Sabtu, Disember 12, 2009

Air Asia (Usah Main Tuduh!)

Penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah, menggunakan pesawat Air Asia, AK 5106 dijadualkan berlepas pada jam 12.50 tengah hari. Di dokumen perincian penerbangan dipegang rakan saya, Harris Farok Alex, tertulis ‘booking status: confirmed’.

Jam 11.40 pagi, saya, Harris dan 2 lagi rakan ke kaunter tiket Air Asia.

“Encik ke Kota Kinabalu? Kalau ada satu beg (untuk check in), boleh pergi ke kaunter 62. Sekejap lagi saya buka,” ujar kakitangan wanita Air Asia berbangsa India, menghampiri saya.

Semua kad pengenalan kami  serahkan kepada Harris sebelum dia menghulurkan dokumen itu kepada kakitangan terbabit.

“Ada problem. Orang buat booking 4 tiket ini guna credit card (Master Card)  fraud, jadi kita kena stop kan payment,” ujar pekerja wanita itu.

Wajahnya  begitu  yakin sewaktu mengeluarkan kenyataan itu,  tiada langsung riak kesangsian.

“Apa maksud you?” tanya Harris kepadanya.

Saya memasang telinga, ingin benar mendengar penjelasan bakal dikemukakan.

“Macam ini lah. Credit card saya kena curi kemudian awak gunakan untuk beli tiket. Saya buat repot polis dan stop all transactions,” sampuk pekerja lelaki bertugas di kaunter sebelah, 61 (gambar di atas).

Wow! Serius benar kedengaran tuduhan dibuat. Menurut mereka, kes  ‘credit card fraud’ itu tercatat di dalam ‘sistem’ komputer'  digunakan.

Memang kami ‘terkejut beruk’,  menelan air liur, lantas menghubungi kenalan di Kota Kinabalu bakal melangsungkan persandingannya esok (13 Disember), berasa bimbang jika penerbangan terpaksa ditunda atau dibatalkan.

“Harris, tanya dia orang boleh jumpa officer?,” pinta saya.

Sekali lagi Harris menghampiri pekerja kaunter wanita terbabit.

“Pergi kaunter 69,” arahnya.

Saya dan Harris pantas melangkah ke kaunter 69.

“Sebab apa dia suruh kita pergi kaunter kosong?,” tanya saya.

Harris terdiam. 

Gambar kaunter tanpa pekerja itu sempat saya rakamkan. Lebih 5 minit kami menunggu. Tepat jam 12 tengah hari, Alif, 33 tahun,  pegawai kaunter tiket Air Asia, sebelum itu sibuk melayan pelanggan lain di kaunter 67, kemudian menghampiri kami. Saya hanya memerhati dan mendengar.

Selepas merujuk kepada dokumen diserahkan oleh  Harris, Alif kemudian membuat beberapa panggilan telefon menggunakan telefon bimbit Sony Ericson nya (gambar di bawah, Alif berkemeja putih).

Actually ada technical error di antara finance Air Asia dengan credit card company. So, finance kita minta redo payment. Kalau buat bayaran sekarang, boleh proceed naik flight ini,” jelas Aliff.

Oh! Bukan kes fraud (penipuan), bisik hati saya. 

Spontan terbayang wajah 2 anak buah Alif begitu yakin membuat penjelasan jauh berbeza (tidak tepat) berbanding penjelasan bos mereka.

“Kalau bayar, no problem,” kata muallaf,  bapa 3 anak itu sekali lagi.

Kenalan  baharu bakal menghadirkan diri ke majlis persandingan sama, Eizwar Supiar kemudian membuat bayaran menggunakan kad kredit  berjumlah RM2,384 sebelum kami berempat berjalan semula ke kaunter 69. 

Apapun, saya sempat bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Alif.

Pekerja kaunter lelaki tadi ‘melayan’ kami untuk check in barang dan mencetak boarding pass. Tiada senyuman,  tiada kata maaf terpancul dari mulutnya. Bagi saya dia sungguh tidak profesional dalam melaksanakan tugasnya.

