Sabtu, September 26, 2009

Untung Lelaki Cina

Pasti ramai pembaca akhbar Harian Metro semalam terkejut membaca paparan muka hadapan bertajuk ‘Kejutan gila hari jadi’.

Di Kangar, Perlis, wanita menyambut ulangtahun hari kelahiran ke-31 bersama lelaki Cina di hotel murah diberkas 4 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis pada jam 5.30 pagi. Pegawai Imigresen, ibu dua anak berusia 2 dan 6 tahun itu dilapor memberi alasan kononnya dia dan pasangannya mengadakan perbincangan berhubung perniagaan. Lelaki Cina beruntung, dia dibebaskan kerana bukan berugama Islam.

Malang, suami wanita itu berniat ‘mengejutkan’ isteri, membeli kek krim buah berharga RM35 berserta sejambak bunga untuk meraikan hari jadi isteri di rumah mereka di Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, terkejut berikutan penahan isterinya. Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Janayah Dalam Syarak Negeri Perlis kerana berkhalwat, jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dipenjara 3 tahun atau keduanya.

Apakah tindakan wajar suami dalam kes terbabit?

(a) Menampar dan menyepak isteri berulangkali.
(b) Menceraikan isteri dengan talak tiga.
(c) Berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah timbul
(d) Menerima isteri kembali dengan permohonan maaf.
(e) Tiada satu daripada jawaban di atas ( sila catatkan dalam bentuk subjektif)

46 ulasan:

  1. Salam Bro. Kalau saya di tempat lelaki itu,...

    Dayus kalau mengekalkannya sebagai isteri. Terang-terang membuat onar ketika bersuami. Lebih baik lepaskan sahaja. Perempuan begini kalau diberi muka bahaya.

    Ramai lagi wanita yang baik dan boleh dijadikan isteri.

    BalasPadam
  2. salam..

    cik Mazidul. kesian sungguh saya baca Metro Harian semlm.. tergamak isteri dia tu p dating dgn lelaki cina.. isk isk.. hensem dari laki dia agaknye kot..

    soalan cik Mazidul sy pilih semua di atas.. (boleh ke? heheh.. :P)

    BalasPadam
  3. b) Ceraikan..
    kemudian pesan kepada bekas isteri sila cari atau buru lelaki muda walaupun 10 lelaki lain, besarkan perniagaan, buru sex dan wang sepuas mungkin..

    bila jemu boleh hubungi suami semula.

    alasan..

    --apakah tidak cukup suami yang kacak.

    --jawatan tetap stabil

    --menghargai fizikal yang cantik.

    bila sudah masuk suratkhabar kesan kepada mertua adik ipar dll. sebelah suami.

    P/s: boleh tak para isteri berikan alasan kenapa masih curang?
    apa yang dikejar?wang sex, muda, umur??kemewahan??kacak??

    BalasPadam
  4. betapa hancurnya perasaan suami ketika itu..jika tanpa pertimbangan,pasti talak tiga menjadi pilihan.mgkn blh memaafkan,tp utk menerimanya kembali pasti suatu yg amat sukar.memikirkan anak berusia 2 dan 6 tahun,ada perbincangan yg mesti dilakukan.

    BalasPadam
  5. a. Tampar dan sepak isteri ? Kalau isteri yg kena tampar atau dikasari, sila buat laporan polis, kemudian ke hospital buat pemeriksaan walaupun tak cedera...Laporan polis dan hospital ni boleh digunakan oleh isteri untuk persediaan kalau ada apa-apa tuntutan kes suami isteri selepas ini. Jadi, kenapa perlu tampar isteri ? Pada suami carilah kaedah lain. Siapa tak marah kalau isteri buat camni, tapi carilah penyelesaian lain.

    b.Cerai isteri talak tiga ? Jangan main-main dengan cerai, talak tiga sekaligus lagi jangan buat kerja. Saya dah jumpa ramai orang lelaki gila talak, ke sana ke mari carikan calon 'cina buta' untuk bekas isterinya. Ada juga selepas itu cina buta taknak ceraikan isterinya, melepassss lah lagi...

