Isnin, Disember 14, 2009

Surat Cinta Pertama

Majlis persandingan Husaif Hatta dan Azreen Rose Aslie, keduanya berusia 27 tahun berlangsung lancar semalam di Dewan Perdana Maksak, Kota Kinabalu, Sabah.

Selaku rakan dan pengacara majlis, saya berdoa gerbang perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Kisah pertemuan mereka unik. Sekelas dan duduk bersebelahan sewaktu di darjah 2 dan 3. Sejarah terbabit berulang ketika mereka belajar bersama di Sekolah Maktab Sabah. Husaif menghantar surat cinta pertama melamar Azleen menjadi teman wanitanya pada Mei 1999. Hanya 2 bulan selepas itu, Azleen mengambil keputusan keluar bersama Husaif. Perhubungan mereka kemudian menjadi semakin erat sewaktu menuntut di institusi pengajian tinggi.

10 tahun berlalu, 5 Disember 2009, mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Labuan.

Kepada pelawat sudah berumah tangga, masih ingat saat pertemuan pertama dengan pasangan (kini suami atau isteri)?

Terlupa?

12 ulasan:

  1. mana mungkin terlupa saat2 indah bersama, akanku bawa selagi ada hayat...

    BalasPadam
  2. Salam Bro MAZ...

    Selamat Pengantin Baru buat mereka, moga jodoh berkekalan selamanya..

    Teringat? hehehehe
    mestilah ingat..
    seorang jejaka yang dulu2 time kerja tak pernah balik lunch di rumah, mula balik tiap hari semata2 nak intai dari tingkap...

    melihat saya berjalan balik ke rumah sewa waktu lunch...

    mentang-mentang kami duduk setaman..

    hahahaha...lucu macam anak dara ngintai di balik langsir.. tapi jejaka mengendap anak dara... perhhhh...

    BalasPadam
  3. Masih ingat pertemuan pertama dengan suami di kelas malam... dan di pertemuan itu, teramatlah benci mendengar gelak ketawanya yang 'entah apa-apa' :)

    BalasPadam
  4. Tak pernah lupa. Sampai skang dok fikir, macam mana pertemuan pertama yang memeningkan dan lucu tu boleh membawa kami ke jinjang pelamin. Sungguh pelik!

    BalasPadam
  5. kalau sudah jodoh tidak kemana. pusing-pusing pun, bersama jua akhirnya..

    BalasPadam
  6. Oh.. of course I remember each and every second from the first time my husband and I met, the time we spend together, the moment we became husband and wife, the moment our first child was born.. etc etc.....

    Precious!

    BalasPadam
  7. Bro

    Mesti ingat, insya Allah sampai akhir hayat

    ha ha ha

    BalasPadam
  8. sue berjumpa dgn suami 4tahun yg lepas.. time tu sue macam tak suka dengan perwatakannya yg agak nakal... (rambut ber-dye, telinga bertindik)selang setahun kami bergaduh tentang sesuatu perkara (pasal perempuan yg kononnye sue buat cerita bla!bla!bla!) selang setahun pulak kami jadi sahabat karib dan kemudian kami bercinta... dan kini pada 11/12/09 kami sah menjadi suami isteri..n_n

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah sempurna sudah majlis perkahwinan...semoga berbahagia sampai ke akhir hayat... :)

    BalasPadam
  10. ...Selamat Pengantin Baru....semoga kekal keakhir hayat..Wah senyum lebar pengantin lelaki...

    BalasPadam
  11. Sdr Mazidul;

    Radio menemukan kami; dahulu saya rajin hantar karya di radio maka tak sangka isteri itu salah seorang peminat saya.

    Saya di Kota Bharu Perak, orang rumah di Meru Klang.

    Pertemuaan pertama, saya nampak seimbas sahaja kumpulan isteri saya & orang kampungnya buat rombongan ke Pasir Bongak, Pulau Pangkor. Tak sempat bersapa! pun, kira tenguk kelibatnya sahaja; sekitar dua tahun kemudian saya merantau ke KL baru berjumpa ketika beraya ke rumahnya di Meru. Meru ketika tahun 70an kawasan hitam; jangan datang seorang diri jumpa anak dara sana... pasti tak baliklah kena belasah & baling ke tali air!.

    Penat nak ingat semua itu!. Payah amat orang dahulu bercinta; hanya surat penyambung ikatan.

    Belasan tahun cinta Sdr Husaif Hatta dan Azleen Rose Aslie baru ke jinjang pelamin. Payah tercapai impian yang selama & sepanjang ini perjalanannya. Agar bahagia hingga ke anak cucu!.

    BalasPadam
  12. ALID weyyy..

    ko ingat yang mana satu...? Ahaks!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.