Selasa, Julai 14, 2009

Kisah Anjing Dan Bayang-Bayang

Banyak pihak cuba mengeksploitasi sikap tamak manusia, kaedah digunakan pelbagai, termasuk pelaburan. Kata mereka, laburkan RM1, setiap bulan pelabur dibayar 20 sen. Dalam tempoh 3 bulan, wang RM1 kononnya ‘membiak’ menjadi RM1.60. Bulan pertama, 20 sen dibayar, begitu juga pada bulan kedua. Bulan ke tiga pihak menipu melarikan diri, lesap bersama wang baki 60 sen. Begitu modus operandi mereka meraih keuntungan dalam tempoh singkat.

Kejadian seperti itu berulang. Tetapi tidak ramai anggota masyarakat belajar daripada kesilapan orang lain. Mereka ‘terkena’ dahulu kemudian belajar atas kesilapan sendiri.

Terkini, artis tanahair tertipu, antara mereka, Amy Search, Hattan, Awie dan Misha Omar selain mangsa lain, golongan profesional dan personaliti TV. Jumlah kerugian Amy dan Hattan, 1.5 juta ringgit. Saya percaya sebilangan mangsa terbabit mendiamkan diri, berasa malu tampil untuk membuat laporan polis.

Jumlah kerugian keseluruhan ditaksir lebih 432 juta ringgit. Mangsa disogok tawaran pelaburan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa dan dijanjikan keuntungan mencecah 50% dalam tempoh singkat, antara 10 dan 30 hari. Rambang mata, mereka semua terpedaya.

Penjenayah diburu polis Malaysia dan Interpol, Rohaniza Aladib, 31 tahun, kini dipercayai melarikan diri ke Australia mungkin sedang bersenang-lenang, tersenyum membelanjakan wang hasil titik peluh penipuannya. Mujur mangsa, golongan berwang, bukan petani kampung mahupun pekerja kilang.

Bagi saya, Rohaniza penjenayah bijak. Bijak memgeksplotasi sikap tamak golongan sasarannya.

Benar kata pepatah Melayu lama, orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. Tamak, terlihat bayang tulang di air, tulang digonggong erat dilepaskan. Akhirnya melopong, kerugian, tulang jatuh ke air dalam.

Apapun sekiranya Rohaniza bertindak bodoh, masih berada di negara ini tanpa membuat pembedahan plastik, jika ternampak, hubungan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di talian 03 2616 3747 atau 019 6000803.

* Klik di [ SINI ] untuk melihat koleksi gambar saya.

25 ulasan:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Pelaburan- orang nampak untung tak nampak risiko kerugian.

    sama dengan perniagaan dan pertanian secara komersial...semua nampak untung dengan hanya tidur bangun bukan dengan usaha...

    kalau nak melabur, kena fikir rugi...kalau tak mahu rugi, melaburlah dalam ASB, ASN, W2020...

    BalasPadam
  2. Bro Maz

    Ini semua duit punya pasal...

    Apa pun jadi...

    BalasPadam
  3. if duduk di Malaysia pun die masih boleh berdiam diri... asalkan xpakai bomoh la

    BalasPadam
  4. Sekarang ni amat berleluasa perniagaan-perniagaan yang kononnya berniaga tapi kaedah MLMnya menimbulkan syak. Ia seakan-akan skim cepat kaya.

    Pada lembaran iklan yang disebarkan, tiada maklumat barang dagangan tetapi hanya kereta-kereta mewah peserta skim perniagaan ditunjuk sebagai bukti perniagaan mereka hebat dan menjana keuntungan besar dalam masa singkat.

    Apa pendapat Encik Mazidul tentang hal ini? Perkara ini terlalu berleluasa di Malaysia. Di Akbar harian tempatan boleh dilihat iklannya bersepah-sepah. Di berita harian online juga banyak. Bagaimana media boleh mengawal kegiatan seperti ini?

    BalasPadam
  5. Salam buat Mazidul. Sebahagian masyarakat kita masih tak boleh ambil i'tibar dari ribuan kes-kes penipuan yg berlaku di dalam negara kita ini. Semuanya - Take for granted. 1.5 juta tu RM, bukan Rupiah pak! Waduuuh! Bisa bikin tak siuman tu.....

    BalasPadam
  6. abg dol, saya pasti penjenayah takkan terlepas...

    BalasPadam
  7. jika ada sesiapa yg tolong membedah kena fikir 3 kali juga,,entah2 lepas dapat upah bedah tak nampak dunia,

    * nenek pesan jika duit dapat cepat, maka hilang pun cepat juga..samada duit tu dari hasil berpeloh atau tak berpeloh..juga bila kita masih anggap duit yg masuk tu adalah duit kita...tak nak bayar zakat dll..(mengata diri).

    BalasPadam
  8. salah kite jugak..senang sangat percaya dengan macam2 jenis pelaburan yang tak pasti latar belakang nya..

    BalasPadam
  9. Jika penipu ni dapat di tangkap oleh mangsa, mesti di kerjakan dengan lumat. haha.. Tapi, bagi saya, penipu ni seorang yang bijak berkata-kata. Kalau tidak, bagaimana mangsa boleh terpedaya.

    BalasPadam
  10. Berdasarkan pemerhatian, golongan yang mula-mula menceburi apa jua pelaburan akan memperoleh habuannya. Golongan yang seterusnya akan menerima padah. Begitulah yang terjadi kepada yang seterusnya.

