Khamis, Januari 16, 2014

NAJIB MASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA (BELIAU BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM)


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Beliau Perdana Menteri untuk kira-kira 28 juta rakyat negara ini.


Jika pemimpin pembangkang diajukan soalan oleh individu dari luar negara, siapakah Perdana Menteri Malaysia? Dia akan berkata, Datuk Seri Najib Razak. Bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Tan Sri Khalid Ibrahim atau Lim Guan Eng.

Isu kangkung nampaknya kini diapi-apikan sebilangan individu dan kumpulan. 

Kepada orang Melayu, usah lupa, Najib berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti kita SEMUA.

Hemat saya, 'mengusik' Perdana Menteri berhubung isu kangkung itu, biasa tetapi tidak sehingga sampai ke tahap menghina beliau. Najib Razak tetap Perdana Menteri kita.


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Pulau Pinang , Lee Khai Loon, bersama sebilangan penyokong saya anggap keterlaluan.


Tindakannya menyumbatkan sayur ke mulut replika Najib diliihat sebagai tindakan biadab. Tidak hairan jika Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim mengeluarkan kenyataan akhbar dan memberikan amaran kepada Lee.

"Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang ingin memberi amaran dan pilihan kepada PKR Machang Bubuk untuk tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO jika masih berdegil"

Baca laporan di blog Dr MiM, klik di sini.


Bagaimanakah perasaan pemimpin muda Cina itu andai dia melihat pemimpin UMNO menyumbat mulut replika Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang disumbat model kereta Mercedes Benz S300L?

Mungkin marah dan berasa bangsanya dihina. Begitu juga perasaan majoriti masyarakat Melayu.


Jangan 'bakar' keterlaluan. Itu sahaja peringatan saya.

Berikut pula, gambar penerbit lagu remix kangkung, Wong Yu-Ri, dikatakan menyindir sehingga tahap menghina Najib.


Siapakah Wong? Klik di sini.

Cepat benar dia menghasilkan lagu remix itu. 

I wonder why?

Ingin saya mengingatkan, di kalangan masyarakat Melayu, mengusik secara sederhana boleh diterima TETAPI usah sampai menghina.

Najib masih Perdana Menteri Malaysia, Melayu dan beragama Islam. Berhentilah menghina pemimpin MELAYU itu.

12 ulasan:

  1. Sayangnya org melayu sendiri mempersendakan beliau

    BalasPadam
  2. Ini lah akibatnya bila Melayu/Islam tidak bersatu. Kekuatan hanya datang bila kita bersatu. Bila kita haru-biru, musuh2 yg bencikan kita akan mudah mengambil kesempatan utk mengkucar-kacirkan lg keadaan. Penghinaan demi penghinaan yg mereka tujukan kpd kita, apa yg dapat kita lakukan? Setakat menahan geram dan di peram dlm hati.
    Dari agama dan juga bangsa, apa yg kita buat? Tiada kata sepakat. Dari dulu lg, dari atok kita, dari ayah kita dan kini kita sendiri, yg dpt kita katakan ialah: tak apa, tak apa, tak apa.

    BalasPadam
  3. adun pulau pinang tu tak pernah ada kawan melayu & tak pernah bercampur dengan kaum lain sebab tu jadi macam tu

    BalasPadam
  4. ini semua salah najib sendiri terlalu memanjakan simata sepet dan melupakan mejority orang melayu yang meyokong beliau dalam pru13 yang lalu

    BalasPadam
  5. Selagi ada UMNO di Malaysia ini....orang Melayu tak akan bersatu.....! Oleh itu buang lah UMNO dari muka bumi ini...
    Ia nya hanya satu parti perkauman...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko setuju dap itu parti berbilang kaum??dr atas sampai ke bwh semuanya kaum cina..kaum lain tak sampai beberapa kerat jer..

      Padam
    2. nak ganti ngan parti apa?tunjukkan mana parti yg ada semua kaum?

      Padam
    3. ko ni mmg bodo kan? sedar sikit ko tu bangsa apa.. jgn nk jatuhkan bangsa sendiri la bebal!! dap tu bukan parti perkauman ke? ko xnmpk pe c bodo tu buat kt pemimpin negara ni? agaknya mata ko da buta sebab makan babi byk sgt

      Padam
  6. kenapa isu kangkung jadi isu Melayu Islam lak...memang Adun tu salah sebab melampaui batas...yang umno duk tambah api lagi kenapa termasuklah pemilik blog ni...

    BalasPadam
  7. Memang la jadi isu Melayu dan Islam. Kalau tak merasai begitu ada sesuatu yang pelik pada org Melayu ni.

    BalasPadam
  8. Bukan tambah api, nak bagi kesedaran kepada kaum yang bahawa diorg dah semakin pijak kepala dan mula memperlekehkan kuasa raja-raja melayu.. sedangkan PM kita diorg boleh menghina dan mempersendakan, inikan pula kita orang biasa.. aksi aksi yang tak berapa nak bijak seperti ini telah memberi tanggapan pada dunia luar tentang betapa kurang ajarnya rakyat Malaysia terhadap PM kita dan juga melihat kerendahan tahap mentaliti kita.. orang luar pun boleh memperlekeh-lekehkan kita.. ia mungkin tak memberi kesan kepada mereka yg tidak bekerja didalam bidang akademik, tetapi memberi kesan besar pada mereka yg terlibat dalan bidang akademik.. How reliable or relevant is the Malaysian thinking? Mungkin terlalu jauh saya melihat sesuatu perkara, tapi ya, ia memberi kesan besar.. Lagi pun mereka ini semua sudah mula mencabar kita, mereka rasa PAS berada bersama PR mereka boleh lakukan sesuka hati mereka.. kalau kita semua tidak buka mata, tidak mula mempertahankan kaum melayu kita jadi siapa lagi?

    BalasPadam
  9. seluaq dalam pun beli kt cina duk bising apa? Singapore bukan tokwan hg ka yg bg kt cina...Bukit Genting tokwan Najib pulak yang bagi...pastu la ni duk jerit kata cina duk sepak pala Melayu..padahal tokwan UMNGOk ampa yg bodo..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.