Sabtu, Disember 26, 2009

Seksa Ayam Kampung

Di kiri, gambar ‘Ayam daging’ saya rakamkan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur, jam 8 malam tadi.

“Selalu, ayam bertelur dua tiga biji sehari. Ayam ini bertelur mungkin sebiiji sehari, itu pun kadang-kadang. Bila jarang bertelur, dia dipanggil ‘Ayam pencen’, “ jelas peniaga.

“Bila mula jarang bertelur, mesti ayam takut, takut kena sembelih, kan?,” usik saya.

Peniaga tersenyum.

Daging ayam pencen (kanan) amat liat dan sesuai dimasak rendang. Itupun daging terpaksa direbus berjam lama, jika tidak sukar hancur ketika dikunyah.

Berhampiran gerai menjual ayam sudah diproses, saya rakamkan gambar di bawah, ‘Ayam kampung’. Untuk rekod, harga Ayam kampung jauh lebih mahal berbanding harga Ayam pencen dan Ayam daging. Biarpun mencecah RM21 seekor, daging ayam terbabit dianggap ‘istimewa’, kurang lemak dan lebih enak.

Bagaimanapun, Ayam kampung hanya istimewa selepas disembelih dan dijadikan hidangan. Ketika hidup, ayam dikurung di dalam bekas besi beruang sempit bergelumang najis. Lihat, puluhan ekor terpaksa berasak-asak mencari ruang untuk berdiri pada posisi lebih selesa. Hakikatnya, sebelum dibeli pelanggan, ayam di sangkar dibiarkan tanpa makanan dan minuman.

Justeru saya terfikir, banduan (penjenayah kejam) beberapa jam sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati mandatori sekalipun wajib dihidangkan makanan terakhir mengikut permintaan mereka, ‘the last meal’. Samada mereka berselera menjamah juadah disediakan pihak penjara atau tidak, itu persoalan kedua.

Seperkara lagi, ramai aktivis memperjuangkan hak haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Sebilangan mereka sanggup berpiket jika mendapati hak haiwan dicabuli, malah tidak kurang menangis teresak-esak andai melihat haiwan sama dibunuh kejam.

Seperti anjing dan kucing, Ayam kampung juga makhluk ciptaan tuhan, mempunyai hak. Jadi, mengapa perlu diseksa ketika masih bernyawa? Sebelum dijadikan makanan manusia?

Mana suara aktivis? Kononnya memperjuangkan hak haiwan? Lebih penting, mana suara kita dalam hal ini?

Nota Kepada semua bloggers mempunyai masa terluang, kita berjumpa di FRIM, Kepong, Selangor di antara jam 10 pagi dan 2 petang hari ini.

12 ulasan:

  1. Salam Ukhuwah,
    Saya teringat satu kisah seorang Nabi Allah SWT melihat seekor cacing/ulat sedang bergerak dengan perlahan-lahan dan Nabi Allah berfikir dalam hati kenapa Allah SWT mencipta haiwan itu. Dengan Izin Allah SWT cacing/ulat itu berbicara walaupun aku hanya cacing/ulat aku sentiasa bertasbih pada penciptaku seribu kali waktu siang, seribu kali waktu malam. Kita?sebab itu kita harus menjaga nilai kehidupan haiwan apapun kerana ia kadangkala lebih baik daripada kita

    BalasPadam
  2. salam bro, maaf tak dapat menghadirkan diri ke 'FRIM' gath psl arini kena kerja... sampaikan salam saya kepada semua yang hadir nanti ye... tq..!!!

    BalasPadam
  3. he..23x b untuk dimakan...siapa yang tahu... ade yg xtahu halal ke x... tau makan je kat kedai...

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  4. Orang kita buat tak kisah saja dalam bab dera haiwan ni. Orang kita juga biasa jer kalau bab menipu, mencuri kecil-kecilan. Buat dosa pun biasa jer. Macam mengumpat, berjudi, khalwat dll.

    Tapi orang kita ni satu jer pantang, iaitu 'makan daging ayam tak sembelih' dan 'makan daging babi'. Itu memang pantang.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Saya memang cepat terusik kalau binatang diperlakukan dengan kejam. Mudah tersentuh. Kalau binatang kena langgar kereta (especially kucing) satu hari akan dok teringat2....

    Saya tgh masak mee goreng untuk potluck arini... sempat plak masuk blog bro. Doakan saya tak sesat. Pakai redah je ni, tengok map pun masih tatau kat mana.

    BalasPadam
  6. Salam BRO MAZ..
    ayam kampung paling sedap tentulah di TPC Kg Baru.. Yummyyy..!!

    BalasPadam
  7. Ayam kampung liat..
    Daging tak banyak..

    Walaupun jadi makanan manusia, kena juga layan elok-elok..Itulah, kadang-kadang manusia ni selfish..


    http://cikguaziz.blogspot.com/2009/12/perempuan-pakai-legging-adalah-stupid.html

    BalasPadam
  8. Yang sebenarnya ayam kampung adalah lebih sihat dan baik untuk di makan. Kenapalah di perlakukan sebegitu. Peniaga ni pun satu hal. Letaklah dalam bekas yang besar. bukan susah sangat..

    BalasPadam
  9. Teringat zaman2 70an dulu mana ada ayam daging semua nya ayam kampong.Nak makan ayam terpaksa lah berkejar kejaran terlebih dahulu,ayam kampong ni pulak begitu tangkas dan licik aksinya.Pendek kata kalau ayam ni tidak dikurung seawalnya sudah pasti satu gerakan pengepongan perlu dibuat,macam nak tangkap PATI lah gitu...tapi sudah pasti nya ayam2 ini tidak mengalami penderaan emosi sebab mereka hidup bebas..

    BalasPadam
  10. MANA PEGI AKTIVIS? EMMM, AKTIVIS PUN MAKAN AYAM SO DIORANG PEJAM MATA AJE LAH.

    BalasPadam
  11. salam, agak-agak ada tak antara ayam penyek yang dijual tu antaranya ayam lenyek??? Peniaga hendaklah bertanggungjawab, tanggung dosa mereka yang makan dan tak tahu ia haram...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.