    BalasPadam
  11. penjenayah smakin melampau kerana undang2 sudah tiada kuasa untuk melayan mereka..

    pihak berkuasa makin bijak dan hanya tunduk dan mampu mnjadi kaki bodek..

    pengalaman mmg mndewasakan manusia

    BalasPadam
  12. salam bro mazidul..membaca kisah artis tertipu oleh wanita itu, membuatkan saya terkenang akan kisah diri sendiri.. saya juga mengalami keadaan yang lebih kurang sama.. kerana terlalu percayakan kawan.. duit berpuluh ribu lenyap begitu saja.. tp apa2 pun saya ttp menyalahkan diri sendiri kerana todak berfikiran bijak ketika itu. namun semua itu menjadi pengajaran kpd saya. mungkin itu antara dugaan yang diturunkan Allah terhadap hambanya yang terleka.. nauzubillah..

    BalasPadam
  13. http://kesahdunialelaki.blogspot.com

    blog gay melayu sepertinya tiada tindakan di Malaysia......

    BalasPadam
  14. saranan saya kepada saudari yang cerdik itu, jika nak berpuashati dengan kerja tersebut;

    --pusing dunia beberapa kali...(berbaloi dgn persedian utk QADA semasa dalam penjara nanti).

    --jika cerdik dalam menipu sewajarnya cerdik untuk bertahan dalam jangka yang lama dari ditangkap.

    --selagi ia berkawan dengan lelaki dia tak akan selamat, kerana lelaki itu akan berkawan dgn perempuan lain yang lebih bergetahmuda.

    BalasPadam
  15. pernah dgr raja noor asma..?? dia pon satu lagi penipu dlm pelaburan ni.. kena cekup bulan 5 2008.. tp april 2010 br masuk court... sgt lama kena tgg.. tu pon blm tentu settle.. ntah2 postpone plk ke 2011.. :(

    penipuan mcm ni byk terjadi.. dan kebanyakkan yg tertipu adalah melayu.. dan persoalan yg selalu ditanya..kenapa??

    BalasPadam
  16. mungkin orang melayu lebih suka mendapat kekayaan segera dan sekelip mata dengan tanpa daya usaha, hanya duduk selesa tanpa usul periksa sebalik agenda

    BalasPadam
  17. halamak....diew nih klu keje company yg nak pakai budak marketing..mesti kaye gile company tu...dapat plak staff kaki belit cam diew nih...senangnye diew tipu org...petik jari je tu...
    ingatlah wahai kengkawan...DUIT TIDAK JATUH DARI LANGIT...MAHUKAN SESUATU MESTILAH USAHA...klu makan tido..mane nak kayenye...kayap ade la...wakakak~

    BalasPadam
  18. betul..ada org yg suka dapat duit ekspress tanpa buat apa2. pemalas sungguh. macamla takde otak utk berfikir. kalaula semudah tu dapat duit, sure kat m'sia ni takde org miskin. kadang2 menyampah tgk iklan kat tv yg sekarang ni. siap kata penapis air yg bagi rezeki kat family dia. ntah apa2...

    BalasPadam
  19. Salam...sebenarnya pelaburan digalakkan, bukan salah. MLM juga digalakkan bagi yang berminat kerana hasilnya memang nampak. Donald Trump sendiri mengakui, kalau dia tak buat bisnes hartanah dan pelaburan, second bisnes yang dia akan buat adalah MLM. Cuma KITA ni....selidik dulu marketing plan, cara pelaburan dibuat, dapatkan fakta dari Bank Negara atau Suruhanjaya sekuriti. Bukan salah orang yang mempromote, tapi salah kita kalau kita tak siasat. Jika benar pelaburan itu membawa keuntungan dan sah di sisi Islam, apa salahnya. Tengok bangsa Cina, kerja siang malam. duit gaji dilaburkan dalam Unit Trust. tapi mereka pandai, siasat. Kita Melayu, biasanya hentam keromo. bila tak menjadi kaya atau kena tipu, salahkan iklan, media, suratkabar dan orang lain.....

    Sebab tu Ananda Krishnan, kaya...pelaburan...Cuba search kat internet, pelabur Malaysia yang kaya, siapa??? ada Melayu tak??

    Renug-renungkan...

    BalasPadam
  20. MLM salu target budak first year tym aku study kt IPTA. En Mazidul. cube 360 kat IPTA pasal MLM ni. ramai dak tekandas pasal minat MLM dr blaja.

    obses obses obses..

    BalasPadam
  21. Rasanya kes ni kes saham BAT tu kan?

    Dengar kata mula-mula memang wujud saham ni. Tapi kemudian BAT dah tarik balik kebenaran kepada dia. Kira golongan2 artis ni 2nd batch yang masuk melabur. 1st batch sempat merasa pulangan..

    Apa komen Mazidul?

    BalasPadam
  22. why there's always a crime happened for every minute n even every seconds..???

    i'm so sick la seeeing all this stuff..

    huh!

    BalasPadam
  23. kalau ikut hati aku la..
    tp nanti ramai la yg kata aku jahat..ha3.
    orang cam dia ni..
    tembak mati je...
    jahat kan idea aku..:)

    BalasPadam
  24. liciknya dia.. duit dah banyak.. tentu dah buat pembedahan plastik!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.