Jumaat, Mei 24, 2013

PERNAH BERMASALAH DENGAN AIR ASIA? LUAHKAN DI SINI

Mangsa  kejadian  anak  dinafikan  penerbangan  ke  LCCT dari  Ho Chi   Minh, Vietnam,  Izan Suhaila Mohd  Ali  telah  membuat  kenyataan  secara  terbuka  di  TV3  dan  blog  ini. Malah secara konsisten,  Izan mendedahkan  maklumat mengatakan Air Asia tidak menghulurkan bantuan  tatkala dia, anaknya dan  dua saudara lelaki mereka menempuh saat getir di Vietnam.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireeen Omar pula  mengekalkan kenyataannya di media tempatan. Menurutnya, Air Asia pernah menawarkan tempat tinggal dan penerbangan percuma kepada mangsa.


Kini   terserah  kepada  pembaca  dan  masyarakat  untuk  memiliih  kenyataan  benar.

Apakah  pula pandangan saya?

Saya  berada di  lokasi kejadian dan  merekodkan  berita susulan disalurkan oleh ahli  keluarga  Izan  dari saat  insiden  tercetus di lapangan terbang negara  asing  itu.

Justeru,  saya MEMPERCAYAI  kenyataan Izan.

Apapun,  saya berasa  amat yakin,   kejadian  pengabaian pelanggan   itu  bukan  terpencil. Ramai  pelanggan  Air  Asia  lain  pernah  melalui  saat  getir selama ini dipendamkan. Oleh itu,  saya membuka  ruang komen entri ini,  untuk  mereka berkongsi  masalah  pernah didepani ketika  berurusan dengan Air Asia sebelum ini.

Luahkan.

Biarkan  Tony  Fernandes dan Aireen  mengetahui  fakta  biarpun pahit untuk ditelan.


37 ulasan:

  1. Flight Dari bandung ke kl. Lewat 4 jam! Kata nak bagi makanan. Tapi hanya tipu saja yang dapat. Anak anak saya kelaparan. Ibu dan bapa saya yang umur 70an pun kelaparan. Memang itu dosa air Asia kepada keluarga saya. Anak anak saya umur 8 dan 3.

    Saya memang takkan naik air Asia lagi walau tiket percuma!!!!!!

    BalasPadam
  2. A.A ni kalau flight delay, crew buat muka sardin shj bgtahu flight delay tanpa beri apa-apa saguhati; bukan minta banyak pun, cukup la roti dan air buat alas perut nak tahan sejuk di airport. Delay 2-3 jam itu biasa pada A.A.. Pernah kenalan saya, tahun lepas dari Penang-Johor, delay 10jam. Itu pun dah hujung2 ada seorg dari penumpang flight mengamuk kat kaunter then baruuuu crew nak hulur sebiji burger mCD (mcChicken je pun!) tanpa air.. Kebajikan penumpang tak dijaga.. Itu shj pendapat sy. Sama konsep yg diaplikasi di tunes hotel la, u dapat apa yang u bayar shj kalau tidak, jangan demand lebih. Ada duit on, tak ada duit 'dia bukan siapa2'..

    BalasPadam
  3. SMTI-Flight delay 5 jam dari Brunei ke KL pada tahun 2003. Staff AA tak cakap apa dan tidak MINTA MAAF langsung. "Saya tak tahu..." Itu jawapan sari staff bila di tanya berpuluh kali oleh semua penumpang. Ada nitos kalau lambat lebih 30minit dapat makanan percuma, harammmmmm sampai sekarang tak dapat.

    BalasPadam
  4. Flight dari jakarta ke KL, lepas imigresen indonesia dapat "final call for boarding"...lepas masuk boarding room...rupanya flight delay 3 jam. Dah tau delay pergi panggil for boarding, dah terperuk kat macam org bodoh makan tidak air pun takde.

    BalasPadam
  5. AIR ASIA : SEMAKIN HARI SEMAKIN BANGSAT!!! KES TERBARU DIDEDAHKAN!!!



    Sekumpulan jemaah umrah kecewa apabila syarikat penerbangan murah AirAsia X didakwa membatalkan jadual penerbangan untuk kembali ke tanah air atas alasan ‘sebab komersial’.

