Khamis, Disember 03, 2009

Berita Dari Hospital III - Catatan Untuk 'Ice'

Berikut komen pembaca blog, ‘Ice’ (saya perbetulkan ejaan catatan untuk lebih mudah difahami).

‘Saya setuju dengan komen Bapak Gula Gula. I think it's because bro Mazidul ini satu Malaysia orang kenal. Tapi macam mana dengan orang awam yang lain? Sure kena tunggu lebih lama untuk dapatkan treatment. Saya tahu macam mana perasaan bila dapat layanan macam tu, macam ada double standard je, apa pun, yang penting abah bro Mazidul cepat sembuh dari sakitnya, InsyaAllah!!’

1. ‘Saya setuju dengan komen bapak gula gula’

Saya tidak berhak menghalang awak untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan mana mana pihak sekalipun. Dalam hal ini, tiada masalah.

2. ‘I think it is because bro Mazidul ini satu Malaysia orang kenal. Tapi macam mana dengan orang awam yang lain? Sure kena tunggu lebih lama untuk dapatkan treatment’

Ice, phrasa ‘I think’ maksudnya (dalam Bahasa Malaysia) sama dengan ‘rasanya’, ‘pada hemat saya’, ‘pada fikiran saya’, jadi tidak semestinya atau wajib kenyataan itu benar. Bagaimana jika saya catatkan di sini, I think that your are wrong!

Seperti saya catatkan dalam tempelan terawal, saya dan keluarga menghantar abah ke Hospital Sg. Buloh, Selangor, pada jam 6 petang, 30 November lalu. Proses pemeriksaan doktor dan pemberian ubat (jenis sama seperti diberikan doktor klinik biasa di Tg. Malim, Perak) mengambil masa hampir 4 jam. Andainya kami dilayan lebih istimewa berbanding ‘orang awam’ lain, pasti masa itu jauh lebih singkat, barangkali 30 minit sahaja.

3. ‘Saya tahu macam mana perasaan bila dapat layanan macam tu, macam ada double standard je’

Phrasa ‘macam ada’ berbentuk tanggapan, juga tidak semestinya benar.

Ice, keluarga saya terpaksa berulang-alik selama 2 hari ke hospital sama hanya untuk memastikan abah dimasukkan ke wad untuk mendapat rawatan sepatutnya. Hanya pada jam 4 petang 1 Disember (hari kedua), setelah diperiksa lebih teliti, abah akhirnya dimasukkan ke hospital (admitted) (read: doktor membuat pemeriksaan sebelum itu (hari pertama) hanya memberikan ubat penahan sakit dan gastrik sahaja dan menyuruh kami balik). Jam 10.30 pagi hari sama (1 Disember), kami membawa fail perubatan abah sepertimana diarahkan ke klinik doktor pakar, malangnya jururawat bertugas di klinik terbabit memaklumkan, tiada doktor bertugas pada ketika itu. Jika saya dilayan lebih istimewa seperti didakwa (double standard), pasti kejadian itu tidak berlaku.

Untuk pengetahun Ice, tiada tempat meletak kereta dikhaskan untuk saya menunggu di lobi, tiada buggy untuk membawa keluarga dan abah, kami menapak jauh, melakukan 'tawaf' di hospital terbabit, tiada welcoming drink disediakan, kami hanya minum air mineral sahaja (dibeli bukan diberikan percuma).

Setelah abah sah dijangkiti kuman akibat batu karang dan ‘admitted’, baharulah saya bertemu Penolong Pengarah Kanan (pengurusan) Hospital Sg. Buloh, Shamilah Perumal, di pejabat beliau. Bukan bertujuan memohon layanan istimewa, jauh sekali menagih simpati tetapi memberikan penjelasan kepada Sharmilah berhubung beberapa perkara boleh diperbaiki pihak hospital agar operasi lebih efisyen.

“En. Mazidul, bila ke klinik pakar, sepatutnya fail perubatan your father dibaca doktor pakar, bukan jururawat. Di situpun ada tidak betul. Saya akan siasat balik macam mana itu boleh berlaku,” itu janji beliau kepada saya.

