Ahad, Mei 22, 2011

Tertimbus Di Hulu Langat (Gambar Tidak Disiarkan Di Akhbar)

Bayangkan keadaan ini.

Jam 6 petang, hujan turun mencurah curah, tiada tempat berteduh kecuali di bawah pokok di tepi jalan. Saya berasa bimbang jika barangan elektronik, antaranya Samsung Galaxy Tablet dan kamera digital terkena air. Mujur beg galas Crumpler saya tidak ditembusi air. Lihat gambar saya rakamkan di lokasi kejadian tanah runtuh menimpa bangunan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, Selangor.


6.09 petang, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki digegaskan ke hospital.


Pakaian basah dan tubuh menggigil kesejukan akibat berada di dalam hujan lebih 1 jam. Jam 6.45 ketika hujan mula reda, tiba-tiba puluhan pekerja penyelamat berlari turun dari belakang bangunan dibina di lereng bukit kerana berlaku pergerakan tanah. Lensa kamera saya berkabus namun 3 gambar berikut sempat saya rakamkan.


Sebelum gambar dirakamkan, 2 mangsa dikeluarkan dari bawah runtuhan, maut. Hairan bagaimana bangunan separuh siap itu mendapat kelulusan didirikan di cerun bukit. Lokasi rumah runtuh, di bahagian atas belakang bangunan terbabit dan tidak kelihatan di dalam gambar kerana pihak media tidak dibenarkan mendekati kawasan bencana.


Berikut gambar dimuatkan Berita Harian.


Di surau berhampiran, 2 mayat ditemui awal, sempurna dikafankan. Tidak ramai orang berada di lokasi terbabit kerana majoriti menumpukan perhatian terhadap usaha menyelamatkan mangsa masih tertimbus.


Saya difahamkan, seorang daripada mangsa, Mohd Zaim Azahari, berusia 14 tahun. Adiknya, Mohd Azret, 8 tahun dilaporkan turut terkorban. Saya sempat menemui bapa dan ibu  mangsa, Azahari Mat Selek dan Noreha Ariffin di surau terbabit sebelum mayat dihantar ke Hospital Kajang.


Azahari, warden manakala Noreha, tukang masak di asrama Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terbabit.

Saya percayai kanak-kanak bertudung merah di bawah, adik Mohd Zaim, terselamat ketika bangunan runtuh. Saya terpandang air mata jernih masih mengalir di pipinya sewaktuanak kecil itu melangkah keluar dari surau. Biarpun berusia mentah, saya yakin dia faham, abang dan adiknya kini sudah tiada lagi di dunia ini.


Beberapa pemimpin negara dan negeri Selangor berada di lokasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 


Wartawan 999, Hazlin Hussain tiba di lokasi, membawa bersama 2 tuala untuk saya dan jurukamera. 

"Tadi ternampak kereta abang, bling! bling! Hazard light terpasang. Lyn jalan kaki 50 minit sebab kena parking jauh," ujarnya.

Spontan saya teringat, sewaktu memandu menuju ke lokasi kejadian, saya memberikan lalauan kepada kenderaan Bomba dan Penyelamat berikut.


Bertujuan mengelakkan kesesakan jalan raya, saya memasang hazard light dan kemudian mengikuti rapat kenderaan terbabit sebelum memakir kereta di tepi jalan. Jalan masuk ke lokasi kejadian ditutup pihak berkuasa untuk mengawal lalu lintas, berikutan itu saya berjalan kaki kira-kira 25 minit ke tempat bencana berlaku


Saya tidak sempat makan tengah hari, mujur anggota Bomba dan Penyelamat bermurah hati menghulurkan kami 2 bungkusan nasi berlauk ayam.


2 bungkus nasi dikongsi bertiga manakala tuala digunakan untuk mengelap dan mengeringkan badan basah kuyup.


Saya beredar dari lokasi kejadian pada jam 12.30 malam dan kemudian mendapati enjin kereta gagal dihidupkan.

Lebih 7 jam hazard light terpasang, bateri habis. Mujur saya bertemu anggota Malaysian Armateur Radio Emergency Service, MARES berkebetulan berada di lokasi sama.


Menggunakan jumper cable, enjin kereta saya berjaya dihidupkan. Terima kasih kepada Azman Zainal Abidin (berjaket hijau) dan semua rakan MARES sudi membantu.

Dilaporkan pada jam 5 pagi tadi, 16 mayat remaja lelaki berjaya dikeluarkan dan sebilangan jenazah di hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Takziah kepada semua keluarga mangsa berhadapan kesedihan tidak diduga.