    Penumpang yang mewakili kumpulan umrah tersebut, Mansor Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku semasa keluarganya seramai 11 orang menunaikan umrah dengan menaiki AirAsia X pada 30 Mac dan sepatutnya pulang pada 13 April lalu.

    ”Kami sepatutnya pulang 13 April lalu tetapi dimaklumkan penerbangan itu telah dibatalkan dan ditawarkan dua pilihan iaitu sama ada balik awal pada 9 April atau lebih lewat pada 16 April,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepadanya dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk seorang yang uzur selain dua bayi, masing-masingnya berusia tiga bulan dan dua tahun.

    ”Pembatalan itu juga hanya dimaklumkan melalui e-mel yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani dan alasan pembatalan ialah ‘sebab komersial’, tanpa penjelasan lanjut yang dilihat tidak munasabah.

    ”Nasib baik saya dapat menyemak e-mel, jika mereka yang tidak ada kemudahan internet bagaimana?,” katanya.

    Menurutnya, tawaran AirAsia X itu juga menimbulkan masalah kepada mereka iaitu sama ada mahu menanggung kerugian atau terpaksa menambah lagi kos berada di tanah suci itu.

    “Jika balik penerbangan awal, bermakna kami rugi dari segi bayaran hotel dan makanan yang telah dibayar awal-awal lagi kepada pihak di Mekah dan jika balik pada 16 April pula, kami terpaksa bayar lebih untuk hotel dan makanan selama empat hari tiga malam,” katanya.

    Sabtu lalu, AirAsia juga menjadi kritikan ramai ekoran insiden malang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

    Tambah Mansor, AsiaAsia X juga tidak memberikan sebarang pampasan ekoran pembatalan itu kerana perkara tersebut dikatakan terkandung dalam terma dan syarat pembelian tiket dan jika mereka ada membeli insurans disuruh membuat tuntutan dengan syarikat berkenaan.

    ”Kami sekeluarga telah merayu kepada AirAsia X untuk memberi ganti rugi untuk hotel tetapi tidak dihiraukan langsung.

    ”Saya terpaksa mengeluarkan kira-kira RM15,000 untuk menampung kos penginapan dan perbelanjaan bagi hari yang terpaksa ditambah,” katanya.

    BalasPadam
  6. Ada. Flight Jakarta-KL tarikh 15 Januari 2007.

    Saya dan rakan-rakan terlambat nak masuk flight, staf Air Asia mengeluarkan dialog

    "Oh ini dia 5 ekor yang lambat ni"

    Sampai sekarang ingat walau dah lama bila melibatkan Air Asia.

