Selasa, Mei 31, 2011

Kelibat Lembaga Hitam Di Kubur

Jam 3.15 pagi, lokasi, Krematorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya,  Jalan 229, SS1, Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.


Difahamkan, kelibat lembaga hitam pernah dirakamkan di kawasan kubur berhampiran tempat pembakaran mayat terbabit.

Setelah menyediakan peralatan untuk merakamkan gambar, saya kemudian menyertai kumpulan diketuai pengkaji paranormal, Rahmat Mokhtar bersama 5 rakannya memasuki tanah perkuburan berhampiran.

"Uniknya, kawasan ini ada 3 tanah perkuburan. Kubur untuk penganut Kristian, jerat Cina dan kubur orang Islam, terletak berhampiran antara satu sama lain," ujar Rahmat.

Saya dapati, tanah perkuburan terbabit agak luas. Gambar di sepanjang field trip dirakam menggunakan kamera Canon Power Shot G12.


Mujur saya memakai jaket dan topi, jika tidak darah saya pasti menjadi cecair hisapan banyak nyamuk berterbangan. 


Lazimnya, kubur, tempat persemadian orang mati, sering kali dikaitkan dengan suasana menggerunkan namun pengalaman malam tadi, berbeza. Barangkali kerana ramai kenalan berada di lokasi sama, perasaan itu tidak timbul. Bagaimanapun, sesekali debaran tetap menyelinap di tubuh.

Untuk rekod, saya tidak pernah berkunjung ke kawasan perkuburan pada waktu malam sebelum ini.

Tujuan utama kami ke lokasi terbabit, merakamkan gambar entiti tidak dikenali.


Berjalan di dalam gelap, sesekali kaki tersadung batu nesan dan pantas saya cuba mengelak kejadian berulang.


Jam 3.38 pagi, saya menghalakan alat penyukat suhu menggunakan cahaya laser ke bahagian atas pucuk pohon kemboja. 


Perhatikan bacaan meter asal, 80 darjah Fahrenheit (27 darjah Celcius).


Suhu tiba-tiba jatuh ke 51 darjah Fahrenheit (10.5 darjah Celcius).

Jika arah pancaran cahaya laser diubah di antara 1 dan 2 meter, samada ke kiri, kanan, atas atau di bawah posisi asal, suhu kembali meningkat ke bacaan asal (base reading), 80 darjah Fahrenheit.

Mengikut pengkaji paranormal negara barat, perubahan suhu di antara 5 dan 10 darjah Fahrenheit (lebih sejuk atau lebih panas) menunjukkan kewujudan aktiviti paranormal. Apapun, hanya Allah maha mengetahui berhubung kejadian sebenar.

"Ada juga orang minum arak di kawasan kubur ni," keluh Rahmat.


Peristiwa dilalui awal pagi tadi akan menjadi satu lagi pengalaman menarik bakal diabadikan di lipatan kenangan.

Berminat membeli kamera digital pada harga LEBIH murah? Sila klik Kedai Kamera Kami.

14 ulasan:

  1. huhuh. seramnye tengok kubur dalam gambar ke 4 tuh.

    BalasPadam
  2. saya masih tak faham bacaan meter penyukat suhu tu, kalau incik mazidul suruh saya sukat tanpa di guide, hantu diri depan mata pun saya tak sedar -.-'

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Saya pernah menggunakan thermometer mcm ni untuk sukat suhu. Setahu saya, alat ni ade ralat bergantung kepada jarak antara thermometer dgn point. Mohon dijelaskan. Mungkin lain jenis/brand thermometer lain ralat/tiada ralat.

    BalasPadam
  4. Mike, maaflah. Saya bukan pakar dalam hal ini, justeru bukan tugas saya untuk memberikan penjelasan.

    Awak boleh membaca maklumat dibekalkan pelbagai kumpulan membuat kajian berhubung paranormal dunia.

    Please Google.

    BalasPadam
  5. Salam...jika saya tak berani nk pergi tempat mcm ni....

    BalasPadam
  6. Arshad, saya pun bukan berani sangat but it is a new experiance.

    Itu sahaja.

    BalasPadam
  7. Bang, lembaga tu memang real ke atau mcm citer "Hantu mak limah balik rumah"? hehehe..dia x menggangu crew2 yang lain ke bang?

    BalasPadam
  8. Fee, lembaga apapun, kalau bukan manusia tak pernah terbabit membunuh, mencederakan atau merogol.

    Walhal, manusia membuat semua itu.

    Think about it.

    BalasPadam
  9. kena kuat semangat..kalo tawakal kat Allah, pasti semua keadaan selamat.

    SMTI :)

    BalasPadam
  10. Berani sungguh budak perempuan dua orang tu....saya tak seberani itu, kadangkala, kalau terpaksa menghadiri mesyuarat bersama PIBG di sekolah pada waktu malam, suami yang kena hantar dan ambil..kalau suami tak ada, ponteng meeting la jawabnya...tak berani nak memandu dengan keadaan jalan gelap dan berhutan...takut nak pandang cermin belakang, takut ada yg tersengih kat saya...he he...

    BalasPadam
  11. Seronok jugak ye ikut kumpulan penkaji paranormal ni. Ramai2 ni, kurang sikit la rasa takut tu..heheh..Tapi, betul le seperti kata En. Mazidul, hantu/jin/jembalang, setakat menyakat manusia, tapi, manusia yang sebenarnya2, adalah lebih kejam - merogol, membunuh, mencuri, mencederakan (especially kes simbah acid baru2 ni)

    BalasPadam
  12. Salam ,

    Ic bestnya.... pengalaman yang menarik

    BalasPadam
  13. SMTI .. Seronok juga blog ni post tentang aktiviti paranormal, benda yang kadang2 tak pernah tahu macam mana benda nya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.