Isnin, November 04, 2013

KENAPA EMAK DITEMBAK AYAH?

Laporan khas Utusan Malaysia hari ini mencatatkan, 150,000 pengawal keselamatan warga asing berkhidmat di Malaysia. Sekaligus mendominasi kerjaya itu berbanding bilangan warga tempatan, kira-kira 100,000.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, 30,000 pengawal keselamatan haram kini berkhidmat khususnya di Lembah Klang. Justeru beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan lebih tegas.

Pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 tahun, di Subang Jaya, Selangor disahkan berstatus pengawal keselamatan haram. Tidak hairan jika dia bukan menjaga keselamatan pegawai itu malah menembak mati mangsa secara kejam.

Semalam Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim menyampaikan sumbangan RM100,000 dan juga pampasan insurans RM352,188 kepada suami mangsa, Irwan Kamaruddin semperna majlis tahlil dianjurkan.


"Kenapa emak ditembak ayah? Apa salah emak?"

Itu soalan lazim dikemukakan oleh 2 anak mangsa,  Nurnisa Nabila, 12 dan Muhd Hazimi, 8 tahun.

Klik di sini untuk meneliti laporan Berita Harian. 

Biarlah saya menjawab soalan itu.

Emak kamu tidak bersalah. Cuma penjenayah itu tidak berperikemanusiaan dan gelap mata tatkala melihat jumlah wang banyak di hadapannya. Pada masa sama, majikan penjenayah itu juga bersikap cuai kerana gagal mengenal pasti identiti sebenar lelaki berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia dan membenarkan dia bertugas sebagai pengawal keselamatan haram tetapi bersenjata.


Penjenayah terbabit, ayah kepada 3 anak. Di bawah, gambar isterinya bersama anak bongsu mereka.

Klik di sini untuk melihat gambar ahli keluarganya yang lain. 


Untuk rekod, isteri penjenayah itu dan 10 saudara serta kenalan bekas pengawal keselamatan itu telah ditahan oleh polis untuk tujuan siasatan.

Mungkin anak penjenayah itu juga seringa mengajukan soalan kepada ibu mereka.

"Ibu ayah mana?"

Lalu ibunya barangkali menjawab ...

"Ayah kamu  hilang  selepas  menembak  mati  secara  kejam wanita  Malaysia. Kini  dia kaya, memiliki banyak wang, lebih RM400,000 tetapi dia menjadi buruan polisi"

Sebagai manusia berstatus ayah, saya yakin, penjenayah itu juga merindui isteri  dan anaknya. Biarpun mempunyai wang tunai ratusan ribu di tangan, kegusaran sentiasa menghantui dirinya. Dia juga pasti berasa  gentar  untuk  pulang ke  kampung  halaman di  Sulawesi.  Hemat saya, pihak  berkuasa  Indonesia, tidak  teragak-agak untuk  menghulurkan  bantuan cuba mengesan penjenayah itu.

[ Klik di sini ]


4 ulasan:

  1. rasanya kerajaan sedar kebanjiran pengawal keselamatan warga asing tapi sengaja tutup mata atas sebab mereka shj yang tahu.

    BalasPadam
  2. Setiap sendi dalam jabatan kerajaan terlibat dalam soal ni. lihat satu contoh.... bagaimana mereka dapat ic? kalau tiada peranan 'orang dalam', tak mungkin mereka dapat ic yang 70% tulen. tanya lagi bagaimana mereka masuk? bagaimana boleh tinggal dgn senang lenang? semua ni perlu ada sokongan dari pihak berwajib. kalau tak semua ni tak kan berlaku.

    BalasPadam
  3. saya jadi sebak bila tengok suami arwah dan anak2...sedih sbb perkara yg tak sepatutnya berlaku dah pon berlaku akibat kerakusan dan sikap tamak manusia yg tak berperikemanusiaan..alhamdulillah...suami arwah redha...tp bila tgk air muka anak arwah,ya Allah...lg sedih hati nih...

    P/S : Inilah blog yang sy baca tiap2 hari...

    BalasPadam
  4. sedihnya..harap dpt di tangkap secepat mungkin

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.