Terkini, sila baca kisah pembaca blog ini dimarahi oleh 'ustazah' PTA, klik di sini.
Seperti diketahui, Kedah negeri di bawah pemerintahan kerajaan PAS. PTA pula berpusat di negeri sama.
Amat wajar jika isu nasional membanteras perhambaan kanak-kanak dan remaja diselitkan di dalam manifesto Pakatan Rakyat, PR, sempena Pilihan Raya Umum, PRU ke 13. InsyaAllah, isu ini berupaya menarik perhatian masyarakat sekaligus membuka mata pemimpin Barisan Nasional, BN, untuk bertindak menangani masalah sekian lama gagal diselesaikan secara berkesan.
Setakat ini pihak pengurusan PTA bak terlalu kebal. Arahan Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK, agar PTA memberhentikan serta-merta kegiatan mengerah pelajar di bawah umur mengutip derma siang, malam dan pada awal pagi di seluruh negara, langsung tidak diendahkan. Malah Sungai Petani, kini dilaporkan menjadi tumpuan utama pelajar PTA meraih simpati masyarakat untuk mengutip derma.
Teliti laporan akhbar Harian Metro bertajuk 'Tahfiz' auta, klik di sini.
Barangkali selaku Ketua Umum PKR sibuk menjelajah negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengetahui kegiatan perhambaan berlaku sejak 13 tahun lalu itu secara terperinci. Justeru sukar untuk beliau mengarahkan Menteri Besar. MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk bertindak mengikut bidang kuasa beliau.
Sebaik membaca kenyataan di atas, sebilangan penyokong PR mungkin bingkas menempelak dan mengajukan soalan ...
Sebelum PAS menerajui Kedah, mengapakah pemimpin BN tidak bertindak memberhentikan perhambaan kanak-kanak dan remaja berleluasa di negeri Jelapang Padi itu?
Saya ada jawaban kepada soalan itu.
Sebelum ini, kerajaan telah bertindak melalui JAIK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, malangnya ternyata gagal menyelesaikan isu ini secara total. Oleh itu, pemimpin PR tidak perlu mengikuti jejak mereka jika ingin menjuarai isu ini.
Menteri Besar Kedah harus bertindak pantas.
Sebelum PRU ke 13, Datuk Seri Azizan saya sarankan agar berkunjung ke PTA untuk mencungkil maklumat mengapakah PTA masih mengengkari arahan JAIK. Pada masa sama, beliau juga akan berpeluang melihat dengan mata kepala, ratusan kanak-kanak dan remaja diperhambakan itu.
Sebagai individu bergelar 'ustaz', pastinya beliau tidak meredai sistem perhambaan dipraktikkan oleh PTA terhadap pelajar. Apapun, Datuk Seri Azizan harus berada di PTA terbabit sebelum jam 10 pagi kerana selepas waktu itu, semua pelajar diperkudakan untuk mengutip derma demi mengkayakan pihak tertentu.
Sia-sia banyak bendera PR dan PAS dikibarkan di sekitar PTA, andai isu perhambaan terjadi di hadapan mata tidak mampu ditangani dengan kadar segera.
Berhubung isu ini, saya tidak berminat untuk berpihak samada terhadap kerajaan mahupun pembangkang. Bagaimanapun, selama ini, saya melihat PR begitu lantang memperjuangkan HAK ASASI manusia. Justeru PR turut perlu melindungi hak kanak-kanak dan remaja, majoriti berasal dari Kedah terbabit, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Mungkin PR boleh menggunakan khidmat ramai peguam hebat mereka untuk memperjuangkan hak asasi anak kecil tidak menyedari mereka diperhambakan buat sekian lama.
Kepada pembaca blog ini, teruskan usaha murni untuk membantu pihak bekuasa memberhentikan kegiatan perhambaan ini.
Kaedah paling berkesan telah saya rumuskan, klik di sini.
Andai kata Datuk Seri Azizan dan kakitangan Pejabat MB kurang mengetahui maklumat berhubung kegiatan PTA, media dan ramai blogger telah berulang kali membuat liputan, klik di sini.