    BalasPadam
  7. Saya guru yang berasal dari Kedah bertugas di Mukah Sarawak. Pengalaman perit bersama Airasia memang ada. Tapi yang paling perit berlaku pada 26 April 2012. Penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur (Flight AK5221)Semasa di kaunter daftar masuk, saya menggunakan kad pengenalan untuk mendaftar masuk kerana itinerary ticket yang dicetak telah tertinggal.Namun selepas disemak beberapa kali oleh petugas kaunter saya diberitahu bahawa nama saya tiada dalam senarai penerbangan...terkejut! Namun saya pasti tarikh penerbngan malam itu.Petugas kaunter memberitahu mungkin nama saya ada di airport lain (kononnya saya tersalah airport).Jawapan itu buat saya bengang...mana mungkin saya boleh semak nama di airport lain.Sedangkan airport yang paling hampir pun ada di Sibu.Mengambil masa 10 jam perjalanan untuk sampai ke sana. Tidak berputus asa, saya terus ke Starbuck Coffee buka komputer riba dan semak email.Alhamdulillah, ada email confirmation pembelian tiket tersebut beserta itinerary ticket untuk penerbangan malam itu.Sah, memang saya betul. Saya terus ke kaunter daftar masuk Airasia semula dan terus buka komputer riba saya dan tunjukkan itinerary ticket tersebut. Dilihat muka petugas kaunter tersebut agak cemas ketika itu..setelah didesak oleh saya akhirnya petugas kaunter tersebut memberitahu booking number dalam itinerary ticket memang sah, namun nama saya tetap tiada dalam senarai penerbangan..bengang! Saya bertanya kepadanya macam mana boleh jadi macam tu?? Beliau hanya sekadar menjawab tak tahu.Saya bertanya kepadanya macam mana nak selesaikan masalah ni..beliau terpinga-pinga lantas beliau memanggil seorang lagi petugas kaunter yang berada tidak jauh dari tempat tersebut.sejurus selepas itu datang seorang petugas perempuan airasia (mungkin penyelia kaunter kot).Setelah mendengar penjelasan oleh petugas kaunter tadi beliau hanya menggelengkan kepala.Beliau memberikan penyelesaian kepada saya dengan membeli tiket baru dengan harga yang lebih mahal.Duit untuk tiket sebelum ini akan dipulangkan semula selepas 60 hari dari tarikh tuntutan.Keadaan agak tegangg selepas itu setelah saya meninggikan suara kerana tidak berpuas hati dengan penyelesaian tersebut.Datang petugas kaunter lain (lelaki) kononnya untuk menyelesaikan masalah saya. Apa yang saya bertambah bengang, beliau menyatakan kepada saya kad kredit saya dah kena block. Sebab tu Airasia tidak benarkan saya terbang malam itu.Pergh!!! kenayataan petugas lelaki tersebut membuatkan saya bertambah-tambah bengang!! Saya membuat pembelian menggunakan direct debit melalui online banking.Dan pembelian saya telah disahkan oleh pihak airasia sendiri! Saya terus mengarahkan Pengurus kaunter keluar setelah hampir sejam lebih bertekak dengan petugas-petugas kaunter tersebut.Tidak lama selepas itu datang pengurus kaunter bersama seorang security airasia.Tanpa bercakap panjang selepas beliau memperkenalkan diri terus saya capai kad pekerja yang tergantung di leher beliau dan catat nombor pekerja serta nama beliau. Saya mohon keterangan daripada beliau alasan rasmi daripada airasia yang membuatkan saya tidak dapat menaiki pesawat malam tersebut.Saya katakan kepada beliau, saya akan gunakan kenyataan beliau untuk membuat tuntutan saman ke atas Airasia Belum mohon 10 minit daripada saya untuk menyelesaikannya. Alhamdulillah setelah 10 minit berlalu beliau datang berjumpa dengan saya dan memberikan tiket baru dengan tempat yang baru.Beliau meminta maaf kepada saya atas kesilapan teknikal tersebut.Saya tercari-cari juga petugas lelaki yang menyatakan kad kredit saya telah di 'block' itu.Beliau telah menghilangkan diri..kesal dengan sikap acuh tak acuh kakitangan Airasia.Airasia perlu tingkatkan latihan komunikasi dengan pelanggan kepada kakitangannya sendiri. Airasia adalah sebuah syarikat penerbangan yang besar, bukannya sebuah syarikat bas ekspres cap ayam!!

    BalasPadam
  8. Flight KL - Jakarta, April 2012.
    Percutian sekeluarga (termasuk anak berumur 2 tahun dan 5 tahun)

    Lambat beberapa minit daripada 2 jam yang diperuntukan. Itupun kerana barisan untuk check in sangaaat panjang.

    Tiba di kaunter, petugas kaunter bagitau x blh check in sebab dah lewat, padahal flight masih ada 1 jam lebih lagi untuk fly.

    Cuba merayu & discuss tapi tidak diendahkan, malahan diminta untuk membeli tiket yang baru untuk next penerbangan. Memandangkan tiket penerbangan balik dan hotel di Jakarta telah dibayar maka terpaksa membeli 5 tiket penerbangan yang baru!!

    ini bukan kali pertama saya terkena dengan AA. Tobat dah nak naik flight AA. Kalau ada pilihan, saya xkn memilih AA lagi.

    BalasPadam
  9. DUA kali naik aa . dua kali lewat dua jam. mengamuk sakan saya di kaunter. petugas dan peramugari hanya bertepuk bertampar bergurau senda tanpa buat pengumuan maaf atau kelwetan. dah boikot aa. boleh jahanam dengan aa.

    BalasPadam
  10. Masya Allahh.. semoga kita terus diberi kesabaran menempuhi ujian.

