Rabu, Ogos 26, 2009

Perut Berkocak

Saya terfikir, setiap kita mempunyai cabaran unik di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Anak kecil berpuasa kali pertama pastinya terliur melihat air paip di singki dapur. Apatah lagi, jika terpandang lebihan makanan sahur di bawah tudung saji atau di dalam peti ais.

Manakala, isteri bekerja di bandar terpaksa bergegas pulang dari pejabat untuk menyediakan juadah berbuka untuk suami dan anak. Tidak kisah samada dia memasak atau membeli makanan di luar.

Pelajar institusi pengajian tinggi berbajet terhad pula terpaksa memikirkan kaedah terbaik berbelanja di bulan puasa. Maklumlah, pelbagai juadah dijual di pasar Ramadhan di kawasan berhampiran. Nafsu muda terpaksa disekat, jika tidak, semua makanan menyelerakan ingin dibeli namun bimbang kantung kosong awal.

Khamis ini saya dan wartawan 360, Harris Farok Alex akan ke Pulau Rawa bersama wartawan TV3 di Johor, Hazrey. Bukan bercuti tetapi untuk meninjau kehidupan nelayan persisiran pantai. Penginapan 4 hari 3 malam di Rawa Safaris Island Resort ditaja. Terima kasih kepada pemiliknya dari saya.

Nelayan masih keluar mencari rezeki di laut biarpun berpuasa. Jika tidak dapur di rumah mungkin tidak berasap dan anak isteri kelaparan. Terik matahari, angin kencang dan gelora ombak lebih mengeringkan tekak dan membuatkan perut berkocak. Itu antara cabaran mereka tempuh hampir setiap hari. Senja, pulang kerumah barangkali hanya berbuka secara alakadar, makan nasi berlauk ikan lebihan jualan.

Jauh berbeza berbanding ahli koporat di pejabat, duduk di kerusi empuk. Biarpun terpaksa memerah otak, merancang dan melaksanakan pelan bisnes, mereka bekerja di premis berhawa dingin, sejuk. Apabila azan dilaungkan, mereka di hotel lima bintang menjamu selera. Juadah buffet mereka berharga puluhan dan ada mencecah ratusan ringgit untuk satu kepala.

Jika anda ingin kongsikan ‘cabaran’ anda depani di bulan Ramadhan 1430 hijrah, silakan.

8 ulasan:

  1. Perut berkocak
    bulu roma 'tegang'

    cubaan yang kuat adalah bila terpandang PIPI yang 'memBeNGKAK' di hidang depan mata.
    (salah satu yang menyebabkan serangan sexual..dari lelaki..)


    P/s: bila terjumpa INSAN yang 'membengkak' di PIPI , semasa di Pulau Rawa, boleh laa Sdr Mazidul snap buat topik baru.
    .3 malam seksa woo..(bengkak dan menggegarkan)

    BalasPadam
  2. Satu lagi ketika kekeringan WANG, tambah2 lagi dekat nak RAYA, kalau ada ternampak bungkusan RM200juta depan mata, pun terasa dugaan juga.

    Dalam menjawab panggilan, kekadang arahan menipu juga tidak boleh elak. Bos tiada. Bos ke luar negeri pada hal duduk sebelah.

    BalasPadam
  3. dugaan???
    pertama kali berada di perantauan untuk beraya dan berpuasa selepas 27 tahun hidup.Rindukan Pasar Ramadhan...masakan ibu(sebab hari2 terpaksa masak sendiri untuk suami dan anak- anak).Betul kata orang...bila kita diluar,barulah kita sedar...Malaysia yang terbaik!!!

    BalasPadam
  4. Saya pernah bertemu dengan keluarga nelayan di Terengganu beberapa tahun sudah, pada mereka berpuasa sambil mencari rezeki adalah lumrah lantaran kemiskinan.
    Lauk ayam pada mereka adalah lauk mewah sedangkan kita pulak "melatah" bila bekalan ayam tak mencukupi atau mahal menjelang Hari Raya..

    BalasPadam
  5. rezeki dari ALLAH jua.apapun bersyukur kerana nikmat berbuka terletak pada kemampuan masing-masing..

    kalau ada nasik panas dgn ikan masin atau bilis goreng garing bersambal cili api picit dlm kicap pun sodapp bah..!

    ngencess suda nih ^_~

    BalasPadam
  6. Nelayan yang bekerja keras mencari rezeki di bulan puasa adalah nelayan yang cekal. Aku kagum dengan mereka.

    BalasPadam
  7. jika nelayan tidak turun ke laut semasa bulan puasa kerana puasa, sudah tentu kita tidak merasa makan ikan, udang, sotong sepanjang bulan ramadhan. TERIMA KASIH KEPADA NELAYAN-NELAYAN SEMUA.

    BalasPadam
  8. Saya rajin menyewa bot nelayan pergi memancing di laut dalam. Memang jika diikutkan cuaca di tengah laut teramatkah kering & panasnya. Rasanya nelayan yang berpuasa ketika menangkap ikan, mencari rezeki untuk keluarga... sungguh satu cabaran yang amat mencabar. Jika kita manusia biasa memang tak larat. Tentunya pahala mereka ini berbanding kita amat berbeda.

    Perlu diingat kerap juga saya ketemu golongan nelayan, atau awak-awak ini ada yang penagih dadah. Masalah dadah kalangan nelayan memang meruncing.

    Sdr Mazidul,

    Kita di bandar lain ceriteranya; selain payah untuk berpuasa mata, faham sahaja ramai penggoda di jalanan kota... tercabar pula dengan berpuasa nafsu membeli. Jika ke Pasar Ramadan memang tak puas sekali pusing, rambang mata tak tahu nak beli juadah apa. Memang mengalahkan pesta makanan sebulan ramadan. Beli sahaja sampai ke rumah belum tentunya habis dimakan.


    iDAN: Tadi baru balik hospital doktor dah bising glukos saya naik mendadak, belum pun sampai seminggu berpuasa. Isk! payah nak menahan nafsu tekak ini. Berbuka minum sirap limau adoi! sedapnya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.