You have made a mistake, accusing us buying the tickets by using a stolen credit card. Then, clearly it is untrue. For that, I think that you had better apologized,”  saran saya.

Dia  terus mendiamkan diri.  Saya perhatikan betapa keras kepalanya  pekerja kaunter Air Asia terbabit.

I think  that you had better apologized,” ujar saya sekali lagi.

“Ok. Saya mewakili dia (pekerja wanita), pegawai dan my officer minta maaf atas apa terjadi,” balasnya.

“Lain kali check betul-betul,  usah main tuduh sahaja,  fraud is a serious case, ini technical error, berbeza,” kata saya.

“Itu sistem kita tulis, kita bagi tahu,” pekerja wanita di sebelahnya bersuara, masih mahu membeli diri, menegakkan benang basah membuatkan saya meluat melihat wajahnya.

“Itu sistem awak, sistem Air Asia,  bukan sistem saya. So, that is your problem, not mine!,” saya meninggikan suara  sebelum bergegas menuju pintu P2.

Gila! 

Terlalu yakin mereka menuduh kononnya 4 tiket kapal terbang dibeli menggunakan kad kredit curi.

Saya dimaklumkan  pengantin bakal bersanding membuat pesanan awal makanan melalui internet  untuk saya dan 3 rakan  di dalam pesawat berangkat pada jam 12.50 tengah hari itu.

Saya kemudian disajikan makanan nasi lemak dan air mineral.

“Ops! Maaf encik. Bukan nasi lemak, hot dog,” kata pramugari baru bertugas itu. 

Perlahan  saya memulangkan semula bungkusan nasi lemak.

“Kalau hot dog, air tidak ada, kan?,” tanyanya kepada rakan menolak troli.

Pantas saya memulangkan air mineral.

“Maaf encik,” kata pramugari kecil molek terbabit.

“Tak apa, ini baru kali kedua Air Asia buat kesilapan bodoh hari ini,” ujar saya.

53 ulasan:

  1. sabar banyak2 bro... benda macam ni pernah terjadi kat kawan saya... tak pasal2 dapat malu sekejap depan orangramai di LCCT... bila disiasat memang kesilapan pihak air asia... hangen je member tu sepanjang hari & sampai sekarang dia dah tak naik air asia lagi

    BalasPadam
  2. isk2..bahaya betul la main tuduh-tuduh macam tu...nak lagi kes credit card fraud...

    hmm....minta maaf pun bunyi macam tak ikhlas je...

    airasia...oh..airasia...

    BalasPadam
  3. Pengalaman lain yang tidak menyenangkan membabitkan Air Asia. Pada suatu hari, tiba di kaunter Air Asia utk penerbangan ke Kota Kinabalu berdasarkan jam dan tarikh confirm penerbangan pada pukul 8:45 malam. Tiba-tiba pegawai kaunter memohon maaf kerana beliau mengatakan penerbangan tersebut telah diawalkan pada tegah hari hari yang sama. Mula-mula dia tuduh kita tidak angkat telefon apabila mereka menukar masa penerbangan. Tetapi yang jelasnya mereka tidak pernah menelefon. Walaubagaimanapun, pegawai tersebut telah menukar secara percuma tiket tersebut ke hari berikutnya. Masalahnya, ialah bagaimana dengan kos penginapan utk satu hari extra tersebut (Air Asia tidak bagi satu sen pun). Bagaimana dengan meeting yang terpaksa tidak dihadiri atas kecuaian tersebut (Air Asia tidak bertanggung jawab atas perkara tersebut).

    BalasPadam
  4. Hehehe..

    Salam Bro, naik darah je bunyinya kali ni..

    Kalaulah Datuk Seri Tony Fernandez baca blog Bro, apa dia kata yer?

    Iyelah, Air Asia kan baru je dapat anugerah Penerbangan Tambang Murah Terbaik (untuk kali keberapa, tak pastilah)

    Harap Datuk Seri baca, dan boleh pertingkatkan kemudahan jual beli tiket online ni.

