Saya yakin undang-undang negara akan menghukum pesalah sewajarnya dan pastinya perbicaraan kes berprofil tinggi ini akan menarik perhatian jutaan warga Malaysia khususnya orang Melayu.

16 ulasan:

  1. kejam.... semoga yg terlibat mendapat pembalasan setimpal

    BalasPadam
  2. Sebagai anak Melayu dan warga Johor, saya turut merasai kehilangannya. Walaupun tak pernah mengenalinya secara dekat tetapi perjalanan kehidupannya wajar dijadikan teladan kepada anak2 kita.

    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  3. moga yg bertanggungjawab mendapat pembalasan setimpal~

    BalasPadam
  4. Gila! Tak ada ker cara lain nak selesai masalah?

    Islam apa nih?

    Alfatihah untuk semua Roh mangsa.

    BalasPadam
  5. ya mazidul,,,selama ini mereka bermaharajalela. MO mereka bunuh, bakar dan buang abunya. Kawan-kawan politik mereka macam mana agaknya ya?

    BalasPadam
  6. astaghfirullah....azim.. apakah tahap kewarasan telah lenyap ketika tragedi itu dimulakan.. dgn ramainya mangsa dan yg terbabit tak terbayang betapa rentetan perlakuan itu dilaksanakan... apakah jika dendam kesumat menjadi sebab apakah hanya itu saja cara kepuasan hati..?

    Apakah nikmatnya hasil usaha perniagaan dikagumi kejayaannya tapi disebalik gah berselirat dgn nafsu tak terbatas...

    Al fatihah..

    BalasPadam
  7. apakah maksud singalautmetro menyatakan..

    Kawan-kawan politik mereka macam mana agaknya ya?

    Dahsyat bunyinya..

    BalasPadam
  8. hilanglah usahawanita dan cerdik pandai bangsa melayu... dunia makin kejam..

    BalasPadam
  9. Harap mekera dibicarakan secara telus...tidak mengira pangkat dan darjat...kes berprofile tinggi nih slalunye akan diam begitu saje...Harap² mereka yg terlibat mendapat balasan yg setimpal..

    BalasPadam
  10. Mazidul, inikah suspek yg dimaksudkan?
    DATUK EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN
    (NO K/P : 690211-10-5525)
    Gambar dia boleh check kat facebook. Ikut umur dia betul2 41 tahun. Adik dia umur 38 thn juga seorg lawyer.
    Kalau salah, mohon maaf.

    BalasPadam
  11. kejam dan tidak berperikemanusiaan.. semoga kesemua yang terlibat mendapat balasan sepertimana perlakuan mereka
    takziah & Al-Fatihah buat kesemua mangsa kejadian

    BalasPadam
  12. Allah sahaja yang membalas dosa2 mereka...

    BalasPadam
  13. Kejam! Bila dah berjaya ramai pulak yang degki

    BalasPadam
  14. terkejut sungguh..
    apa nak jadi..
    terasa macam arwah masih hidup dek kerana tak sangka ada manusia yang terlalu kejam...

    takziah buat semua ahli keluarga mangsa

    alfatihah buat semua arwah..

    BalasPadam
  15. 4 kes silam?maksudnya sblm nih pon memang mereka dah pernah buat camtuh tapi tak ditangkap?biar betol!!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.