Ahad, Januari 31, 2010

Jangan Gelak!


27 ulasan:

  1. Salam tuan Mazidul. Bukan nak tergelak baca N3 tuan kali ini, tetapi sedih. Apa yang cikgu ajar murid-murid di sekolah sehingga begitu teruk sekali hasilnya?

    BalasPadam
  2. Mybabah, kekadang penduduk Semenanjung Malaysia mengambil lewa penggunaan bahasa.

    Tidak sedar, sebilangan remaja di Sabah, mungkin menulis mengikut loghat tempatan sehingga gagal menggunakan bahasa betul menulis karangan.

    Apapun, saya faham intipati karangannya :)

    BalasPadam
  3. hahaha! seriously comel sangat2 dia punya penulisan. gila ah! huhu. boleh lak terkentut bila nampak ular. huhu! =D

    BalasPadam
  4. Bila saya baca, macam bahasa banjar pun ada juga...

    BalasPadam
  5. salam...sy kurang pasti ini hasil kerja pelajar darjah@tingkatan berapa..jgn hanya salahkan guru,sememangnya penggunaan bahasa skrg dikalangan keluarga dan rakan2 semakin teruk.. begitu juga dlm penggunaan bhs sms... terbawa2 dlm karangan krn kebnyakan pelajar sekolah rendah sudah memiliki telefon bimbit

    BalasPadam
  6. Kata Mybabah.....

    "Apa yang cikgu ajar murid-murid di sekolah sehingga begitu teruk sekali hasilnya?"

    Kata saya....
    "Itulah antara warna murid-murid yang kami terima di sekolah.....yang perlu dibentuk....dan proses pembentukan ini bukan hanya memakan masa sehari dua untuk melihat hasilnya.......!!!

    BalasPadam
  7. Kadang2, sesetengah cikgu mengajar pakai loghat daerah masing utk subjek BM...maka, yang periksa kertas soalan pun pening kepala nak bagi markah..

    BalasPadam
  8. saudara, cuba saudara tanya guru2 yang mengajar bahasa... pasti mereka dapat kongsi sesuatu seperti ini. memang frust apabila tatabahasa asas pun, setelah 12 tahun belajar, masih silap. contoh?
    11-12 years learning English, still can't use "is-are-was-were-am" correctly. belum lagi bab 'irregular verbs'... past tense 'cut' dgn confident-nya dijawab 'cutted'.

    BalasPadam
  9. Salam,

    Ini sememangnya bahasa bajau/banjar sabah. Bagi kaum mereka, dari kecil mereka tidak didedahkan dengan bahasa melayu yang betul.. guru2 yang mengajar di pedalaman sabah pon mempunyai masalah untuk mengajar, ada hingga hanya membiarkan shj murid2 ini.

    Jika mereka tak bekerja dengan kerajaan, masih tinggal di perkampungan dan tidak didedahkan dengan dunia luar, mereka tetap tidka mampu bertutur dalam bahasa melayu yang betul..

    erm, isteri saya orang pedalaman sabah, dan saya dari semenanjung. bila balik sahaja ke sana, saya yg jenis byk cakap nih boleh jadi bisu. nasib baik ada isteri yang boleh jadi translator.

    BalasPadam
  10. assalammualaikum

    .... dan kita masih berbangga kerana pencapaian upsr, pmr dan spm kita sentiasa meningkat!!

    BalasPadam
  11. Tidak perlu salahkan guru dalam hal ini. Anda bukan pendidik tentu menyalahkan guru. Cuba anda masuk ke alam pendidikan,anda akan tahu betapa susah, sukar dan rumitnya utk membentuk sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan! Berapa jam sehari pelajar di sekolah? Pelajar lebih banyak masa bersama keluarga, rakan sebaya dan masyarakat yg tidak menggunakan laras bahasa yg betul. Jadi adalah amat tidak adil utk menyalahkan guru!

    BalasPadam
  12. Yup! Saya setuju guru tidak harus dipersalahkan sepenuhnya.

    Saya dapat merasakan kekecewaan mereka membaca karangan sebegitu rupa.

