Rabu, November 13, 2013

MENGAPAKAH SEBILANGAN PATI WARGA INDONESIA TERGILA-GILA INGIN MENJADI ANGGOTA RELA?

"Kalau melihatkan maklumat dicetak di kad keahlian RELA milik warga Indonesia itu, dia sepatutnya berada di Cheras, Kuala Lumpur," ujar anggota RELA saya temui.


Arshanikum Endeyn, pemegang MyKad palsu ternyata secara mudah mengelirukan pihak berkuasa bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri terbabit tanpa dapat dikesan, klik di sini

Mujur kes ini terbongkar kerana warga Kendari, Sulawesi Tenggara itu mungkin tidak menjangka, berikutan kes rompakan dan pembunuhan pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, identitinya sebagai kenalan facebook pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila, saya dedahkan di blog ini.

Baca di sini.

Facebook Arshanikum saya dapati masih tidak ditutup biarpun tidak aktif.

"Untuk mendaftar menjadi ahli RELA, orang awam perlu membawa Mykad dan 2 keping gambar dan mengisi borang pendaftaran. Sebelum keahlian diluluskan, RELA terlebih dahulu akan memeriksa samada mereka mempunyai rekod jenayah atau tidak. Bagaimanankah caranya? Hubungi pihak polis dan kemudian berikan nombor Mykad. Polis akan memaklumkan samada bakal ahli itu bebas rekod jenayah atau sebaliknya berdasarkan nombor MyKad diberikan melalui talian telefon sahaja tanpa melihat wajah dicetak di atas dokumen itu. Dalam kes ini, polis memeriksa rekod jenayah Hamdan Hamid, penduduk Sabah, bukan rekod Arshanikum," jelas anggota pihak berkuasa.

Nampaknya setakat ini RELA Malaysia masih terus membisu mengenai kes ini biarpun telah saya hubungi 3 hari lalu, memohon penjelasan. Tidak salah berterus-terang dengan masyarakat kerana kehadiran pegawai dan anggota RELA dilihat sebahagian daripada komuniti setempat. 

Berbalik kepada tajuk entri ini, mengapakah pendatang tanpa izin, PATI warga Indonesia tergila-gila benar ingin menjadi anggota RELA? Pertama, mereka berpeluang mengetahui pelbagai maklumat sulit dikongsikan oleh pihak berkuasa. Contohnya, jika terbabit dalam operasi membanteras PATI senegara, pastinya maklumat seperti lokasi serbuan diketahui dan mudah dibocorkan. 

Kedua, memiliki kad RELA sekaligus menjadikan identiti PATI itu lebih sukar disangsikan oleh orang ramai atau pihak RELA sendiri. Masakan angoota RELA memeriksa dokumen sesama sendiri. 

Ketiga, jika PATI memandu kereta, vest RELA  diberikan secara percuma pasti digantungkan di tempat penyangkut baju tempat duduk belakang. Jika terpaksa menempuh sekatan jalanraya polis, tentunya pakaian boleh dilihat jelas itu akan memberikan lebih peluang kepada mereka untuk menyelamatkan diri tanpa diperiksa secara teliti oleh pihak berkuasa. Majoriti anggota RELA juga saya perhatikan amat gemar memakai vest sama sewaktu menunggang motosikal, tatkala pulang daripada menjalankan tugas. Andai PATI memakai vest terbabit, adakah pihak yang akan memeriksa dokumen diri mereka? Barangkali ada tetapi kejadian itu  jarang berlaku.

Keempat, PATI terbabit juga berpeluang mendapat bayaran elaun, RM6 sejam  berikutan kerja mereka laksanakan.



Pada April 2012, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan pengambilan pegawai dan anggota RELA untuk diserapkan sebagai Polis Simpanan sukarelawan, PVR diberhentikan serta-merta. Jumlah pengambilan PVR, 5,000 orang dikatakan telah mencukupi sekaligus memenuhi kuota ditetapkan, klik di sini.

Tidakkah kita terfikir, jika Arshanikum terbukti mampu membolosi sistem tapisan pengambilan anggota RELA, mungkinkah sebilangan daripada ribuan PVR itu juga berstatus PATI?

Klik di sini untuk melihat perincian seorang lagi pengawal keselamatan HARAM.


Pihak berkuasa boleh bertanya kepada pihak pengurusan AHM Security mengenai perincian lelaki terbabit.

Klik untuk membaca kisahnya di sini.

