Rabu, Jun 17, 2009

Buruk Bunyinya

Sebelum ini saya paparkan post berhubung kegiatan jualan amal di kalangan pelajar Sekolah Tahfiz Amal di Alor Star, Kedah. Mereka berada di pelbagai lokasi antaranya menjual minyak sapu panas, balm berharga RM10 sebotol. Wartawan 360 berkunjung ke sekolah terbabit dan merumuskan beberapa fakta.

23 Disember 2006, 5 pelajar sekolah sama maut dalam kemalangan jalanaraya berhampiran Sungkai, Perak. Mereka dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas membuat jualan amal di ibu negara.

Berikut petikan pandangan guru sekolah dirakamkan.

“Kes besar pun kes kemalangan tu lah tapi dia mati selepas dia buat kebajikan sebab dia buat jualan amal, daripada dia berzina ke, balik minum arak ke lagi teruk”

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Majlis Agama Islam Kedah, MAIK, Sheikh Ismi Anuar sekolah Tahfiz Amal tidak berdaftar dengan Bahagian Pelajaran MAIK.

Pelajar sekolah majoriti datang daripada keluarga miskin dan anak yatim diwajibkan menjual barangan sebagai aktiviti kokurikulum. Kegiatan itu dilihat tidak sesuai. Justeru, permohonan pendaftaran sekolah terbabit tidak dapat diluluskan.

Bagaimanapun sekolah terbabit masih beroperasi. MAIK setakat in barangkali berada dalam keadaan serba salah untuk memberhentikan operasi sekolah serta merta. Mungkin bimbang pandangan negatif orang ramai. Bayangkan kenyataan 'MAIK menutup sekolah tahfiz', buruk bunyinya.

Saksikan liputan berhubung 'Penagih Simpati' dalam episod 360, malam ini jam 9 malam.

8 ulasan:

  1. adeiii apa nak pikir lagi...kalau kene tutup so tutup je la...kesian budak2 tu...jauh ketinggalan dalam pelajaran...ada banyak lagi sekolah tahfiz yg xperlu jual barang...

    BalasPadam
  2. tolonglah... jangan lah libatkan budak budak... kalau ye pun amal...

    bukan tak galakkan anak anak berniaga...

    tapi guna lah saluran yang betul...

    ni sanggup keluar kawasan bagai...

    rumah anak anak yatim tak de ke? tak cukup ke?

    BalasPadam
  3. ada yg ckp budak2 nie cari duit utk kesenangan ketua sekolah..

    emm..wallahua'alam...

    BalasPadam
  4. budak2 ni pernah saye jumpe di stesen shell batu 4 port dickson..kesian tgk bedudak ni panas jual minyak panas tu, saya sedekah rm10 kat diorang..kesian tgk bebudak tuh

    BalasPadam
  5. April, awak harus menonton 360 malam ini :)

    BalasPadam
  6. Acu, boleh jadi.

    Mama, rujuk para kedua post ini. Masalah juga, tanggapan masyarakat terpaksa ditangkis.

    Xillix, secara peribadi, saya bersetuju sangat.

    BalasPadam
  7. 'Maik memantau sekolah tahfiz ''..elok bunyinya

    buang negeri kaki penipu PERalatkan AGAMA untuk diri.

    BalasPadam
  8. tahniah di atas liputan 360 semalam..bagus

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.