    BalasPadam
  11. 14 april 2011
    KUL ke KOTA KINABALU
    Flight : AK5100
    Masa : 0650 hrs ( 6:50AM)

    saya bersama 8rakan ketinggalan penerbangan walaupun sudah check-in di kaunter lebih awal & sudah masuk ke boarding hall seawal 6pagi dan solat subuh di sana.
    sehingga lah kami tanya kepada staf AA yang bertugas di sana & memberitahu sudah umum nama kami beberapa kali seramai 9 orang untuk naik ke pesawat.
    kami 9 org memberitahu itu tidak benar & tidak mungkin salah seorg antara kami 9 tidak sedar akan nama masing-masing & juga nama rakan-rakan berulang-ulang. tapi staf yg bertugas sangat tidak berhemah dan juga kurang ajar. menegakkan benang basah & menyatakan "dah announce lebih 5 kali nama semua orang ni". walhal tak ada satu nama pun diumumkan, 9 nama kali 5 bersamaan 45 nama disebut dan tidak satu pun antara kami dengar nama sendiri???? sangat tak lojik. tak ada panggilan utk pesawat AK5100 berlepas didengar oleh pihak kami 9orang.
    kami terpaksa membayar RM100 seorang utk naik pesawat seterusnya, atau terus batal kan penerbangan. di kaunter rupanya ramai yg senasib dengan kami ketinggalan penerbangan dgn alasan yg sama "pengumuman nama telah dibuat".
    dengan senang AA mendapat wang bagi setiap kali penumbang ketinggalan penerbangan, dan berurusan dgn staf AA yg kurang ajar

    BalasPadam
  12. Thu 14 Apr 2011,
    0650 hrs ( 6:50AM)
    AK5100
    Kuala Lumpur (LCC Terminal) ke Kota Kinabalu International Airport (T2)

    kami 9orang ketinggalan penerbangan walaupun sudah check-in & masuk ke boarding hall awal 6pagi serta solat di sana.
    kami tggu di boarding hall & memerhati pintu untuk flight AK5100 tak ada kelihatan. sehingga jam 6.50pagi saya rasa tak sedap hati & bertanya staf di pintu AK5100, katanya pesawat sudah berlepas.
    kami ke kaunter & bertanya & mendapat jawapan, 9 nama telah diumum kan tetapi kami tidak menaiki pesawat, pintu sudah ditutup. masing-masing antara kami menyoal staf AA yg berada di sana, kalau sudah umum nama kami smua, kenapa kami tidak dengar. staf AA jawab dengan tidak berhemah-lebih 5kali 9-nama diumum. 5kali untuk 9nama diumum, tak mungkin kami tak dengar 45nama disebut berulang kali. sangat tidak lojik!!!
    beg kami juga tidak check-in ke atas pesawat. jawapan yg diberikan sangat tidak munasabah, & AA menegakkan benang basah! kami terpaksa membayar RM100 seorang utk naik pesawat seterusnya atas membatalkan penerbangan.
    ramai lagi yang menerima nasib yang sama, ketinggalan pesawat dengan alasan yang sama!
    senang sekali AA mendapat wang dengan taktik yg digunakan. kami 9 tidak mendapat refund & terpaksa membayar tambahan.

    BalasPadam
  13. Ramai yang mengalami masalah dn ditindas oleh pihak AA. Mana respon dari pihak berwajib? Mungkin ramai antara rakyat Malaysia telah buat aduan tapi tiada tindakan. Kalau ada pun pulang semula duit. Tapi masalah yang sama tetap berulang. Tony tetap bergaya dalam rancangan the apprentice Asia @AXN.

    BalasPadam
  14. AA ni memang kaki kencing! saya dah 2 kali terkena dengan kebodohan AA ni, flight cancelled pun langsung tak inform saya sebagai customer mereka sudah la bawak group alih2 tersadai kat airport sebab flight tak ada kali kedua pun sama flight cancelled tapi tak beritahu saya sampaikan travel agen lain inform saya kata dia dpt info yg flight ke tmpt yg sy nk pergi tu cancelled bila saya call mereka dengan yakinnya mereka menyatakan flight seperti biasa mengikut jadual tiada pembatalan tetapi 7 hari lagi nk pergi baru ckp flight cancelled sedangkan duit hotel & travel agenci di sana telah pun di buat.....tak jahanam betul namanya tu......!!!!!

    BalasPadam
  15. Salam.
    Saya pernah tulis tentang AA ni di blog saya: http://rh-scarlet.blogspot.com/2011/02/2211-2-februari-2011.html
    mungkin ramai yang tak sempat membacanya kerana blog tu saya dah private.

