Selasa, Jun 09, 2009

Wajib Lulus Bahasa Inggeris

Terbaru, cadangan calon Sijil Pelajaran Malaysia diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi melayakkan mereka menerima sijil penuh.

Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai melontarkan komen.

Apa kata anda?

18 ulasan:

  1. baguz juga bagi warga bandar...
    kesan kepada pelajar luar bandar.
    Pelaksanaan BI pun kesan luarbandar..

    sebarang perubahan biar stabil,,sebab cetak buku dll memerlukan KOS..

    cadangan berupa BISNES, elakan kalu boleh
    macam tu semua guru tuisyen BI akan setuju kan kan

    BalasPadam
  2. tak payah la tan sri. bahasa malaysia sendiri pun masih ada yang tak mampu nak lulus untuk SPM.

    kalau bahasa rasmi negara pun masih ada yang tersedak2 janganlah ditambah lagi prerequisite untuk lulus

    pastikan bahasa KITA itu lulus 100% setiap tahun dulu. jika itu sudah boleh baru la nak tambah bahasa lain sebagai prerequisite

    jgn jadi dungu..

    BalasPadam
  3. saya sokong cadangan tu. calon spm perlu LULUS dalam subjek b.i. rasanya x membebankan pelajar.malah dapat menaikkan lagi usaha utk belajar dalm b.i. tp kalu syarat perlu dapat kepujian mungkin akan membebankan sikit. mungkin ramai pelajar yg xkan dapat sijil spm. kesian juga kat student yg lemah.

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan pendapat Obefiend..rata-rata ramai penduduk Malaysia yang kurang fasih berbahasa Melayu...bukan tidak setuju dengan cadangan lulus BI dalam SPM tapi kita penguasaan bahasa rasmi kita pun kena laksanakan jugak.

    Pernah saya bertanya soalan kepada sesetengah orang kita. Tapi ada menjawab, "I don't understand Malay" atau "Saya kurang fasih bercakap dalam Bahasa". Kalau macam tu apa gunanya duduk di Malaysia, jadi warganegara Malaysia tapi bahasa rasmi kita pun terkial-kial nak bercakap.

    BalasPadam
  5. SAYA SETUJU dengan cadangan TPM.
    Biar budak2 ni belajar lebih sikit.
    Asik nak komplen je bila subjek susah.
    Sikit2 komplen, sikit2 komplen.
    Zaman saya dulu (sblm boleh amik subjek sampai berpuluh-puluh), susah camna pun, usaha jgk nak study.
    Hey, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.
    Org melayu asik dgn alasan, alasan, alasan.
    Berusahalah untuk majukan bangsa kita.
    Susah macam mana skalipun mesti ada cara untuk berjaya.
    Takde perkara yg mustahil kecuali kalau asik bagi alasan dan pemalas.

    BalasPadam
  6. sy stuju dengan knowlee..
    zaman dulu time skolah, kerajaan suh tambah subjek ke pe ke kite ikut & belajar je..
    xde sape berani nak membantah or nak pertikaikan. ramai gak yang success. untung bebudak sekarang awal2 lagi dah serapkan BI dalam subjek pembelajaran. so nanti xdela masalah takut nak interview gara2 tak fasih BI.
    bak kate pepatah"susah2 dahulu, bersenang2 kemudian..".
    Ini hanya pendapat saye =)

    BalasPadam
  7. komen saya, kaedah pengajaran / pedagogi itu yang kena ubah untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar, selepas itu barulah boleh mewajibkan bahasa inggeris sebagai matapelajaran wajib lulus

    BalasPadam
  8. Bagi melaksanakan cadangan ini saya berpendapat banyak kajian perlu dilakukan terutamanya dgn menumpukan pelajar luar bandar. Adakah peratus kelulusan BI oleh sekolah luar bandar cukup meyakinkan bahawa mereka tidak akan terketinggalan sekiranya dasar ini dilaksanakan.

    BalasPadam
  9. ...kalau dulu, lulus atau tak lulus asalkan amik spm, dapat sijil.
    ..tapi sekarang, kalau bm tak lulus, calon hanya dapat slip keputusan yg dpt masa keputusan keluar tu aje.
    ..kalau ditambah dgn BI mesti lulus, alamatlah lagi ramai yang dapat slip aje. Percayalahh!!!

    BalasPadam
  10. TAK SETUJU!!!!
    TAK SETUJU!!!!
    TAK SETUJU!!!!