    Persoalannya, adalah golongan pendidik tidak mampu berbuat sesuatu atau kehilangan semangat untuk cuba membantu memperbaiki kualiti karangan anak murid seperti dimuatkan di tempelan ini?

    Penjelasan lebih terperinci guru diperlukan untuk pembaca membuat perhitungan adil sebelum melontarkan komen seterusnya.

    BalasPadam
  13. bahasa apa die guna ni???
    agaggagaag

    tk brapa nk paham
    huhu

    BalasPadam
  14. Apa yang aku lihat disini ialah betapa sabarnya seorang guru hendak mendidik seorang murid. Kalau guru yang tidak sabar tentu dah dipangkah-pangkah dan tah apa lagi dibuatnya, tetapi cuba lihat catatan "perbaiki lagi", dan betapa telitinya guru yang menanda karangan pelajar ini. Ini baru dibaca karangan pelajar, pelajarnya sendiri kita belum tahu lagi macam mana perangai mereka. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru yang sanggup bersusah payah mendidik anak bangsa, walaupun ada yang terpaksa menyeberang Laut Cina Selatan. Terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  15. Hayati, orang lain pun ramai gelak!

    Bagaimanapun pasti ada perkara tersirat dan tersurat di sebalik karangan 'Terima kasih datuk' ini.

    Kan?

    BalasPadam
  16. Sy pernah mengajar Bahasa Melayu di dua sekolah men.keb china. Sek pertama di Klang sebelum sy mengajar di sek china di KB. Pengalaman mengajar di sekolah china, di mana Bahasa Melayu bagi rata-rata pelajar adalah sebagai bahasa kedua dan ketiga, amat-amat menyukarkan, menyedihkan dan memeritkan! Sy rasa keadaan yg sama juga di alami oleh guru yg mengajar di sabah dan swak.

    Seorang guru akan mengajar di 2 level kelas yg berbeza. Satu level yg pandai dan satu lagi s/ada level kelas sederhana atau paling bawah. Jika mengajar di level kelas pertama pandai, bahasa Melayu adalah bahasa ketiga bagi mereka selain BI dan bhs China sendiri. Dan jika anda mengajar di level paling bawah, bahasa Melayu memang bahasa ke dua mereka..ingat bukan bahasa Melayu standard, tetapi bahasa Melayu pasar! Jadi anda boleh bayangkan betapa terasingnya bahasa Melayu di sisi pelajar ini.

    Sebagai pendidik, istilah putus asa, hilang semangat untuk mendidik murid2 menguasai laras bahasa yg betul tidak pernah ada. Malah setiap pendidik tetap berusaha bersungguh2 dgn latih tubi utk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu di kalangan pelajar.Kelas tambahan BM diadakan tetapi berapa ramai yg dtg jika tiada paksaaan!

    Masalahnya ialah... mereka tidak pernah menganggap kepentingan bahasa Melayu! Mereka ini tidak pernah rasa BM penting dalam hidup mereka untuk mencari kerja juga utk pergaulan. Bagi mereka BM tak lebih dr subjek2 lain utk lulus periksa sahaja.

    Jadi di mana keupayaan guru-guru untuk membetulkan kebiasan mereka ini?

    Aduh usahkan pelajar asing, pelajar Melayu sendiri pun tidak pandai berbahasa Melayu dgn betul! Di rumah mereka mengguna dailek bukan bahasa Melayu....... inilah cabaran yg sukar utk guru bahasa !

    BalasPadam
  17. en mazidul..

    beginilah penulisan dorang yg combi maksudkan dlm blog en hazrey gula-gula..lucu tp comel :)

    tak setuju dgn komen en mybabah kerana jika anda seorg guru dan mengajar dikawasan pedalaman baru anda tahu begitu sukar utk mengubah pelajar yg telah terbiasa dgn bahasa harian sehingga terbawa didlm penulisan.

    adakala kita sendiri pun tidak faham bahasa dorang tapi alah bisa tegal biasa.bukan sehari atau sebulan utk mengubah sesuatu yg sudah sebati dlm diri.

    seumpama batu yg keras ..hari-hari dititis air akhirnya berbekas juga..insyaALLAH :)

    BalasPadam
  18. Haa..haa..hee..hee.. huhu...!

