Sabtu, Jun 07, 2008

Bacalah

Salam

Sedar tidak sedar, blog ini sudah menjadi bahan bacaan ramai lebih sebulan. Pelbagai komen dihantar, khususnya di kalangan khalayak ingin berkongsi ilmu secara mudah. Majoriti daripada komen saya terima terpancar daripada pemikiran cukup dewasa. Pada hemat saya, hasil tulisan Sdr Zakaria My ini, satu daripadanya.

Ini komen beliau ..

'Sdr Mazidul, isu pekerja asing ini nampaknya sering dipandang remeh oleh pihak berkuasa. Memang kita terlalu meraikan tetamu. Membiarkan mereka mencari rezeki di negara kita walaupun salah dari segi undang2. Bila dah lama, dah ramai, dah 'berkuasa' tentu sukar untuk menghantar pulang. Akhirnya, kita terpaksa akur. Hatta, pulau yang nyata milik kita pun akan terlepas. Ironinya, kita hanya berlembut dengan 'tetamu' kita. Tapi tegas dengan orang kita. Lihar sahaja di sektor binaan. Carilah orang tempatan, pasti sukar. Sdr Mazidul pun kalau nak repair rumah sendiri, siapa yang datang, walaupun kita deal dengan orang kita. Kita ada ratusan pusat latihan kemahiran. Kita keluarkan puluhan ribu setiap tahun. Tapi ke manakah mereka?Memang kalau seorang, nampak tiada masalah. Kalu dia hantar RM200 sebulan. Ah, tak mengapa. Dia datang tak kacau kita. Tapi kalau sudah 2.3 juta? Darab dengan RM200 sebulan, darab lagi 12 bulan. Tentu ianya mengacau ekonomi negara kita. Itu bilangan yang disahkan. Khabarnya yang tak sah sekali ganda lagi. Kita hilang billion setahun. Adakah orang kita malas? cerewet? Mungkin ia. Pada saya itu hanyalah persepsi yang diadakan bagi memberi peluang pada kontraktor tertentu terus-terusan mengambil pekerja asing. Byr gaji murah, longgokkan setempat 10-20 orang. Pastinya mereka tak dapat lakukan pada rakyat tempatan. Kita sebenarnya tiada polisi jelas. Tiada undang2 yang mewajibkan kontraktor mesti mengambil pekerja tempatan yang telah dilatih. Mereka bebas mengangkut orang luar. Ada pula yang diizinkan membawa orang luar dengan keuntungan berlipat ganda. Kesian belia kita. Akademik mungkin tak seberapa. Belajar kemahiran dengan harapan boleh mengubah kehidupan. Malangnya, sekadar mendapat sijil sahaja. Nak jadi kontraktor kelas F, ianya dibekukan. Nak bekerja tiada yang sudi. Akhirnya sijil kemana apa ke mana. jual burger dan air tebu juga akhirnya. Melihat pelbagai pembangunan yang ada pelbagai koridor yang mampu hanya menyapu koridor.

Sdr Mazidul, Maafkan saya. Saya sudah lawati puluhan pusat seluruh negara. Menyedihkan, itu sahaja yang dapat saya katakan. Lebih sedih, tiada yang bangun membela. Mungkin 360 mampu mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya menyedarkan banyak pihak. Wallah huallam.

Ada kelapangan lawati http://www.enzek.blogspot.com/'

3 ulasan:

  1. salam...

    salam sokong. sekarang pendatang bukan sahaja cari makan tapi dah bawa anak mereka ke sini..ada yang bawa perut buncit supaya anak mereka dapat i.c...mereka malu gelar anak mereka INDO..tapi mahu jadi melayu...

    indo+indo=melayu, indo+bangla=melayu dan myanmar+myanmar= melayu... apa logiknya bangsa melayu nie?

    abe MIE sudah 10 tahun bekerja dan menjaga pekerja asing...

    sakit hati melihat i.c merah..bercakap pun indo tapi mengaku orang Melayu.

    mazidul bila nak buat pasal pendatang yang mudah dapat i.c? berapa puluh ribu dan ratus ribu mereka sudah jadi orang sini? 360 jangan buat pasal hantu saja..orang takut kat pendatang daripada hantu.....

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam...

    abe MIE dok sungai buluh...banyak pendatang sini...abe MIE hantar anak sekolah, jumpa juga anak pendatang yg dpat i.c, abe MIE pernah jaga 200 pekerja PATI- biasalah bisnes cina hendak untung..gaji mereka murah.

    abe MIE juga lihat banyak polis jadikan perempuan indi sebagai isteri no2...kalau mazidul hendak saya tunjukkan saya boleh beri kerjasama..ramai anggota polis salahguna kuasa mereka..selain melindungi pekerja dan PATI, mereka juga ambil kesempatan lain...ada konsert dangdut, rumah haram...polis sg buluh dan shah alam jaga...

    tapi mazidul kena hantar org lain sebab orang sgbuluh mesti kenal mazidul..bawa kamera...

    abe MIE akan berikan informasi kalau mazidul mahukan..BENCI LIHAT PENDATANG...sebelah rumahpun anak pendatang dapat i.c...keturunan melayu (INDO+INDO=MELAYU)...

    abe MIE banyak menghantar artikel kepada Utusan dan Bharian tentang hal ini- rasuah dan pelacur antara polis dengan PATI. sia-sia sahaja

    HUBUNGI abe MIE di

    norjimi@hotmail.com
    norjimi@yahoo.com

    pkrpasdap.blogspot.com

    terima kasih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.