    Jadikan ia lebih mesra pelanggan. Jgn lupa suh Datuk Seri buat inhouse training supaya staf kaunternya lebih cerdik...

    BalasPadam
  5. mak aih....kesian bro..sabar byk2...dah banyak kali dgr kes2 mcm ni...tak sukela air asia...kalau jadi kat saya pon saya tinggikan suara...tp tak best sbb yang mintak maaf bukan pekerja kaunter laki terbabit tp org lain...sape yang buat salah diala yang patut mintak maaf...dah berani menuduh tak berani meminta maaf pulak...takde adab..

    BalasPadam
  6. Gosh ! Saya ternganga/terlopong/terkedu dan segala "ter" membaca this post Abang Mazidul. That was such an experiece !!

    Yang saya tak puas hati they still nak defend themselves biarpun dah terang2 their own mistake.

    Yes, memang silap terminal/system etc but as a front liner punya service, no matter what, GUEST/CUSTOMER is always right.

    Dia sepatutnya minta maaf secara "humble" bukan menjawap macam tu. Tak bolehlah kalau nak bertekak dgn customer pulak. *LOL*

    Seriously Abang Mazidul?? Stewardess tu minta balik Nasi Lemak after she served you?????!!!!

    Air Asia *smiles* Too many complaints received tentang Air Asia and yet there are still no improvement *siGh*

    P/s : Saya masih terlopong selepas beberapa kali membaca post ini over and over again. Betul2 tergaman ! Hurmmmm ! Nuff' said.

    BalasPadam
  7. adoyai....ni yg malas nk tempah air asia ni.....pekerja tak ramah pelanggan....patutnya kne la ramah dn mesra pelanggan....bro mazidul....sy ade satu isu yg nk dibincangkan dgn bro....takut agak sensitif kalo bincang di sini....sy taknak ade yg naik angin nnt....tp inii hakikat yg tak ramai org kita nampaklg....semuanya kerana adat yg membatas minda kita akn tetapi agama Islam tak pernah pula membebankan kita....bkn begitu?jd kalo ade masa,bro tlg la hubungi sy melalui email....

    BalasPadam
  8. ehm satu kesalahan yg agak serius dgn menuduh org. supposely siasat la betul2, n kalau dah salah sendiri tu mintak maaf la, budi bahasa x ada agaknya, jgnla di sebabkan beberapa org pekerja, satu company air asia yg kene. tp sbnrnya, dah byk jgk komplen berkaitan ngan air asia ni. so sendiri mau ingt la bila tetibe permintaan menurun.

    BalasPadam
  9. Hahahaaha... Bro.. Mujur masa saya ke KK beberapa bulan lepas tak berdepan dengan banyak masalah mcm ni.

    Tapi ketika ke Phuket memang banyak masalah dalam perjalanan balik. Flight delayed hampir 2 jam sampai kami tertidur di kerusi ruang berlepas. Sudahlah lama menunggu disajikan pula muka kelat pramugari yang perlu request 3 kali baru benda yang diminta sampai.

    Tapi masa penerbangan pergi, layanan 1st class! Barangkali ni bergantung pada nasib juga la bro. hahahahhaah

    BalasPadam
  10. Unfortunately bro, that's the price we all have to pay for a "no-frill-only thrill" airline.

    I've flown Air Asia twice and I always have this so-called "nightmare" be it before, during and after flights.

    BalasPadam
  11. Now everycan can make mistake and refuse to apologise.bodoh dan tidak beretika.inilah namanya kerana nila setitk, rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  12. saya selalu tertanya2... servis kureng (termasuk le flight kerap delay tapi tak dibagitahu mengapa, officers pun takde to explain) yet they still won awards... how come?

    BalasPadam
  13. memang perlu di tegur siap kesilapan..
    dapatnya orangyang jenis senyap dan terima.. lagi sedap mereka nak berkata2 buakn sepatutnya

    BalasPadam
  14. Para petugas patut praktikkan "Customer is always right" - Janganlah membabi buta Yes Maam/Yes Sir u're right, tetapi siasat dulu baru diterangkan kedudukan perkara kpd pelanggan.