Semasa kami tiba di bahagian kecemasan, biarpun ramai pesakit, saya perhatikan hanya 1 (satu) kaunter (kaunter 2) pendaftaran beroperasi (gambar dikepilkan). Lalu saya mendekati kakitangan bertugas.

“Ada dua orang, seorang lagi masuk ke pejabat,” ujarnya.

Kurang 20 minit, rakan setugasnya sebelum itu tiada, kelihatan kembali bertugas di kaunter 1.

“Sebelum ini saya selalu melawat ke bahagian kecemasan, lepas ini saya akan pergi dan check,” komen Sharmilah berhubung kejadian itu.

Sewaktu bertemu Sharmilah, berikut soalan pertama saya kemukakan.

“Hospital ini ada menternak gengster ke? Ada lelaki di luar, dia orang kata dia PO (penyelia operasi) bercakap tak ubah macam gengster. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan perempuan, siapa Cik Sharmilah? Dia tidak tahu you siapa. Tiba-tiba this so called PO berdiri di sebelah menjawab dengan muka masam haram jadah dan meninggikan suara bagi tahu saya jawatan you”

Dia mendengar.

“Kalau sudah penat melayan orang ramai bertanya, saya rasa elok dia berhenti kerja,” sambung saya lagi.

1 jam kemudian, PO terbabit diiringi pegawai atasannya dari Jabatan Perdana Menteri menemui saya, memohon maaf atas kekasaran perilakunya.

“Pak cik orang tua, saya bertanya baik baik, bukan kepada pak cikpun. Jadi tak perlulah meninggikan suara, saya penakut. Risau kalau saya menjerit, satu hospital boleh dengar,” saya memperingatkannya.

Kami bersalaman, dia kemudian beredar.

4. ‘apa pun, yang penting abah bro Mazidul cepat sembuh dari sakitnya, InsyaAllah!!’’

Terima kasih. Abah saya masih di hospital menggunakan tilam, katil, bantal dan tandas seperti mana dibekalkan kepada pesakit lain.

Rumusannya, benar, nama saya Mazidul dan barangkali dikenali ramai (read: tidak seramai orang mengenali artis) tetapi itu bukan lesen untuk keluarga saya diberikan layanan istimewa di Hospital Sg. Buloh.

Jadi, jangan bermain dengan tanggapan.

Saya akur ramai pesakit dan keluarga berhadapan kerenah sewaktu mendapatkan rawatan di sebilangan hospital kerajaan. Nasihat saya, usah menjadi tin kosong, hanya berani bersuara di belakang. Salurkan komplen ke pihak sepatutnya, itu tidakan lebih bijak dan berkesan.

Nota Poster di atas ditampal di unit triage untuk menyaring pesakit mengikut keseriusan kes. Hemat saya kakitangan hospital juga harus meneliti dan memahami mesej poster sama.

23 ulasan:

  1. Bukan mudah mengubah persepsi orang terhadap kita..redha ajelah Bro.

    BalasPadam
  2. Tiba-tiba terpikir...
    apa yg En. Ice tulis tu 'assumptions'... dan bukannya 'perception' kan?

    uish.. confuse di situ..

