Sabtu, Oktober 02, 2010

Siapa Sebenarnya Pembunuh Sosilawati?

Kita membaca pelbagai laporan akhbar serta menonton  televisyen berhubung berita perkembangan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 mangsa lain.

Terbaharu, anggota polis bertugas menjaga Ladang Gadong, Teluk Sepat, Banting, Selangor, dipercayai lokasi pembunuhan minimum 7 mangsa dikatakan diganggu suara meminta tolong pada waktu malam. Kesahihan berita itu tidak dapat disahkan. Namun, bilangan anggota polis bertugas memantau kawasan terbabit dilaporkan ditambah.

Apapun, melihat bilangan korban di ladang itu, saya tidak hairan jika dakwaan terbabit benar.

Setakat ini 4 daripada 8 suspek diberkas polis dilaporkan mengaku membunuh semua mangsa. Manakala peguam berusia 41 tahun dan adiknya, 38 tahun dianggap dalang atau perancang kepada pembunuhan terbabit.

'Pembunuh' jika menggunakan senjata api ditakrifkan sebagai individu memetik picu senjata, the one who pulls the trigger. Jika senjata tajam seperti pisau digunakan, pastinya takrifan itu berubah kepada individu menikam mangsa sehingga mati.

Pembaca pastinya ingat, 2 kereta milik Datuk Sosilawati dan peguamnya ditemui di Subang Jaya. Jika diperhatikan gambar di akhbar, kenderaan terbabit mempunyai kesan tanah di bahagian luar. Kemudian perhatikan pula jalan masuk ke ladang dipaparkan semua akhbar, tidak bertar. Justeru hemat saya, wujud kebarangkalian kedua  kereta jenis BMW itu digunakan untuk membawa mangsa ke ladang sama. 

Jika premis itu benar, siapakah pemandu kereta membawa kesemua mangsa memasuki lokasi kejadian? Semestinya, individu dikenali dan selesa kepada mangsa.

Persoalan lebih signifikan, siapakah berada di lokasi kejadian sewaktu pembunuhan dilakukan? Hanya 4 suspek dilaporkan membuat pengakuan? 6 suspek termasuk 2 wanita? Atau kesemua 8 suspek?

Jadi siapa sebenarnya membunuh mangsa? Setakat ini polis memberikan gambaran hanya 4 pekerja ladang bertanggungjawab membelasah, membunuh, membakar dan mencampakkan abu mayat mangsa ke sungai.

Adakah kenyataan itu benar? Maksudnya suspek utama tidak terbabit langsung secara FIZIKAL membunuh Datuk Sosilawati.

Setakat ini 4 suspek disoal siasat, mengaku membunuh mangsa  manakala 2 suspek utama bertindak melantik peguam untuk membela mereka di mahkamah.

Berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang guaman, saya yakin 100% 2 suspek utama tidak akan mengaku bersalah sewaktu didakwa di mahkamah kelak sekaligus bakal memohon untuk dibicarakan. Perbicaraan saya ramalkan bakal mengambil tempoh lama, berbulan atau bertahun.

Someone is innocent until proven guilty, maksudnya selagi tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak disabitkan di mahkamah, mereka tidak bersalah.

Melalui pengamatan, bahu majoriti suspek lain ketika bergari lazimnya kelihatan sedikit 'jatuh' seperti juga 'semangat' mereka pada waktu itu. Namun melihat penampilan suspek utama ketika diiringi polis ke pejabatnya di pekan Banting tempoh hari,  kejadian itu tidak berlaku.

Setiap langkahnya diatur cermat, bahunya naik dan wajahnya selamba.

16 ulasan:

  1. Minta Bro Mazidul dan 999 hasilkan documentari eksklusif tentang semua persoalan-persoalan terperinci dalam kes ini. Kami warga biasa tiada access kepada media dan polis tapi kami ingin tahu dan amat mengambil berat dengan kes ini. Hanya 999 sumber maklumat kami.

    http://www.andimazlan.com

    BalasPadam
  2. Saudara Mazidul...
    Nak tanya, 'bahu naik' tu tanda apa ya...?

    BalasPadam
  3. tiorinya:

    pemandu adalh org terhakhir dibunuh samaada di lokasi atau luar lokasi, perancangan balik dulu 3 mangsa yang meniggal akan menyusul kemudian, dgn menbawa kerepk biskut raya bersama(oleh Pemandu).

    samada biskut raya dihantar oleh org lain dan memasukkan ke dalam kereta yang telah park.

    BalasPadam
  4. hebat wartawan semuanya diperhatikan.
    kalau bahunya naik,maknanya dia cukup yakin.!!!!

    BalasPadam
  5. adakah BMW mempunyai sistem memory EPROM?..yang boleh save saat pintu dibuka dan ditutup..
    sistem stuggard ??

    BalasPadam
  6. kes ini membuka banyak mata akan evolusi kegiatan jenayah ini yang tidak mengenal batas profesion.

    BalasPadam
  7. Bahu naik tu pada pandangan saya ialah suspek yakin dia akan menang.. Seolah-olah tiada kesalahan yang dilakukannya..

    Semoga mereka yang bersalah tidak akan terlepas dari hukuman dunia ini...

    BalasPadam
  8. wahhh...makin seronok ni....
    kita tengoklah nanti...
    inilah cabaran namanya....

    BalasPadam
  9. AndiMazlan, sebelum kes selesai tidak mungkin paparan dihasilkan.

    BalasPadam
  10. sy pernah komen di entry un mazidul sebelum ini mengenai kes ini.. di blog lain pn sy pernah katakan.. silap2 suspek yg perancang ni terlepas nnti.. dia peguam.. dia tahu selok belok mahkamah macam mane untuk buat kes ini nampak tidak kukuh dan tidak cukup bukti.. endingnyer nnti, kambing hitam yg kena hukum, pengembalanyer terlepas..
    http://www.duitlama2u.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Geram sangat dengan dua ekor monyet tu .....nak bersandiwara ...... bagus bagi anjing makan and gigit daging monyet mereka ....bagi kesemua pembunuh and dalang rasakan apa yang di rasa oleh kesemua mangsa bunuh mereka ...ini baru adil ......

    BalasPadam
  12. Ada juga kemungkinan suspek utama boleh terlepas(peguam-peguam)..tentu mereka ini dah plan kalau kantoi,apa tindakan seterusnya..apapun kita harapkan supaya lebih banyak bukti ditemui.

    BalasPadam
  13. Sekarang ni semua binatang monyet2 (pembunuh2) itu dah mengaku bunuh pun & mengaku pun campak mayat2 4 mangsa tersebut, semua rakyat Malaysia dah tahu dan yakin.
    Tapi bila dalam mahkamah dunia nanti semua binatang2 itu tak mungkin akan mengaku bersalah, lagipun diorang tu peguam 'hebat' merangkap pembunuh2 sadis.
    Ini semua sandiwara dunia, tidak mustahil mereka2 ini akan terlepas dari hukuman bunuh nanti maklumlah penjenayah educated yang pintar.
    Saya rasa ada rakyat Malaysia yang akan 'volunteer' yang sanggup buru kesemua pembunuh2 gila mabok tu....

    BalasPadam
  14. undang-undang ibarat sarang labah-labah. Ia hanya memerangkap serangga kecil tetapi melepaskan "haiwan-haiwan" yang besar.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.