Jumaat, September 25, 2009

Seluar Dalam Pink

Melalui laporan media, majoriti kes rompakan kedai emas membabitkan kerugian bernilai ratusan dan jutaan ringgit dilakukan penjenayah berbangsa Cina. Jika gagal diberkas polis mereka kaya raya. Bagi kumpulan malang, nyawa mereka tergadai.

Terbaharu, polis menembak mati dua penjenayah Cina di Taman Jasmin, Kajang, Selangor berikutan kes rompakan kedai emas membabitkan kerugian RM150,000 di Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur.

Saya tidak berasa bangga kerana mereka berbangsa Cina, penjenayah tetap penjenayah, biar mereka mati daripada berterusan menyusahkan masyarakat.

Manakala penganggur Melayu, Mazlan Baharin, 29 tahun dituduh mencuri 10 bungkus Necafe Classic berbeza saiz bernilai RM190.95 di Jaya Jusco Wangsa Maju, Kuala Lumpur, jam 8.20 malam kelmarin. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, dia boleh dijatuhi hukuman maksimum 10 tahun penjara.

Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, lelaki berusia 30 tahun diberkas penduduk Taman Jernih pada jam 9, dua malam lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Mohan Singh Tara Singht mengesahkan suspek disyaki mencuri coli dan seluar dalam wanita dimuatkan di dalam dua beg diletakkan di raga motosikalnya.

Mungkin Leha, Senah atau Enon di Taman Jernih merungut sesama mereka …

“Pelik sungguh, seluar dalam aku beli RM10 tiga pun dikebasnya!,” ujar Leha.

“Itu seluar dalam baharu Leha oi! Aku punya siap dah koyak kat pesak lagi,” sambut Senah.

Enon kemudian menyampuk ...

“Nasib baik dia terambil seluar dalam abang sebab ada sehelai tu warna pink!”

Leha dan Senah tersenyum.

"Kinkynya," bisik mereka serentak.

Itulah standard penjenayah Melayu, ternyata impian dan cita-cita mereka tidak setinggi mana tetapi tetap menyusahkan masyarakat

18 ulasan:

  1. ada satu petikan dari kawanku . Penjenayah bangsa lain berfikir sebelum buat jenayah. penjenayahan melayu tanpa akal buat jenayah.


    betulkan saya jika saya.

    BalasPadam
  2. ahaha betul betul. alang² nak buat jahat tu buat la betul². ni curik benda kecik je, wat sakit badan ada la

    BalasPadam
  3. Hmm, tu la dipanggil kesederhanaan! Abah selalu pesan kat saya:

    "Ayong, kalau jadi pandai, jangan sampai wat jahat kat orang, kalau bodoh, jangan sampai orang buat jahat kat kita."

    Bagi kes ni, aku tak tahu, kat mana pencuri Melayu itu berada dalam kata-kata hikmat Abah ku itu!

    BalasPadam
  4. Pencuri coli dan seluar dalam sebenarnya 'sakit' pemikiran. Lepas kena tangkap, disakiti :)

    BalasPadam
  5. Pintu taubat masih terbuka luas kepada makhluknya, mudah mudahan diterima oleh Allah.... www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Menyeluk saku, mencuri, merompak, menyamun semuanya itu dalam satu keluarga..

    Pasal lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita ni,ada kaitannya dengan pencarian kepuasan seksual...sejenis penyakit psikologi jugak..

    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Bro, got your email. Bit busy with things down here. Will do soonest possible.

    By the way, Ustaz Khalil pun ada sini? Tak menikah orang ker? Mintak borang untuk... haha

    BalasPadam
  8. Hazrey, tak apa, kita faham. Buat man man, service free, tak boleh nak demand sangat.

    Uih! Bersyukur kita bila ustaz Khalil sudi melawat. Semoga pengunjung blog ini boleh ditazkirah.

    BalasPadam
  9. Salam kat semua
    Sian pencuri Melayu tu..takde kelas langsung..

    BalasPadam
  10. Kalau hukum hudud diamalkan rasa2nya tak der yang berani nak buat perkara2 camni...insyaAllah..kerajaan harus mencuba kaedah ini kerana ini adalah hukum Allah..tak mungkin Allah silap didalam membuat peraturan tapi kita hambaNYA yg silap percaturan..

    BalasPadam
  11. isk isk isk.. busuk puny worang.. dalam banyak2 barang seluar dalam yang di ambik nye.. iskk..

    mungkin si pencuri terlalu taksub nak jadi superman (pakai spender kat luaq) hinggakan nampak je seluar dalam kat penyidai trus rembat..

    BalasPadam
  12. haiyo..seluar dlm pink for men ka..hahaha..nasib baik tak gstring

    BalasPadam
  13. Inilah masalah yang timbul bila undang-undang hanya berpihak pada yang berkuasa...curi seluar dalam dah kena denda pah tu kena penjara pulak...yang curi berjuta-juta..pecah amanah terlepas...

    BalasPadam
  14. Bro Mazidul, AM ada dengar cerita bahawa kejadian rompakan dan kebakaran adalah kejadian dirancang, agar mereka dapat claim insurance. Disebabkan perniagaan yang kurang maju, mereka menggunakan cara mudah untuk mendapat gantirugi. Kebiasaannya barang-barang berharga telahpun dipindahkan ke tempat lain sebelum kejadian rompakan atau kebakaran tersebut berlaku.

    AM ada bertanya secara kiasan kepada tauke bengkel kereta yang terbakar di Ampang baru-baru ini, (yang ceritanya disiarkan dalam Buletin Utama TV3), bahawa dia tak rugi sebab boleh claim insurance. Cara dia menjawab mendatangkan syak pada AM. Kemungkinan certa yang selama ini AM dengar adalah benar.

    AM tak pasti sejauh mana tuduhan tersebut, tetapi skuad 360 mesti mempunyai kepakaran untuk menyiasat kebenaran cerita tersebut.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  15. apa lah diorang ni! tak dapat rogol, seluar dalam dan coli buat cium pun jadi!

    BalasPadam
  16. Sdr Zai

    Masih amat kabur bila negara kita ini boleh melaksanakan hukum hudud ini. Ada kalangan parti sebangsa kita ingin melaksanakan tetapi semua tahu kalangan parti sebangsa kita juga menghalang; itu hudud kepartian bukan Hudud Islam katanya. Kita rakyat marhaen manalah faham mainan politik ini semua.

    Rasanya hukuman sivil kita pun kena dirombak. Sebabnya banyak penjenayah besar terlepas, itu yang curi kecik-kecik tu terpenjara sampai 10 tahun.

    Jika kita asyik guna hukum rimba; memang sampai kiamat... beginilah seadanya hidup kita. Keselamatan kita & keluarga memang di hujung tanduk.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.