    BalasPadam
  3. salam bro... apa yang saya luahkan adalah dari pandangan & pengalaman saya sendiri... saya telah 10 tahun berulang alik ke hospital kerajaan kerana anak saya disahkan menghidap asma yang agak kronik... saya telah menghantar anak saya ke hampir semua hospital swasta di kuala lumpur & ke beberapa buah hospital kerajaan & akhirnya telah dihantar ke institut pediatrik HKL untuk rawatan seterusnya sehingga sekarang & saya amat berpuashati dengan khidmat institut pediatrik HKL... dalam tempoh 10 tahun banyak pengalaman yang saya lalui & banyak juga aduan serta cadangan diberi... saya akui bukan semua kakitangan hospital yang bekerja separuh hati tetapi golongan yang kecil ini lah yang selalunya akan memberikan persepsi yang buruk kepada masyarakat... ada satu ketika di sebuah hospital di Selangor saya ada mendengar seorang jururawat yang memarahi pesakit yang hendak bersalin dengan kuat & didengari oleh ramai pelawat "masa **** tak pulak cakap sakit"... adakah ayat seperti ini perlu diucapkan seolah olah dia tak pernah melalui kesakitan masa bersalin dan banyak lagi pengalaman pahit terutamanya di wad kecemasan sehingga ada kes yang hampir2 kehilangan nyawa akibat dari kelewatan & kecuaian... saya faham bro mazidul pun terpaksa berulang alik dan berjumpa dan bertanya untuk mendapatkan rawatan untuk abah bro dan tidak meminta untuk diberikan layanan yang istimewa tetapi fitrah manusia ni lain sikit... saya selalu perhatikan bila ada seseorang yang dikenali ramai untuk mendapatkan rawatan, sedikit sebanyak dia akan diberikan layanan istimewa... saya katakan ini bukan atas dasar cemburu atau apa pon tanggapan tetapi inilah kenyataan yang perlu dilalui oleh rakyat marhaen... dan sekali lagi saya nak perjelaskan disini hanya segelintir kecil sahaja kakitangan hospital yang bekerja separuh hati tetapi nasib badan lah kalau masa mendapatkan rawatan terjumpa kakitangan yang macam tu... yang penting kena sabar... sori laaa bro kalau penjelasan ni mcm buat karangan upsr je... & im sorry kalo ada terguris perasaan & hati bro... yang baik itu datang dari ALLAH & yang buruk itu dari saya... peace no war..!!

    BalasPadam
  4. Ice,
    saranan,
    lepas ini jika anda berada jauh dari Sg Buloh(andaian bukan kerja di sana) ajak sama Sdr Mazidul temankan, kalau ayah sdr sdri nak masuk SPITAL..boleh juga tumpang nama..ala ajak lepas itu belanja minum tak salah kan..itu pun jika tuan milik empunya diri setuju.

    BalasPadam
  5. Wow iCE - Bro Mazidul reply ko punya komen dalam satu entry baru. Jeles I tau dengan owner CLK ni~!

    Bro Mazidul,
    Saya pernah marah satu nurse yang letak adik saya kat tgh2 jalan masa dia tumpah darah nak beranak. Yang geramnya orang Indon depa (eh... bila lak aku jd org Kedah) letak elok plak kat katil yang disediakan. Melampau sungguh. Nurse tu siap cakap "Kalau nak istimewa sangat, pergi la hospital swasta." Geramnya!!!!! Lepas tu saya lecture adik saya cukup2... sayang sgt duit, kena layan mcm sampah. Kesannya, dia taubat, anak dia yang kemudian dilahirkan di hospital swasta. Serik.

    Diakui bukan semua pekerja hospital kerajaan lembap, pemalas dan bengis... tp majoriti darinya memang ada AT LEAST salah satu dari 3 sifat ni. Mungkin disebabkan bebanan kerja ke... apa ke... ntah la..

    Bro... saya ada dua je adik. Seorang adik saya ialah nurse di hospital swasta, seorang lagi (lelaki) sedang mengikuti Diploma kejururawatan dan setiap semester mereka dikehendaki untuk menjalani praktikal di hospital swasta dan semester berikutnya di hospital kerajaan. Berulang2 begitu setiap semester.

    Menurut adik saya, di hospital kerajaan mereka perlu melakukan kerja seperti seorang "nurse" tanpa dipantau oleh nurse yang yang sebenar. Jadi bayangkanlah... untuk seorang pelajar kejururawatan yang segalanya baru pada mereka diarahkan membuat kerja tanpa dipantau. Tak masuk akal. Hospital kerajaan seolah2 memanfaatkan pelajar praktikal ni sebagai pekerja percuma yang boleh melakukan semua kerja tanpa perlu dibayar.

    Tapi menurut adik saya, di hospital swasta, setiap apa yg mereka lakukan, pasti ada seorang nurse senior yang akan memastikan setiap apa yg mereka lakukan menepati kriteria dan teliti. Malah selepas mereka menyelesaikan kerja, pesakit tersebut akan tetap diperiksa sekali lagi bagi memastikan rekod mereka sama dengan rekod yang dicatat nurse senior terbabit.

