Selasa, Jun 18, 2013

PENGKID : GESEL JILAT DAN JOLOK (18 SX)

Minggu lalu saya dihubungi  oleh bekas teman wanita pengkid.  Hidupnya dikatakan tidak keruan  berikutan  gambarnya  disalahgunakan oleh  individu  tidak dikenali di Facebook.

Dia juga  mendakwa diugut dan  dihina oleh pengkid dan lesbian.  Malah lima laporan polis telah dibuat,  antaranya berhubung  kes dia difitnah  dan  dipukul oleh 3  pengkid dan wanita. Dia juga  diserang  sewaktu berada di pejabat  pada 18 Mei 2013.  Pada masa sama, dia  telah  dituduh menjadi  pemilik laman facebook 'anti pengkid (ajaran Yahudi).  Wanita berusia  25  tahun itu  mencatatkan  dalam emel  dihantar kepada saya,  sehingga 6 Jun lalu,  pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,  masih tidak  melaksanakan  tindakan  berikutan  aduan  dibuat.

Katanya, kini  jiwanya tertekan, kemurungan  dan pernah berniat untuk membunuh diri. Hemat saya, membunuh diri satu tindakan menempah tiket ke neraka. Justeru lebih molek dia bertenang dan meneruskan kehidupan. Kutukan, cercaan dan makian tidak membunuh. Saya percaya,  jika dia diugut bunuh,  mangsa harus sentiasa berhubung dan mengambil tahu mengenai  tindakan susulan  pegawai penyiasat polis.   

Dalam kes ini saya melihat pengkid  Melayu bersikap  gempar lebih. Lazimnya,  penjenayah berhasrat ingin membunuh, tidak akan menghebahkan kepada dunia, dia akan membunuh  kerana  jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, penjenayah itu  menempah leher untuk digantung sampai MATI.    Nasihat  saya, carilah lelaki sejati sebagai pasangan hidup sekaligus menjadikan dia  pelindung kepada ugutan serta tindakan ganas pengkid.  Dia tidak perlu meneruskan perhubungan dengan pengkid, biarpun sebagai rakan.

Petang semalam saya membuat janji temu dengan pengkid dan teman wanita pengkid. Mereka bersetuju  berkongsi beberapa informasi bersama saya,  asalkan  identiti mereka tidak didedahkan.




Sumber :  Laman Anti Pengkid ( Ajaran Yahudi)

Untuk  tujuan pengkisahan fakta, saya menamakan pengkid  itu Sam dan teman wanita pengkid  (lain),  Lisa.

Sam dan Lisa  berusia  28 tahun.  

"Lisa,  bagaimanakah awak  boleh terjebak dengan pengkid? Ceritakan sedikit," soal saya.

"Emak mengambil dia sebagai anak angkat. Sejak kecil, dipakaikan oleh ibu dia dengan pakaian lelaki dan dua adik-beradik dia juga pengkid.  Kami  telah menjadi  pasangan kekasih selama kira-kira 5 tahun. Dia memang caring tetapi kami pernah bergaduh teruk. Dia menumbuk dan menendang  saya," kata anak kelahiran Pahang itu.

"Adakah  awak melawan?," celah saya.

"Saya melawan, menumbuk dan menyepak dia. Dia menarik rambut saya tetapi sukar saya untuk menarik rambut  dia sebab pendek. Akhirnya, dia memerlukan  waktu untuk membuat keputusan  samada akan berpisah dengan saya  atau  tidak. Sehingga sekarang,  dia enggan melepaskan  saya dan kini  kami tinggal serumah," jelas Lisa.

Pengkid  Lisa  bekerja sebagai pembantu di restoran di Lembah Klang.

"Tatkala mengadakan  hubungan seks sejenis,  pengkid  awak berbogel ke?," tanya saya.

Lisa tunduk malu  tetapi tidak Sam.

"Saya  pakai baju atau singlet,"  respon Sam.

"Pengkid saya tidak berbaju sebab buah dada dia lebih besar berbanding saiz buah dada saya tetapi dia selalu  memakai sport bra,"  tambah Lisa.

Ok.

Sebelum ini, saya berpengalaman menemu bual beberapa pengkid dan teman wanita pengkid.  Maklumat  dikongsikan itu,  sama, klik di sini.

"Apakah antara faktor mampu  menggugat perhubunan di antara pengkid dan teman wanita dia?," tanya saya kepada Sam, anak kelahiran Kedah.

"Pengkid  TERLALU cepat berasa cemburu jika  pengkid lain cuba mengurat teman wanita mereka. Saya  pun sama.  Apapun,  setakat ini  kami masih kekal  menjalinkan  hubungan  sejak 6  tahun lalu kerana saya amat setia,"  dakwa Sam.

