Isnin, November 11, 2013

PENOLONG PENDAFTAR DIBERIKAN KAUNSELING

Kira-kira jam 11.30 malam tadi, sekumpulan jemaah Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor tiba di apartmen terletak di Seksyen 11.

Pada mulanya pasangan, wanita berusia 36 tahun dan lelaki 37 tahun enggan membuka pintu rumah.


Setelah didesak berulang kali, pintu dibuka pada jam 12.05 malam oleh seorang wanita bertudung. Dilaporkan, dia berasal dari Kelantan dan bertugas sebagai Penolong Pendaftar di universiti tempatan. Manakala pasangannya, ejen insuran syarikat terkemuka, berasal dari Perak.


Jemaah masjid ditauliahkan kuasa untuk mencegah maksiat dan melakukan tangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kemudian memberikan kaunseling kepada pasangan terbabit selama kira-kira 30 minit.


"Kita berikan kaunseling kepada mereka berdua kerana ini kesalahan pertama. Mereka bukan pasangan suami isteri. Lelaki itu mendakwa hanya singgah seketika untuk mengambil barang. Mereka juga bercadang untuk berkahwin," ujar wakil jemaah. 

Sewaktu sesi kaunseling dilaksanakan, saya sempat berbual bersama beberapa penduduk.

"Lelaki itu tidak menetap di sini. Modus operandi dia mudah. Dia memakir kenderaannya kira-kira 100 meter di luar apartmen, kemudian berjalan masuk membawa beg sandang dan menaiki lif ke tingkat lima. Penduduk mendapati kegiatan mereka sudah berlarutan di antara 2 dan 3 tahun. Sewaktu turun, wanita itu akan menaiki lif terlebih dahulu, masuk ke kenderaan, diikuti oleh pasangannya beberapa minit kemudian," ujar seorang daripada penduduk.

Tambahnya, dia kesal kerana tempat tinggal mereka dijadikan sarang kegiatan bercanggah dengan nilai moral dan hukum agama.

1 ulasan:

  1. Salam En Mazidul,

    Minta pertolongan you cuba cekout Nasi Kandar Padang Kota at Mydin USJ Subang Jaya. The briyani rice with chicken/fish is between RM15-RM17 for which it is too way ridiculously pricey.

    Terima kasih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.