Selasa, Disember 15, 2009

Suluk Di Sabah

Seawal jam 7 pagi mereka mula beroperasi, menjual rokok diseludup dari Indonesia dan Filipina secara terbuka di Jalan Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah. Rokok jenama ‘Preminum’, 20 batang, contohnya, dijual murah dengan harga RM2.50 sekotak, sekatun, RM19 sahaja.

Mereka, remaja Suluk berketurunan Filipina sentiasa bergerak menjual rokok pelbagai jenama antaranya kepada ribuan pemandu kenderaan lalu-lalang di jalan utama berhadapan Pasar Filipin, lokasi tumpuan ramai pelancong berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu itu. Penjual barangan terlarang terbabit kelihatan amat berani, bergerak bebas tanpa sebarang halangan pihak berkuasa.

“Dia orang bukan sahaja menjual rokok seludup, VCD cetak rompak pun ada sekali tetapi bos semua taukeh Cina,” ujar rakan saya, Mike.

Saya mengenali Mike di Kuala Lumpur, 6 tahun lalu.

Untuk rekod, Sinsuran, kawasan tepi pantai dilabel ‘black area’ di Kota Kinabalu. Di waktu malam, lorong di celah deretan kedai, gelap, mengundang pelbagai kegiatan meragukan termasuk penjualan dadah jenis syabu ( atau dikenali sebagai 'batu' di kalangan penjual, pembeli dan penagih).

Saya difahamkan, Pulau Gaya, 90% dihuni pendatang tanpa izin, PATI, dari Filipina, hanya 10 minit perjalanan menggunakan bot dari kawasan terbabit.

Lelaki Filpina saya temui di kawasan sama secara terus-terang mengaku bermastautin di Kota Kinabalu tanpa dokumen perjalanan sah.

“Paspot ada,” katanya.

“Tetapi visa pelancong kamu sudah lama mati (tamat tempoh), kan?,” sambung saya.

Dia menganggukkan kepala.

“Saya pergi dulu, sakit perut,” ujarnya sebelum beredar.

Di pintu masuk ke Pasar Filipin, ramai tukang jahit warga asing menawarkan khidmat kepada pengunjung ingin mengubahsuai seluar jeans. Status kewarganegaraan mereka juga kabur.

“Saya datang ke sini (Kota Kinabalu) pada tahun 1981, sekarang ada Mycard, (berstatus warganegara) sudah. Hari ini saya tidak sihat, sakit kepala mahu bercakap” katanya memberikan alasan.

Dia berpaling ke kanan sewaktu saya merakamkan gambarnya, mungkin malu atau dihantui keraguan kerana tidak bercakap benar berhubung keaslian Mycard miliknya. Itu sekadar telahan saya tetapi mungkin juga satu kebenaran.

Ada pihak mendakwa Sabah dibanjiri lebih 1.5 juta PATI berikutan kegiatan pemberian kerakyatan ‘segera’ kepada warga asing sebelum ini. Sebilangan mereka dikatakan sanggup membunuh sasaran (target) dengan bayaran RM500.

Menurut BERNAMA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui majoriti warga asing tidak lagi mengiktiraf sempadan Malaysia-Filipina, lalu mereka berasa bebas bergerak keluar masuk khususnya ke Sabah untuk memburu kehidupan lebih selesa.

Saya yakin, majoriti rakyat Sabah sudah tidak sabar menunggu operasi membanteras PATI di negeri mereka seperti mana dijanjikan Najib Jun lalu.

37 ulasan:

  1. Bro

    wah

    hebat mereka

    Di sana tiada pihak berkuasa ke?

    Musykil ni...

    BalasPadam
  2. Alid, pelekat magnet sudah dibeli, bila free datang ambil :)

    BalasPadam
  3. Salam bro,

    itulah banyak sgt 'bocor' di sempadan. operasi membanteras pun ala kadar jgn tak buat langsung.

    bagi sesetengah pegawai ejensi penguatkuasa takpe pati datang ramai2. yang kena cekup masa operasi hantar kem.

    selebihnya 'lauk tu' !

    bukan nak menuduh tapi dgn keadaan serba kekurangan larat ke nak tangkap ramai2 tu.

    tahan, paw, dan lepas pun satu hukuman jugak. walau bersalahan dr segi etika & undang2.

    Buat la apa yg patut dol.

    BalasPadam
  4. Mazidul... hari tu pegi JB tak ambil ke gambar camtu. Kat Jalan Wong Ah Fook kan ramai orang jual rokok camtu juga.

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ...

    kesian rakyat tempatan, semakin lama semakin hilang hak mereka dan semakin sempit ruang mereka...

    bila yang luar mengisi ruang yang sedia sempit...

    pihak berkuasa, wajar buka mata luas lagi...