    Sebuah karangan yg lucu hanya kerana ejaannya mengikut loghat setempat. Namun, yg penting pelajar itu telah memahami tajuk karangan, punya isi, plot & penyudah - ya, dia faham bagaimana mengolah sesebuah karangan - pastinya kerana dia faham apa yg telah diajari oleh GURUnya.

    Asah lagi ketepatan ejaan melalui bahan bacaan & latihan mengarang. Salah & diperbetulkan - InsyaAllah, lambat-laun gred 'D' akan bertukar menjadi 'A+'

    Eh, nak tau.., Opah kat rumah ni pun lawak juga - bila cucunya bertanya "Pah, pagi ni minum apa?" - "Water no drink, pinis (finished)" jawabnya yg pasti mengundang tawa kami sekeluarga hehehe...

    BalasPadam
  19. Adakah ini bermaksud adik-adik kita lebih bagus dalam bahasa Inggris? Tentu sekali tidak.

    Jadi, jika bahasa Inggris pun lingkup, bahasa Melayu pula tunggang terbalik, apa lagi yang hendak diharapkan?

    Apa peranan pejuang-pejuang bangsa yang kononnya hebat sangat hendak memperkasakan bahasa Melayu?

    Berdemonstrasi boleh lah...


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  20. Mungkin juga bahana loghat (?) SMS ... dah bercampur aduk --- dah cacar marba

    BalasPadam
  21. ai penah dapat email pasal karangan ni, siap pakej lagi tau...ada dalam 3-4 karangan serupa camni...memam ai gelak tanpa guling²...sengeh depan PC...kelakar x ingat lah angkel...koh koh koh

    BalasPadam
  22. Sepatutnya ini pendekatan yg harus diambil oleh kerajaan dan rakyat... Kata kita nih 1Malaysia. Kalo 1Malaysia, bangsa kita Bangsa Malaysia, bahasa kita Bahasa Malaysia.

    Maka, wajibkan sahaja setiap kempen/seminar/events di sekitar kawasan ini berbahasa Malaysia. terapkan amalan bahasa Malaysia dari rumah, sekolah, kedai2, dan dimana sahaja.

    betul jugak, nak harapkan cikgu, hanya beberapa jam je kat sekolah. selebihnya adalah diluar kawalan cikgu. perbanyakkan program pertukaran pelajar ke semenanjung. biar mereka rasa mereka adalah sebahagian 1Malaysia.

    Baru la misi 1Malaysia itu mampu dicapai. kalo kita tgk, pendedahan yang mereka ada hanyalah rancangan drama tv. Itu pasal kalo diorg menyanyi lagu dlm bahasa melayu fasih.. bila bercakap tak boleh...

    BalasPadam
  23. Ahlul, komen awak menarik perhatian saya.

    Selain daripada di sekolah barangkali pelajar terbabit tidak berpeluang berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia di rumah dan ketika bersama rakan se ethnik.

    Memang benar, ramai Sabahan mampu menyanyi lagu Melayu secara lancar dan fasih tetapi tidak sewaktu mereka berkomunikasi. Loghat mereka terlalu 'kuat'.

    BalasPadam
  24. Saya adalah orang Sabah dan saya percaya yang karangan tu di tulis oleh budak dari keturunan ethnik Sabah. Dan itu bukan lah bahasa Banjar tapi Bahasa Melayu yg telah di Sabah kan bah..hehehhe

    BalasPadam
  25. Baik e-mel, SMS, Blog, FB, Komik semuanya merosakkan bahasa ibunda kita; apa salahnya berSMS dengan singkatan ejaan bukan bahasa rojak. Apa salahnya berblog ikut bahasa yang terpimpin tak ada ruginya pun.

    Maka itu timbulnya perkataan Bahasa Jiwa Bangsa. Maknanya jiwa bangsa kita terhadap Bahasa Melayu makin sifar.

    Masih boleh disedarkan jika kita mahu mengasuh anak-anak kita ke bahasa baku & menyintai bahasa ibunda sendiri.

    Saya suka juga tenguk drama orang Filipina; Dyesebel... tenguk apa jadinya bahasa mereka?. Banyak telah dibaratkan. Ikan duyung pandai cakap orang putih!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.