Isnin, Mei 06, 2013

BENARKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA MARAH? SEHINGGAKAN TERCETUS PERHIMPUNAN KEMARAHAN RAKYAT



Pakatan Rakyat, PR,  mendakwa kemenangan Barisan Nasional, BN dalam PRU 13 berikutan unsur-unsur penipuan.

Justeru PR menolak keputusan PRU 13.

Klik di sini.

Jika PR dari awal menjangka bakal berlaku penipuan, mengapakah PR bersetuju menyertai PRU? Mengapakah mereka tidak memboikot sahaja pilihan raya itu? 


Malah Anwar turut mengumumkan kononnya PR telah menang biarpun pengiraan undi belum disempurnakan lagi pada waktu itu.

Setelah PR disahkan tewas, Anwar mengadakan sidang media di One World Hotel, Petaling Jaya dan memaklumkan, PR membantah keputusan kemenangan BN.

Rentetan itu, perhimpunan 'Suara rakyat suara keramat'  bakal dianjurkan oleh mereka di Kelana Jaya,  Selangor. Pada awalnya, perhimpunan itu dinamakan 'PERHIMPUNAN KEMARAHAN RAKYAT'.  Sreen shot di bawah saya perolehi daripada entri blog HIshammuddin Rais.  Mungkin sebaik menyedari, bukan semua rakyat Malaysia marah dan terlalu  mudah diperdaya, tajuk perhimpunan diubah.


Sepatutnya Anwar berhijrah ke United Kingdom untuk menjadi pensyarah seperti diberi tahunya kepada rakyat jika  PR gagal menakluki Putrajaya. Barangkali ketaksubannya untuk menjadi Perdana Menteri masih  membuak-buak di dalam jiwanya.

Pendekatan Anwar dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berbeza. Hadi meminta SEMUA pihak  menerima keputusan PRU 13  secara syukur dan sabar.

Klik di sini untuk membaca kenyataan lengkap Hadi.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tewas di Parlimen Pendang, Kedah, tetapi dia dijemput bersama untuk terbabit dalam perhimpunan  belum dimaklumkan kepada pihak polis itu, klik di sini.


Wakil  DAP, Liew Chin Tong dijangka hadir.

Sedang Hadi menerima keputusan PRU secara tenang,  Anwar ingin terus mencetuskan ketegangan di bumi Malaysia pada Rabu ini.

Keputusan itu membezakan  Hadi dan Anwar,  bak langit dan bumi.

Jika pembaca membantah perhimpunan bakal dianjurkan, sila nyatakan pendirian anda. Klik di sini untuk ke page Facebook saya.

Perhimpunan Kemarahan RAKYAT tidak bererti SEMUA rakyat akan menyertai perhimpunan dirancang. Seperti dijangkan, mereka taksub menggunakan perkataan 'rakyat' seolah-olah mereka disokong oleh majoriti penduduk Malaysia.

9 ulasan:

  1. Kepada ahli-ahli Pas. Seperti biasa mari semua kita meramaikan ke perhimpunan ini. Kami sayang Anwar. Takbir!!!

    BalasPadam
  2. PR tak perlu bersedih kerana bukankah mereka sudah memenangi PRU-13 dari segi sokongan undi yg lebih banyak dari BN? Mengikut sumber SPR undi popular yg diperolehi PR ialah 5.5 juta, sedangkan BN cuma 5.2 juta. Dgn segala bantuan, sogokan dll BN masih tak mampu memenangi hati rakyat dan masih jauh tertinggal dari segi sokongan pengundi, ia adalah sesuatu yg meresahkan BN.

    Jika pd 2008, Tan Sri Muhyidin menggesa PM Pak Lah meletak jawatan kerana gagal mendapat 2/3 kerusi, bagaimana kali ini bila prestasi BN lebih teruk dari 2008?

    BalasPadam
  3. I don't need Dsai as a Prime minister. Rakyat mana yang marah?Hanya segelintir pengikut,stop using rakyat.Kami lebih menghargai keamanan.

