Khamis, Jun 25, 2009

Bukan 100% Salah Lelaki

Sebilangan lelaki ingin berpoligami tetapi mereka takut.

“Masa nak kahwin isteri kedua, susah. Tak tahu macam mana nak bagi tahu isteri pertama. Cakap salah, tak cakap salah. Kalau cakap, silap-silap periuk belanga melayang, kalau tak cakap, nanti bila dia tahu, meletup juga,” kata lelaki beristeri dua.

“Betul. Tapi kalau dah beristeri dua, kahwin isteri ketiga dan keempat, tak banyak masalah!,” ujar lelaki beristeri empat, tersenyum bangga.

Apapun, majoriti perempuan tidak gemar dimadukan. Tetapi pada masa sama ada sebilangan perempuan sanggup berkahwin dengan suami orang, menjadi madu dan memadukan perempuan lain.

Jadi, usah salahkan lelaki 100% andai mereka berkahwin lebih daripada satu.

Bagaimana?

21 ulasan:

  1. jodoh jangan ditolak, itu namanya rezeki yang dicari...

    BalasPadam
  2. 1 : baaanyak!
    2 : sikit-sikit..
    3 : kadang-kadang
    4 : jarang-jarang

    hahhahhahaha..betul tak script yg areque hafal tue..

    muhkakkaakka..

    apapun..

    Islam itu indah..;)

    BalasPadam
  3. Hahaha, tulah yang depa tak tahu, payung yang lebih baik dari brand Poh Kong dan Habib Jewel sudah tersedia buat mereka.

    SHARING IS CARING, LADIES. :)

    BalasPadam
  4. Hazrey, apa nama wanita manis selalu berjalan, makan, tidur dengan awak tu? Alamak, hilang pula nombor telefon dia :)

    BalasPadam
  5. TAPI MALANGNYA ORANG LELAKI NI....KALAU BAB KAHWIN 4 IKUT SUNNAH LA SGT...TP BAB LAIN...TAK IKUTTTT POWN...

    MUHKAKKAAAAKKKAA...

    CEYT PO DAHHHHHH....

    BalasPadam
  6. areQue, tak sentuh pun fasal sunnah dalam post ini. Cuba baca sekali lagi :)

    BalasPadam
  7. kalau dibaca,,

    Isteri Rasul pun pernah membantah bila di sentuh soal WANG dan kesenangan di dunia., akur selepas diberitau nikmat di SANA..
    apa lagi wanita zaman ICT.
    Wanita ingin kesenangan, bahagia dan kepuasan di dunia.

    PUAS/bahagia dari segi kongsi kasih.

    BalasPadam
  8. Betulla bro Maz...kata orang lelaki tu ada 1 nafsu berbanding dengan wanita yang ada 9 nafsu.

    Yang satu tu adalah nafsu syahwat buat lelaki terhadap wanita.

    Tetapi wanita mempunyai keinginan terhadap kecantikan, kemewahan, kesenangan dan entah apa lagi...please elaborate kalau tahu.

    Allah itu adalah Pencipta yang Maha Agung.

    BalasPadam
  9. abg mazidul..mmg posting abg ni tak sentuh pasal sunnah...tapi dgn topik ni, areQue just nak sebut alasan2 yg lelaki selalu bg bila dorg nak mintak kahwin lagi dgn ayah areQue..

    ayah areQue seorg Qadhi dan kami selalu melihat kes2 begini berlaku bila lelaki minta kahwin dan alasan itulah yg selalu diberikan...

    pandai pulak dorg ckp psl sunnah bila nk mntk izin kahwin dgn isteri...tapi bila ayah suruh depa baca bacaan dlm solat..mereka fail!!!

    kwang3x..kantoi..

    apapun..mmg pompuan2 yg nk kawin ngn laki org pon patut dipersalahkan jugak...knapa mst nk rosakkan hati wanita lain..??

    tapi Rasulullah sendiri pernah berkata dlm satu riwayat yg lbh kurg bgini mksudnya..
    "adakah bila kita nk brkahwin lbh dr satu, kte yakin ke kite mampu mnyayangi setiap istri dgn sama..?(blh refer buku Abdul Karim Zaidan..tapi sy tk ingat tajuk..sy belajar ini masa tahun ke3 di uia..)

    Untuk adil, mgkin giliran waktu untuk setiap isteri blh diuruskan..tapi, blehkah kita adil dlm mmbri kasih sayang..??

    sebab tu Quran berkata
    "kahwinlah 2, 3, atau 4 seperti yg kamu mahu...tapi jika kamu bimbang@takut tidak berlaku adil..kahwinlah satu saja.."

    BalasPadam
  10. lupa nk ckp

    apapun..Islam itu indah..

    hahhaahaha..