    *Pstttt.. ALID, kalu ada lebih itu FM, kasi aku satu..heheh kau pun tahu aku memang pengumpul Fridge Magnet maaaa....

    BalasPadam
  6. Dekat dengan pasar Philipine ni kan bro. Ada satu malam tu saya tgh beli ikan bilis kat area situ, tiba2 semua penjual rokok ni lari bertempiaran macam lipas kudung. Ramai rupanya penjual rokok ni bila diorang lari serentak macam tu...

    Rupanya penguatkuasa datang. Diorang takat gantung kotak rokok kat leher bro... kena kejar pun leh lari bawak rokok2 tu... kalau peniaga lain... mungkin tinggal je barang, tak sempat nak kemas dah.

    BalasPadam
  7. Mazidul kena dedah bagaimana pembayaran dilakukan kepada pihak berkuasa yang gila wang


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Di akui sememangnya rokok seludup di sabah amat murah. Bagaimana kegiatan penyeludupan rokok di Sabah berleluasa dengan begitu sahaja? Adakah kurangnya kawalan dari pihak berkuasa?

    BalasPadam
  9. salam...saya sebagai rakyat sabah memang dah lama menunggu operasi membenteras PATI secara besar-besaran yg dijanjikan dulu....PATI semakin bermaharajalela di negeri bawa bayu...Terima Kasih saudara Mazidul meng"highlight"kan perkara ini..harap2 keluar juga di 360'..

    BalasPadam
  10. ....tak sabar bila agaknya tindakan pembersihan/pemutihan akan dilaksanakan seperti yg dijanjikan oleh PM kita...dato'seri hishamudin bising pun sekejap aje pas tu diam....bila...bila...rasanya dah lama dah....takan hangat2 tahi ayam....aje...kesihan warga tempatan disana...

    BalasPadam
  11. Operasi membanteras PATI di Sabah tu nanti harap jangan la hangat-hangat tahi ayam je...

    BalasPadam
  12. Salam.., kesian tengok budak-budak hidu gam, mereka sepatunya berada di sekolah, bukan di jalanan, mereka juga manusia... aku hanya boleh kata kesian sajalah, nak tolong tak berdaya, harap ada pihak yang akan membantu mereka ini.

    BalasPadam
  13. kita terlampau berbudi dan berbahasa hingga banyak perkara yang terlepas dari pandangan dan genggaman..
    saya pernah jumpa warga BANGLADESH yang mempunyai KP..bila buat carian di Pendaftaran tak ada dalam rekod..pelik kan??hehehe

    tiris agaknya bumbung kita ni..

    BalasPadam
  14. pernah sampai pasar filipina di kk ni..mmg diorang je yg conquer area ni..mcm dah dikhususkan utk diorang jer..

    BalasPadam
  15. Banteras habis-habisan...PATI ni banyak menyusahkan je...

    BalasPadam
  16. Tunaikan janji - jgn diklasifikasikan munafik pula.

    Hairan x16 mengapa kuasa yg ada tidak digunakan kepada perkara2 yg sepatutnya?

    Why? Why? Tell me why???

    BalasPadam
  17. macama mana nak tunai janji kalau pengkianat banyak ..di imigresen...macam mana kes yang beli kerakyatan tuh.sangat2 x bley diterima akal...

    BalasPadam
  18. datanglah ke Tawau pula, lihat PATI Indonesia yang berkembang biak...
    Ramai yang dah ada MYkad..pening duk kat sabah ni..

    BalasPadam
  19. Sedih tgk keadaan di sana...
    Betul ke bro, semuanya bermula dari projek M, - kerakyatan sewenangnya diberikan kpd orang asing semata-mata utk berkuasa di Sabah. Kesannya lihatlah sendiri hari ini.

    BalasPadam
  20. PATI itu satu isu yang seharusnya jangan dipandang mudah;

    Pun PATI itu lagi bahaya jika bukan seagama kita; kembang biak mereka ini pasti satu ketika nanti menjadikan masalah agama akan bergolak ganas. Biarpun negara kita mengamalkan dasar kebebasan beragama.

    Tenguk apa jadi di bumi India pun dulunya Bosnia!.

    Lihatlah perbalahan malahan peperangan negara luar jika telah melibatkan agama!; rasanya bumi Tanah Melayu ini akan lenyap dari peta dunia.

