Rabu, September 15, 2010

Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? (Updated)

Semalam, di antara jam 12 tengahari dan 5 petang saya berada di kawasan lobi Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kuala Langat, Selangor, menunggu.

"Datuk ada di atas tengah buat laporan polis," kata sumber.

Datuk, ahli perniagaan dikatakan sepatutnya bertemu suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya 3 hari lalu untuk menuntut kembali wangnya berjumlah 1.5 juta ringgit berikutan 2 transaksi beli jual tanah di Pulau Pinang.

Saya dan penerbit 999, Shahnun Hanif akhirnya berjaya menemubual ahli perniagaan terbabit awal malam tadi di rumah beliau.

Menurut beliau, transaksi pertama pada bulan Mac 2008 membabitkan rakan kongsi perniagaannya, Datuk Sosilawati, suspek utama dan 2 orang kenamaan lain.

"Kami sepatutnya mendapat keuntungan 4 juta ringgit dalam tempoh 6 bulan, hasil beli jual tanah itu, bahagian saya 500,000 ringgit tetapi selepas lebih 2 tahun peguam terbabit (suspek utama) tidak menyerahkan wang itu kepada kami," kata datuk berusia 42 tahun terbabit.

Lokasi tanah seluas 30 ekar terbabit di Batu Feringgi.

"Transaksi ke dua, membabitkan seorang rakan kongsi, kami membayar  deposit 1 juta ringgit. Suspek utama kemudian berjanji memulangkan wang itu kembali pada 13 September lalu, mujur saya berada di Johor, beraya pada ketika itu," tambahnya.

Setelah diperiksa, tanah di Butterworth terbabit diragui status hak miliknya.

Datuk terbabit dan rakan kongsinya membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuala Langat pada jam 11 pagi semalam namun enggan bertemu saya pada waktu itu.

"Saya bersyukur tidak bertemu dengan suspek, jika tidak, mungkin saya menjadi mangsa ke lima," tambah beliau.

Temubual bersama beliau akan disiarkan dalam 999, jam 9 malam esok. Bagaimana pun identiti datuk terbabit tidak dapat kami dedahkan atas faktor keselamatan.

10 ulasan:

  1. huh..
    mmg suka bunuh orang ke suspek utama tuh?
    takutnya.

    BalasPadam
  2. tak lama lagi kuar la spekulasi siapa datuk tu...hoho

    BalasPadam
  3. saya juga mahu tahu siapakah gerangan dato yang kaya raya tu...

    BalasPadam
  4. Datuk ker, orang biasa ker, nak ada duit banyak tak apa. Tak ada salah, tapi biarlah dari sumber yang halal. Itu yang berkat dunia akhirat.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Panjang umut Datuk tuh...siapakan beliau??

    BalasPadam
  6. Datuk Sosilawati telah buat silap besar kerana buat urus niaga yang berisiko melibatkan puluhan juta RM dengan peguam (Datuk) yang diragui status dan dari segi moralnya.

    Apalah logik buat urus niaga RM berjuta dalam kebun kelapa sawit, ladang ayam dan makan kat restoran 'cokia' tu....Pelik bin ajaib...

    Lagipun kita patut kira juga soal reputasi sesuatu kaum/orang bila menaruh kepercayaan melibatkan kewangan dan soal keselamatan.

    Kita patut sedar risiko dipatuk ular jika berurusan dengan ular...
    (kaki belit).

    BalasPadam
  7. Setuju sangat sangat dengan Nota Fikir. Sesiapa yang duduk di Kapar, Selangor dalam tempoh yang lama tahu sangat lah dengan kerenah dan lagak 'kap lam ya nga' ini, walau tak nafi kan juga masih ada yang baik, tapi tak ramai.

    Sekian

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.