    #peace no war.:)

    BalasPadam
  11. mmg keje pompuan utk memikat, kalu tak, takkan duit habis beli lipstik .. dan dah mmg keje lelaki slalu melihat siapa yg memikat.. tu sbb tuhan bagi lelaki kawin lbh dr satu.

    jgn bg reason beli lisptik utk suami laaa.. tu reason dah lapok...

    bro, cuba lu perhati lelaki dan pompuan zaman skg ni. skg ni byk pompuan yang lbh dominan dr lelaki... maksudnya, lbh ramai pompuan yg lbh terkedepan dr lelaki... kat opis2, brp byk pompuan jadi bos ? brp ramai lelaki yg keje jadi drebar je ? drebar tu lak keje kontrak dah 20 tahun ... lps tu, bawak bos2 pompuan duk blkng sambil tenyeh lipstik memerahkan bibir - so they look good.. hehe.. apa maknanya tu ..?

    BalasPadam
  12. dulu, ada srg otai ni pernah kata kat aku ... "ko tak yah susah2 kawin 2,3,4 laaa.. kalau ko dah gatal sangt, ko cari gf je.. "

    pastu aku terpikir.. patutla byk tempa yg dipanggil Sendiri Punya Agenda atau kata pendeknya SPA bersepah2 kat negara ko ni..

    BalasPadam
  13. kawin ramai ni besar tanggungjawab, mesti ada komitmen, pandai membahagikan masa, sumber pendapatan pun kenalah ada..

    BalasPadam
  14. setuju dgn AreQue...

    Tapi kan kalo pompuan x bg peluang kat laki org ni pun x kan menjadi...

    Xkan lah diaorg ni x paham perasaan pompuan lain...dh tentulah dia pun x suka berkongsi...yg lagi teruk sanggup bodek laki org ni ceraikan isteri dan tinggalkan anak2 yg masih kecil...

    BalasPadam
  15. setuju dgn areQue..

    dlm kehidupan mesti seiring dgn bab agama walau apapun agama yg kita anuti.. :)

    peace no war..!

    BalasPadam
  16. muhkkaakakakk...
    tima kasih pada nizah and echah_syed sbb setuju ngn kite..

    ya..
    apapun..tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan..?

    Islam itu Indah jika mereka benar2 menilainya..

    *peace no war again!

    chaiyok..:)

    BalasPadam
  17. Kena tengok tujuan berpoligami tu. Dan kena tengok kemampuan diri. Rata-rata ramai wanita tak setuju sebab banyak kes isteri pertama dan anak-anak terabai bila suami tengah syok dengan isteri baru. Dan kalau suami bernikah lagi dengan ibu tunggal beranak ramai yang hidupnya susah, dari bernikah dengan anak dara sunti bergetah, rasanya kurang sikit periuk belanga melayang.

    Sesetengah wanita sanggup berkahwin dengan suami orang sebab lelaki bujang yang mereka jumpa semuanya tak senereh (h*mp*h). Kaki pisau cukur rata-ratanya dan tak memahami. Yang suami orang ni kononnya lebih memahami (sebab dah ada pengalaman kan) dan rata-ratanya sudah terjebak. Nak tak nak, nikah la kan.

    Hati kaum wanita dikatakan sekeras kerak nasi, dilalukan air lama-lama lembut juga...... ;)

    BalasPadam
  18. Bro Maz

    Aku tengok ramai perempuan yang menentang.

    Kahwin dua tu kan HALAL.

    Belum kahwin lagi dia dah bising nanti susahlah, nanti itulah nanti inilah.

    Pandai pulak pihak perempuan ni jadi 'Ahli Nujum' meramal masa depan... bukan kah itu akan jadi syirik.

    Nasihat saya kepada wanita yang suaminya nak kahwin lagi.... BIARKAN...

    kalau boleh tolong pinangkan sekali...

    Tak salah kalau buat macam tu kan????

    Daripada membiarkan suami anda melakukan perbuatan yang mungkar.

    Sanggupkah anda di katakan bersubahat dengan syaitan, kerana menggalakkan kemungkaran?

    Adalah lebih baik jika anda berkata begini...
    "Abang/darling/Yang atau sebagainya...
    Betul ke abang ada hubungan dengan wanita selain dari saya...
    Kalau betul betul nak...
    Kita buat betul betul...
    Nikah ikut adat
    kahwin ikut badget
    ....... ikut giliran..."

    Kan ke sedap ayat tu...
    Sejuk hati suami mendengarnya
    Anda pula pihak isteri
    Insya Allah akan mendapat pahala dan ganjaran

    Seperti mana para isteri isteri Encik Salleh Yaacob...

    Lagipun kalau engkar perintah suami... Berdosa hukumnya, mati nanti masuk Neraka.

    Perkara Halal jangan dihalang
    Perkara Mungkar jangan dibiarkan

    Sekian...


    Nota: Bro Maz, ada lagi 2 tahun 6 bulan... he he bulan depan ni kita ngeteh lagi ek...

    BalasPadam
  19. kalo rasa mampu untuk berlaku adil dan mampu dari segi kewangan dan tanggungjwab nya kahwin je lah...
    daripada berbuat maksiat baik kahwin...skrg ni pun perempuan lagi ramai dari lelaki..nak wat camner kene lah lelaki kahwin lagi satu hahaha

    BalasPadam
  20. betul
    jgn salahkan lelaki 100%..
    ada pro n konta..
    tgk pada keadaan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.