    Air Asia patut naiktarafkan cara menyelesaikan masalah pelanggan - bukan pelanggan kena pergi dari satu kaunter ke kaunter yg lain - Lantik Pegawai Khas yg mahir & berupaya menyelesaikan apa jua masalah pelanggan - Pegawai ini yg akan terus ke kaunter di mana pelanggan yg menghadapi masalah/kesulitan tdi berada.

    Dengar khabar untung besar - setakat 1-2 orang Pegawai khas tambahan takkan menjejaskan laba pun...

    Nak membina imej korporat/"branding" mengambil masa bertahun. Tak sayangkah jika ianya tercalar dek sikap petugas yg cetek ilmu - la ni hantar staff berkursus boleh "claim" HRDF - hantarlah ramai2...

    BalasPadam
  15. Salam Bro MAZ

    tumpang simpati dgn apa yang terjadi. alahaiii..

    Yang pasti, petugas AirAsia semua muda-muda, cun-cun dan kacak bergaya kan? Macam yg ditunjukkan kat drama Awan Dania tuh? right?

    Pengalaman saya naik KLM > terbeliak mata dan sungguh terkejut. Pramugari paling muda pun saya rasa umur 36-40 tahun. Yang lain? lebih dari 40. 50-an pun ada.

    Keramahan, kemesraan? dari Pilot sampai ke petugas dalam. Wpun 100% bukan rakyat tempatan kita, saya terpegun dan sorang kawan pernah kata, "uishhh kalu saya pencen kerja, saya rasa nak apply jadi stewardess KLM.."

    Sabar BRO.. pengalaman mahal niii..

    BalasPadam
  16. agaknya kalau alihbahasa tekan bahasa jawo ada dlm sistem tak?..itu BI punya sistem hee..
    "kad anda punah ranah"

    BalasPadam
  17. Bro, cayalah.. berani kerana benar.. jangan main tuduh sembarangan. cek betul-betul kan..

    BalasPadam
  18. nobody perfect bro..
    but an entittled company who just won an award, really have this kind of "regular" or "daily" or "common" mistake? hehee..strange isnt it..

    BalasPadam
  19. Kalau sudah melakukan kesalahan, mengapa sukar sangat melafazkan maaf.. Dasar keras kepala betul.. Sesuai sangat Bro tinggikan suara. haha.

    BalasPadam
  20. selalu saja ada orang keras kepala tak nak mengaku salah ngan customer.

    BalasPadam
  21. bro nape x nek MAS ?? even mahal tapi service tip top..

    BalasPadam
  22. dorang ingat yang naik tu suma jakun2.. leh nak kelentong cam gitu.. senang2 cakap beli tiket guna fraud CC... silap banyak laa...

    memang patut arr cik Mazidul ckp camtu kat dorang..


    p/s: selamat merenjis pengantin.. jangan cik Maz pun naik plamin sama sudah..hehhe

    BalasPadam
  23. mmg wajib ditegur supaya x terjadi pisang berbuah 2X

    BalasPadam
  24. kes mcm ni mmg dah biasa berlaku di lcct. kes org mengamuk, org hentak meja dan ada pun kes org menangis psl inefficiency. but frankly speaking sbb kan bro selebriti dan pulak slalu masukkan kes2 yg panas mcm ni dlm tv that is why kes bro ni boleh settle there and then. klu setakat org biasa menangis kluar airmata darah pun they wont allow u to be on the plane. pengajaranya 2 hari sebelum flight kenalah confirmkan betul2 dgn customer service even status booking dah tulis CONFIRMED. airasia dah venture F1 sistem pun patutnya kenalah mcm F1. last but not least selamat pengantin baru kepada nurul husaif hatta dan azreen rose. peace

    BalasPadam
  25. Ikram, tiket dibeli dek pengantin, kawan baik saya. Semua orang naik Air Asia (dalam group sama), so masakan saya menggunakan syarikat penerbangan lain *smile*

    Eja, for sure bukan saya naik pelamin. Sekali cukuplah, anak 2 masih memerlukan saya sebagai ayah :)

    nma, saya dijemput sebagai MC, rasanya memastikan tiket itu boleh digunakan atau tidak should have been done by someone else, kan?