39 ulasan:

  1. Ya ampun!!!! Sampai begini jauh sekali rupanya entiti-entiti penting Malaysia dicerobohi. Mau tunggu topan besar datang, semua hancur berkecai. Kesian sama orang Malaysia. Ramai yang kaki tidur rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku setuju sama kamu... ramai org umno malaysia kaki tidur... dalam parlimen pun sama. menteri malaysia goyang teloq jer... MOHAMMAD FAIZ MOHD NOOR malu ker org luar kutuk menteri negara ko pemalas kaki tido... celik lah mata tu sikit... itu lah hakikatnya... menteri yg bahlol semua kalau tidak takkan benda mcm ni berlaku.

      Padam
    2. aku setuju pendapat kamu... ramai orng menteri2 UMNO malaysia kaki tidor... dalam parlimen pun tidoq... MFMN malu ker org luar kutuk pemimpin negara ko... hakikatnya mcm tulah... menteri2 malaysia semua kaki goyang teloq jer... kalau tidak takkan benda mcm ni berlaku...

      Maybe skarang ni menteri tangkap semua org asing yg jadi RELA. tapi dkt PRU nnti depa bagi balik...

      Padam
    3. besa la tu, da letih wat projek... huhuhuhuhuu

      Padam
  2. Encik Mazidul adakah mereka juga perisik bagi pihak indonesia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dapat dinafikan lagi penyamaran ini mempunyai implikasi yg lebih besar dan sudah terancang dalam jangka masa yg sudah lama...kegiatan perisikan TNI ke atas sistem keselamatan negara ! Diharap semua agensi di bwh KDN bangkit dari tidor yang panjang. Semoga Allah melindungi kita semua. Ameen.

      Padam
  3. En Mazidul adakah mereka ini mungkin perisik bagi pihak indonesia?kalo benar mmg lemah sistem keselamatan kerajaan kita

    BalasPadam
  4. Tanya sapa ketua platun kalau dia masuk rela... sapa bawa dia
    Hancur sistem kita rakyat sendiri susah nk aply infon senang2

    BalasPadam
  5. Kita semua umpama baru dikeutkan dari lena yang panjang.

    BalasPadam
  6. Makin saya baca makin tertanya2 apa si Hang Mudin kita dok buat selama menjadi Menteri Dalam Negeri? Goyang teloq?

    BalasPadam
  7. Nyawa rakyat Malaysia telah dilelong secara borong..lelong2..lelong2.. nyawa murah..nyawa murah..mari beli..Malaysia nyawa banyak murah.. lelong2...IC pon ade jual borong....Welcome to Malaysia.. :(

    BalasPadam
  8. Tak mustahil Malaysia dijajah sekali lagi...nyawa rakyat Malaysia telah dilelong..hangay di pasaran...

    BalasPadam
  9. YA ALLAH...

    Pertahanan negara ku hancus lebur..
    senangnya dibolosi...

    wahai orang yang bertanggung jawab..
    Ini masalah NEGARA..
    SECURITY negara kita telah ditembusi sewenang wenangnya...

    Please do correct thing now in order to fix the problem ASAP.

    TQ boss Mazidul..
    please take care of your self bro...

    BalasPadam
  10. smallorange... saya terfikir perkara yang sama.

    Tapi, kelemahan sangat nyata dalam sistem pihak berkuasa kita. Perlu dibaiki dan ketegasan dalam melaksanakan undang-undang perlu ditingkatkan, jangan hangat-hangat tahi ayam.

    BalasPadam
  11. Kelima.. MUNGKIN memudahkan akses kepada senjata api - pendatang asing - legal/illegal, taukey2, gangster2, etc. (MUNGKIN ada yg dah register jadi RELA tapi x pernah participate dlm aktivity RELA).

    BalasPadam
  12. maknanya mudahnya perisik/musuh negara masuk dalam negara ..ada IC. ntah2..ada yg jadi askar....keluar masuk MINDEF etc. tolong siasat ke lubang cacign mcmana mereka ni boleh dpt kad pengenalan so called bermutu tinggi x boleh tiru etc. adakah kerja org dlm JPN sendiri ????...tolong lah audit JPN. kalu tak berlaku insiden ni kita taktau rupanya benda ni dah jadi kudis...cegah sebelum jadi barah.

