Ahad, Jun 22, 2008

Dia Telanjang

“Dia dok terbaring kat depan rumah tu sejak pagi lagi”

Kata wanita tidak saya kenali kepada presiden PENDAMAI Pulau Pinang, Abdullah Mohd Isa, 56 tahun, anak kelahiran Balik Pulau.

PENDAMAI, persatuan alumni Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia.

Saya bertemu Abdullah di Kampung Telok Bahang, Batu Feringgi, Pulau Pinang pada 21 Jun lalu.

“Mazidul nak pi tengok, jom,” pelawa Abdullah.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, saya ‘melompat’ menaiki kereta beliau. Sewaktu tiba di rumah wanita terbabit, saya lihat lelaki terbaring di lantai luar rumah tanpa menghiraukan terik matahari. Tanpa baju, berseluar hitam dan bekaki ayam.

“Lan, bangun! Awat hang buat lagu ni?,” sergah Abdullah.

Lan, 43 tahun bingkas bangun.

“Tolong lah Lah aku nak duk rumah PENDAMAI,” rayunya sambil datang menghampiri kami.

“Hang ambik CPZ ka?,” soal Abdullah.

“Tak dak,” pantas Lan menafikan.

CPZ, Subuxone, Midazolam dan Domicom, antara pil penenang digunakan penagih dadah bertujuan menghilangkan rasa ketagihan.

“Hang tunjuk kat aku hang ambik ubat apa,” Abdullah meninggikan suaranya.

Di depan saya, Lan berdiri terhoyong-hayang. Perlahan dia menyeluk saku seluar lusuh dan kotor dipakai. 5 biji pil berwarna biru dikeluarkan dan digenggam tangan menggigil, sama seperti kakinya.

“La .. Ini CPZ la!,” ujar Abdullah.

“Isnin nanti hang jumpa aku,” sambungnya lagi.

Lan menoleh ke arah saya.

“Aku punya highway ni dah pecah. Sakit,” katanya sambil memegang peha.

Highway’, 2 urat dipangkal peha dan leher seringkali disuntik, cara memasukkan dadah ke dalam badan.

Sewaktu minum petang, Abdulallah berkongsi kisah kehidupan Lan bersama saya.

“5 tahun dulu, Lan ni hebat. Badan steady, dia ni orang pi ke laut. Body dia macam Mazidul lah. Tapi dia tewas dengan heroin. Pernah dia pi serang polis kat balai sebab depa tangkap kawan dia. Bertumbuk. 6 bulan dia kena penjara”

Seperti tidak percaya saya dengan apa dituturkan Abdullah. Lan saya temui kelihatan kurus kering, tulang rusuk jelas terbonjol keluar kerana kekurangan daging pada tubuhnya.

“Sebelum 2002, pil penenang ni depa makan, telan. Sekarang depa inject. Bila high depa berjalan telanjang tak kisah orang macam hilang akal. Sampai ada pelancong asing buat repot kat balai, kata ada orang bogel jalan tengah bandar. Ada seorang lagi penagih tu high, naik motorsikal, lepas tu dia pi langgak round-about. Bila saya tanya sebab apa langgak, dia kata handle motor dia bengkok,” jelas Abdullah.

“Pil tu semua boleh dibeli di klinik ke?,” soal saya sewaktu bertemu bekas penagih heroin selama 24 tahun, kini usianya 40, Jan.

Dia tinggal di rumah PENDAMAI sejak 3 bulan lalu.

“Kita register dengan doktor kat klinik dulu. Pil 8 gram, RM38, 2 gram, RM15. Pil Subuxone untuk hilangkan gian, Domicom ubat tidur. Dua pil tu kita tumbuk halus, campur air lepas tu baru pacak,” jelasnya.

“Pacak?,” saya keliru sambil bersedia mencatat responnya.

“Pacak tu suntik lah, 24 jam boleh ghau! Boleh high. Silap-silap black out! Black out tu macam tak sedar diri. Macam berjalan waktu kita tidur,” jelas Jan.

“Kalau dah tahu kesannya macam tu, kenapa ulang?,” saya bertanya.

“No komen!,” balasnya.

“Huh! Awak ni macam artis jawab soalan la,” kami tertawa.

Dari awal pertemuan saya dapat menjangka ada sesuatu terbuka di hati ayah kepada 2 anak kini bertugas sebagai mudim.

“Projek Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan Kebangsaan, NSEP memang bermasalah. Mazidul bayangkan, setiap penagih menerima 4 jarum, 2 kondom, kapas dan Iodin dalam satu peket. Jarum tu la depa guna inject ubat dapat dari klinik dan hospital. Ada juga pi jual jarum tu, 40 sen satu,” Abdullah kelihatan kecewa.

Antara tujuan NSEP, membendung AIDS merebak di kalangan penagih dadah akibat perkongsian jarum suntikan.

“Apa jadi dengan kondom?,” soal saya.

“Kondom depa buang kat atas jalan. Budak-budak jumpa kemudian kutip, tiup buat belon. Maruah terjejas sebab majoriti penduduk Melayu,” jawab beliau.

“Saya dulu penagih dari tahun 1970 sampai 1979. Saya dah faham sangat perangai penagih. Jujur ke depa ni? Kalau bagi jarum, how sure are you that those addicts will not share needles? Bagi saja tanpa pemantauan mana nak jadi”

“Macamana boleh berhenti jadi penagih?,” satu lagi soalan saya ajukan.

