Rabu, November 06, 2013

MUJUR NEGRO TIDAK MENDAKWA PEMILIK MYKAD

Sejak 23 Oktober lalu, saya  mendedahkan pelbagai kisah warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia. Mereka juga pemegang MyKad palsu.

La Ode Muhamad Arjuna Mtadjo, berasal dari Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia berkongsi maklumat bagaimana mudahnya mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM350.


Baca kisah Arjuna, klik di sini.

Sejak kisahnya dipaparkan di blog ini, facebook Arjuna tidak lagi aktif.


Saya telah membuat semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, klik di sini, untuk mengetahui samada lelaki di bawah, dikenali sebagai Joemar Omar layak mengundi atau tidak menggunakan MyKad palsu miliknya.

Berikut hasil dipaparkan.


Maksudnya, MyKad terbabit tidak digunakan untuk warga asing itu mengundi tetapi sekadar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.


Selain daripada Joemar, ramai lagi rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, didapati menggunakan MyKad palsu, klik di sini dan di sini.

Terkini, polis Kuala Lumpur mencari teman wanita bekas pengawal keselamatan merompak kedai emas di Setapak kerana dipercayai menyimpan kebanyakkan daripada rantai emas dirompak bernilai kira-kira RM150,000. 


Fakta menakjubkan, perompak itu dan teman wanitanya juga pemilik MyKad palsu.


Nama sebenar wanita sedang diburu polis, Noreha Lamuddin, 27 tahun, berasal dari Lambitan Filipina dan dikenali dengan identiti, Hasnah Hassan di Malaysia.


Nampaknya bukan sahaja warga Indonesia terbabit sebagai pemegang MyKad palsu, malah rakyat Filipina juga sama. Barangkali kerana wajah sebilangan mereka kelihatan seperti penampilan orang Melayu. Jadi amat mudah untuk warga asing itu mengelirukan majikan dan juga kenalan.

Jika negro mengaku memiliki MyKad, tentunya pelik.

:)

Barangkali timbul persoalan di kalangan pembaca blog ini, apakah hukuman jika warga asing diberkas menggunakan Mykad palsu? Mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, pesalah boleh dipenjara maksimum 3 tahun atau denda RM20,000 atau keduanya.

Bagaimanapun 2 pengawal keselamatan warga Filipina diberkas di Petaling Jaya, Selangor hanya dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh mahkamah, klik di sini.

Dengan hukuman ringan seperti itu, tidak hairan jika penggunaan MyKad palsu akan terus berleluasa di Malaysia.

Klik di sini.

6 ulasan:

  1. jangan lupa juga kita buru orang yang jual Mykad tu sampai lubang cacing!!!! sebab dialah ramai penyangak kat Malaysia ni. Satu hal lagi.....tolong juga check kat Petrol Pum. Ada juga yg menyatakan mereka dari sabah.....so kalau dah situasi macam ni.....periksa semua. jangan nanti bila dah kena tembak lagi baru nak semak. dah lambatlah.....

    BalasPadam
  2. Bodoh punya undang2 Malaysia.. sebulan je penjara?

    BalasPadam
  3. malaysiaku.. rasanya kes pengawal haram dah lama abg mazidul dedahkan tetapi pihak berwajib xpernah nak ambil tindakan yg sewajarnya.. bila dah hilang satu nyawa rakyat kita, baru la semua pihak kelam kabut buat operasi ini dan itu.. mmg begini agaknya trend pihak berwajib sekarang ini agaknya..

    BalasPadam
  4. Kat Sabah kami dah muak dgn ic palsu, kat sini pendatang yg guna ic palsu dapat hidup selesa. Anak mereka dapat masuk ipta, mereka ramai yg kerja dgn gomen, ada juga pegawai bank yg ada kuasa sign cek, ada yg mampu beli tanah utk tanam kelapa sawit, ada yg jadi guru, dapat apply lesen utk jadi kontraktor, yg kelakarnya ada juga yg ada jawatan dlm politik... pendatang kat Sabah hidup mewah. Kami native sabah sudah mulai menerima bahawa pendatang juga sekarang ni bumiputera sabah...dah pasrah dah..kami suda redha dengan kenyataan mereka bahawa Sabah ini bumi Allah swt, sesiapa pun layak mencari rezeki dgn halal...al fatihah utk allahyarham mutalib md, hanya arwah yg tidak pernah putus asa dengan isu ic palsu ni...kami native sabah sudah putus asa, marilah ke Sabah, ada ic palsu atau no ic anda tetap dialu alukan, dahulu, kini dan selamanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana ic palsu boleh buat akaun bank socso dan kwsp? pelik betullah...

      Padam
  5. pelik? bn boleh, mah... yang aku hairan, najib boleh lak kerap menang! lol

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.