Sabtu, Mac 30, 2013

DI ANTARA MAT SABU DAN BARACK OBAMA

Pilihan Raya Umum, PRU ke 13 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Mengikut kelaziman,  pilihan raya tidak boleh dipisahkan dengan perkataan 'kempen'.

Dalam tempoh tertentu, kita semua bakal melihat ramai calon mewakili pelbagai parti berkempen untuk meraih undi. Mereka akan bercakap di pentas awam dan disaksikan oleh ratusan atau ribuan audien.

Barangkali ramai calon bertanding tidak pernah mendengar 7-38-55 Rule. Justeru tidak hairan jika ramai antara mereka menyampaikan ucapan bak menjerit. Tatkala berkempen ramai tidak mampu mencari perkataan sesuai untuk menyampaikan maklujat secara tepat. Sebilangan calon pula bercakap sambil berselindung di sebalik rostrum, seperti gentar kelak dibaling kasut. Mereka juga mengetepikan kepentingan intonasi sewaktu cuba untuk menyakinkan audien supaya mengundi mereka ketika PRU 13 berlangsung.

Berkempen, proses mempengaruhi audien agar mengundi calon tertentu samada calon itu mewakili parti pembangkang atau kerajaan. Pengundi hanya akan memilih  calon berkredibiliti pada pandangan mata mereka. 

Mengikut 7-38-55 Rule, sewaktu calon bercakap di pentas awam, audien memberikan tumpuan kepada 3 perkara utama. 7%, pemilihan perkataan, 38% intonasi pengucap manakala 55% peratus lagi tumpuan diberikan kepada non-verbal communication atau bahasa tubuh pengucap.

Setiap calon berkempen menggunakan kemahiran komunikasi sedia ada. Melalui pengalaman menyaksikan calon berkempen sewaktu PRU ke 12,  majoriti calon mungkin tidak mengambil pusing mengenai elemen komunikasi berkesan tatkala memancing undi di pentas awam.

Bahasa tubuh contohnya membabitkan hubungan mata (eye contact), pergerakan tangan (gestures), posisi tubuh (body postures)  dan ekspresi wajah (facial expression) sewaktu bercakap.  Malangnya, ramai calon didapati tidak tahu  kaedah memaksimumkan penggunaan bahasa tubuh untuk memancing undi secara berkesan.

Acapkali saya berasa simpati mendengar calon bercakap dicemari oleh filler words. Mereka langsung tidak menyedari, sewaktu bercakap, mereka menggunakan 'bunyi atau perkataan penyambung' seperti 'aaaaa...', 'hmmmmmm'', 'ummm', 'apa nama, 'yang mana', dan 'di mana'. Semua bunyi dan perkataan terbabit dianggap sebagai distraction atau gangguan oleh audien.

Walhal masalah itu boleh diatasi semudah membaca satu, dua dan tiga.

Saya juga percaya, ramai calon PRU ke 13, samada mereka bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen tidak mengetahui kaedah terbaik untuk mengawal suara ketika berkempen. Mereka harus akur, setiap lokasi berkempen dibekalkan sistem audio berbeza, begitu juga mikrofon.  Mikrofon berkualiti tinggi contohnya berupaya menyiarkan suara pengucap pada jarak kira-kira 6 inci dari mulut. Justeru, jika jarak mikrofon ke mulut terlalu hampir, pastinya suara dipancarkan menjadi terlalu kuat sekaligus membingitkan telinga audien atau bakal pengundi mereka.

Biarpun, informasi ingin disampaikan berguna tetapi ketidakjelasan suara itu bakal mengganggu aliran maklumat ingin disampaikan oleh calon berkempen.



Timbalan Presiden, Mat Sabu dalam ucapan di atas, contohnya tidak memaksimakan penggunaan pergerakan tangan untuk membantu beliau berkongsi pandangan. Kedua tangan kelihatan memegang bahagian tepi rostrum. Walhal tangan beliau boleh digerakkan mengikut kesesuaian kandungan ucapan disampaikan. Intonasi ucapan juga monotonous biarpun suara beliau agak kuat dan jelas. Intonasi  tidak begitu diselitkan kepelbagaian nada rendah, sederhana dan tinggi.

Bagaimanapun, sesekali sekala, audien bertepuk tangan kerana mereka itu penyokongnya tegar parti bernaung di bawah Pakatan Rakyat.

Bandingkan ucapan Mat Sabu dengan ucapan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di bawah. Obama juga menggunakan rostrum tetapi beliau lebih banyak menggunakan pergerakan tangan.  Beliau juga bijak menggunakan pause, berhenti buat seketika sewaktu bercakap. Pause seperti tomakninah dalam solat memberikan peluang kepada audien berfikir sekaligus tertunggu-tunggu kenyataan beliau seterusnya.