    Hakikatnya, itulah yang dihadapi oleh pesakit. Kalau la golongan majoriti di hospital kerajaan ini tak berubah sikap.... pesakit keluar hospital... bertambah sakit sebab didarabkan dengan sakit hati!

    BalasPadam
  6. Salam bro..

    nak komen sket lah..

    Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman peribadi, mmg ada yg masa kena tunggu queue lama, tp tak kurang juga dapat rawatan yang terbaik dari hospital kerajaan (Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya). Layanan yang baik dari petugas mahupun doktor pakar. Kadang2 nasib tak baik (sebab datang lambat) jadi kenalah queue lama sket (kalu pegi ke klinik kesihatan sbb sakit ringan). Kadang2 manusia ni dia lupe cermin diri sendiri. Bila kita bertanya/meminta bantuan tidak dengan nada yg lembut. Petugas/doktor juga manusia. bila penat, kadang2 diaorg pun boleh naik angin/bg layanan kurang mesra. X salah berbudi bahasa kan?

    BalasPadam
  7. Salam bro. While I will be seeing you this Saturday, allow me:

    1. Saya setuju dengan your explanation. Tetapi what we are trying to indicate ialah cara layanan hospital dan bukan kerana yang pergi tu En Mazidul. With all the bad comments about hospital service, your entry is truly an eye opener and hopefully ia akan jadik contoh kepada hospital lain.

    Ia bukan lagi satu tanggapan tetapi hakiki bahawasanya hospital adalah antara khidmat awam yang menerima kritikan hampir setiap hari. Dan apabila seorang personaliti televisyen hadir di hospital tu, tentunya ia menimbulkan reaksi 'high alert' di kalangan kakitangan.

    Contoh yang hendak saya berikan ialah pengalaman membawa adik saya ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru dan pengalaman mangsa samun di Gelang Patah tempohari.

    Saya setuju, kalau yang baik tu, kita pun perlu paparkan dan kita tak boleh cerita negatif sahaja, sebab itu adalah kesimbangan journalism.

    Dan saya amat setuju apabila bro pergi jumpa Penolong Pengarah Kanan hospital itu. Namun, adalah diharapkan beliau akan turut melayani setiap aduan dengan cara yang sama.

    Itu harapan kami. :) Seeya on saturday!

    BalasPadam
  8. Semua, saya dilatih menulis berlandaskan fakta, perasaan gembira dan duka saya catatkan bersama.Biar setiap laporan itu seimbang.

    Jika ke pejabat pos, saya beratur, di bank, saya beratur, begitu juga semasa membeli tiket wayang. Amat jarang saya diberikan layanan VIP hanya kerana nama saya Mazidul Akmal Sidik. Saya cuma ingin memberikan penjelasan.

    Rakan baik saya, blogger, Hazrey, di Johor jika parkir kereta di Hotel The Zon akan diberikan tempat khas, saya? Masih perlu memakir kereta di tempat diperuntukkan kepada semua pelanggan hotel.

    Nasib saya cuma lebih baik kerana mengenali Hazrey, jadi saya boleh diturunkan dan menaiki kereta besar miliknya di lobi hotel.

    Ice, saya tidak marah, usah berasa hati, hanya sekadar membela diri dan memperbetulkan beberapa tanggapan berhubung diri saya.

    BalasPadam
  9. Hazrey, flight from Subang, 7.15 am on Saturday.

    Sharmilah did agree on the fact that there are some black sheeps among the hosital employees.

    "Orang ini susah nak berubah, tarnish the image of the hospital," katanya.

    CheRamiche, sewaktu saya ke hospital semuanya diuruskan adik perempuan saya (hampir 2 hari) dan saya tidak langsung campur tangan. Saya hadir di lokai bebas dari tanggapan negatif. Namun apabila melihat ada perkara harus diperbetulkan demi kebaikan semua pesakit, I did interfere.

    BalasPadam
  10. huh panjang lebar pandangan masing2 mencungap saya membacanya... hehehe...

    tapi isinya padat saya suka...

