Jumaat, November 01, 2013

NEGRO KAKI RABA


"Sebaik pintu lif terbuka sahaja, saya ternampak lelaki negro sedang meraba punggung dan tubuh gadis Melayu. Namun saya tidak boleh berbuat apa akibat tergamam melihat kejadian itu. Lagipun tubuh lelaki itu sasa dan besar. Mangsa kelihatan berada dalam ketakutan sangat,"  jelas gadis Melayu berusia 24 tahun, kini menetap di apartmen di Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Flora kini dikenal pasti menjadi lubuk penempatan warganegara Afrika terutama dari Nigeria. Di bawah sebilangan daripada gambar mereka sempat saya rakamkan.



Menurut pengawal keselamatan, Santa Tamang, 20 tahun,  berasal dari Nepal, dia bertugas di blok F sejak 2 bulan lalu.


"Saya memang ada ronda," katanya ringkas.

Tanpa mengenali identiti saya, dia berasa tidak begitu selesa berkomunikasi. Sewaktu gambarnya dirakamkan, dia cuba tunduk.

"Ambil gambar, kes itu security guard tembak punya ke?," soalnya.

Rupanya, dia juga mengetahui kes pegawai operasi Ambak ditembak mati oleh pengawal keselamatan di Subang Jaya, Selangor lebih seminggu lalu.

Sebaik rakan setugasnya, Akash Kumar datang menghampiri, fakta mula dIdedahkan. 


"Sudah berapa lama kerja?," soal saya.

"Dia dua bulan, saya empat bulan," balas Akash.

Kami kemudian memfokuskan perbincangan kepada isu gangguan negro terhadap wanita tempatan.

"Satu bulan lepas, kira-kira jam 3 petang, lelaki negro meraba punggung seorang perempuan Melayu di dalam lif di tingkat 23. Dia datang berjumpa saya, menangis teresak-esak. Ada juga kes lelaki dan teman wanita perempuan negro bergaduh di dalam lif. Dua hari lalu, empat kenderaan peronda polis datang ke sini," jelasnya.


Akash menetap di Malaysia sejak 4 tahun lalu dan dia agak fasih berbahasa Melayu.

"Saya berdoa setiap kali pintu lif terbuka, tiada negro akan menaiki lif bersama saya. Saya takut sangat, berpeluh. Sebelum ini, saya menghantar anak kepada pengasuh di blok E. Setiap kali menaiki lif, saya berasa amat khuatir," ujar Iris Nani Khalid, 36 tahun, sewaktu saya temui.


Sewaktu berada di lokasi sama, saya terserempak pelajar kolej warga Nigeria, Bruno Jospeh, 23 tahun.


Tatkala berada di lokasi, saya berpeluang merakamkan senario amat menarik. Gadis tempatan, berusia dalam lingkungan 20 an sedang menunggu lif dan tiba-tiba muncul seorang lelaki Afrika, berdiri pada jarak 2 meter darinya.

Saya perhatikan, wajah gadis itu berubah pucat dan gerak-gerinya menunjukkan dia berasa kurang selesa.


Dia kemudian cuba menjauhkan diri.


Sebaik pintu lif terbuka, gadis terbabit pantas memasuki lif di sebelah kiri sekali manakala lelaki Nigeria menggunakan lif di kanan.


Berkemungkinan dia pernah menjadi mangsa kacau ganggu lelaki Afrika sebelum ini.

"Saya mempelajari bahasa Inggeris di Kuala Lumpur sejak 2 tahun lalu. Memang selalu menegur rakan lain dari Afrika sekiranya terlihat mereka merenung wanita tempatan secara bernafsu atau jika mereka meminum arak di tempat terbuka. Perlakuan mereka itu mengakibatkan warga Afrika lain terkena tempias sekaligus masyarakat tempatan memandang serong terhadap kami semua," ujarnya.


Saya kemudian merujuk dakwaan berlakunya kes gangguan seksual itu kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

"Jika mangsa dicabul, dia harus membuat laporan polis agar polis boleh melaksanakan tindakan," jelas beliau.

Saya difahamkan, polis sentiasa melakukan rondaan berkala di lokasi panas terbabit.


Sebelum saya beredar seorang daripada penduduk mendekati Santa dan bertanya mengenai status permit kerjanya sebagai pengawal keselamatan. 




"Saya tidak faham," responnya ringkas.

Dimaklumkan terdapat kira-kira 20 pengawal keselamatan berkawal di situ dan majoriti mendakwa warga Nepal.

"Kalau berlaku kes jenayah di sini, mereka tidak memahami bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu. Bertambah pelik,  seorang pengawal keselamatan bertugas di sini, berusia 16 tahun.  Setahu saya, rakyat Nepal bekerja sebagai pengawal wajib bekas tentera," ujarnya.

"Itulah syarat dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri," celah saya.

Berikut petikan temu bual bekas penerbit 999 bersama bekas Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam.


Klik di sini.

Jadi molek jika anggota polis dari Balai Damansara Utama melakukan pemeriksaan terperinci terhadap dokumen semua pengawal keselamatan berkhidmat di Flora Damansara.


Klik di sini untuk membaca liputan saya berhubung pengawal keselamatan haram pernah bertugas di lokasi penempatan itu sebelum ini. 

7 ulasan:

  1. Kat mid valley lagi satu port guard dari Nepal. Baik di megamall ataupun Northpoint, semua guard NEPAL...NEPAL...tapi depa ni muda-muda lagi. Tak mungkin bekas askar...KDN nak tunggu apa lagi, ANGKUT ler

    BalasPadam
  2. harap lebih banyak buat pendedahan yg panas terhadap pihak berwajib berhubung pendatang haram yang semakin menyesakkan nafas anak leluhur malaysia.

    jangan sampai berlaku pertempuran antara penduduk tempatan dgn warga asing sbb rata2 rakyat dah semakin hilang sabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau orang yg diharapkan tidak ambil tindakan tidak hairan kalau pertempuran berlaku.jangan salahkan org kita yg sudah hilang sabar.

      Padam
  3. asyik2 cerita warga asing buat onar di negara ini..mana ketegasan kerajaan..sy rasa sangat menyampah sekarang..pergi mana2 muka dia org.senang2 berniaga,bekerja,buat jenayah..mudahnya bagi mereka sb tiada tindakan tegas.semua hangat2 tahi ayam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemasukan warga asing di dalam malaysia sangat senang, berniaga merata rata tempat sesuka hati, buat kacau, bergaduh sesama sendiri macam mereka berada di negara sendiri... tolong la pantau, kami perempuan, ank2 gadis juga ibu2 sangat takut... di kawasan port klang pun mmg sangat ramai, tolong usir mereka

      Padam
  4. Rasa2nya mau negro2 ni kitw pi hantar ke Highland Towers. Apartment free pya hahaha bayar kat hantu kalau nak bayar pun. Ada beran?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.