    Biasanya dari JB ke Shah Alam, saya menaiki firefly kerana mendarat di Subang,
    dan sit dalam firefly memang lebih selesa berbanding AA (sit dalam bas pun lebih selesa berbanding AA.. hehehe),
    tetapi oleh kerana firefly dah sold out untuk 2 FEBRUARI 2011 tu, saya tak ada pilihan lain..

    Dalam penerbangan pulang ke Senai,

    FLIGHT NO : AK 5276
    BOADING TIME : 2020, 2 FEB 2011

    Selang dua sit di belakang saya, ada 3 orang makcik dalam usia 50an dan 60an (maybe mereka bersaudara)..
    masa nak tiba Senai, mereka bertanyakan pramugari AA,
    macam mana nak tanggalkan "seat belt" tu..
    saya agak terkejut apabila pramugari tu menjawab dengan nada menengking:
    "Aik. nak tanggalkan talipinggang pun tak reti? Ni datang dari ceruk mana semua ni?"
    Awak bercakap dengan makcik kot yang bertanya tu.. tak boleh ke jawab dengan bersopan.
    Pada saya biadap tu ayat dia guna..
    dan dia tak tolong pun, dia cuma kata:
    "Cepat turun!"
    Ada beberapa penumpang (student yang nak balik bercuti kot) yang sedang lalu nak turun yang tolong makcik2 tu tanggalkan talipinggang diorang.

    Masa tu memang saya kata dalam hati (dah la tu 1st time saya naik AA), SAY NO TO AA.. lah kalau macam ni punya layanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seriusly? xpnh naik aa, cadang nak pg kk next month, mcm x confident je...

      Padam
  16. A.A kalau flight delay tiada buat apa-apa pampasan tapi cuba kalau pelanggan lambat check in apa jadi?
    sepatutnya sekarang nie setiap kes kelewatan A.A akan dikenakan tindakan baru mereka ambil berat sikit pasal penerbangan mereka. Kalau tidak berlagak macam mereka lah paling bagus.
    Apa lagi yang kerajaan tunggu? x kan semata2 makcik rafidah ada x boleh nak buat apa2 tindakan.

    BalasPadam
  17. segala masalah ini berpunca dari ketidak tegasan dari pihak penguatkuasaan dan pihak kerajaan yg menyebabkan AA bermaharajalela menyusahkan hak pengguna!!

    BalasPadam
  18. Tony Fanandes adalah penyokong kuat PKR dan penyumbang besar.

    BalasPadam
  19. Flight dr KK-KL
    1st time naik AA, tak sangka pula kena print boarding pass. Sekali kena cas RM10 seorg x 4 = RM40. Pastu balik dr KL-KK, ingatkan kalau dah check out dr website tanpa print boarding pass xda d'kenakan cas. Rupa²nya kena juga. Adik sy kata kalau naik MAS xdalah kena cas mcm ni cuma perlu tunjuk IC, dah boleh masuk. Dah la kitaorg ni berpendapatan rendah, abis duit byr cas tiket .. sedey :(

    BalasPadam
  20. Flight dari bali ke kl...letak barang kaca dalam kotak and mintak staff air asia pasangsticker fragile...sampai kl..barang pecah ... Staff AA kata kita xbertnggungjawap...and suruh saya lain kali antar pakai kapal kargo..bodo ke apa..satu kotak bukan besar pon..

    BalasPadam
  21. eh tapi komen politik lepas..konpem psal politik ni..haha

    BalasPadam
  22. Sebagai seorang frequent traveller, saya tidak ketinggalan menggunakan perkhidmatan air asia. Pernah melancong ke Jepun bersama keluarga dgn tambang serendah rm600 seorang. Selalu juga menggunakan air asia untuk penerbangan ke serata asia tenggara dan domestik. Setakat ini saya tidak ada pengalaman yg mendukacitakan mungkin saya sudah maklum dengan terms n conditions syarikat tersebut. Layanan crew setakat ini baik, biasalah ada juga yang kurang peramah tapi kalau kita bertegas mereka akan berusaha membantu kita. Ini pengalaman saya semata mata. Persoalan saya skg kenapa air asia murah? Tidak adakah ahli korporat lain di Malaysia terutamanya di MAS yg dapat menghasilkan formula untuk memberikan kadar murah kepada pengguna? Air asia sedar bahawa mereka tetap jadi pilihan kerana kadar murah yg ditawarkan. Berikan saingan kepada air asia dalam liga mereka yg tersendiri ini dan saya pasti mutu perkhidmatan akan menjadi lebih baik. Kita kena ingat now everybody wants to fly.