Saya percaya siasatan terperinci dan telus berhubung punca sebenar menyebabkan kejadian tanah runtuh akan dilakukan pihak berwajib. Mahu atau tidak, pasti ada pihak bakal terpaksa menjawab mengenai status kelulusan membenarkan bangunan dibina dicerun bukit.

22 ulasan:

  1. Innalillahhiwainalillahhirajiun. Baru tiba di KLIA. sedihdan sebak bila mendapat berita di kaca tv. Ramai yang sebak dan ramai juga yang memperkatakan perihal bangunan dibina di lereng bukit. Apa pun sudah sampai ajal mereka. Ketentuan Allah. Apa yang penting ambil iktibar dari kejadian yang berlaku. Al fatihah.

    Masih sebak terkenang nasib mangsa yang kesemuanya kanak kanak.

    BalasPadam
  2. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
    ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

    semoga Roh roh mereka di sisi orang yg soleh...

    BalasPadam
  3. Sangat2 simpati tanpa sedar mengalir air mata...

    Semoga roh mereka dicucuri rahmat...

    ***************************

    Byk kali perkara sebegini berlaku, mengapa ade yg terlepas pandang lokasi rumah anak2 yatim tersebut akan mengundang bencana?

    Masing2 akan menunding jari...

    Al Fatihah...


    ~ticesu.com~

    BalasPadam
  4. Innalillahi wainna ilaihiraji'un..

    Allah sangat menyayangi mereka.. kerana itu Allah mengambil mereka pada usia yang mentah.. kehidupan di hadapan mungkin terlalu berat untuk mereka hadapi.. semoga mereka lebih tenang di sisi Allah.. syurga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anak2 yatim ini berbanding rumah di lereng bukit..

    mereka yang terkorban lebih kurang sebaya dengan anak-anak saya.. semoga kita yang masih hidup ini mendapat iktibar dari apa yang berlaku..

    sayangi anak-anak.. fikirkan masa hadapan mereka.. jangan terlalu asyik mengejar dunia.. sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak..

    wallahualam..

    alfatihah.

    BalasPadam
  5. sedih sangat..malam tadi tengok berita tertengok kaki kecil dibawah timbunan tanah..
    Sesungguhnya mereka bakal penghuni syurga Insya Allah...

    BalasPadam
  6. Al Fatihah..semoga roh mereka di rahmati yang Esa.

    BalasPadam
  7. Innalillahiwainnalillahhirajiun..

    Semoga semua roh mangsa ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Aktiviti Makak Dan Mengancau Di Mukah Sarawak
    Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

    BalasPadam
  8. Takziah untuk keluarga mangsa.. semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman..

    Semoga segala urusan dipermudahkan Allah Taala..

    BalasPadam
  9. Takziah kepada semua yang terlibat. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    P/S: Salah seorang mangsa yang terkorban adalah anak kepada bekas rakan sepejabat saya. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  10. Sangat menyedihkan. Menitis air mata saya bila tengok berita ni kat tv.

    BalasPadam
  11. Al Fatihah. .semoga roh mereka dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  12. al-fatihah...semoga btiada pihak yg menunding jari menyalahkan satu sama laon..dalam keadaan sebegini..fikirlah mengenai nasib keluarga mangsa..buka isu kelulusan atau sebagainya...kita manusia yang takkan tahu dimana ajal kita akan tiba...semoga anak-anak ini ditempatkan di Firdausi...

    BalasPadam
  13. sedih bila baca berita ini.. tapi baca juga... tengok juga di tv... aduhhhh... Al-fatihah utk semua mereka...

    BalasPadam
  14. Satu lagi cerita menyayat hati.
    Sedih teramat sangat... kerana berlaku pada anak yatim.Semoga roh mereka dicucuri rahmat.AlFatihah.
    Terima kasih pada pasukan dan orang ramai yang datang membantu.
    Terima kasih Mazidul kerana gambar-gambar ini.Cuma sedikit terkilan kita tak pernah ambil iktibar dari tanah runtuh.Selepas ini sibuklah balik pantau sana sini projek dilereng bukit.Lepas tu senyap balik.Sehinggalah berlaku balik tanah runtuh.Pi mai Pimai tang tu juga.

    BalasPadam
  15. Salam.takziah buat keluarga mangsa.Berita tersebut amat menyedihkan.

    BalasPadam
  16. bila dah jadi sebegini, masing2 menunding jati..bukan nak mengaku kesilapan..hukum dunia..yang penting hukum akhirat..apepon tq bro mazidul..cuma sedikit terkilan, rakan sy yang tinggal di tempat kejadian mengatakan eskot TPM belagak..lebih mementingkan TPM nak lalu drpd ambulans yang bawa mangsa..ambulans siap disuruh berenti nak bagi TPM lalu..ape lah dorang nih..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.