    BalasPadam
  6. astagfirullah...

    Ada jugak orang macam ni ya.. Tak pernah terfikir pun..

    Mesti suami dia sangat terkilan, sedih dan malu yang amat sangat!

    Kalau saya suami dia, saya tinggalkan terus isteri dia itu...

    Kesiannya kat anak-anak...

    salam

    BalasPadam
  7. if i were a guy, i would definitely be so rock-bottom frustrated.

    the husband has my deepest sympathize.

    a) cerai talak 3

    setakat nak berbincang pasal perniagaan, mengapa perlu ke bilik hotel. kat kedai mamak pun a deal can be reached, if ikhlas.

    BalasPadam
  8. Saya pilih jawapan (a) dan (b) sebab tindakan si isteri tu dah dikira sebagai nusyuz(derhaka) kepada suami serta mencemarkan maruah si suami...kalau si suami tidak ampunkan kesalahan si isteri tersebut, memang hidup si isteri takkan tenteram selagi tidak mendapat pengampunan dari si suami...

    "Syurga isteri dibawah telapak kaki suami" (^_^)

    BalasPadam
  9. cari je la bini lain...sebelum tu sepak terajang la dulu..

    BalasPadam
  10. Saya percaya tidak ramai suami boleh menerima kejadian itu dengan berlapang dada.

    Sebagai kakitangan kerajaan, suspek semestinya cukup dikenali, jika tidak di seluruh Sungai Petani, di taman perumahan dia tinggal. Andai jatuh hukum kelak, pasti wajah pegawai Jabatan Imigresen itu akan dipaparkan media.

    BalasPadam
  11. mari kongsi gambar wanita berkenaan untuk dijadikan teladan... takkan artis aje gambar terang-terangan... wanita camni pun kita kena exposed..

    BalasPadam
  12. saya tertunggu-tunggu juga ulasan en.Mazidul berkaitan kes ini.

    tergamam saya mendengar di MHI awal pagi semalam, dan bila saya membaca beritanya, lebih aib bila dimaklumkan ini merupakan tangkapan khalwat kedua si isteri! sama ada dengan pasangan yg sama atau bukan, Wallahua'lam. (sumber dari kosmo!)

    saya terfikir-fikir betapa si isteri tidak menghargai dirinya sendiri, malah bayangkan suami yang sanggup menjatuhkan egonya. hebat betul cinta si suami.

    BalasPadam
  13. Mazidul.. saya buat komen ini panjang lebar dalam blog saya, memandangkan komen di sini perlu ringkas..

    www.kadikluang.blogspot.com.

    BalasPadam
  14. Pembaca dihormati, sial ke blog Ustaz Khalil untuk membaca pandangan beliau berhubung kes ini.

    Menurut Harian Metro hari ini, suami wanita sama membaca 13 SMS lucah dan menjijikkan di satu daripada telefon bimbit isterinya.

    Entahlah, kekadang mungkin mudah berfikiran waras apabila menghuraikan kes orang lain tetapi apabila kes terkena batang hidung sendiri belum tentu tindakan kita betul.

    Dari pengamatan saya, waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah dipandang lekeh sebilangan orang berbanding waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Sivil.

    Manakala, tuntutan cerai di Mahkamah Syariah kekadang tertunggak lebih daripada 2 tahun.
    Dalam tempoh itu, nasib isteri terubang-ambing. Terutama bagi kelompok isteri menganggur dan terpaksa menyara kehidupan anak.

    Belum lagi diteliti kes suami tidak melunaskan nafkah bulanan untuk anak-anak selepas pasangan bercerai. Suami bergembira dengan isteri baharu, bekas isteri teraniaya. Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Ibrahim Lembut sebelum ini pernah membongkar kisah 2 ibu tunggal terpaksa melacur untuk menyara hidup sendiri dan anak kerana suami enggan membayar nafkah anak, hasil perkongsian perkahwinan sebelum itu.

    Mahkamah pula tidak boleh berbuat apa.