    BalasPadam
  13. Bongkarkan semuanya Tuan Mazidul. InsyaAllah ini adalah sebahagian daripada JIHAD utk memelihara keselamatan & keharmonian negara kita

    BalasPadam
  14. Teruskan usaha ini Tuan Mazidul. Ini adalah sebahagian drpd jihad utk mempertahankan keselematan & keharmonian negara tercinta

    BalasPadam
  15. Ya Allah, dahsyat betul!! patut la selama ni semua operasi RELA terhadap PATI boleh bocor. rupa2nya ada perisik INDON...Lebih teruk sampai boleh jadi POLIS. Nampaknya sistem kita pun seolah2 "corrupt" macam Indon juga. Ada duit semua boleh jadi..
    Pihak berkuasa tolong lah bertegas. Kami rakyat Malaysia ni kalau nak apply apa2 dari pihak kerajaan, sikit punya susah, birokrasi banyak. Tapi senang2 jer si Indon ni dapat apa yang rakyat malaysia susah nak dapat.

    Kami takut tak lama lagi sistem pertahanan kita jadi lumpuh dek perisik2 Indon.

    "CEGAH SEBELUM PARAH"

    jangan tunggu terhanrtuk baru terngadah

    BalasPadam
  16. Nasib baik ada facebook.Itulah 'kelebihan' fb bagi orang2 yg suka mendedahkan identiti sesuka hati kepada umum.

    Kalau cakap kakitangan kerajaan tak buat kerja,penjawat awam marah.Tapi inilah realitinya,penguatkuasaan dalam hampir segenap segi adalah sangat menghampakan.Undang2 tak berguna kalau tak dikuatkuasakan.Mykad yg konon2 ada cip berteknologi tinggi untuk tujuan keselamatan tak guna satu sen pun kalau boleh dipalsukan sewenang2nya.Dipalsukan satu hal,yg jadi masalahnya kenapa pengesahan biometrik tidak digunapakai dalam proses pengambilan pekerja2 di sektor2 yg dikira sensitif,termasuk juga yg melibatkan soal2 sekuriti perbankan?

    Apa guna cip 'berteknologi tinggi' kalau tak dimanfaatkan sepenuhnya?Kaedah pengesahan biometrik ini sepatutnya digunakan seluas2nya termasuk dalam proses pilihanraya berbanding dengan penggunaan dakwat kekal yg ketinggalan zaman itu.

    Kita tuntut penjelasan dari pihak kerajaan tentang proses pengambilan pengawal keselamatan,rela dan termasuk juga polis dan tentera.Kita tak mahu dikejutkan lagi sekiranya sektor keselamatan seperti tentera dan polis juga sudah dibolosi oleh pendatang2 haram.Jangan esok jika berlaku konflik dengan tetangga,terpinga2 kita bila atm dikalahkan dengan mudah dari dalam sebelum sempat berjuang oleh para pembelot dan perisik yg sudah lama menyusup masuk.

    Cegah sebelum parah.

    BalasPadam
  17. kalau istiilah orang IT... sistem pertahanan kita umpama ANTIVIRUS YANG DAH EXPIRED!!!.. ada antivirus tapi tidak berfungsi..... sekarang luaran sahaja.... kalau istilah kampung..... tiang dimakan anai-anai..... nampak luaran masih cantik... rupanye kat dalam dah kosong.... salah tadbir urus tu la masalahnye... sekarang ALLAH dah tunjuk selama ini, apa yg pemerintah kita buat??.... peristiwa yg berlaku kat sabah tidak diambil iktibar.... ntah la.. rakyat tegur.... kata tak mengenang budi..... tak pe la.... MALAYSIA MASIH AMAN!!!

    BalasPadam
  18. Setelah ada yg mati di tembak...baru benda ni di sedari...ini lah hasil projek IC,,,ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah.Ini tak ada kena mengena dengan projek ic sabah.Ini kes pemalsuan ic.Ia melibatkan sindiket menjual ic yg tidak sah untuk meraih keuntungan mudah.IC yg dipalsukan bukan saja melibatkan warga indon yg mengambil alamat di sabah tapi juga warga india,myanmar,bangladesh dan lain2.Setiap warganegara berbeza ini, ic mereka akan disesuaikan dengan rupa paras dan loghat percakapan mereka.Sebagai contoh warga india ic palsunya akan dialamatkan di pulau pinang atau perak atau tempat2 lain yg munasabah.Kenapa pula tidak dialamatkan di sabah?Kerana hampir2 tiada india di sabah,jadi tidak munasabah.Lagipun pemilik2 ic palsu ini tidak layak dan tidak boleh mengundi dengan ic palsu mereka.

      Harap lebih teliti menganalisa isu.

      Padam
    2. Tobeng, saya amat bersetuju dengan penjelasan awak. Congrats!

      A good one.

      Sebilangan melontarkan komen tanpa mengetahui fakta sebenar.

      Padam
    3. kalau sekadar IC palsu, macam mana data berkenaan boleh ada dalam sistem SPR?