Lihat juga bagaiaman Obama sedaya-upaya menciptakan hubungan mata dengan audien bertepuk-sorak di hadapan beliau.



TANPA maki-hamun, cacian atau kutukan Obama berupaya memikat perhatian ribuan audien beliau. 

Obama membentangkan fakta secara kemas dan jelas.

Berapa ramaikah ahli politik Malaysia mempunyai kemahiran pengucapan awam seperti ditampilkan oleh Obama? Jawablah.

Calon PRU ke 13 masih belum terlambat, begitu juga semua pembaca jika ingin mengasah kemahiran pengucapan awam.

Klik di sini.

5 ulasan:

  1. Malindoair.com dah buka tawaran to any blogger yang ingin terbang free bersama mereka ;) sila ke fb rasmi nya untuk maklumat lanjut

    BalasPadam
  2. Harap komen aku ditunjuk.

    Nak bezakan mat sabu dgn obama, mat sabu ceramah sarkastik dan penuh fakta. Membidas segala kesalahan dengan details.

    Obama, seorang yg berani berbahas dengan rakyat dan pemimpin pambangkang. Berani mengadakan debat terbuka dengan pembangkang untuk rakyat menilai.

    Tak payah nilaikan mat sabu dengan obama.

    Nilaikan Najib dengan Anwar,
    Nilaikan Najib dengan Husam Musa,
    Nilaikan Najib dengan Mat Sabu.

    Persoalannya, adakah semua politician malaysia boleh berdebat ekonomi dan penstrukturan negara. Atau lebih kepada membidas isu peribadi.

    Aku bet Najib debat dengan Anwar Isu Ekonomi.

    Aku Cabar Blogger Pro Umno keluarkan statement supaya Najib Berdebat dengan Anwar.

    Ada Berani?

    Atau sembang macam papagomo, tapi tak hadir mahkamah.

    Itulah realiti sekarang yang rakyat bijaksana menjadi meluat kepada UMNO.

    Thats Facts yang Umno xboleh terima.

    Sincerely
    admin BANkami
    www.bankami.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Perbezaan paling ketara antara mat sabut dan obamam...mat sabut pernah ditangkap khalwat...wakaka, macam ni ke QUALITY yang PAS nak simpan

    BalasPadam
  4. Semua orang kena laa menuntut & berguru dgn Obama aa..

    Yg hang nii Kedahan asyik melalut nak buat dosa kering kutuk Mat Sabu nii apa hal..hah?

    If nak kutuk, aku boleh list 100 org pemimpin UMNO/MCA/MIC yg memang akhlak boleh bagi markah 10 / 100 aja..

    Hang tak yah reply balik..sekadar aku nasihat hang pegi tengok wajah hang depan cermin ( org putih kata mirror ! ), & hang tutup ke lima lima jari hang..& hang angkat jari tengah hang ! tuu dia..kena atas batang hidung sendiri aaaa...

    BalasPadam
  5. Dalam konteks Malaysia saya terpaksa katakan saya pilih Mat Sabu kerana ianya lebih berkesan di Malaysia. Pilihan ini di buat dari beberapa video ucapan beliau bukan ucapan yang di paparkan di sini sahaja

    Kita kena faham cara rakyat kita terutamanya orang Melayu yang gemarkan gaya seperti MAT Sabu. Kalau bersama crowd Melayu gaya Mat Sabu ni lain. Gaya ini di buat di dinner DAP - agak ada kengkangan. Bijak Mat Sabu ni sebenarnya dalam gaya penyampaian.

    Kalau di crowd Melayu ada isi ke tak ada isi, betul atau tak betul faktanya itu cerita lain. Kalau di crowd Melayu yang penting mesti ada maki hamun lawak jenaka kutuk mengutuk baru seronok.

    Kena juga menjerit-jerit sebagai kejutan kerana tumpuan masyarakat Melayu kita agak lemah. (saya simpulkan dalam konteks umum) Kalau bercakap gaya Obama rasanya tumpuan akan mudah teralih. Mungkin RAM di otak kita ni masih belum cukup kuasa pemprosesannya.

    Kalau buat gaya Obama banyaknya akan balik rumah, anak yang di kendong akan tidur yang jual air di kawasan ceramah kurang hasil jualannya kerana kekurangan crowd.

    Kesimpulannya Gaya OBAMA di crowd Melayu yang terbuka di tapak pasar malam (bukan ceramah tertutup dalam parti), gayanya tak laku.


    P/s - Gaya Obama ialah gaya pemimpin Gaya Mat Sabu ialah gaya penceramah. Kalau hendak jadi pemimpin buatlah gaya Obama. Kalau nak jadi penceramah buatlah gaya Mat Sabu. Dengar cerita penceramah ni boleh jadi kaya juga.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.