“10 April 1979 saya terjumpa bekas cikgu saya, Trence Arthur Caper. Dia cakap kalau saya tak stop, saya nak jadi apa? Tambahan pulak masa tu saya dah kena gantung kerja dengan Kementerian Kesihatan. Gaji waktu tu RM220. Hati sakit sebab hidup daif sangat, keluarga sisihkan saya, orang tengok meluat. Saya cuba nak masuk pusat pemulihan, depa rejected. Semangat bertambah sebab saya rasa tercabar. Lepas tu saya terus berhenti jadi penagih,” lebih panjang penjelasannya.

Abdullah kemudian menunjukkan kepada saya gambar dirakam 8 bulan selepas dia bebas dadah.

“Semua ubat ni kita panggil Benzo. Bila saya bagi tahu kepada Kementerian Kesihatan dan doktor, ubat tu penagih inject, depa tak percaya. Kita ni on the ground, kita tahu,” ujarnya.

Jika benar kata Abdullah pihak berkuasa harus meneliti kenyataan beliau secara lebih terperinci.

Apa pandangan anda berhubung NSEP?


8 ulasan:

  1. salam...

    penagih kalau kembali kepangkal jalan atau tidak menagih pun mereka akan 'berkawan' dan mencari kawan lamanya- iaitu dadah dan sahabat penagih.

    abe MIE pernah jadi wartawan dulu (2000). jumpa panagih. kata dia, lepas jadi orang baik (pusat pemulihan) mereka akan jadi orang baik tetapi bagaimana penerimaan masyarakat? kerja? siapa nak gaji penagih?

    keluarga akan buang mereka- kerana dihukum sejarah silam.

    masalah itulah menyebabkan mereka kembali ke pangkal jalan- iaitu kembali menagih.

    kalau abe Mazidul ada anak lelaki- nassihat padanya -jangan terlibat dengan dadah, tapi kalau anak perempuan- balik rumah jangan lewat. Itu aje masalah kini. yang dah jadi penagih, teruskan menagih. yang nak insaf, teruskan melawan dan berjihad. SEMUA BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI DAN JANGAN SALAHKAN ORANG -KERAJAAN, IBUBAPA, MASYARAKAT, NEGARA....

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. saya rase mmg xpatut pun bg jarum n kondom free tue...cam menggalakkan org menagih n wat seks je.

    BalasPadam
  3. Salam, mungkin pihak media perlu berperanan dengan lebih agresif bahaya penyalahgunaan dadah.

    Kurangkan rancangan yang memberi peluang remaja bergaul tanpa batasan. Buat masa ini banyak sangat kot....

    Kukuhkan institusi keluarga, walaupun amat sukar dan amat mencabar dizaman ini.

    Wallahuallam.

    BalasPadam
  4. rasanya
    usaha kerajaan membendung aids
    memerlukan pemantauan...
    if tak usaha nie mcm sia2 jer...

    BalasPadam
  5. saya tak mau nak kondem sesiapa, tetapi saya cuma nak tanya kepada semua yang komen dekat sini yang pandai dan bijak belaka, Apakah cadangan tuan /puan yg terbaik untuk menagani masalah penagihan semula dan mcm mana nak pulihkan kami (pengguna dadah ) secara total, pls jawap

    BalasPadam
  6. Kepada Mazidul Pulak ,
    Walau pun artikel ini dah lama 2008 , tetapi saya ingin sangat melihat mazidul membuat ulasan mengenai perkara sebenar isu NSEP ini sebab bagi saya adlah tidak wajar sekiranya kita cuma pilih atau komen perkara tidak baik atau tidak elok NSEP sahaja sedangkan perkara baik mengenai NSEP dan "Harm Reduction" program lebih banyak dari buruknya, Harap Mazidul sebagai wartawan dan rakyat malaysia yang bertanggungjawap dapat membetulkan perkara ini, sekian terima kasih & Assalamualaikum

    BalasPadam
  7. kurang setuju dengan nasihat abang mie,

    en mazidul, kalau ada anak lelaki dan perempuan, nasihatkan mereka ikut perintah agama baik2. ikut agama selamat. tinggal agama, ranap.

    nanti ada yang kata, ustaz dan ustazah pun ada yang lingkup. itu maknanya mereka tak ikut agama walaupun pengetahuan agama mereka hebat.

    NSEP semuanya ikut kaedah barat untuk tangani aids. bagi jarum dan kondom percuma untuk suntik dadah dan suntik mani. seolah-olah semakin menggalakkan mereka terus bergelumang dengan maksiat. yang penting jangan kena aids. SEpatutnya, untuk pesalah zina sebat atau rejam jer sampai mati.
    dadah? saya pun tak tau cara hukumannya. mungkin kena tanya agamawan yang lebih arif.

    allah jadikan manusia, maka allah juga tahu cara penyelesian masalah manusia. itu sebab allah turunkan sama undang2 yang boleh menyelesaikan masalah manusia. contoh, manusia nak selesaikan masalah buang anak, bina penempatan perempuan mengandung luar nikah, buat sekolah untuk budak mengandung luar nikah, letakkan anak yang mau dibuang ke tempat yang boleh dijumpai oleh orang ramai.semua itu adalah tindakan yang baik, tetapi pada masa yang sama terus membiarkan perkara yang merangsang nafsu seks berleluasan seperti konsert hingga jauh malam, pesta-pestaan, dll.

    BalasPadam
  8. untuk apit, betul ker lo penagih dadah. jika betul, kaedah nak pulih ada dalam diri anda sendiri. macam citer pakcik abdullah di atas

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.