Selasa, September 07, 2010

Wow! (Updated)

Pemandu?

Update

Ha! Ha! Ha! Spekulasi, Spekulasi.

Saya hanya ingin berkongsi maklumat berhubung pemandu bas Rapid KL melanggar kereta saya tempoh hari.

Benar, dia warga Indonesia tetapi mendakwa kononnya berasal dari Johor. Saya dihubungi pihak pengurusan syarikat pengangkutan terbabit.

"Dia PR (permenant resident) dan baharu bekerja dengan Rapid KL. Kita dah arahkan dia membuat laporan polis dan kami sedang menyiasat kes ini"

2 hari lalu Rapid KL meminta saya menghantarkan kepada syarikat, salinan laporan polis dan surat permohonan untuk membuat tuntutan ganti rugi.

Leceh tetapi InsyaAllah saya akan memberi kerjasama. Namun saya masih ingin bersemuka dengan pemandu angkuh terbabit. Rapid KL juga seharusnya menunaikan permintaan itu. Jika tidak, saya akan mendapatkan maklumat lengkap dari Jabatan Pengangkutan Jalan samada pemandu sama mempunyai dokumen lengkap untuk bertugas sebagai pemandu atau sebaliknya.

Itu perkembangan kes kemalangan berlaku Jumaat lalu.

Pemandu? Oh! Pemandu itu?

Spekulasi setakat ini tersebar di kalangan wartawan, biar saya rahsiakan terlebih dahulu perinciannya. Membuat sebarang kenyataan awal berbahaya. Tambahan pula semua blog kini dilaporkan sedang dimonitor sepenuhnya Suruahanjaya Komunikasi dan Multiledia Malaysia.

Saya percaya kes itu akan terlerai dalam jangka waktu terdekat.

12 ulasan:

  1. Eh! apa cerita ni???? Sumpah kakcik tak faham...

    BalasPadam
  2. Ha.. baru 'nampak jalan' sikit... dah boleh agak2... :)

    BalasPadam
  3. Uish ! Suspen nyer ... PEMANDU yer ...Hmmmmmmm (garuk garuk dagu tak gatal)

    BalasPadam
  4. hahahah..idon rupanya..belagak mcm org tempatan..jahanamm! tapi.mcm mana org indon bleh berkerja sebagai pemandu?? rapipkl tak chek betul2 identiti..apa daa..menyusahkan jer..

    BalasPadam
  5. Tulah ending nya misteri sungguh..

    "Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri" (pinjam tagline Misteri Nusantara jap).. HahahahA

    BalasPadam
  6. Dalam bulan yg mulia ni,
    kenalah sentiasa bersangka baik.
    Apa2pun, macam kes ex-ADUN yg tertembak diri sendiri tu saya pun nak tahu jugak kesudahannya...

    BalasPadam
  7. alah..macam tak kena apa2 pon pemandu tu..ni yg takpuas hati ni..abg mazidul tlg lah cari jalan mengajar mamat tu..kalau tidak lain kali dia berani buat lagi..dan tak respek dgn org kita.

    dah berani kerja bawak bas lak skrg..pastu langgar org..blh marah org pulak nih.

    BalasPadam
  8. Aik...dah langgar...nak menipu pulak driver bas tuh ek...asal diew tak pakai uniform??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.