Ahad, November 03, 2013

BEKAS PENGAWAL KESELAMATAN DIBERKAS DI LCCT



31 Oktober, kedai emas dirompak oleh pengawal keselamatan di Setapak, Kuala Lumpur dan membabitkan kerugian kira-kira RM150,000.

Klik di sini.


Pagi tadi penjenayah warga Filipina itu membuat keputusan cuba memboloskan diri ke Sabah melalui LCCT bersama rakannya. Polis memberkas mereka pada kira-kira jam 7 pagi. Bekas pengawal keselamatan itu didapati menggunakan MyKad palsu.

Dia kemudian dilaporkan membawa polis ke rumah di Pandan Jaya, pistol jenis Smith & Wesson revolver .38, dipercayai senjata digunakan oleh penjenayah sewaktu merompak kedai emas. Lima butir peluru dan sebahagian daripada hasil rompakan, rantai emas, turut ditemui.

The same old story.

Warga asing, memiliki MyKad palsu, menyamar sebagai rakyat Sabah dan diberikan akses menggunakan senjata api oleh syarikat pembekal pengawal keselamatan. Nampaknya lesen syarikat terbabit juga harus dibatalkan oleh Kementerian Dalam Negeri. 

Apapun tahniah kepada pihak polis kerana berjaya memberkas penjenayah itu.

The Star melaporkan kejayaan terbabit, klik di sini.

11 ulasan:

  1. Polis Malaysia hebat! Bertaraf dunia ;)

    BalasPadam
  2. Jangan salahkan syarikat keselamatan terus. Selidik dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anda semua tak tau mengenai urusan tapisan keselamatan,janganlah menuduh yarikat keselamatan.masaalahnya adalah berpunca dari sistem online yg digunakan sekarang.

      Padam
  3. Nanti ku dapatkan Pakistan orang Kelantan yang ada di Sabah

    BalasPadam
  4. Memang salah syarikat keselamatan sebab tak selidik background calon pengawal. Tapi kalau batal harini, esok orang yang sama akan p register company dengan nama lain.

    IC Malaysia mudah dipalsukan, apa ciri keselamatan yang ada kat ic kita tu??? Plastik lapisan atas tu sangat mudah tertanggal jadi senang la nak ubah suai. Denda utk gantian IC Malaysia sangat rendah, harini hilang...pi buat repot...pi JPN...isi form...bayaq...senyum depan camera...bulan depan siap yer...semudah ABC. Lagi satu punca IC ni, orang dalam JPN sendiri la kot...suka suka cetak dan jual, PUNCAnya ialah gaji rendah...kos sara hidup tinggi...macam mana nak hidup mewah kalau tak berfikiran KREATIF...ini la jadinya.

    Lagi satu puncanya, MALAYSIA menjemput semua warga asing masuk dan tinggal disini. Kebanjiran warga asing...salah sapa??? sendiri pikiaq...sendiri jawab...

    BalasPadam
  5. Kalau pakai ic palsu mustahil lesen senjata boleh keluar,Ini semua salah syarikat terlalu cuai dalam pengambilan pengawal,pengawal tiada lesen pun diberikan senjataapi.

    BalasPadam
  6. Saya baca artikel di Utusan Online hari ini mengenai isu pengawal keselamatan di negara kita..

    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131104/dn_10/Gaji-murah-tidak-carum-KWSP

    Seharusnya pihak kementerian bertindak dengan lebih agresif supaya tidak lagi terjadi kes "harapkan pagar, pagar makan padi" ...

    BalasPadam
  7. banyak tangan-tangan ghaib... yakinlah isu ini akan sepi ditelan masa sehingga sejarah berulang kembali.. oh Malaysia tanah airku...

    BalasPadam
  8. Itu kat Malaya..kat Sabah, macam ni la nasib kami bumiputera Sabah..setiap hari bersaing dengan pati..politik kotor pemimpin tak guna dan pegawai yg tamak ramai pati dapat ic palsu malah hidup brniaga, tanam kelapa sawit di Sabah. Bayangkan kalau kat w.m pun tak boleh detect ic palsu hingga pati ni boleh senang lenang jadi sekuriti, apatah lagi kat e.m yg mjadi negeri pgeluar ic palsu terbesar. 1st jadi PATI, then brtukar jadi PADI, kemudian jadi kontraktor, businessman/woman, officer, politician pun ada...kat tempat sy ada pakistan yg drive harrier, sy pun ramai kawan pati ni bila kita cakap pasal pati misti derang melenting, jawapan derang pasti tegaskan ini bumi Allah swt siapa pun boleh cari rezeki yg halal..skrang ni dah ramai org tempatan yg kahwin dgn pati dri indon, filipina, india dan pakistan so automatiknya jadi jugalah bumiputera Sabah, so welcome to Sabah, not only land below the wind but also LAND OF OPPORTUNITY..ala2 Amerika, white, black, yellow asian, latina semua ada kat sana macam Sabah juga "macam2 ada" kata pakcik astro

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.