Rabu, September 22, 2010

Boleh Hutang RM1?

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, warga asing berhutang 64 juta ringgit kepada hospital kerajaan tetapi tidak dinyatakan secara spesifik nama hospital terbabit.

Melalui kenyataan akhbar sama, lebih 3.1 juta warga asing berdaftar bermastautin di negara ini.

Bertujuan mengekang masalah berterusan, Makmal Penjagaan Kesihatan di bawah Program Transformasi Ekonomi merangka formula supaya semua pekerja asing diwajibkan mempunyai perlindungan insurans.

Setelah mereka berhutang 64 juta ringgit?

Persoalannya, bagaimana warga asing mampu 'memboloskan' diri daripada melangsaikan bayaran hospital? Siapa cuai di dalam menjalankan tugas?

Kerap kita mendengar komen dilontarkan sebilangan kakitangan hospital kerajaan ...

"Bayar RM1 (untuk pendaftaran) tetapi nak layanan first class"

... atau komen membawa maksud sama.

Hemat saya, rakyat Malaysia harus diberikan khidmat kesihatan secara percuma, ertinya seringgit itu juga tidak perlu dijelaskan.

Hutang sahajalah. Apa signifikannya bayaran seringgit berbanding 64 juta?

Nota

Khusus untuk wanita berusia lebih 30 tahun, klik di sini.

13 ulasan:

  1. Uihh.... org hospital kerajaan mana leh dengar benda2 camni... nanti depa melenting. hehehe

    BalasPadam
  2. boss, depa sibuk baca blog dan facebook untuk melenting bila kena jentik, itu yang makin banyak hutang tak dikutip. Bukan ke masa discharge atau admission tu, dah boleh verify?

    Mungkin pada mereka, alah biarlah, bukan duit kita pun.

    BalasPadam
  3. Saya selalu pegi klinik/spital kerajaan, memang kena bayar RM1.
    Tapi ada gak pengalaman berhutan RM1, kat Hospital Kuala Pilah minggu lepas (husband jatuh). Sebab I terbawak duit besar so takda tukar, nurse kat kaunter kira free...hehehe

    Warga asing kena bayar kadar berbeza, lebih dari RM1. Kalu sehari 10 kes, dah berapa? Sbb tu hutang sampai juta juta!

    BalasPadam
  4. kakitangan kerajaan VS kakitangan swasta. macam langit dengan bumi. (walaupun aku tahu masih ada kakitangan kerajaan yang ikhlas dalam menjalankan tugas)

    BalasPadam
  5. melampau betul...
    dah la segala kemudahan sini diorang rembat semacam jer,blh pulak hutang2...

    hangin...

    BalasPadam
  6. untung la dieworg...kite nih...selagi tak bayar...jangan harap leh kuar....nih bejuta utang...hurm...

    BalasPadam
  7. bukan duit kita..

    elok fikir macam mana nak kerja part time kat klinik swasta atau lepas ini nak masuk syif klinik kawan..
    atau nak buka klinik baru cawangan baru..

    BalasPadam
  8. Wahai pihak yang berwajib :-

    Sampai bila warganegara Malaysia nak berkongsi kemudahan perubatan?

    Sampai bila warganegara Malaysia kena menunggu berjam-jam sehingga nama dipanggil untuk mendapatkan rawatan dek kerana ramainya warganegara asing yg sama2 Q?

    Sampai bila nak melihat warganegara Malaysia boleh tersenyum sebaik keluar daripada blik rawatan mahupun pintu Hospital?

    Sampai bila Wang bernilai RM64 juta di atas kertas itu dpt dikumpulkan kembali menjadi kertas ringgit yg bernilai? (Saya cadangkan amaun tersebut diinfakkan berupa ubat-ubatan yg mahal yg tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan kepada Asnaf/Ibu Tunggal/Warga Emas di rmh org2 tua-Sayangi Warganegara kita!).

    Sampai bila hendak berada di takuk lama?

    SAMPAI BILA? Sampai bila-bila????

    BalasPadam
  9. Saya dah tak ingat mcm mana pendaftaran kat hospital kerajaan.

    Tp rasanya kalo taknak org berhutang, waktu daftar tu trus mintak duit, drpd mintak diorg bayar kemudian. Memang diorang bleh lari la.

    Apa pun, pendatang asing terlalu ramai sgt kat malaysia ni, runsing dibuatnya.

    BalasPadam
  10. Sebelum bersara saya pernah mendapat surat menuntut hutang RM1 lantaran saya sendiri tak pasti bila perlu dijelaskan.

    Ketika itu memang saya keluar masuk wad kecemasan masalah buah pinggang, darah tinggi & jantung.

    Isunya terkadang pesakit tak terima bil bila keluar dari wad; jika pihak hospital terpaksa mengepos surat rasanya tak berbaloi kos setem kertas & surat tersebut juga mungkin telah separuh dari RM1.

    BalasPadam
  11. teringat masa dulu2 buat attachment kat sepital, ada tuh tolong org sakit nak register... takan nak minta sehengget dr org yg dah separuh koma kan... terpaksalah dahulukan duit sendiri dulu

    BalasPadam
  12. sepatot nya jangan lah bagi hutang.
    baik bagi 64juta tu kat sekolah² yang sekarang ni asyik nak mintak duit pelajar saja.

    BalasPadam
  13. Cas hospital kerajaan berbeza antara warganegara and warga asing....nak jumpa klinik pakar kena bayar rm50 skali datang, berbeza kita just rm5...bayaran singgit biasanya kat klinik kerajaan untuk warganegara...manakala warga asing kena bayar rm15 sekali rawatan....perlu di ingatkan kos untuk bahan2 perubatan bukannya murah, sekecil2 anak pisau bedah ada harga apatah lagi yang sebesar benda....kerajaan dah tak mampu nak tampung perbelanjaan tu seme....skang makmal patologi hospital2 nak diswastakan.....memang takkan dapat percuma dah zaman skang ni

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.