Saya  memerhatikan Sam. Di pipi kirinya kelihatan  parut cakaran panjang manakala rambut pendeknya  disikat  terpacak.

"Kalau haid,  siapakah membelikan tuala wanita untuk awak?," soalan  itu tiba-tiba terpancul dari mulut saya secara spontan.  Mungkin kerana soalan sama pernah saya kemukakan sebagai status facebook. 

Sam  mendiamkan diri buat seketika sebelum menjawab.

"Saya sendiri," balasnya selamba.

"Pengkid saya  pun membeli sendiri pad  dia," celah Lisa sambil tersenyum sinis.

Ringkasnya,  pengkid  tidak mampu menyanggah kuasa Allah dan menerima hakikat mereka, PEREMPUAN. Perawakan lelaki  ditampilkan tidak bisa mengubah kejadian azali. Kepada pengkid  membaca catatan di entri ini,  usah  taksub membelasah  perempuan kerana tindakan itu  tidak menjadikan  mereka LELAKI.

Kepada  semua pengkid, entri ini, sedikit sebanyak pasti  menggugat jati diri mereka. Klik capaian itu,  andai berani berhadapan dengan kenyataan.

Baca juga luahan hati,  teman wanita pengkid, klik di sini.

Lebih mengejutkan lagi,  terdapat  ibu bapa bak merestui hubungan songsang anak perempuan mereka  dengan pengkid  sehingga  membenarkan  pasangan itu tinggal  sebilik. Alasan keluarga? Hubungan  sebegitu  tidak mampu mengandungkan anak perempuan mereka.

Jika  diamati kes pengkid,  kemanakah sebenarnya  arah tuju hubungan mereka?  Kegiatan  gesel,  jilat dan  jolok  tidak mampu membawa mereka ke gerbang  perkahwinan sejenis di Malaysia ini.

Barangkali kerana itu, saya  difahamkan,  sebilangan pengkid dan pasangan  mereka bertindak mengambil anak angkat bertujuan  untuk  lebih  mempereratkan lagi hubungan.  Kepada  siapakan  anak itu  dibin dan dibintikan?

Pengkid mendakwa, manusia  normal  tidak  berupaya  memahami jiwa mereka. Jiwa lelaki dikatakan terperangkap di dalam tubuh perempuan. Pondan pula mendakwa  sebaliknya,  jiwa perempuan terperangkap di dalam badan lelaki.  Namun  saya tekad,  sebilangan  pengkid telah  berjaya mengubah cara kehidupan sosial mereka sekaligus menelan  HAKIKAT bahawa mereka perempuan. Teman wanita pengkid juga boleh berubah dan menjadikan  lelaki,  sebagai pasangan  sah  mereka.

Semua  itu tertakluk  kepada  lintasan  hati dan  kemudian dizahirkan dengan  sokongan kekuatan minda. Jika tidak berusaha untuk mengubah kehidupan,  mereka semua akan menjadi pengkid sehingga ke usia emas.

12 ulasan:

  1. bang mazidul, sila pergi ke page saya di disini. Boleh tak siasat bangunan pelik ni kat ipoh? dan bangunan2 lain jugak

    BalasPadam
  2. Lelaki sejati tidak akan membelasah wanita yang disayanginya sesuka hati, tetapi melindungi. Di situ kita nampak kekurangan golongan pengkid yang masih tak pandai mengawal nafsu marah seperti wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eleh lelaki sejati zaman sekarang dari sejak zaman dulu memang dah lama pukul wanita bukan pengkid saja. tak payah tipu la, aku bukan sokong pengkid tapi ni fakta

      Padam
  3. Allah maha adil, sebenarnya pengkid ni ikutan dari kawan2, nafsu mereka tetap normal sebenarnya cuma mereka yang songsangkan. Kalau tak normal masakan mereka bole datang haid. Cuma kesian kat golongan khunsa ajea...sebab masa kecik naluri lebih pada lelaki tapi mak bapak nak kan anak pompuan di buangnya alat lelaki...begitu jugak sebaliknya.

    BalasPadam
  4. Semua org patut baca dan sama2 menangani permasalahan ini. Jaga diri, jaga keluarga, jaga agama dan sentiasa mengingati Allah insyallah perkara ini tak akan berlaku.

    BalasPadam
  5. harap mereka kembali ke pangkal jalan keran tak sanggup lagi mereka begitu

    BalasPadam
  6. salam,

    abg mazidul, saya ada maklumat nak bagi, tapi ni isu lain. boleh saya dapatkan alamat email abg mazidul?

    BalasPadam
  7. sebagai org islam kita kena letakan agama di atas sekali, masalah penkid & pondan insya Allah x akan timbul..(^_^)

    BalasPadam
  8. takkan dah umur 70-80an,klu dipanjangkan umur,nak jadi pengkid ke,bapok ke ! agak agak le ! !

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.