    BalasPadam
  23. dah banyak kali saya terkena dengan AA ni..kalo dekat LCCT tu,tgh berbaris, bila tiba turn dia bleh ckp nama kita xdak dalam system..pastu dia suruh pergi dekat customer service.sampai customer service, dia maki kita plak..saya kena dengan perempuan hindu..betul2 kurang ajar..sedarla diri skit..ko tu duduk di customer service, jagala bahasa ko..jgn buat aku mcm binatang terhegeh2 dengan AA..ko ingat ko tu besar sangat ke.selepas saya ckp tiket ni goverment warrant, baru dia kata flight ada..napela takde satu kementerian pun siasat service AA ni..makin lama makin naik kepala.saya juga pernah beli tiket tapi x terima email..bila saya pergi ke Airport Kota kinabalu, dia ckp nama saya tiada.3 hari lepas tu saya tunjukkan statement bank ada potongan tiket.saya cari balik pegawai yg ckp nama xdak tu pastu terus sound dia..buat kerja main2...system korang yang kelam kabut pastu salahkan customer..sampai ke hari ni duit saya x dipulangkan..cakap pandai sangat..ambil duit orang tapi x pandai pulangkan..pihak berwajib, SIASAT!!!!

    BalasPadam
  24. Saya pernah terkena sekali,kat Bali.masa tu flight balik.kitorg sampai setengah jam sebelum flight berlepas,gate belum tutup,walhal kami dah web check in both ways seminggu sebelum travel.setahu saya,kalau dah check in,sepatutnya kita dipanggil utk final call kan?TIADA final call,tidak dipanggil dan bila nak check in,diorang tak bg (ini mmg staff AA yg pakai baju merah tu).pdhal mat salleh sebelum kami tu awal 2min je diorg lepaskan naik flight.
    Kami merayu,sampai tahap nak bayar mintak lepaskan naik flight,diorg tak bagi jugak,declined habis2an. Diorang suruh beli tiket baru.
    Lepas frust tak dpt naik kami berkumpul satu tempat depan kaunter tu,nak bincang what to do,sekali dengar staff2 AA tu mengumpat kami,yg plg berdesing kat telinga kami, they were calling us 'Maling'.i mean,cukup la dah susahkan kami,why must they called us with names?kami bukan menengking diorang pun,just merayu budi bicara utk dilepaskan naik flight since we have web check in earlier.
    Kami terpaksa beli tiket baru,tiket keesokkan paginya murah rm100 dr tiket malam tu,tp kalau campur balik kos hotel semua,better balik malam tu jugak.we don't feel welcomed and at ease anymore kat bumi Bali tu.jadi benci pulak tgk any ground staff AA kat situ. And yeah, tiket baru tu pun, they changed the boarding gate and didn't even bother to announce. Kami ter'aware' sendiri yg sekeliling kami takde Malaysians and rasa pelik, terpaksa figure out sendiri. Nasib baik tersedar,kalau tak, pasti kami ketinggalan flight lagi.
    Sorry but i think most of the ground staff AA selain kat LCCT (so far takde masalah kat LCCT) memang cocky and angkuh.maybe sbb diorang rasa best dah kot dapat kerja dlm aircond.
    Kena polish banyak courtesy dlm diri ground staff AA dekat every airport.especially mcm Bandung,Jakarta,HCM and tempat2 shopping mcm tu.hey we go there and shop,spent money dekat negara kau,and you treat us like shit?oh come on,gaji korang pun kitorang yg bayar,jangan la kurang ajar sangat.at least biar la berbudi bicara.jangan biadap.
    Kami maybe bayar tambang murah,tapi kami bayar tambang,bukan naik free.customers are customers.First time sy encountered such a bad PR from such a big company.