    BalasPadam
  15. macam2 benda jadi. bertuah lelaki cina tu . berdua2 tu benda biasa . takkan xbleh deal kat tmpat lain kot. jgn2 nak deal pasal bisness yg besar dan perempuan tu nak dpt kan projek tu kot. whteverlah .

    BalasPadam
  16. Mr. J, tangkapan dilakukan pada jam 5.30 pagi sepertimana dilaporkan media.

    Berdua-duan sehingga menimbulkan syak, itu kenyataannya. Kata orang bijak pandai, jika lelaki dan perempuan tidak mempunyai hubungan sah, berdua di dalam bilik, 'orang ketiga' pastinya bukan malaikat.

    Apapun, saya percaya ada lagi fakta lain berhubung suspek belum disiarkan dalam kes ini :)

    BalasPadam
  17. mak aih.. kalau ada anak, tu la paling kesian

    BalasPadam
  18. macam-macam ada sekarang isteri curang pada suami perkara selalu di dengar bukan pelik bagi semua pembaca jadikan perkara ini satu pengajaran bagi semua kaum dimalaysia apa yang penting kefahaman ajaran setiap agama menjadi tiang perjalanan kehidupan seharian

    BalasPadam
  19. kenape la jadik camtu ye...kalo laki dia emosional mesti dia biat seperti pilihan (a) :)

    BalasPadam
  20. suami kena muhasabah diri ler en mazidul..betul tak??

    mcm kes suami curang jugak.isteri kena muhasabah diri (^_^)

    salam 7 syawal en mazidul :)

    BalasPadam
  21. Echah, setiap aksi ada reaksi. Bagi saya bukan mudah isteri terbabit kes curang. Mungkin ada pelbagai sebab di sebalik kejadian. Apapun, niat tidak pernah menghalalkan cara.

    Salam Syawal ke-7 buat Echah dan keluarga.

    BalasPadam
  22. Kesiannnn...tak banyak kes mcm ni. Selalunya suami yg kantoi. Harap tak jd budaya lepas ni.

    BalasPadam
  23. yang salah tetap salah dan saya tetap berpegang pada pernyataan tersebut. tetapi sebelum menyerang secara tanpa usul periksa, adalah lebih baik jika kisah sebenar di selidiki lagi. mungkin ianya berpunca dari kejahilan suami untuk mendidik serta menjaga maruah keluarganya.

    BalasPadam
  24. Kalau masih ada suami yg cool dan boleh maafkan isterinya itu..memang nak tabik dan salam dengan si suami tue..coz betul2 tabah..Kalau yonz kena yg (a) dulu la..tak kena gaya (b) pun dapat..

    BalasPadam
  25. pada saya cerai saja ....dalam perkara ini tiada maaf bagimu...
    Tetapi dalam rancangan felda ada juga perkara ini dan dua kes yang lepas diselesaikan dengan baik..maka tak becerai...punca tak bercerai kerana,lelaki mudah percaya dengan kata-kata isteri dan logik dalam pemikiran mereka....suami isteri tidak ada asas agama dan mereka suami isteri suka menyanyi dalam mana-mana karaoky yang dia jumpa.
    ..ini cerita dalam rancangan...tapi tak semua...

    satu jer saya mohon...selepas sebulan ..cuba seledek sekali lagi...dia ni berserai atau tidak ...saya rasa dia tak bercerai kerana...inilah...tanda-tanda akhir zaman...lelaki takut isteri...

    BalasPadam
  26. salam.......... dah lama saya cuma jadi pemerhati... untuk entri ini saya terpanggil.. tak tahu kenapa...bagi saya walau apapun alasannya saya tetap menceraikannya untuk maruah...dan saya juga sedia melepaskannya jika saya yang jadi pesalahnya andai itu permintaannya. untuk si isteri moga Allah memberi hidayah padanya untuk bertaubat.

    BalasPadam
  27. ceraikan saja...tapi jika sang isteri melutut menangis teresak2 meminta maaf dan seterusnya bertaubat xsalah jika si suami memaafkan saja...itu adalah salah satu dugaan rumah tangga..