    Apapun saya selamat sampai di Kota Kinabalu.

    Saya memuatkan tempelan ini supaya penumpang lain akan berhati-hati apabila berurusan dengan Air Asia.

    Paling menarik, 2 pekerja kaunter terbabit teramat ego dan enggan memberikan penjelasan lanjut pada awalnya. Saya tahu mereka tidak kenal saya namun itu bukan persoalan utama. Pokoknya saya pelanggan mereka. Nasib baik saya meminta anak buah mencari pegawai mereka. Mujur Alif beradap orangnya biarpun dia berbangsa Cina (muallaf). Saya sempat mengucapkan terima kasih kepada beliau.

    BalasPadam
  26. Saya percayai jika saya tidak demanded for an apology, mereka pasti akan berdiam diri. Mungkin saya nampak selekeh di mata mereka :)

    Memang saya geram tetapi cuba bersabar.

    Jika ada pegawai Air Asia terbaca tempelan ini, saya berharap mesej tersirat dan tersurat dapat disampaikan kepada pengurusan atasan mereka.

    Tuduhan membeli tiket menggunakan kad kredit curi/hilang, fraud adalah berat. Saya boleh membuat laporan polis jika saya mahu.

    I have been thingking about it, anyway.

    BalasPadam
  27. nov tahun 2008 kami terpaksa kerugian cos percutian hanya kerana air asia tiba2 ubah jadual penerbangan..kami ni yang berlapan terpaksa berpecah kerana tiket untuk 8 org dlm satu penerbangan yg sepatutnya itu telah di ubah..betul,air asia ganti penerbangan lain tapi kos lain nya yg kami trpaksa tanggung tu mrnyebabkan kami serik dah nak guna khidmat air asia.

    BalasPadam
  28. kesimpulannye lepas nie jgn naek airasia tue,,,

    seriusly lebih mahal dr MAS...

    BalasPadam
  29. Masalah nya sekarang ni, mungkin kecil bagi sesetengah pihak. Am not trying to be fussy tapi indirectly the Air Asia's staff sudah menjatuhkan air muka pelanggan/penumpang. As for myself, saya boleh maafkan kalau tersilap bagi makan ke apa ke but"dituduh" menggunakan kad kredit yang dicuri.

    Kalau service 1st class takpe jugak. Ni complaint sana complaint sini dari semua orang yang pernah menggunakan khidmat Air Asia. Pas tu ada hati nak cerewet. Iskkk GERAM ! Hurmmmm ...

    Yang tu saya nak dapat maafkan. Wat say you all guys?

    BalasPadam
  30. kesimpulannya..mana-mana agensi baik kerajaan mahupun swasta walaupun telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah cemerlang masih perlu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter... mereka merupakan frontliner yang memberikan gambaran pertama kepada imej sykt atau jabatan..
    memang dlm setandan pisang tak semuanya busuk tp dek nila setitik rosak susu sebelanga..
    kdg2 aku malas nak call dgn sykt2 besar bagak ni..yg melayan aku adalah mesin yg tak akan paham kalau kita marah..kan bagus kalau ada option mcm ni :-
    'tekan satu utk marah, tekan dua utk maki hamun, tekan tiga untuk mencarut, tekan empat untuk mengadu dgn ceo/md/etc..dan tekan kosong untuk keluar.. perbualan ini dirakam..' keh keh keh...