    BalasPadam
  25. Saya dah pernah komen kat entry sebelum ni ketika terkandas di Tian Jin waktu trip ke Beijing tahun 2010. Semuanya gara2 kecuaian pihak AA. Sesungguhnya bagi saya AA sekarang ini semakin angkuh dan sombong kerana bilangan pelanggannya yang tak tak pernah kurang walaupun berlaku perkara2 yang menyakitkan hati. Sebab itu semua komen dan aduan seperti tidak diendahkan oleh pihak AA. Semenagnya setakat sebilangan kecil pengguna yang boikot AA, takkan menjadi kesan. Apa yang saya harapkan, pihak berkuasa dapat memantau prestasi dan service AA ni. Jgn dibiarkan AA sesuka hati menganiaya pelanggan walaupun bukan niat mereka berbuat demikian. Jgn dijadikan tambang yang murah sebagai alasan utk service yang low class.
    Personally AA menjadi pilihan saya yang terakhir sekarang ini. Lebih senang berurusan dengan MAS, Malindo, Tiger Airways or firefly.

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah. saya kongsikan sedikit cerita positif la plak..tak elok jugak yang negatif je.. 2009 saya book ticket to Abu Dhabi for 5 of us cost me RM 2000. Alhamdulillah they discontinue that sector and AA called me saying that dia nak re-route saya to any destination at NO EXTRA COST. Kami decided to go to Gold Coast lah. Alhamdulillah the next 3 days they called and confirmed the itinerary has been changed according to my plan. Alhamdulillah..dapat kami bercuti Winter di OSTOLIA pada bulan June 2009.Recently after election, Alhamdulillah dapat ticket AA ke Jeddah RM 1000 (return) dan dapat pegi Ziarah Rasul Madinah dan Umrah di Makkah dengan belanja tak melebihi 2,500 (all-in) semua nya DIY..saudara semua pun boleh buat..Insyaallah. Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  27. Saudara Azly AK, t.kasih krn sudi berkongsi cerita positif saudara. Akan tetapi sudah tertera tajuk "PERNAH BERMASALAH DENGAN AIR ASIA? LUAHKAN DI SINI" bagi ruangan ini. Jika saudara beranggapan cerita positif saudara adalah 'MASALAH' maka suka citanya saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA sekian :)

    BalasPadam
  28. FA AA pilih bulu. Asal tgk pakai segak bagi layan elok. Tgk pakai biasa-biasa je ayan mcm 'TAIK'. Customer Service Fail. Uolls lap muntah orag ya. Sedar sikit.Condo saya di penuhi FA AA. Masa masuk lift org tolong tekan button 'Open Door' tp never nak cakap TQ. Mohon FA AA baca dan mohon terasa. Sekian TERIMA KASIH.

    BalasPadam
  29. Penah terkena in 2008 kt Miri airport time mengajar kt sana dulu..time tu nak blk utk raya masa utk check in ada lg 10minit tp bapuk (yes, lelaki tp pki mascara) kt kaunter tu tak bg me & 2 friends check in sbb dia ckp gate dh tutup. Kami semua merayu..like plss laaa nak blk raya ni tp dia tak bg gak check in. Last sekali I jerit kuat2 "see my watch ada 10minit lg la!" terus ada sorang lg staf AAnkuar and tanya what happend..and dpt plak kitaorg check in..yg geramnya bila dh masuk dlm tunggu nak boarding dekat sejam gak. Bodoh!

    Latest i naik AA last 2week flight KL-Langkawi..bwk my 21m infant..we paid for her rm100 returns ticket tp tade seat pun..fine la tp bila tgk ada 'hot' seat kt depan kami kosong tade sorang pun FA yg pelawa kami utk pindah seat bila tgk anak kami tido beriba..Time blk pun sama flight kosong bila tanya boleh tak pindah seat depan siap diaorg ckp klu nak duk depan kena byr lebih..I geram jeh nak ckp "ok i got money so klu kena byr nak byr kt sapa skrg? No manners at all dh la bkn cantek sgt pun semua..time nak jual brg jeh senyum2..siap ada satu sorang perempuan ni kena duk ngan kami separate ngan husband dia padahal banyak jeh tempat kosong lain last2 diaorg pindah sendiri jeh duk blkg..mmg frust dgn AA layan local mcm kita naik free jeh tp klu dgn foreigner bkn main lg. Meluatt!

