Jumaat, Januari 17, 2014

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA


Semalam tatkala memandu di jalan berhampiran Persiaran Surian, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terlihat kelibat wanita di bawah.


Ketika itu lampur isyarat berwarna merah, semua kenderaan berhenti. Pantas saya mengeluarkan kamera digital dari dalam beg dan merakamkan gambarnya.


Wanita warga asing terbabit menjual tisu kepada pemandu kenderaan tetapi tiada antara mereka membukan tingkap untuk membeli. Selain tisu, tangan kirinya juga memegang sekeping gambar kanak-kanak cacat.


Gambar wanita di atas pernah saya rekodkan pada 1 Mac 2012 tatkala dia mengemis di lokasi serupa. Maksudnya, dia telah melakukan kegiatan itu sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63  hampir 2 tahun.

Terbukti, betapa lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara kita. Pihak polis tidak ambil pusing walhal Balai Polis Kota Damanara terletak kurang 1 kilometer dari jalan itu. Manakal penguat kuasa Jabatan Imigresen, tidak pernah menjenguk apatah lagi memeriksa identiti wanita terbabit. 

Tidak salah menjadi insan pemurah tetapi usah membiarkan undang-undang negara dilacurkan di hadapan mata.


Klik di sini.

Mari kita teliti gambar dipegang dek wanita itu.

(Gambar dirakamkan pada 16 Januari 2014)


(Gambar dirakamkan pada 1 Mac 2012)


Dia mempamerkan gambar kanak-kanak sama, bertujuan meraih simpati pengguna jalanraya.

Selain daripada wanita di atas, wanita warga asing lain juga acapkali menjadikan jalan utama itu sebagai medah untuk meraih rezeki secara mudah.

Berikut 2 lagi gambar rakan senegaranya, saya rakamkan pada 9 Mei tahun lalu di lokasi sama.


Mereka bukan sahaja berperawakan hampir sama, beg dijinjing juga serupa cuma berbeza warna. Tindakan mereka tidak ubah, melarikan diri sebaik menyedari kegiatan mereka dirakamkan lensa kamera.

Klik di sini.

Saya berharap, selepas operasi besar-besaran diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri bermula pada 21 Januari ini berakhir, mereka tidak lagi akan mengemis di situ. Jika pengemis tempatan meraih simpati di premis menjual makanan, pengemis warga asing tampil berani menjadi pelopor kepada kaedah pengemisan di jalanaraya. Sama keadaannya seperti di Indonesia.

Saya percaya, selain di Kota Damansara, mereka juga menadah tangan di pelbagai lokasi lain dan mungkin pernah dilihat oleh pembaca blog ini.

14 ulasan:

  1. Orang Malaysia terlalu baik hati. Itu sebab nya pendatang asing ini berani dan yakin untuk membuat pekerjaan seperti ini. Saya sendiri pernah melihat seorang lelaki Vietnam berpakaian kemas meminta derma tabung Taufan Hayyan di Jusco Seremban 2. Mangsa yang di pilih kebanyakan nya wanita Melayu. Dengan bermodalkan kad gambar mangsa taufan saya lihat ramai yang menderma. Saya mengekori lelaki itu dan memaklumkan kepada pengawal Jusco tentang aktiviti itu. Menyedari diri nya di ekori lelaki tersebut melarikan diri.

    Kejadian sama di Giant Nilai tapi beza nya lelaki Pakistan yang bermodalkan sekeping ayat kursi meminta derma rumah kebajikan di Pakistan. Setelah gagal meminta wang, saya berpura pura menelefon polis dan lelaki tersebut melarikan diri. Saya salahkan pemberi derma yang terlalu baik untuk menyumbang.

    BalasPadam
  2. Makcik ni la sya terserempak dulu masa dia mnta sedekah... Bila kitoranh ekori dr belakang, dia masuk ke satu restoran utk tujuan tukar duit... Dia meraih lebih kurang seratus untuk sebelah pagi... Hehehe...

    BalasPadam
  3. Imigresen sepatut nya peka. Letak gambar dia org ni di pintu masuk Malaysia. Deny their entry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom kita copy and paste catatan saudara Mazidul dan hantar kepada email Imigresesn .... kalau seratus orang menghantar wujud satu tekanan untuk mereka mengambil tindakan aatau sudah ada tindakan tetapi masih berulang ...

      Padam
  4. Yang saya nampak penguatkuasa atau imigresen cuma buat kerja masa ada operasi je.. kenapa tak buat masa hari2 tak ada operasi.. pergi ronda tengok keadaan di sekeliling.. bukan bila ada operasi baru nak tangkap..

    BalasPadam
  5. Takde pegawai imigresen @ polis berpakaian biasa (menyamar) naik kereta dan tahan mereka ketika mereka menghampiri kereta pegawai penguatkuasa berkenaan? Takkan nak tunggu ada operasi baru nak tangkap?
    Peluang ada depan mata takkan nak biarkan.

    BalasPadam
  6. Tuan Mazidul, pada 17.1.14, bersamaan petang jumaat, muka sama ( kalau tidak silap) makcik ini berada di traficlight berhampiran masjid Bandar Baharu Sungai Buloh....jln Kuala Selangor...mengemis dengan menjual tisu...tidak menghiraukan bahaya...dan tanpa rasa takut sedikit pun....mereka ni sewenang2 membuat aktiviti sesuka hati....kalau rakyat Malaysia buat salah sedikit pun pasti akan dikenakan tindakan...sepeti berniaga ditepi jalan tanpa lesen...terutama org melayu...dikenakan kompaun RM 1000 oleh Majlis Perbandaran Selayang...tapi org asing ni sewenang2 dengan berani...menghampiri setiap kereta....menawarkan tisu...menghalang kenderaan untuk bergerak dari traficlight dengan lancar....pelik sungguh Malaysia....

    BalasPadam
  7. Selalu ada bwh jmbatan kabel kl-kelana jaya-sunway..ketuk cermin kereta dgn kuat n biadap juga...polis trafik ada kt dpn trafik light je...tp buat xtau...kerap ada waktu tghari..

    BalasPadam
  8. Betul kata Iha Masliha. Bawah jambatan kabel Kelana Jaya ada.... Terkejut betul masa nampak first time. Last week, kat Puchong pon ada macam ni, tapi lelaki jual pen.

    BalasPadam
  9. di simpang greewood dah lama ada. bukan rakyat tempatan. mcam org afga

    BalasPadam
  10. gambar yg ditunjukkan adalah gambar sama. yg lama ada gambar lelaki dewasa.....yg baru gambar lelaki dewasa dah kena gunting

    BalasPadam
  11. Salam tuan Mazidul datanglah ke daerah kami Keningau, antara daerah yang terkenal lubuk PATI, mungkin tuan boleh membantu membongkar segala kegiatan yang tersembunyi di daerah kami.

    BalasPadam
  12. Salam En Mazidul, makcik yang sama(gambar pertama) pernah dilihat acapkali di kawasan Gombak. Selang sebulan wanita kedua (gamabr kedua) pula dilihat pada tempat yang sama. Syaa rasa mereka ada rotation tersendiri.

    BalasPadam
  13. Salam En Mazidul, makcik yang bercermin mata tu dah sampai area wangsa maju. (Traffic light dari sri rampai menghala ke aeon big wangsa maju)
    Selalu sangat saya jumpa bila saya nak balik dari kerja.
    Dia ketuk tingkap bertalu-talu. Selagi xlayan, selagi tu lah taknak pergi.
    Ada juga drivers yang tekan minyak bila lampu dah hijau.
    Agak memalukan sebab pengemis ni menggunakan keluarga dan agama Islam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.