Jumaat, Jun 05, 2009

Keganasan Chin Peng

Balai Polis Bukit Kepong, di selekoh Sg. Muar, Johor diserang 200 pengganas komunis Kompeni Bebas ke-4 pada jam 4.15 pagi, 23 Februari 1950. Ketua Balai Polis ketika kejadian, Sarjan Jamil Mohd Shah.

Biarpun berulang kali diseru menyerah 22 anggota polis bertugas mengambil keputusan mempertahankan balai diperbuat daripada kayu itu sehingga ke titisan darah terakhir. Dua isteri anggota polis dilaporkan turut mengangkat senjata, bertempur menentang serangan komunis melihatkan satu persatu anggota polis gugur.

Kira-kira jam 7 pagi, komunis menawan isteri Konstabel Mohamad Jaafar, Mariam Ibrahim, dua lagi ahli keluarga Konstabel Abu Bakar Daud, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditahan. Mereka semua dipaksa menyeru polis menyerah bagaimanapun pasukan keselamatan enggan meletakkan senjata. Berikutan itu, Mariam dicederakan, Fatimah dibunuh.

Hanya selepas 5 jam bertempur, pengganas komunis berjaya menawan Balai Bukit Kepong. Pengganas komunis membakar berek kelamin berhampiran balai, dua wanita dan anak mereka hangus dalam tragedi itu, anggota polis cedera parah dan mayat di lempar ke dalam api.

25 terkorban, 14 anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan dan 4 orang awam, terselamat 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga.

Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua anggota polis dan keluarga gugur dalam peristiwa hitam 59 tahun lalu, 7 tahun sebelum negara meraih kemerdekaan.

Fakta perlu diingat, pangganas komunis terbabit, anggota Parti Komunis Malaya diketuai Chin Peng. Justeru wajarkah Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

Nyatakan pendirian anda.

29 ulasan:

  1. boley BLAH la chin peng...!!! Nak masuk Malaysia... sori laaa...!!!

    BalasPadam
  2. Bukit Kepong adalah satu tregedi buatan Chin Peng itu. Banyak lagi keganasan dia dan rejimnya buat dulu.

    Pada waktu mereka melakukan keganasan dan kekejaman itu, mereka tidak kenal erti maaf dan belas kasihan pun.

    Justeru, TIDAK PERLU mengembalikan Chin Peng ke Malaysia!

    BalasPadam
  3. mungkin yang memohon Chin Peng pulang semula tu bekas anak cucu keturunan dia kot....Mengikut kata bekas polis hutan di kg saya (black area tahun 70an dulu).... saki baki komunis yang takut di hukum oleh askar/polis kerajaan kita keluar dr hutan berpindah ke pekan, oleh kerana kulit/rupa mereka sama dgn Cina tempatan maka sukar dikesan,bila kerajaan menadakan sitem kad pengenalan, mereka pun pohon sekali, dulu tak yah guna birt cert....maka jgn terkejut kalau ada dlm parti pebangkang, anak cucu keturunan komunis

    BalasPadam
  4. Bro Mazidul,

    Inilah akibatnya jika yang bertegang leher, bermati matian untuk mendapatkan Chin Peng pulang ke Malaysia adalah yang jahil dengan fakta dan sejarah.

    Terdapat blog yang terus terang menghentam kerajaan kerana tidak membenarkan Chin Peng balik.

    Yang pastinya mereka tidak tahu kepayahan seperti bro tulis di sini, kehilangan nyawa dan pengorbanan yang bukan sikit.

    Arwah datuk saya adalah seorang pejuang menentang komunis dan saya sendiri dapat mendengar kepayahan hidupnya sebagai seorang anggota polis dan masih ingat lagi beberapa parut tembakan di badan arwah.

    Parut itu mungkin tinggal sedikit, tetapi sesungguhnya parut komunisme Chin Peng, tidak akan hilang.

    BalasPadam
  5. jika ditanya pihak pro komunis mereka katakan kematian wanita dan orang awam adalah kolateral. tidak apa

    mat amin si tuan punya blog komunis pun kata sedemikian bila ditanya soalan kenapa bunuh orang awam

    malang

    generasi sekarang generasi bebas kesusahan. tak pernag lalui zaman komunis. pasal tu mudah kena program otaknya untuk memaafkan komunis khususnya chin peng

    generasi aku jgn harap la bagi chance pada komunis

    BalasPadam
  6. Boleh jika Chin Peng sanggup dilemparkan kedalam api dan hangus seperti mangsa-mangsanya dulu...

    BalasPadam
  7. Bro Mazidul

    Saya SANGATTTTT...... TAK SETUJU kalau Chin Peng balik Malaysia. Apa untungnya bawak di balik ke negara kita?