    BalasPadam
  21. Assalammualaikum Bro Mazidul... masalah PATI,penjualan rokok seludup, penjualan VCD haram , penagihan dadah dan kegiatan jenayah di SABAH ini bukan sahaja dilakukan oleh SULUK FILIPINA, tetapi juga bangsa Filipina yang lain seperti BAJAU, YAKAN, KAGAYAN dan lain-lain.. Tetapi ketahuilah oleh anda semua, kehadiran begitu ramai Warganegara FILIPINA di SABAH yang memegang KPT adalah kerana TINDAKAN BODOH KERAJAAN NEGERI SABAH DI MASA LAMPAU TERUTAMANYA JABATAN PENDAFTARAN NEGERI SABAH YANG 'MENGHADIAHKAN KAD PENGENALAN' KEPADA WARGANEGARA FILIPINA, INDONESIA DAN PAKISTAN SEMATA-MATA UNTUK MENANG PILIHANRAYA. Pemimpin-pemimpin SABAH di masa lampau ini lah yang perlu disalahkan dan diambil tindakan atas kesalahan mereka 'MENJUAL NEGERI SABAH'

    BalasPadam
  22. Setuju sgt dgn Gangster Kampung. Suluk nama etnik/suku/bangsa yg slalu digunakan oleh warga asing dr filipina utk masuk ke sabah tak kira lah Bajau,sama,yakan,kagayan,tagalog,bisaya,maranao dll. Terkejut beruk saya apabila ada seorg rakan dr jabatan agama mengatakan pelacur2 yg mereka tangkap adalah org suluk tp tak pandai berbahasa suluk. Rupanya setelah diselidik mrk adalah bangsa asing dr filipina yg berbangsa tagalog, mgkin sbb krn suluk adalah salah 1 etnik sabah n filipin mrk rasa mudah utk mengaburi mata pihak berkuasa dan mudah mendapat dokumen.

    BalasPadam
  23. Salam perkenalan,

    Saya adalah anak Suluk yang dikatakan PTI tersebut, untuk benteras Orang Suluk di Sabah tidak akan selesai sekiranya hanya menangkap dan menghalau keranan mereka akan datang semula.

    Saya cadangkan buat bro Mazidul, membuat kertas cadangan kepada pihak keselamatan Malaysia (KDN) agar menangkap kesemua orang Suluk di seluruh Sabah, masukkan kedalam kurungan, bunuh sahaja mereka dengan menembak atau meracun kesemuanya sampai habis. InsyaAllah, mereka tidak akan datang lagi ke negeri Sabah untuk meminta simpati.

    Asreesulu
    0163472849
    http://tausug-global.blogspot.com

    BalasPadam
  24. assalammulaikum bro mazidul dan gak pada semua bloger-bloger.... Negeri sabah adalah sebuah negeri di bawah naungan Malaysia. negeri sabah adalh sebuah negeri yang amat kaya dengan pelbagai bangsa. Sebagai pengetahuan Saudara mazidul dan para bloger,..... dulu, kini dan selamanya orang bajau,suluk,iranun dan pelbagai lagi bangsa dari keturunan negara ke sultanan sulu ini sudah lama beranak-pinak di negeri yang teramai sekali bilangan bangsanya dari negeri-negeri lain di Malaysia. Inilah satu rahmat dari Ilahi yang perlu kamu lihat dan halusi.

    BalasPadam
  25. sambungan.... Adalah keterlaluan memperkatakan bangsa suluk itu semata-mata kerja mereka hanya menjual rokok atau apa sahaj benda yang di larang oleh kerajaan kita. Bangsa suluk,bajau dan lain-lain yang dikatakan dari negeri jiran. mereka ini adalah penyumbang terbesar khasnya sabah sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Bangsa inilah pelopor penyatuan tanah melayu yang pada hari di panggil Malaysia......bersambung

    BalasPadam
  26. Saya maklum sedekit prinsip kewartawanan. oleh sebab itu saya berterima kasih pada saudara Mazidul kerana sedikit sebanyak pendedahan ini membongkar pokok pangkal apa sebnarnya permasalahan bangsa ini.

    BalasPadam
  27. saudara bazrul nazlan.....sebagai pengetahuan saudara bukan hanya di sabah jer bah berlaku suasana cam ni. Di mana-mana dunia kerja penyeludupan mesti berlaku bah....jgn kata di sabah jer.

    BalasPadam
  28. Yatie.........jgnlah cam tu ......nanti tiada lagi orang asing yang berkerja nak mendirikan bangunan2 pencakar langit,tiada lagi yang membersihkan ladang2 kat sabah bah. yang cik yatei patut syorkan pada sesiapa yg berkenaan ialah mereka perlu di daftarkan pekerja asing yang sah di sisi undang2 negara kita. Saya pasti cik yatei tak akan turun gi kerja kontrek atau masuk kat ladang sebagai juru tombak buah sawit, nyamuk banyak nanti muka cik yatei yg comel tu bisa jadi berkedut nampak tua . cik yatei bersyukurlah pada tuhan hargailah mereka ni, mereka tu manusia gak cam cik yatei.

