Jumaat, November 08, 2013

JAIK TIADA KUASA MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PUSAT TAHFIZ AMAL

Julai lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Jalan Yan-Kuala Kedah, Kedah memperalatkan pelajar mengutip derma untuk mengaut keuntungan. PTA juga disahkan bernaung di bawah Azhar Wahab, bekas ketua ajaran sesat difatwakan haram sebelum ini.

Untuk mengaburi mata masyarakat dan pihak berkuasa, Azhar Wahab menukar identitinya dan kini dikenali sebagai SM Amin, klik di sini.


Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK, Datuk Noh Dahya mendedahkan fakta, pihak berkuasa itu tidak mempunyai peruntukan komprehensif untuk mengambil tindakan terhadap PTA.

Klik di sini.

Justeru diharapkan JAKIM akan bertindak sewajarnya untuk memberhentikan perhambaan kanak-kanak terbesar di Malaysia ini.


Gambar pelajar PTA di atas, saya rakamkan di stesyen minyak Shell di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 12.10 malam semalam. Dia menjual gel panas dan madu dengan harga RM20 dan RM40 kepada pelanggan stesyen minyak itu.

Biarpun selepas waktu tengah malam, remaja mendakwa berasal dari Pulau Pinang itu masih tidak berganjak. 

"Katanya dia tinggal bersama 6 pelajar PTA  lain,  juga menjual barangan keluaran SM Amin untuk tempoh seminggu sebelum pulang ke Kedah. Mereka tinggal di Damansara Perdana," ujar rakan menemu bual gadis itu, Mohd Farid Hamzah.

Kami kemudian mengekori kenderaan dinaiki oleh pelajar terbabit. Berikut gambar saya rakamkan pada jam 12.41 malam.


Kenderaan dipercayai berenjin turbo, dipandu lelaki itu dipecut laju sebaik menyedari diekori. Menciluk ke Seksyen 11 dan 4 sebelum menghilangkan diri. Mungkin belum lagi rezeki kami untuk bersemuka dengannya untuk menagih penjelasan.

6 ulasan:

  1. mereka ini boleh dilihat selalu di R&R Awan Besar , Lebuhraya KESAS menghala ke Puchong . aktif selepas jam 7 malam kerana ramai pelanggan menjamu selera Sate Kajang Hj Samuri . Kita didekati oleh mrk ini untuk menjual produk dan selepas kita menyatakan tidak berminat , lantas ayat ' Derma Untuk Anak Yatim ' pulak .... pernah sekali saya menyaksikan mrk ini diherdik oleh salah seorang pelanggan di situ berkemungkinan seolah-olah memaksa utk pelanggan membeli atau menderma . Wallahualam .

    BalasPadam
  2. SM Amin juga aktif di dalam penyediaan rawatan urutan refleksologi dan bekam di kompleks Giant . Ini boleh dilihat di Giant Putra Height atau di Giant Bandar Kinrara . Jangan terkejut sekiranya rawatan bekam boleh mencecah RM 500 ke atas .....

    BalasPadam
  3. salam saudara mazidul,

    teruskan usaha membongkar sistem perhambaan kanak2 paling lama dan efektif dalam malaysia ni. lama sangat dah nampak kanak2 dengan muka terlalu lapar , letih dan penat menjaja barang2 di stesen myk dsbnya. Bila ditegur dan dihampiri , mula nak melarikan diri walhal kita nak bertanya khabar dan cuba tolong.

    Di stesen2 myk kelantan pun ada baru2 ni , tak sempat nak tangkap gambar . tengok slip resit masa dia tunjuk2 tu , memang pusat tahfiz dari kedah. tengah malam pun ada lagi. kesian memang ada , tapi nak tolong yang betul tak pasti mcm mana.

    BalasPadam
  4. Salam,smlm dlm lebih kurg jam 10 mlm,salah seorg dari mereka (budak lelaki lingkungan 12 tahun ) dtg ketika saya dan keluarga sy sedang mkn di Mydin Meru Raya Ipoh..Melihatkn keadaan budak itu sy jdi sebak kerana hingga lewat mlm mereka dipaksa atau terpaksa mncari sumbangan yg sebegitu rupe,,sy hulurkn sedikit duit ( utk kegunaan budak itu sndiri sekiranye lapar atau haus ) atas ehsan sy sebagai seorg ayah..sy sempat menangkap gmbar logo pusat tahfiz berkenaan dan akhirnya sy jmpe blog nie..TOLONGLA SESEORG AMBIL TINDAKAN TERHADAP PUSAT TAHFIZ TERSEBUT sebab hati sy sgt trsentuh melihatkn nasib kanak2 itu yg lebih kurang sebaya dgn ank sy :(

    BalasPadam
  5. SMTI,
    Masih aktif lagi kegiatan seperti ini.terserempak di Stesen Petronas MiTC Melaka pada lingkungan jam 1600 - 1800 hari sabtu yang lalu 23/11/2013.Susah sangat nk hentikan kegiatan ni nampak gayanya

    BalasPadam
  6. Super aktif di di pantai timur esp kuantan & kemaman...masalhnyer sampai biler nak biarkan kanak2 ni dipergunakan...pernah ckp dgn 2 org perempuan geng PTA nih tp 2-2 ttp pertahankan PTA mcm ada yg x kena jer, best part mintak bacakan surahsurah lazim pun x nak

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.