    BalasPadam
  28. Lelaki tu patut ceraikan isteri dia dan nasihatkan la perempuan tak sedar diri tu supaya bertaubat.
    Lepas tu, lantak pi mampus la perempuan tu.
    Yang penting lelaki tu dah lepas tanggungjawab.
    Buat apa lagi lelaki tu nak simpan bini camtu, tak reti bersyukur punya perempuan.
    Bincang pasal perniagaan kat dlm bilik apa jadahnye?
    Nak bincang, duduk la kat restoran hotel tu.
    Nape mesti nak pegi tempat tertutup?
    Bodoh punya perempuan.

    BalasPadam
  29. cerita yg sy dengar berbeza. sang isteri dikantoikan sendiri oleh sang suami. wallahualam

    BalasPadam
  30. Hazerin, saya pun dapat rasakan begitu. Menurut laporan akhbar, suami 'terserempak' isteri menaiki kereta.

    Kemudian dia di katakan 'terserempak' dengan 4 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis menahan isteri dan pasangannya.

    Berapa kali terserempak?

    Barangkali, apabila tereserempak isteri menaiki kereta lain, suami pasti akan mengekorinya dari belakang dari Sungai Petani ke Kangar. Barangakali selepas melihat isteri checked in di hotel, suami kemudian menghubungi penguatkuasa.

    Logik begitu?

    BalasPadam
  31. Suami yang baik pun dia boleh curang. Jatuhkan hukuman yang setimpal ke atas isteri yang macam ni.

    BalasPadam
  32. kata orang..zaman sekarang zaman cobaan...tanda2 akhir zaman kot..

    BalasPadam
  33. kesian..
    (ini komen jaga periuk nasi)
    banyknya komen mengutuk..cuba komen baik sangka sikit..

    sebenarnya pegawai itu sedang dalam misi mencari dealer mercun/PATI dari thailand, meeting di karaoke..kemudian ke cafe ..bila semuanya di tutup di bawa ke dalam bilik, sampai di bilik dah 5am....kira sedang bertugas laa tu...
    ...

    "niat menghalalkan cara"??

    qah qah qih qih..lawak sesekali..

    BalasPadam
  34. Saya letak perempuan ini mmg sgt GILA!..na'uzubillah.. neway saya nk pilih jawapan ( e ).
    sebab bagi saya lelaki itu adalah KETUA/PENGHULU/KHALIFAH bg institusi k'kuargaan. sepatutnya suami harus memantau setiap activity(ies) ahli keluarga. Jika pincang keluarga itu mestilah kena buat brainstorming-->cari cause/ countermeasure. supaya khilaf itu boleh diperbetulkan.

    Saya pernah lihat dan sangat respek seorg bapa tunggal yang berjaya menjaga 4 org anak rentetan penceraian dgn isteri yg punya cerita serupa. Terkadang mengalir airmata melihat dia menyuap anak2 mkn. semoga Allah melindungi dan memudahkan urusan beliau didunia dan akhirat. amiin y.a * lelaki tu jiran saya.

    BalasPadam
  35. tak payah bagi muka! banyak cantik muka dia! dah ada yang halal. haram juga dia pigi!

    BalasPadam
  36. ....berkhalwat, jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dipenjara 3 tahun atau keduanya.

    (Bukan zina atau adanya perlaksanaan hudud.... emmm! boleh kita sama-sama membaling dengan batu perempuan sebegini)

    Sebaiknya memang berpisah, hidup bersama pun akan terkenang-kenang kecurangan isteri. Tak akan aman & bahagia.

    Kemudian isteri begini akan tabur fitnah seluruh alam, mengaibkan suami, akan dikatakan suami ini mati pucuk, tak pandai berasmaradana, tak pandai memujuk rayu, kasar, ego! & macam-macam lagi. Perempuan begini memang sah pandai mereka ceritera. Yang peliknya dia akan ketemu lelaki lain yang percaya & simpati. Dia masih tetap berpeluang untuk bahagia. Memang sering drama begini terjadi.