    BalasPadam
  11. Yah, tidak salah berbeza pandangan, saling dibetul dan memperbetulkan.

    Terima kasih kerana sudi membaca.

    BalasPadam
  12. bro, mungkin ada salah faham dengan komen saya yang awal... bila saya tulis 'mungkin pasal bro mazidul ni satu malaysia yang kenal...' bukanlah untuk mengatakan sesuatu yang negatif tapi bila seseorang yang dikenali ramai tak kira lah apa pun kerjaya secara tak langsung dia akan dapat sedikit sebanyak layanan istimewa... bukan senang untuk kita nak berjumpa dengan pengarah, penolong pengarah & ketua jururawat macam tu aje... banyak pintu yang kena tembus dulu... kalo ada rezeki pada 13hb ni dapatlah kita berjumpa di FRIM nanti dan saya akan ceritakan kepada bro mazidul pengalaman yang saya tempuhi akibat dari kecuaian pihak hospital dari hari pertama anak kedua saya dilahirkan... saya redha dengan segala ketentuan Ilahi berkenaan anak kedua saya tetapi saya juga tidak mahu kecuaian seperti ini berlaku kepada orang lain... yang paling mengecewakan adakalanya teguran & cadangan kita itu dipandang sepi oleh pihak hospital... sekali lagi saya meminta maaf tapi percaya lah saya tidak pernah berprasangka buruk kepada insan yang bernama MAZIDUL AKMAL SIDEK atau sesiapa pun... peace no war & stay cool..!!

    BalasPadam
  13. Ice, stail kita mungkin berbeza. Jika saya berhajat menemui pengarah hospital untuk menyampaikan komen membina, saya akan berusaha.

    Jika dihalang pengawal keselamatan, saya reda sebab saya tahu mereka tidak mempunyai kuasa menggari atau memberkas selagi saya tidak mencederakan sesiapa :)

    Jika perlu saya 'langgar' saya akan langgar. Kemudian bersama tengok siapa bakal 'tercedera'. Kalau bukan saya, malang bagi mereka.

    BalasPadam
  14. ye laaa bro, saya pun banyak kali guna konsep terjah tapi bersopan kalau berurusan di jabatan kerajaan selepas kena tendang macam bola beberapa kali... cuma diharapkan konsep terjah ni tidak dijadikan budaya... takut lain plak yang jadi nanti

    BalasPadam
  15. Ice, itulah caranya saya berpeluang bertemu Penolong Pengarah Kanan terbabit.

    Bukan kerana saya Mazidul.

    BalasPadam
  16. Salam BRO MAZ..

    seronok saya melihat dan membaca setiap komen dan pendapat yang telus dan jujur, bukan mencari silap sesiapa.

    Setiap orang ada pengalaman berbeza dan juga serupa. Ada nasib baik tak terkena, ada yg nasib tak baik, wpun ke hospital berbayar mahal tapi tetap tak puas hati, sbb mentang bayar, nak perfect semua ikut cara dia saja, sampai lupa nak hormat tatacara dan budaya kerja orang lain.

    Benar. Saya sokong, betul membetulkan supaya seimbang. Bermain dengan tanggapan yang lebih cenderung negatif biasanya mempengaruhi pula orang lain yang membaca.

    Tapi rata-rata orang awam yang kurang mampu, pergi ke hospital kerajaan yg murah, lebih banyak diam dan redha dengan apa saja layanan atas dasar SEDAR DIRI..

    bak kata sorang kawan, "tak mampu buat cara tak mampu, jangan nak cakap banyak.." kesian kan..?d

    BalasPadam
  17. ICE... ya peace no war. Syabas

    Tapi I tetap nak sokong tang pengalaman yang U citer di bilik bersalin dan dialog yang U tulis "masa *** ..." memang dialog popular nurse terutama kalu kena sakit nak bersalin malam (tengah malam). Bukan saja saya pernah dengar, kawan2 lain pun citer yang sama.. uishhh tak bleh angkat muka tengok memek muka nurse yang mengucapkan dialog standard tuu..