    BalasPadam
  30. Ya pernah kena banyak kali masa naik AA. Sekarang memang sudah tidak naik langsung Air Asia. Boikot terus. Sanggup naik MAS walaupun harga tiket mahal tapi hati tak sakit ! Flight delay bagi AA adalah perkara biasa. Bukan seminit dua tapi berjam-jam delay. Antara perkara yang paling saya sakit hati adalah masa di Vietnam Honchin Minh jugak. Trip balik to KL. Nama bapa saya ada "@" dan di passport ada di print as > this person is known as ABC bin/binti X or also known as ABC bin/binti Y. Very loud and clear. Tapi counter check AA itu tak bagi saya boarding padahal nama saya di atas tiket adalah sama seperti di passport. Sungguh sombong dan muka masam pulak tuh.Suara tinggi dan langsung tak dengar pendapat bila saya cuba explain. Boleh mati keras ker kalu they all bercakap secara lembut dengan pelangan ? Alasannya dia kata nama saya tak valid sebab di IC adalah ABC bin/binti Y @ X vs tiket as ABC bin/binti Y. Fuck!Fuck! Ini kan kat oversea. Passport adalah valid bukan IC ! Bodoh ! Tak paham kenapa dia nak guna IC untuk check in. So apa guna passport tuh Punyalah lama pujuk rayu dengan staff counter AA tuh akhirnya dapat lepas . Itupun lepas kena libatkan pihak lain. Kalu tak , tak tahu lah apa jadik. Stranded di negara orang. First time pulak tuh di Vietnam. masa itu amat lah panik. So saya amat faham kes ibu dan anaknya itu. May Allah bless those who had helped her at that time.Saya percaya mesti ramai lagi orang lain yang kena tapi tak berani or tak tau macam mana nak mengadu/komplen. Kes lain ialah masa di airport tganu nak ke kl saya hanya bawak satu beg sandang yang berat nya alahai tak sampai 2kg pun kalu nak timbang. Masa check kan kaunter AA pun staff muka masam dan sombong suruh saya check in jugak beg sandang kalu tak dia kata saya kena offboarding nanti tak leh naik kapal kapten marah . What? saya bukan bawak 10 bag pun. So buat apa nak check in? Dia tak nak print boarding pass so terpaksalah check in and kena bayar pulak harga check in 1 bag sebab masa beli tiket tak terus beli berat kg untuk bag. Apa kes ? Tak logik sungguh. Tak boleh nak bawak bag lagsung naik flight? Bag tak boleh naik atas kapal ? Then masa masuk boarding saya tengok berlambak penumpang lain yang bawak/kelek hand carry bags bersama. Ada yang siap bawak kotak keropok lekor lagi. Ada yang bawak laptop bag and another hand carry bag.Macam mana boleh lepas pulak ? Atau adakah ini strategi AA untuk dapat duit extra ? Mintak pelanggan bayar kos yang bukan bukan at the very last minute? Fuck you AA !!!

    BalasPadam
  31. Penerbangan dari kota bharu ke kl pada 4/6/13 jam 0830malam ditangguh sehingga jam 1200malam.kami semua penumpang diberi makan kfc snack plate. Air Asia ada ke buat gitu? Harammmmm...

    BalasPadam
  32. AA kamu akan jumpa saya di Tribunal Pengguna sikit masa lagi.. Abg Mazidul nak bawa press yang berminat tuk review kes saya.. Saya cuba akan tel abg klu tak keberatan blhla jwb yer..

    BalasPadam

  33. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengar kata penerbangan ke jeddah akan dibatalkan..dah bayar hotel..semua..

      Padam
  34. Banyak masalah dgn Staff sebenarnya...sy pernah lewat sikit masuk kan luggage..diorang kate kereta yg bawak luggage tu dah jalan..bila sy ckp nak bawa sendiri ke flight,diorang x bg..diorang suruh beli tiket baru..snang2 je ckp cmtu padahal flight lg 30 minit lg belum terbang....bertekak punya bertekak xdapat gak kena tahan xboleh fly,smpai lah flight tu terbang dah...dah la air asia ni byk hidden charge...cm haram..yg aniaya org ni,ku doakan jahanam la hidup korang

    BalasPadam
  35. Booked AA ke maldives... full payment hotel dah buat sbb peak season sekali AA email ckp suspend route and bg 3 options 1. Full refund 2. Reroute to another AAX destination 3. Reschedule before 28/2 . Nama pun un peak season mana ada bilik available klu nak reschedule. Dah call service centre dapat jawapanx pro langsung dah email antar eform butstill takde feedback. Appreciate klu boleh ganti airline lain sbb tidak saya rugi utk hotel

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.