    Suami yang menderita, menanggung aib satu masalah, untuk mengembalikan kepercayaan terhadap perempuan pun bukannya mudah. Anak-anak lagilah malu jika terkesan nanti kenapa ibu & ayahnya berpisah.

    Maka itu agama kita Islam amat membenci segala ruang maksiat. Mendekati zina pun amat terlarang ini kan pula sampai berkhalwat pelbagai.

    BalasPadam
  37. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani....(Al-Hujuurat:ayat 12)

    BalasPadam
  38. kakcikseroja..
    ""benarkah suami itu 'baik?..

    betul,,
    kita tunggu dakwaan dari isteri pula ..dengar cerita kedua-belah pihak..

    P/S;bila melihat jenama bag..fushhh...

    BalasPadam
  39. jika benar si suami ada kesalahannya rasa tak perlu nak membalas dendam dengan tidur bersama lelaki lain... banyak cara lain.. pompuan macam ni mmg patut di rejam je sampai mati di khalayak ramai.. jangan pompuan je lelaki yg seumpamanya pun patut dihukum jika terbukti bersalah.. biar jadi pengajaran pada masyarakat.. yang jadi mangsa adalaha anak2.. tu yg kesiannya...

    BalasPadam
  40. pendapat saya.
    ceraikan.
    tapi tak lah sapai talak 3.

    BalasPadam
  41. Salam kat semua
    Pada saya, bukan takde tapi jarang sangat perempuan nak atau lebih tepat isteri yang curang dengan suaminya. Mungkin ada kejadian lain di sebalik apa yang berlaku. Dari pandangan mata zahir, nampak seperti si isteri memang 'jahat' tetapi yang tersingkap disebaliknya hanya isteri, suami dan Allah sahaja yang tahu. Oppss..maybe lelaki Cina itu juga. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka.
    P/S: Tengok jenama handbag? ala..beli kat Danok kut..huhuhuhuh..

    BalasPadam
  42. Pendapat saya:-
    Dah tentu akan akan ceraikan.Hak penjagaan anak2 bagi pada bapanya kerana anda tak layak untuk menjadi seorang ibu yang berperangai bangsat.
    Isteri nusyuz neraka jahanam tempat kamu.

    BalasPadam
  43. ....bila manusia jahil..inilah jadinya...ini peluangter baik untuk suami tu cari pengganti yang solehah juga ibu yang baik untuk anak2nya...bila dua kali isterinya buat kesalahan yang sama, itu satu cabaran namanya...kalau masih mempunyai hati utk isteri yang sama...itu bukan cinta namanya...itu gila!

    BalasPadam
  44. nauzubillah..
    semoga saya dan anda semua tak terkena perkara yang sama.
    Cakap lebih3 takut meludah kelangit.. cuma yang penting jaga diri..apa-apa yang dilakukan mesti berbalik pada hukum Tuhan. Sebenarnya kecantikan tu ujian dari Tuhan..semoga kita dan pasangan bertambah iman dan menyayangi kita sejujurnya.. :)
    Tiada lagi yang diperlukan oleh si isteri melainkan kasih sayang suami pada kita je...
    Dan lelaki tu dalam perjalanan untuk menunjukkan rasa sayang terhadap isteri dia... kenapa ngan isteri tu? tak cukup lagi ke?????

    BalasPadam
  45. nauzubillah..
    semoga saya dan anda semua tak terkena perkara yang sama.
    Cakap lebih3 takut meludah kelangit.. cuma yang penting jaga diri..apa-apa yang dilakukan mesti berbalik pada hukum Tuhan. Sebenarnya kecantikan tu ujian dari Tuhan..semoga kita dan pasangan bertambah iman dan menyayangi kita sejujurnya.. :)
    Tiada lagi yang diperlukan oleh si isteri melainkan kasih sayang suami pada kita je...
    Dan lelaki tu dalam perjalanan untuk menunjukkan rasa sayang terhadap isteri dia... kenapa ngan isteri tu? tak cukup lagi ke?????

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.