    Tapi itu dulu la, 10 tahun dulu. Sekarang saya pasti, saya yakin segala tu semakin baik.. selaras dengan bilik bersalin HKL pun dah makin lawa... Lama dah tak kena tahan situ.. hehehe

    BalasPadam
  18. Bg pandangan saya, kita perlu ada sedikit pengetahuan dalam semua aspek baik selok belok hospital begitu juga dengan semua cara urusan di pejabat kerajaan.
    Dengan itu biarpun kita bukan selebriti atau artis, rasanya tidak mudah bg mereka untuk meremeh-temehkan hak kita untuk mendapatkan khidmat mereka...

    BalasPadam
  19. Menarik angat kisah hospital ni..mgkn antara semua kisah saya lagi dahsyat..2 tahun yg lalu bapa mertua kak saya sakit tenat,d masukkan ke hospital ( baru siap d bina dgr cerita bajetnya berjuta-juta dan lengkap) dlm masa sebulan d wad sakitnya tidak dpt di kesan oleh pihak hospital,tapi menurut pengamatan saya pak mertua kak saya tu kena kanser.Saya bagi tau dgn abg ipar saya tapi dia tak percaya.

    Selepas satu bulan di hospital,abg ipar saya membawa bapanya ke hospital Queen elizbth.Sampai kat sana d masukkan kedlm terowong pengesan kanser,sah-sah memang kanser,namun menyedihkan dlm 5 hari bapanya meninggal dunia. Selepai lebih kurang sebulan meninggal dunia, saya mendapat panggilan telefon dari pihak hospital minta memaklumkan penama ( bapa mertua kak saya tu )agar dapat pergi ke hospital keesokan harinya,kerana sessi pengesanan penyakit akan d jalankan.Masa tu saya memang betul-betul lost control,saya bagi tau kalau nak cari dia,pegilah ke kuburnya,dah sebulan dia meninggal,saya tanya apasal jadik begitu ?/pihak tu hanya meminta maaf dan meletakkan telefon..dahsyat bukan ????

    BalasPadam
  20. Sdr Mazidul;

    Tak dinafikan jika ada kabel & kalau kita ini kira VIP bukan VVIP akan boleh segera dibuat rawatan terapi.

    Seperti kes Batu Karang yang pernah menyerang saya, untuk buat temujanji Ujian Ultra Sound bukan mengambil sebulan dua; tiga ke enam bulan memang pasti; lantaran terlalu ramai yang perlu dirawat yang sama!. (Kecuali tenat amat; tak pasti tenat sebagimana?)

    Tetapi jika kita dilayan secara Kelas satu, kakitangan awam memang ada yang Kelas Satu & Kelas Dua layanannya. Tenguk di kad bersara saya memang tulis Wad Kelas Dua. Saya ingat lagi masalah yang sama berlaku kepada Pensyarah tempat saya berkerja; Dia ada rakan seorang Doktor Perubatan di hospital yang sama; tak sampai dua minggu pun terus buat ujian terapi & buah pembedahan & dapat Batu Karang-Karangan tersebut. (Lain batu karangnya kut!)

    Siap dia kata;

    "iDAN kalau awak nak cepat operate saya boleh kenalkan dengan kawan saya doktor.. bla .. bla.." saya menolak sebab mungkin iyer mungkin tidak! sementelah kita ini siapa!.

    Setahun setengah lebih saya menderita sakit batu karang; keluar masuk Wad Kecemasan. Kencing asyik berdarah!.

    Alhamdullah saya ditemukan dengan Dukun Kim Loy!; makan herba cina sekitar RM8 sebotol 100 pil; kurang lebih dua minggu tak payah pun buat pembedahan sampai sekarang sakit buah pinggang saya nampaknya okeylah!.

    BalasPadam
  21. Sememangnya tidak semua manusia 'perfect' 100%. Kadang-kadang ada yang baik, kadang-kadang ada yang kurang baik. Itulah di namakan adat resam dunia.

    BalasPadam
  22. Alamdulillah dah 3-4 kali saya di unit kecemasan Hospital QE Kota kinabalu dan rasanya perlu saya sebut layanan boleh dikatakan memuaskan mengikut papan Triage yg tertera di dinding..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.