    BalasPadam
  31. Senang2 jer ckp orang beli tiket guna kad kredit curi, betul lah en maz, memang biul

    BalasPadam
  32. Teruknya staff2 dia..susah sgt ke utk minta maaf..merosakkan imej syarikat je..hmm

    BalasPadam
  33. oh, pernah melalui peristiwa yg sm..saya call air asia utk memastikan tiket yg ditempah online betul, tapi diorg kata xbook sbb mungkin msalah yg sama dan mereka menyarankan saya bayar semula di kaunter air asia.end of the month saya dapat bil kredit kad, saya dicaj dua kali utk penerbangan yg sama dan nk claim semula sgt ssh, kerana air asia cuma ada satu hotline yg sgt hot dan ssh nk tembus ke talian mereka.kemudian pergi ke pejabat air aisa di senai. and to my surprise, mereka juga menghubungi hotline yg sama utk menghubungi air asia di kl bhgian finance.slepas sbulan alhamdulillah dapat semula.tp fikirkan la org yg nk call hotline itu, masa dan duit terbazir begitu saja..

    BalasPadam
  34. SETUJU!!!! i baru je samnpai sibu sarawak hari ini . 13/dec AK 5192 . Tak seindah apa yang di Iklankan. Ramai yg staff kurang bersenyum. eeee menyampah tengok muka staff airasia terutama bahagian Check In Luggage. Sekarang CPU i masih lagi tak dpt on. T_T .


    www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  35. Bro

    Ini lah satu sebab 'Kenapa saya dah 2 tahun tidak mengunakan service Airsia', cukuplah saya dibuat macam orang bodoh semasa nak ke Brunei awal tahun 2007 dahulu.

    Ada orang tanya, 'Kenapa tak mahu langsung naik Airasia?

    Mungkin ini satu jawapannya.

    Dan Jawapan kedua, pengalaman Bro semasa in-flight.

    p/s MAS ada Business Class, seat dia besar macam kerusi urut Osim ha ha ha

    BalasPadam
  36. Salam Kenal..

    Jemputlah Ke blog kami
    www.kizgarden.blogspot.com

    Jika Berminat Follow Kita OK..
    TERIMA KASIh

    BalasPadam
  37. ..."every one can fly"...smile....smile...smile tapi sebenarnya dalam hati geram dan tension sbb flight tiba2 delay....suka2 diorang aje...

    BalasPadam
  38. “Kalau hot dog, air tidak ada, kan?,”
    Tak dapat bayangkan kalau tercekik!;

    Inilah masalah berhadapan manusia egois. Golongan ini tak sepatutnya menjadi orang depan sebagai melayan pelanggan. Manusia begini layak duduk senyap-senyap buat kerja berat atau kasi binatang zoo kasi makan. Bukanlah nak menghina; kes yang berlaku kalau si staf bersifat matang & mudah memohon maaf memang semua orang akan rasa dihargai & dihormati.

    Biar pun penerbangan mereka murah! tetapi bukan percuma. Sesen duit yang kita guna itu juga yang menggerakkan kapal terbang mereka. Pun membayar gaji si staf yang egois itu. Hish!. Dengar ceritera pun saya telah sakit hati!.

    BalasPadam
  39. bukan nak mengata, tapi kenyataan.
    Air Asia macam tak bagi training cukup utk "front-line staff". Saya pun pernah kena insiden yang lebih kurang sama. Tolak sana, tolak sini, nasib tak terlepas flight ajer.

    Datuk Tony Fernandes, kena ambil perhatian sikit. Some of your front-line staff is not up to the standard compare to your competitor.

    BalasPadam
  40. Biasalah manusia berlagak macamlah mereka bagus sangat setakat kerja macam tue lebih kurang dengan pekerja biasa, kalau saya kat tempat memang salah seorang merah muka. hehehe saya nie panas baran sikit

    BalasPadam
  41. huhuhu.... biasalah tu bro mazidul. End-user ni sometimes dia hanya tau baca je status yg tertulis kat sistem tue. Supposed sistem tu kene detail terangkan pasal kenapa tiket tu belum byr... (eg. letak remarks utk each status.... )
    Atau pun end-user perlu tahu semua status tiket dlm sistem. Takkan Air-Asia x buat training guna sistem kot... ish ish ish....

    BalasPadam
  42. Cara kau pun kurang ajar juga mazidul, berlagak mengalahkan polis atau penguatkuasa, kau tu sekadar wartawan 360 atau 999 je, bukannya polis. malu la sikit pada polis sebenar. lebih sudu dari kuah.