      Padam
    4. Kalau sdr mengikuti dengan teliti entri2 sebelum ini sdr akan faham bahawa data yg ada dalam SPR itu kepunyaan pemilik sebenar ic berkenaan bukan data pemilik ic palsu itu.Dengan kata lain,ic yg dipalsukan itu menggunakan(meniru) data ic sebenar,cuma gambarnya saja yg berlainan.Gambar pemilik sebenarnya juga ada sdr mazidul paparkan.Satu lagi jenis pemalsuan adalah nama dan alamat dalam ic adalah rekaan dan tidak wujud,yg ini barulah tidak ada dalam rekod spr,jpn atau mana2 jabatan kerajaan.

      Padam
  19. Kawasan saya sibu sarawak semakin ramai warga indon bukak kedai berniaga nasi ayam penyet.indon ni boleh niaga ke kat negara kita?sejak akhir2 ni makin ramai warga indon d tempat saya.
    Indon senang2 masuk rela ini betul2 terok.. lagi 1 Jabatan imigresen fungsi dia apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya org indon kat sibu tu sbg org dpn jer.. tapi yg blkg nya adalah tokey cina.. biasa jumpa mcm ni kat sibu atau bintulu..

      Padam
  20. Semakin melampau nampaknya perisik indonesia dah lama bertapak dimalaysia.

    BalasPadam
  21. Apa kata terminate lesen smua company yg ada masalah mcm ni. X adil 1 company je kena sdgkan perihal pemalsuan ic bukan dilakukan oleh security company. Dulu bnyk kes yg melibatkan staf curi wang, yg bunuh rakan sekerja pun ada.sungguh x adil rasanya apabila dpt tau pekerja company brkenaan terkontang kanting cr kerja baru..

    BalasPadam
  22. Siapa kata tak ada pemilik IC palsu berketurunan India/Pakistan di Sabah?Di daerah pendalaman Sabah yg rata2 penduduk asalnya 90% berketurunan KadazanDusun juga ada terdapat beratus warga asing keturunan Pakistan dgn IC palsu yg mengaku lahir di Sabah.Ramai masyarakat setempat yg risau dgn kejadian ini telah membuat laporan polis,tetapi hingga hari ini tidak ada tindakan susulan oleh pihak berkuasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini menunjukkan yg sindiket pemalsuan ic ini berleluasa di seluruh negara dan mungkin yg paling ketara adalah di sabah seperti dakwaan2 yg selalu kedengaran.Sebab itu saya katakan pihak berwajib culas dan tidak buat kerja terutama yg melibatkan penguatkuasaan.Kalau PM mahu lakukan transformasi,mulakan dulu dengan jabatan2 kerajaan terutama individu2 yg berada di dalamnya yg diberi tanggunjawab tapi tidak menunaikan tanggungjawab.

      Padam
  23. Jika ada sesiapa di sini yg mengikut perkembangan RCI mengenai IC palsu di Sabah, terdapat beberapa keterangan warga asing berketurunan India mengaku telah mengundi beberapa kali dgn menggunakan IC(palsu/project), resit pengenalan sementara pada beberapa pilihanraya sejak lewat tahun 80an.Untuk makluman juga 'bos besar' RELA di negeri Sabah pernah menjadi isu hangat dlm page2 Sabah suatu masa dulu disebabkan kemusykilan tentang identiti/taraf kerakyatannya...tetapi seperti biasa,tidak ada tindakan/susulan dari pihak berkuasa.,jadi kami sebagai rakyat pribumi cuma mampu berdiam diri dan hidup dlm ketakutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...... Berapa ramai warga asing yang mempunyai IC ini telah mengundi di setiap kali pilihanraya....Perkara seperti ini akan boleh merubah/mengganggu keputusan undi dalam pilihanraya.....kerana mereka sepatutnya tidak layak untuk mengundi..............
      Sampai bila kah perkara seperti ini akan terus berlaku ? Mohon penyelesaian segera dari pihak yang bertanggungjawab diatas isu.........

      Link : http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

      DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN
      PERKARA PENERANGAN
      Kad Pengenalan 850728126265
      Nama HAMDAN BIN HAMID
      Tarikh Lahir 28 Jul 1985
      Jantina LELAKI
      Lokaliti 172 / 15 / 02 / 007 - JALAN PERPADUAN
      Daerah Mengundi 172 / 15 / 02 - JALAN ISTANA
      DUN 172 / 15 - API-API
      Parlimen 172 - KOTA KINABALU
      Negeri SABAH
      STATUS REKOD -
      Untuk sebarang maklumat, sila klik : DISINI

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.