Ahad, Jun 23, 2013

DATIN, TIADA MENTERI TERBUKA HATI UNTUK CAMPUR TANGAN


Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, KBS  kerana sudi mengundang saya menjadi seorang daripada ahli panel membincangkan topik 'sukarelawan'.

Saya digandingkan bersama, Rizan Hassan dan sesi perkongsian maklumat itu dikendalikan oleh personaliti televisyen, Rafidah Abdullah. Turut hadir di lokasi, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh  serta  pegawai.

Saya percaya, semangat sukarelawan mampu disemai di kalangan belia tanpa mengira bangsa  jika mereka mempunyai semangat,  keikhlasan dan  sedikit keberanian.


"Dahulu, kita biasa  melihat iklan, anak muda memimpin orang tua, buta melintas jalan. Kini, sebilangan kita hanya membiarkan orang tua itu cuba melintas  jalan kerana  berharap orang lain  akan membantu.  Kita lebih gemar menjadi bystanders.  Bagi menyemai semangat sukarelawan,  kita tidak perlu menunggu untuk membantu,  laksanakan sahaja," ujar saya.


Setiap individu  terbabit dalam kerja sukarela akur,  mereka tidak mendapat sebarang imbuhan atau upah  tetapi tetap  melakukan kerja  untuk membantu  sekaligus  membuatkan insan lain tersenyum.


Sebelum sesi bermula, saya terserempak dengan sukarelawan Islamic Relief Malaysia,  Datin Norelan Ismail.


"Bagaimanakah  kita bersama  boleh membantu anak-anak Pusat Tahfiz Amal (PTA) dikerah mengutip derma itu?  Ramai saya temui di Bangi," ujar beliau.

Saya tahu kesungguhan beliau untuk memperjuangkan nasib pelajar PTA di Yan, Kedah itu. 


"Datin,  setakat ini,  tiada menteri  terbuka hati  untuk campur tangan bagi  mengatasi masalah perhambaan kanak-kanak itu,  termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir," balas saya.

Sila klik  di sini.

Apapun, saya sudi berbincang bersama beliau untuk berikhtiar  mencari kaedah terbaik  memberhentikan pengeksploitasian kanak-kanak itu.

Berikut gambar dirakamkan oleh rakan, Suhaimi Mohd di lokasi terbabit.


Klik di sini.


Beberapa artis turut berada di KBS untuk menggerakkan aktiviti belia dirancang.


TONTON video berikut : 


3 ulasan:

  1. Sahabat,

    Baru2 ni saya utarakan pasal yang kata nak buat perhimpunan aman tu kat dua orang kawan..

    Diorang kata count them in.Dan pastinya ramai lagi.

    Nampaknya kita kena berjumpa la.Bak kata Adam Adli..."Kita bawak ke jalan raya!!"... :D

    BalasPadam
  2. hahaha tu la bro patriotik sangat sama menteri umno, kata pakatan rakyat teruk, pemimpin umno lebih teruk. di kampung mak saya yang kuat umno ni, time pilihan raya je pemimpin umno datang hulur duit sepuluh dua janji itu ini tapi haram tak buat. habisnya, kampung mak saya tu terus daif dan makin tenggelam nak hilang ditelan arus kemodenan. di mana pemimpin umno yang konon mengangungkan dan memartabatkan orang melayu? sudah-sudahlah bro jadi tali barut umno dan bn, beri peluang pr memerintah dan lihat hasil akan terjadi. kalau tak elok, 5 tahun sangat singkat dan kita boleh ubah semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak ingat kalau dah jatuh kt tgn pr bila awak x suka boleh ubah camtu je?tgk sedara kita kt penang.awak x nak berjuang mempertahankan mereka ke?pr ni mcm2 idea dia ada agar dpt terus berkuasa.lainlah kalau awak dah bersedia untuk berkongsi segalanya waima keistemewaan yg ada pd awak sebagai org melayu.itu pun kalau awak melayu lah.bila apa yg ada di tgn dah terlepas ,nak gapai balik x semudah melepaskannya saudara.fikir2kan lah.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.