Khamis, Jun 04, 2009

Kisah Burung Walid

Saya menerima pesanan ringkas, SMS daripada KH Wong menetap di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor. Dia mengemukakan aduan berhubung jiran memelihara ratusan burung walid di struktur rumah didakwa dibina secara tidak sah. Kesannya, penduduk di kawasan berhampiran hidup tidak selesa akibat bunyi bising dan bau tahi burung. Lalu, mereka mengemukakan 4 komplen kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, MPJBT.

Lapan panggilan telefon, saya gagal menghubungi pegawai penguatkuasa bertugas pada jam 9.30 pagi tadi.

“Pegawai keluar minum, saya bagi nombor handphone dia,” kata kakitangan menyambut panggilan saya.

Saya puji sikap kakitangan wanita terbabit.

Dua kali saya menghubungi nombor diberikan, tidak berjawab. SMS saya hantar menerima nasib sama. Kesimpulan saya, mungkin pegawai itu sibuk. Saya kemudian berjaya bercakap dengan Timbalan Yang Dipertua MPJBT.

“Majlis tidak mempunyai by law untuk mengambil tindakan. Tetapi kita dah keluarkan notis kepada pengusaha terbabit,” kata beliau.

“Penduduk hantar emel kepada saya, kata mereka, premis tu sudah disaman dek majlis,” tambah saya.

Beliau terdiam, mungkin berfikir.

“Tuan, biasanya struktur rumah tidak boleh extended tanpa kebenaran. Jika extended juga, itu dikira struktur haram. Penguatkuasa boleh mengambil tindakan merobohkan struktur terbabit. Kenapa tindakan sama tidak diambil sedangkan empat surat komplen dihantar penduduk? Semua nombor rujukan ada pada saya,” soalan saya kemukakan.

Beliau meminta diberikan masa bagi menyiasat kes terbabit sekaligus merujuk kepada pegawai penguatkuasanya.

“Tuan, empat surat komplen diajukan. Tidak wajar kalau baharu nak disiasat kes ini. Apapun, ok. Khamis minggu hadapan saya akan hubungi tuan kembali. Kesian penduduk hidup dalam keadaan tidak selesa,” ulas saya.

Mengapa begitu jadinya?

10 ulasan:

  1. NAHU TERhegeh-hegeh sesuai

    --bila la nak runtuh bangunan tu?
    --siapa yg sukarela MEMbakar supaya ASAPNYA pihak berkuasa nampak??

    -bila pula akan berlaku insiden perbalahan besar mengenai bangunan tu??

    BalasPadam
  2. rasuah sana rasuah sini...ditambah pula mutu perkhidmatan yang tidak perlu diceritakan lagi.pernah saya menghantar sms no telefon pejabat mara kepada sahabat saya,sambil berseleroh berkata "nak call time nie,nanti depa bz kuar minum bla bla.."telahan saya salah 100%.bukannya masa itu boleh berurusan tetapi masa itu juga masih di kedai kopi.

    BalasPadam
  3. Jangan risau, insyallah pada masa akan datang tidak perlu lagi sampai berkali-kali komplen, sekali pun dah cukup kerana sekarang moto rakyat didahulukan telah mula hendak dilaksanakan.

    BalasPadam
  4. kadang-kadang kerenah birokrasi dalam PBT juga yang membuatkan sesetengah aduan daripada penduduk tidak diambil endah..

    BalasPadam
  5. Ini Dewan Undangan Negeri saya ni. lols.

    Speak of the devil, baru pagi tadi berborak dengan one of the enforcement guy of MPJBT.

    Menarik ni.

    BalasPadam
  6. 5 dan 6 Jun jam 8 malam ada acara di Rumah Pena Jalan DBP, satu acara Baca Puisi satu lagi persembahan lagu Melayu asli daripada kumpulan anak muda bergelar Dewangga Sakti. Jemput hadir sudi-sudikan.

    BalasPadam
  7. Biasalah,
    macam pahat dengan penukul..

    Kadang2 hairan macam mana pihak berkuasa buat kerja...

    Orang awan dah bagi laporan pun x bertindak...

    P/s=First time jumpa blog ni,peminat setia oo...muka mcm iras2 je..hehehe

    BalasPadam
  8. Salam En Mazidul

    Tahniah pada tindakan yang dibuat En Mazidul. Sekiranya tiada sebarang penyelesaian dilakukan pihak terbabit,boleh ke siarkan di 360?
    Kerja sambil lewa..itulah rungutan orang ramai terhadap PBT.

    BalasPadam
  9. Alias, saya harap moto tidak tinggal moto sahaja.

    Azrul, saya setuju.

    Hazrey, kalau tidak berjaya menyelesaikan kes ini melalui panggilan telefon. We had to go and cover, the consequences would be different as expected.

    Afendy, terima kasih kerana terjumpa blog ini :)

    Cute, wartawan, Hazrey di Johor sentiasa sedia berkhidmat membuat liputan.

    BalasPadam
  10. saya setuju kes ini dibawa ke media. biasanya kalau dah masuk tv, PBT mungkin boleh jawab semua masalah yg terungkai

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.