    BalasPadam
  4. Jangan guna perkataan rakyat, kerana yang marah cuma segelintir pengikut sendiri.

    BalasPadam
  5. Isu bangla & warga asing adalah dibuat oleh mereka sendiri. Mereka sendiri mengupah mereka2 ini untuk menimbulkan persepsi. DS Najib xlah sebodoh itu untuk mengupah bangla yang boleh diketahui identiti mereka.

    BalasPadam
  6. Terima lah kekalahan dengan hati yang terbuka.cukuplah.....jgn hasut rakyat.kalau benar ada penipuan ikut saluran yang betul.

    BalasPadam
  7. Tanpa memilih apa fahaman politik sama2 kita memelihara keamanan negara kita.ikut saluran yg betul kalau ada yang meragukan.janganhasut....

    BalasPadam
  8. pelik..beria2 sangat nak menang..macam ada yang x kena je..

    BalasPadam
  9. INIKAH CARANYA YANG KAU AGUNG-AGUNGKAN,
    MEMEKIK,MELOLONG TAK TENTU HALUAN,
    CARA YANG BETUL KORANG ABAIKAN,
    DEMI SI PENDUSTA HILANG SUDAH SEGALA PERTIMBANGAN.

    APA YANG KAU DAPAT BILA SI PENIPU BERMAHARAJA LELA?
    APA YANG KAU DAPAT BILA NEGARA PORAK PERANDA?
    APA YANG KAU DAPAT BILA RAKYAT TAK BERDOSA MENANGGUNG SEKSA?
    APA YANG KAU DAPAT BILA DEMOKRASI YANG TELUS HABIS KAU HINA?

    KALAU TAK TELUS SEPERTI YANG KAU KATA,
    LEBIH BAIK SAJE DI SAPU SEMUA,
    JANGAN HARAP KAU NAK MERASA,
    3 NEGERI KAU MENANG BERSYUKURLAH SEADANYA,

    BILA MENANG MUDAH SAJE KAU TERIMA,
    BILA KALAH HABIS SEMUA KAU TUDUH CILAKA,
    JANGAN DIIKUT YANG TAMAKKAN KUASA,
    KELAK MENYESAL TIADA GUNA

    SIAPA KAU NAK TUDUH ORANG BUKAN WARGANEGARA?
    TANDA KAU DIPERDAYA DENGAN OMONGAN SI PENDUSTA
    PROPAGANDA SI CILAKA MENIMBULKAN HURU-HARA
    RAKYAT SENEGARA HABIS KAU KEJI MENGATA

    BERTERIMA KASIHLAH PADA YANG TELAH BERJASA,
    SIANG MALAM BERTUGAS TANPA BERKIRA,
    APA PERASAAN BILA PENGORBANANMU DI NISTA,
    NESCAYA PENYESALAN TERBUKU DI DADA

    BANYAK PERTUDUHAN YANG KORANG SUARAKAN,
    TANPA BUKTI DAN BANYAK MERAGUKAN,
    KALAU BETUL SEPERTI DAKWAAN,
    LAPORKAN KE POLIS MENGAPA DISIMPAN???

    AKAL MANUSIA DI ANUGERAHKAN TUHAN,
    UNTUK BERFIKIR PENUH KEWARASAN,
    BUKAN DI GUNA MENIMBULKAN KEBENCIAN,
    BENDA YANG TAK BETUL DI PERCAYA JANGAN

    BERFIKIRLAH TANPA LIBATKAN EMOSI,
    KELAK YANG RUGI ANAK BANGSAMU SENDIRI,
    MENFITNAH,MENUDUH MEMBUTA TULI,
    ADAKAH ITU YANG DIAJARI NABI

    TIDAKKAH KAU SEDAR DIRIMU DIPERGUNA,
    DEMI PENUHI CITA-CITA SI PENDUSTA,
    HASILNYA KITA SALING BERSENGKETA,
    DI BALIK TABIR, KITA DITERTAWAKANNYA.

    Hasil Nukilan : Jejaka Pembela Kebenaran

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.