    BalasPadam
  8. bro.. kalau dia balik sini pastinya keselamatan dia terancam dan negara ini takkan tenteram...

    aku mmg tak setuju dia datang sini.

    bole jahanam la komunis!!!

    BalasPadam
  9. Nampaknya kena tanya Ustaz boleh tak pakai Mazhab tembak cicak di rumah kita. ada pahala tak?

    BalasPadam
  10. Katakanlah dia balik, dan bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Rasanya umurnya tak panjang.

    Mungkin dia mati dalam satu kemalangan misteri, atau ditembak dari belakang ketika makan di sebuah gerai terbuka.

    Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Jadi, lebih baik Chin Peng dok diam-diam di sempadan. Habiskan usia tuanya di sana.

    Dah banyak nyawa melayang dek kerana ideologi yang dibawaknya.

    BalasPadam
  11. Kita yang tengok gambar Chin Peng dah kerepot ni mungkin ler tak der rasa apa2.

    Tapi pada Ah Pek dan Ah Moi MCP dulu, Chin Peng ler hero depa. Hemsem la sket gambar masa muda trang tang2 dulu:

    http://www.psywar.org/psywar/images/thumbnails/MY3666HPWS8201.jpg

    Memang banyak pun kaum puak, bau bacang komunis nih jadi jiran tetangga kita sekarang. Depan cakap lain, belakang kita cakap lain. Susah dok dalam hutan, dapat IC percuma, sekonyong2 pun keluarlah seolah2 tade apa2 berlaku. Bila duit dah banyak, naik kepala la memasing, mintak itu dan ini.

    Pelanduk mungkin lupakan jerat, tapi jerat takkan lupakan pelanduk.

    Kalau Chin Peng nak balik, berani balik la sini, aku konfem takkan sampai punya.

    Orang balik negeri sendiri. Lu mana ada negeri la, kiasi!

    BalasPadam
  12. Saya tak setuju jika dia dibawa balik ke bumi bertuah ni...HARAMKAN terus dia dari menjejaki tanah Malaysia ni walau seinci pun..

    BalasPadam
  13. kalau kita lihat disebalik perkara ni memang ader perkara baiknya..sekurang-kurangnya rakyat malaysia akan buka balik buku sejarah..apa sebenarnya yang berlaku pada era komunis dahulu..betapa kejamnya mereka..

    ketakutan rakyat malaysia masih jelas terhadap peristiwa tersebut terutamanya orang melayu..kerana rata-rata mereka lah yang menjadi mangsa..makanan mereka di rampas, harta benda mereka dimusnahkan..nyawa melayang..

    komunis pernah merekrut orang-orang melayu untuk menjadi ahli mereka dengan alasan untuk kemerdekaan tanah melayu..tapi jalan perjuangan mereka berlainan..dengan kekerasan dan kekejaman..

    Saya sokong Chin Peng Balik Ke Negara kita dengan syarat Hutang Nyawa di bayar dengan Nyawa, hutang darah di balas dengan darah..

    Balik untuk menjalani Hukuman Mati Mandatori dan disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

    dengan itu kita dapat memberi pengajaran kepada rakyat malaysia bahawa negara kita amat tidak memerlukan manusia seperti Chin Peng itu..samada edisi lama atau yang baru...

    BalasPadam
  14. Seharusnya dia dibiarkan duduk di selatan thailand sehingga nyawanya diragut dan mayatnya ditanam di situ, jgn sesekali menjejak kaki di bumi melayu ini

    BalasPadam
  15. Saya tak setuju langsung..Walaupun sy xpenah tgk muka dia..Atuk saya bercerita psl masa dia muda2 dulu..So dia nama dia pun sy x suka..Biler tgk filem Bukit Kepong, sure akan nangis punya. Dulu masa ada segmen Jejak Kasih Bukit kepong tu sy nangis gak..sbb psl Komunis ni byk famili berpecah, hilang dll. Kerajaan harus halang dia masuk ke negara kita yg tercinta ni.

    BalasPadam
  16. Setuju juga dia tidak dibenarkan kembali ke Malaysia,tetapi bagaimana dengan rakyat Jepun atau rakyat British.

    Ada juga bekas askar² jepun atau british siap melancong ke negara kita.saya kira itupun wajar diharamkan menjejak kaki ke tanah air kita.

    Arwah datok saya pernah menceritakan askar Jepun menyuruh 2 orang melayu mengali lubang.apabila lubang sudah dalam disuruhnya kedua² orang melayu itu turun dan ditimbus hidup²

    Bagi saya kita berlaku adil dengan sesetengah pihak dan tidak berlaku adil dengan sesetengah pihak...