    BalasPadam
  43. Is, aku terpaksa kurang ajar setiap kali berurusan dengan orang lebih kurang ajar macam kau kut.

    Kalau kau jenis manusia boleh dihormati, mesti aku hormat dengan kau. Tapik 20 kali, aku sanggup.

    Kalau aku nak kata kau bijak, dalam blog kau pun tak ada apa, kosong, mungkin sekosong otak kau.

    Tetapi tak apalah, aku bagi kau masa untuk dewasa dulu, lepas itu please come back dan kongsikan pemikiran kau di sini.

    Arios!

    BalasPadam
  44. ahaks..bende biase tu bro. abg aku lmbt check-in sbb beratur panjang, bkn sbb dtg lmbt.tu pn kne xnk kne lyn dek ptugas kaunter.kne beli tiket baru.sbbkn urgent,tpakse la.

    blum denga lg cerita teknikal psal pesawat+pilot diorang.klau korang tau, sure xnk naek lg pnye.huhuhu..

    BalasPadam
  45. pergh!! berasap je hati baca entry ni. W/pun sy xpernah naik flight =)

    Nak main tuduh2 pulak. Memang xpatut btol.! 1 more thing, bukannya susah pun kalau nak mintak maaf atas kesalahan sendiri. <- ego tak bertempat.

    Sy harap ada warga air asia yg baca entry ni spy diorang dapat perbaiki mutu perkhidmatan. hmmm...

    BalasPadam
  46. Betul tu bang mazidul..last saya naikl AA masa LIMA
    Langkawi ari tu...muka staff 'sangat manis'..Serik la..

    BalasPadam
  47. Skrg nak kemana2 AA pilihan terakhir lah....

    BalasPadam
  48. Tengok kat TV, Tony Fernandes dah jadi cam Donald Trump, buat siri the Apprentice. Wow.. hebat! Air Asia pun hebat, katanya mendapat title, syarikat penerbangan yang paling bnayak mendapat keuntungan. Nampak sangat tak berapa nak halal. Please.

    BalasPadam
  49. Ini kali pertama saya menulis diruang tuan. Salam perkenalan....

    Dilain kali, biarlah kita bayar lebih sedikit (banyak pun tak apa) agar tidak mengalami pengalaman pahit sedemikian rupa.

    MAS adalah pesawat negara kita. Menggunakan penerbangan MAS sebagai pilihan utama adalah bagaikan membantu negara dan diri kita sendiri juga.

    Memboikot AA mungkin akan memberi kesan dan implikasi kepada pengusahanya. Walaupun kesannya agak minimal.

    Selamat mencuba...

    BalasPadam
  50. Award dapat macam macam. Perangai pun macam macam lah. It's not easy to act and be professional. From what I understood, seorang ticketing clerk of AA must do few tasks in one day. Memula check in kaunter, pastu berlari lak pegi ke departure hall utk buat boarding. Well...the CEO memang pandai. Bagi gaji lebih skit tapi give them multi tasking job. Sebab tu AA untung banyak...tapi there's always consequences...staff jadik lemau....hehehehhehe. Sabar jer lah bro Mazidul...maafkan mereka, dpt banyak pahala. Kan? Just my 2 cents...

    BalasPadam
  51. saya memang tak suka naik airasia no klass

    BalasPadam
  52. Konsepnya AA mudah, tambang murah layanan pun murah. Orang yang guna khidmat AA ni pun dianggap orang takde duit dan tak perlu layanan macam VIP.
    Itu belum lagi ground staff AA suruh kita beratur dekat 15 minit semata-mata nak naik flight. Walhal selepas dilepaskan, yang beratur depan skali pun tak semestinya naik flight dulu. Punyalah nak nampak macam ada sistem.
    Nasihat saya, kalau naik AA jangan harap layanan kelas dunia. Kalau komplen pun mereka buat donno jer.
    Harap kerajaan buka lebih banyak lesen untuk syarikat lain beroperasi bagi laluan domestik. Mungkin ada jutawan yang berminat dengan bisnes ini tapi tak dapat lesen... Mungkinlah....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.