Sabtu, Oktober 30, 2010

Pemandu Bas Hanya Memilik Lesen 'L' Tamat Tempoh Dan 7 Penumpang Terbunuh

Jam 7.50 malam semalam 7 terkorban, apabila bas terbabas di KM38 Genting Sempah.

JPJ mengesahkan pemandu bas terbabit tidak memiliki lesen memandu biarpun kenyataan awalnya dirakam pihak polis berbeza.

Gila! Gila! Gila!


Sebilangan penumpang meninggal dunia dan cedera manakala dia patah kaki kanan, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Pemandu akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau dipenjara tidak lebih 5 tahun atau keduanya.


Akta tetap akta, jika pemandu dihadapkan ke mahkamah sekalipun, perbicaraan bakal mengambil masa.

... sedangkan 7 keluarga kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.

Sebelum ini apabila 4 mangsa mati dibunuh secara kejam di Banting, Selangor, majoriti berkata, jenayah tidak mengenal bangsa mangsa dan pemangsa.

10 Oktober lalu, 13 terkorban dalam kemalangan membabitkan bas di Alor Gajah, Melaka. Majoriti berkata, kemalangan dan pemandu tidak ada hubungkait dengan bangsa si pemandu berusia 52 tahun terbabit.

Dalam kemalangan terbaru ini, barangkali majoriti kita akan melontarkan komen sama.

Sumber melaporkan, pemandu berusia 40 tahun itu berbangsa India dan hanya memiliki lesen 'L' tamat tempoh pada tahun 1997. Lebih mengejutkan, dia pernah disaman pihak berkuasa 6 kali sebelum ini.

Cukuplah, maklumat selebihnya bakal diumumkan Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat.

Saya kurang berminat menyentuh isu berhubung bangsa mereka terbabit tetapi lebih kepada soal sikap.

Manusia jenis apakah begitu berani memandu tanpa lesen, bukan kenderaan kecil tetapi bas membawa lebih 44 nyawa? Tidak cukup dengan tindakan itu, dia juga berbohong kepada pihak polis kononnya mempunyai lesen memandu. Pada masa sama, rekod pemanduannya juga meragukan berikutan saman dikeluarkan.

Saya pasti fakta bakal didedahkan pihak berkuasa berhubung salah laku pemandu terbabit akan lebih mengejutkan, percayalah buat sementara waktu.

14 ulasan:

  1. kenapa mcm ni..nyawa..ni nyawa lah...
    sy selalu ulang-alik balik pahang, laluan kat situ mmg bahaya...
    lebih ramai lelaki meninggal dunia skrg ni...perasan tak..

    BalasPadam
  2. kenapa mcm ni..nyawa..ni nyawa lah...
    sy selalu ulang-alik balik pahang, laluan kat situ mmg bahaya...
    lebih ramai lelaki meninggal dunia skrg ni...perasan tak..

    BalasPadam
  3. sy ingin mndapatkn kepastian

    umur thn 2010=25
    lesen L y tamat pd 1997

    kira2 12thn y lpas,kt anggap dia lahir bln 11 or 12

    so kt leh wt konlusi umur dia smasa lesen L dia tmat tempoh ialah 13thn....

    adakah smasa brumur 13thn tlah mendapat lesen L

    BalasPadam
  4. stelah sy membaca brita trkini kosmo on9,umur sbenar pmandu trsebut ialah 45thn

    BalasPadam
  5. musykil jugak,dah kena 6 kali saman?Macamana pula syarikat boleh ambil pemandu yang tidak mempunyai lesen.
    Kali ni biar didakwa sekali dengan pengusaha syarikat bas,janga biarkan pemandu saja yang kena.
    Kepda ahli keluarga mangsa,takziah diucapkan

    BalasPadam
  6. Mengejutkan..........
    Takde lesen... 6x kena saman...
    masih boleh memandu bas..
    Nak salahkan siapa...
    Kalau pemandu kena penjara dan tak dapat buat lesen seumur hidup pun, memadai ke dengan harga 7 nyawa remaja malang tu?

    BalasPadam
  7. Boleh dieelakkan ...but ........
    nak kata takdir???

    BalasPadam
  8. paling gila pemandu itu dah tahu yang brek bas tersebut rosak, seharusnya dibaiki dulu...sanggup dia mempertarungkan banyak nyawa...

    BalasPadam
  9. sekarang ni negara kita ni dah macam2...segala cerita yg pelik2 berlaku setiap hari...

    BalasPadam
  10. dengar cerita pg td, pemandu tuh cuma bole memandu dengan sebelah tangan, sbb dia pernah accident sebelum ini.. aduhhh.. ngeri nak naik bas sekarang nii

    BalasPadam
  11. Memang selalu terjadi kes brek rosak bila turun dari Genting.Akibat dari selalu menekan brek kerana jalan curam.Tak guna gear rendah.Terbakarlah brek tu akibat panas yang melampau.Tokeh bas tu patut disaman dan didenda semaksimun mungkin.Waris mangsa boleh saman.

    BalasPadam
  12. Saya memang sudah jangka kemalangan maut melibatkan bas seperti ini akan terus berlaku dan akan berlaku lagi.

    Sebabnya; tiada apa-apa tindakan drastik dan menasabah yang dibuat samada oleh pengendali bas, orang awam dan juga pihak berkuasa - Berpunca: kerana tidak serik2 atau bersikap mengambil iktibar dari kemalangan ngeri yang lepas2 dan bersikap sambil lewa.
    Bagaimana hendak menjadi negara maju kalau begini sikap sosial kita

    BalasPadam
  13. Kenapa bangkitkan bangsa pemandu pulak? Hairan!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.