    BalasPadam
  17. Ingatkan, dia warganegara cina, rupanya warganegara malaysia, pengkhianat negara! pengkhianat tidak boleh dimaafkan! kita tidak mahu chin peng datang ke malaysia, dan kita tidak mahu wujudnya jelmaan chin peng. banyak perkara tidak diduga boleh berlaku.
    chin peng pengkhianat!

    BalasPadam
  18. Hari ahad lalu baru tgk cerita Bukit Kepong..smpai anak yg berumur 8 tahun turut serta smpai x mahu berganjak. Kanak2 pon tau sejauh mana kezaliman komunis. Jadi..usahlah bw chin peng ke sini..lgpun dia bukan warganegara malaysia. Dia adalah rakyat British...

    BalasPadam
  19. salam, bro lama tak comment kat sini hehehe.

    katakan TIDAK pada Chin Peng. Saya belajar sejarah Komunis nie masa tingkatan 3 pernah cikgu saya ckp yg Chin Peng nie akan cuba masuk ke Malaysia. Now no wonder laa, dulu masa saya umur 15 tahun saya tahu ttg hal nie. tak sangka pulak dia nak masuk Malaysia secepat mungkin saya baru umur 23 thn. hehehe

    BalasPadam
  20. jangan biarkan keamanan yang kita kecapi digangu gugat oleh chin peng. orang politik jangan kerana hendak meraih sokongan rakyat sanggup buat apa sahaja seperti kata Tun Seri Dr Mahathir mantan pm matlamat menghalalkan cara. Kita tidak boleh berkompromi tentang keselamatan.
    Saya nak tanya siapa yang setuju bawa chin peng balik apakah keuntungan kepada agama, bangsa dan negara jika chin peng dibawa balik.

    BalasPadam
  21. saint berkata:
    Orang balik negeri sendiri. Lu mana ada negeri la, kiasi!

    saya senyum je...
    ah kenapa tetiba je dia nak balik nih?... ada udang di sebalik batu ke?

    BalasPadam
  22. Blog salah seorang pejuang PKM (bekas perajurit Rejimen Ke-10) di Kampung Chulabhorn Patana 12.

    link:- http://matamin.blogspot.com/

    *p/s:- sekadar berkongsi...
    1Malaysia...

    BalasPadam
  23. Tak malu punye apek.,ada hati nak masuk Malaysia.! NO!!! TIDAK BOLEH!

    BalasPadam
  24. utk ape benarkan C.P blk Malaysia...? xde kebaikan satu sen pun...cukuplah bertahun2 negara kite huru hara disbbkan komunis...xkan nk luka lame berdarah kembali..?

    BalasPadam
  25. tolonglah..
    tolonglah jangan baik hati sangat..
    jgn sampai tergadai malaysia disebabkan nilai murah hati...

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum wbt kpd semua yg membaca...

    Syabas kpd saudara Mazidul kn mewujudkan blog yg baik spt ini.

    Adalah SANGAT TIDAK WAJAR jika seorang pembunuh dan pengkhianat bangsa Tanah Melayu seperti Chin Peng dibenarkan pulang semula ke Malaysia. Masya-Allah!!!

    Kita seharusnya MELIHAT SEJARAH dan MENGENANG JASA khususnya perjuangan pemimpin dan rakyat Malaysia di era Chin Peng serta mereka yg hidup sebelum kemerdekaan. Keringat yg dicurahkan semata2 bagi bg memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair bukanlah diperolehi dgn begitu mudah. Sangatlah payah sehingga byk nyawa yg terkorban.

    Cuba bayangkan jika kita hidup di era tersebut? Bagaimanakah nasib kita?

    Kita beruntung kerana kita hidup di era yg sudahpun aman dan maju. Al-hamdulillah.

    Tidakkah kita bersyukur negara kita skrg sgt aman, mempunyai pelbagai kemudahan dan semakin pesat membangun?

    Justeru, sama2lah kita menjadi waganegara yg bijak, celik sejarah, lebih bertanggungjwb dan kuat jati diri bangsanya. Peliharalah keharmonian negara kita tercinta ini. Janganlah isu2 yg tidak masuk akal seperti ini diwar2kan krn musibahnya boleh menjahanamkan bangsa, agama dan negara!! Diharapkan pihak2 yg tidak bertggjwb yg menyuarakan isu spt ini dikenakan tindakan...

    Hidup Malaysia. Hidup Perdana Menteri kita....!! Semoga PM kita yg dihomati lg disayangi iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak dapat menerajui Malaysia dan rakyat ke arah yg lebih cemerlang!

    Insya-Allah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.