    BalasPadam
  29. shedi............yang ni saya sokong. bukan pemutihan lau pemutihan seluruh sabah tu tak ada orang asing. Sabah jadi putih tak ada tompok-tompok hitam atau apa warnapun. akhirnya kita gak yg rugi bro. Saya setuju daftarkan mereka supaya sah di sisi undang2.

    BalasPadam
  30. taher kasa...........bestlah u ni i rasa u ada pengertian kemanusian

    BalasPadam
  31. Saudara Jims ...berbudi dan berbahasa itulah dipanggil manusia ada prinsip manusia. mana boleh kita hidup dalam pengertian hidup sebagai manusia kalau kita tiada budi dan bahasa.

    BalasPadam
  32. Siti murni saya nasihatkan lau nak conquer cam diaorang buatlah pula. janganlah padang jer. berniagalah pula tetapi secara sah......Siti murni mengapa benci sangat pada mereka. untuk pengetahuan cik murni mereka tak pernah pun benci pada orang tempatan seperti cik murni ni. sebagai pengetahuan pola perniagan orang2 asing khasnya sabah...1)..org suluk banyak dikaitkan dengan penjualan barangan seludup sperti rokok.....hakikatnya hanya sebahagian kecil jer. asasnya cari makan ....2) )orang bajau lak, mereka selalu terlibat dengan taukeh2 cina membina bangunan.......kontrek...asasnya cari makanan sebelum mememui ajal...... dan begitu juga apa yang berlaku pada bangsa-bangsa yang lain.....asasanya atau hakikatnya mereka cari maakan utk membolehkan mereka bernafas lagi di bumi.

    BalasPadam
  33. Asraf Mahmud.....wahhh....bro..dasyatnya mengapa tidak tembak jer mereka tu.....bro. sebagai seorang manusia jaganlah berfikiran cam tu bro nanti akhirnya kita juga yang rugi bro.........

    BalasPadam
  34. kalaulah sya ahli POLITIK.sya akan memantau hal PTI utk kpentingan politik sya.lalu sya berikan My Kad. kalaulah sya seorang WARTAWAN. sya akan highlightkan ISU PTI dlm penulisan,kemudian dapatlah sya wang sbgi hasil tulisan. kalaulah sya macam SITI MURNI sya akan biarkan PTI bikin bagunan SHOPING CENTRE(one b) besar besaran.setelah siap sya akan pergi shoping sakan.pastu sya katakan HEBATNYA!!! MALAYSIA.SEHEBAT AKSI MELAYU BOGEL DI INTERNET TU.MURNI !!! lah TU. kalaulah sya seorang pemimpin yg ingin membuat pembangunan.sya akan secepat mungkin siapkan bangunan-politeknik-ums-mini puterajaya,dll kerana inilah kesempatan sbb PTI bertaburan.kalaulah...(bersambung)

    BalasPadam
  35. Soal penjual barang tanpa cukai,kemana kita pergi pada sekarang ini berlaku penjualan barang tanpa cukai.Persoalannya,siapakah yang patut dipertanggungjawabkan.Adakah sistem kawalan kerajaan yang longgar atau sikap pengguna atau kecendrungan pengguna mengunakan atau membeli barangan tanpa cukai kerana harga lebih murah.Bagi saya semua peringkat perlu berganding bahu untuk membentras kegiatan ini.

    BalasPadam
  36. RASISM- amerika syarikat adalah sebuah negara kristian yg sebilangan besar warganya pendatang dari seluruh pelusuk dunianya malahan juga dari negara2 islam tapi mereka tak lah rasis sgt seperti kita. pati di negara kita adalah 100% muslim serumpun malah sebangsa kita, jenayah, peluang pekerjaan retorik semata-mata. Rasulullah mengajak kita berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada yang baik, dari tempat yang huru hara ke tempat yang aman barangkali, Nabi SAW sendiri melakukannya. bumi bukan milik kita, anugerah Allah milik bersama...mereka juga makhluk ALLAH yang telah berasimilasi disekeliling kita, mereka mungkin rakan sekelas kita, rakan perniagaan kita, costumer,isteri, suami,mentua, menantu, imam, askar,guru dan sebagainya...

    BalasPadam
  37. bersihkan lah sabah dari PATI.... sekarang ni org sabah ke semenanjung malaysia... org dah x dap[at nak bezakan mana org indon dan mana anak jati sabah.... sedih.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.