Khamis, Mei 12, 2011

Warga Thailand Menyalahgunakan Visa Pelancong Kini Lebih Berani

Kita sering kali dimomokkan dengan kes berhubung pendatang tanpa izin atau warga asing menyalahgunakan pas lawatan sosial di Malaysia.

Majoriti mereka dari Indonesia, Bangladesh, China, Myanmar dan Vietnam.

Jam 2.30 petang tadi saya makan di premis menjual 'Nasi ganja' di Ipoh, Perak. Nasi jenis sama juga dijual di Kangar, Perlis. 

Sedang makan, saya terlihat lelaki warga asing memasuki kedai dan bergerak dari meja ke meja, menjual barangan berikut.

  

Melalui pengamatan saya, majoriti pelanggan sedang makan kelihatan tidak begitu selesa apabila dihampiri lelaki terbabit namun mereka menolak tawarannya secara baik.


Dia kemudian berhenti di meja lelaki Melayu sedang menjamu selera dan terus mengeluarkan barangan dijual. Biarpun pelanggan terbabit enggan membeli, lelaki itu terus mendesak.

Saya bangun dan menghampirinya. Barangkali ramai berasa segan untuk menegur kelakuannya.

"Awak dari mana?," soal saya.

"Songkla, Thailand," jawabnya.


"Awak masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong tetapi berniaga, itu pun dah salah kalau mengikut Akta Imigresen. Kemudian, walaupun awak tahu, orang tengah makan berasa tidak selesa, awak terus juga mendesak dia orang membeli barang awak jual. Kalau di Thailand, saya berniaga macam awak buat, orang marah tak?," soal saya.

"Sorry lah, saya cari makan, nak keluar ni," ujarnya sambil tersenyum.

Dia mengaku menyalahgunakan dokumen perjalanannya.

"Ini bukan masalah mencari makan. Orang Malaysia baik-baik, dia orang tak berapa ambil pusing awak siapa dan dari negara mana. Majoriti langsung tak peduli samada apa awak buat ni salah mengikut undang-undang atau tidak tetapi saya peduli. Nak tegur awak, barangkali dia orang segan sebab orang Malaysia ramai baik hati, penyegan," kata saya.


Sewaktu bercakap dengannya, mata saya sempat menjeling ke arah semua pelanggan di kedai terbabit. Tiada seorang pun daripada pelanggan mengambil tahu apa berlaku, jauh sekali untuk datang menghampiri kami.

Jika begitu sikap majoriti orang kita, usah kita berasa hairan andai bilangan pendatang asing terus bermaharaja lela sekaligus memandang lekeh sistem perundangan Malaysia semakin bertambah.

Sebelum ini, majoriti rakyat Thailand bekerja di kedai menjual masakan panas dan tom yam di Malaysia dipercayai turut menyalahgunakan visa pelancong mereka tetapi hanya berkhidmat di premis statik seperti gerai dan restoran.

Kini mereka berani bergerak ke hulu ke hilir tanpa perasaan gentar diberkas pihak berkuasa.

Kenapa kita terlalu takut untuk menegur?

3 ulasan:

  1. Ala bang.. Budak2 sekolah beromen kat shopping kompleks pun takde satu umat pun berani nak tegur. Inikan pendatang yang mmg kita takde authority nak menyoalnya apetah lagi utk memeriksanya. Mungkin jalan terbaik kita buat report je jika ada yg mencurigakan. Khidmat sms mungkin dapat membantu dan lebih senang. Namun jangan dikenakan caj. Bolehkah kerajaan menyediakannya? Dan sejauh mana pula keberkesanannya?

    BalasPadam
  2. Betul tu.. kadangkala mereka mengambil kesempatan ke atasorg Malaysia yg baik nih.. bahkan ada yg berlagak semacam ini adalah tmpt tinggal mereka & kita ni pula yg pendatang.. yg plg sedih tgk ada pendatang yg hidup mereka amat mewah sedangkan rakyat kita masih ada yg meminta & merempat.. sedih dengan keadaan ini

    BalasPadam
  3. Salam bro;

    Yang sebenarnya Penguatkuasaan negara kita terhadap pendatang asing terlalu lemah. Tidak tegas dan bersikap sambil lewa.

    Begitu juga terhadap penguatkuasaan isu-isu yang lain.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.