Isnin, November 18, 2013

APAKAH DIMAKSUDKAN DENGAN LAPORAN SAHIH


Saya berada di Johor Bahru, Johor bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar. Jam 10.40 malam tadi, saya bercakap dengan Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supt. Abd Samad Salleh.

"Tuan, ada laman web memaparkan kononnya 2 mangsa hilang di Villa Nabila ditemui?," soal saya.

"Setakat ini pihak pihak polis tiada memerima laporan mengenai penemuan itu. Hanya satu laporan sahaja diterima, kes kehilangan Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun. Selain daripada berita kehilangan Izzat, tolong abaikan," jelas beliau.


Izzat dilaporkan keluar dari rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidi, pada petang Sabtu lalu. Untuk rekod, Villa Nabila terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah remaja masih hilang itu.


Berita remaja itu kononya dilihat memasuki kawasan villa terbabit pada jam 4 pagi semalam bersama remaja lain, dimaklumkan kepada ibu Izzat.

Apakah dilakukan oleh remaja perempuan itu di sekitar villa pada awal pagi? Dia juga mendakwa menganggarkan bilangan mereka 30 orang. Jika dakwaan itu benar, polis pasti telah merakamkan kenyataan remaja perempuan itu tetapi tidak.

Berita tidak sahih andai disebarkan di media sosial, mencetuskan pelbagai masalah. Tatkala saya tiba di Johor Bahru, jalan utama berhampiran villa sesak. Polis terpaksa mengawal keadaan, pembaziran tenaga pihak berkuasa.

Polis juga tidak merakamkan kenyataan kononnya 7 remaja diberitakan selamat keluar dari Villa Nabila. Mengapa? Jawabannya mudah kerana mereka tidak dilaporkan hilang. Identiti mereka juga tidak dikenalpasti.


Jika terdapat laman menendakwa remaja itu ditemui, biarpun bercanggah dengan kenyataan polis, hairan, kenyataan 'mangsa' tidak pula dipaparkan. Hanya gambar 2 remaja tanpa nama 'dijual' di laman web tengoktvonline.com.

Lebih parah dan tidak berkredibiliti apabila banyak gambar dipamerkan diciluk dari blog lain (termasuk dari blog ini) dan diletakkan watermark "tengoktvonline.blogspot.com". Hebat! Plagiarisma terserlah. Setelah ditegur, pengendali laman web itu membuang watermark terbabit.

Logiknya, jika 'mangsa' ditemui oleh wartawan profesional media cetak dan elektronik, pasti pengalaman orang hilang itu dikongsikan perinciannya untuk tatapan umum. Begitulah kelazimannya.

Berita sahih, berita disahkan oleh pihak berkuasa. Dalam kes ini, polis.

Seperkara lagi, sewaktu berbual, tidak pula, Supt. Abd. Samad memaklumkan, beliau dihubungi oleh mana mana kumpulan penyiasat paranormal di negara ini.



6 ulasan:

  1. dh trpampang pic kt ats 2 yg dia lelaki..ce tgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun keliru jugak, izzat ni lelaki ke perempuan? ce baca kenyataan di bawah gambar ketiga dalam perenggan kedua.

      Padam
    2. saya pun keliru, gambar lelaki tp kenyataan remaja perempuan?. cuba baca kenyataan di bawah gambar ketiga, perenggan ke dua.

      Padam
    3. mungkin yg dimaksudkan oleh saudara mazidul ialah remaja perempuan yg membuat kenyataan bhw 30 org yang hilang kot. cuma bila baca sekali lalu, sy pun terkeliru..

      Padam
  2. bukan setakat hilang, mampus lg baik. menyusahkan org dgn polis jer.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.