    BalasPadam
  11. zaman SPM saya (1990), saya ingat lagi, untuk dapat sijil SPM, BM perlu kredit (C). Bila dijadikan sijil terbuka, lulus pun dah dapat sijil. memang saya terkejut bila sorang guru BM bagitau saya pasal tu. patut le BM pelajar makin teruk...sebab dalam minda mereka, alah...lulus pun takpe. dapat gak sijil.

    as for English "must pass" for SPM, saya sokong. sekurang-kurangnya mereka akan berusaha untuk memajukan diri menguasai bahasa tersebut. sedih bila tgk anak bangsa sendiri "is-are-was-were-am" pun tak dapat nak differentiate.

    if people say, kesian budak2 luar bandar... bagi saya, kalau nak, semua buleh dicapai. saya seorang guru dan saya tahu, ada anak2 luar bandar yg pandai BI walaupun persekitaran mereka... dialek kenegerian cukup pekat.

    di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. antara nak dengan tak nak aje. antara rajin dengan MALAS aje.

    tak hilang MELAYU, tak hilang ISLAM kita just because we learn other languages...

    BalasPadam
  12. wassalam.. saya setuju 1oo% utk menjadikan bahasa inggeris sbg subkej yg wajib lulus dlm SPM. sy yg akn mengambil SPM pd tahun hdpn bersetuju krn sy mmpunyai pengalaman yg trsendiri. kwn sy di skolah rata2 kurang fasih berbahasa inggeris. Apabila kerajaan mewajibkan BI, maka ramai lh pelajar yg akn fasih BI krn guru2 di skolah pasti akn meneknkn dgn lebih lg PENGGUNAAN BI.

    apabila ini berlaku, kita dpt berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dgn negara maju yg lain. tidak rugi nye kalau BI dijadikan subjek wajib lulus dlm SPM.

    BalasPadam
  13. wassalam.. saya setuju 1oo% utk menjadikan bahasa inggeris sbg subjek yg wajib lulus dlm SPM. sy yg akn mengambil SPM pd tahun hdpn bersetuju krn sy mmpunyai pengalaman yg trsendiri. kwn sy di skolah rata2 kurang fasih berbahasa inggeris. Apabila kerajaan mewajibkan BI, maka ramai lh pelajar yg akn fasih BI krn guru2 di skolah pasti akn meneknkn dgn lebih lg PENGGUNAAN BI.

    apabila ini berlaku, kita dpt berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dgn negara maju yg lain. tidak rugi nye kalau BI dijadikan subjek wajib lulus dlm SPM.

    BalasPadam
  14. Isu bahasa tak pernah selesai..PPSMI belum tahu lagi mana arah tujunya..timbul pula isu wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM....
    Kadang-kadang timbul persoalan di benak fikiran saya... apakah kita menghadapi masalah yang sangat kritikal dengan bahasa inggeris ini... lupakah kita bahawa kita sedang berhadapan dengan masalah yang lebih kritikal iaitu masalah sosial di kalangan para pelajar dan generasi muda yang semakin hari semakin membimbangkan....
    Mengapa kita tidak beri penekanan yang lebih serius terhadap penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar melalui Pendidikan Islan dan Pendidikan Moral...
    Adalah lebih baik hal ini diberi keutamaan sebelum kita bercakap tentang bahasa inggeris....kerana bagi saya bukan sekadar bahasa inggeris sahaja yang kita perlu kuasai tetapi bahasa-bahasa lain seperti bahasa arab juga tak kurang pentingnya.....

    BalasPadam
  15. tgk http://anakfelda-ifah.blogspot.com

    pndangan luhur dr anakfelda

    BalasPadam
  16. saya sokong... wajib lulus... sejarah wajib kredit boleh?

    BalasPadam
  17. bab ini..
    tersangatlah setuju..
    lulus pun sudah cukup.
    tetapi..
    budak pedalam / luar bandar..
    makin bertambah tak dapat sijil nanti
    tp at least ini sepatutnya jadi pembakar semangat kepada mereka untuk belajar lebih bersungguh2

    BalasPadam
  18. Saya bersetuju bahasa Inggeris diwajibkan dipelajari. Tidak bersetuju diwajibkan lulus bahasa Inggeris itu. Biarlah ada bezanya taraf antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tu.

    Macam negara-negara maju yang lain yang mengangkat tinggi martabat bahasa mereka di persada negara berbanding bahasa lain. Dalam negara kita bahasa kebangsaan perlu diberi status yang melebihi bahasa lain.

    Latar bahasa negara perlu dilatari bahasa kebangsaan dan bukannya bahasa asing. Latar bahasa negara akan mempengaruhi warganya sebanyak 70 peratus.

    Maknanya, kalau bekerja pun disyaratkan dengan bahasa Inggeris, masalah sebeginilah yang berlaku di negara ini. Masalah bahasa yang tidak berkesudahan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.