Isnin, Februari 14, 2011

Kru 999 Masuk Dapur

Memang kami kerap melihat mayat dan membikin liputan berhubung kes penyalahgunaan dadah dan pelacuran.

Maka pengisian kerjaya kami tidak begitu indah. Ada waktunya kami berpanas dan berhujan tanpa mengira waktu tengahari, malam mahupun subuh.

Hari ini pengisian itu berbeza.

Jam 1.55 tengahari tadi, saya, penerbit 999, Shahnun Hanif, pengacara, Hazlin Hussain dan wartawan, Khairil Aswad tiba di Universiti Putra Malaysia, di Serdang, Selangor.


Kami bertemu rakan sewaktu saya menuntut di Miami, Florida, Amerika Syarikat, kini pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Mohidin Othman, 52 tahun.


Tiada temubual dirakamkan bersama ayah kepada 2 anak lelaki itu. Kami hanya melakukan lawatan secara tidak rasmi, tidak lebih daripada itu. Kenalan saya temui pada penghujung tahun 80 an itu kini bergelar Dr. Mohidin, tenang bersembang bersama Hazlin.


"Jom kita pi makan. Naik kereta I sahajalah, nanti susah nak keluar masuk," ujar pensyarah itu dalam loghat Kedah.


Lalu kami bergerak ke Kompleks Perkhidmatan Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Sebaik tiba, Hazlin mendahului kami semua, dia kelihatan ceria.


Tengok, kerana mereka berjalan terlalu pantas, Dr. Mohidin terpaksa menunggu saya, photographer di muka pintu D' Apprenti@Putra Restaurant.


Terima kasih!


Lihat pilihan makanan, Hazlin kini on diet.


Oh Yeah! Kek pisang bersalut cokelat! Menu untuk orang 'berdiet'.


Aswad tanpa ragu-ragu memesan makanan berikut ...


Lamb Chop.

Manakala Shahnun menjamah Chicken Chop.


Pilihan saya? Nasi putih dengan rendang daging.

Selera orang kampung ...


"Let me introduce you dengan chef, dulu dia kerja dengan Shangrila Hotel," ujar Dr. Mohidin.


Chef Abdul Kadir Razak, 45 tahun, pernah menuntut bersama Dr. Mohidin ketika di sekolah menengah di Jitra, Kedah.

Kadir berkongsi cerita bersama kami.

"Di Jepun, ada lembu special, lembu di massage, minur beer. Daging lembu dipanggil Kobe Beef, antara daging lembu termahal di dunia," ujarnya.


Berikut sedikit maklumat berhubung Kobe Beef.

'Kobe beef steaks are in such demand because of the wonderful rich flavor they have. These steaks have been known to melt in ones mouth, literally. Kobe beef is much more flavorful than other steaks and is so tender that often no sharp knife is needed. It has a velvety smooth texture which cannot be found in any beef on the market'

Harga 1 pound Kobe Beef, US200 atau kira-kira RM600 dan steak nya hanya dihidangkan di hotel 5 bintang terpilih di seluruh dunia.

Chef Kadir kemudian membawa kami melawat pelbagai ruang di kompleks terbabit antaranya dapur basah, dapur kering dan ruang demonstrasi memasak.


"Oven ini boleh masak dengan pelbagai cara, kukus, panas, bakar, harganya RM45,000," ujar Chef Kadir.


Girls will be girls! Di dapur sekalipun sempat bergaya ...


Lazimnya kami membuat liputan operasi pihak berkuasa memberkas 'ayam' dari Vietnam, China dan Indonesia. Di sini kami ditunjukkan kaedah mengikat ayam bagi memastikan bahan dimasukkan ke dalam perut ayam terbabit tidak terkeluar sewaktu dimasak.


 "Awat ketaq (menggigil)," usik Hazlin.

"Ish! Memang lah, bila 999 tengok, siap ambil gambar lagi," ujar kakitangan bertugas.


Terfikir, jika dipertemukan jodoh, barangkali pasangan Hazlin wajib menjadikan pinggan antara barangan hantaran.


"Lin suka pinggan," ujarnya sambil tersenyum.

Wartawan itu mendakwa pandai menyediakan ayam masak lemak tetapi selepas setahun bertugas bersama kami ...

... hanya maruku masakannya pernah dibawa ke pejabat untuk dihidangkan kepada rakan setugas. 

"Nanti datanglah ke rumah, Lin masaklah," ujarnya memujuk.

Jam 3.33 petang kami dibawa ke D'Apprenti Deli, melihat kakitangan premis terbabit  membuat demonstrasi menghasilkan kopi berhias.


Tonton filem Green Hornet, kini ditayangkan di pawagam, pembaca akan tahu, penyediaan secawan kopi enak dan berhias rajah daun, antara isu signifikan disentuh di dalam filem terbabit.

"Hujung minggu kita ajar orang luar memasak 4 menu dalam kos separuh hari dengan bayaran RM180," jelas Chef Kadir.

Mewakili kru 999, terima kasih di atas cendera hati diberikan.


Tidak lupa untuk saya merakamkan sekalung penghargaan kepada dekan fakulti, Prof. Dr. Mohd Yazid Abd Manap kerana sudi beramah-mesra dengan kami.


Bro Mohidin, thanks for the opportunities!

8 ulasan:

  1. yummy!
    tapikan, UPM bkn kat serdang ke?
    UKM yang kat bangi :D

    BalasPadam
  2. Waaa...

    Banyak gambar yang dikongsi kali ni...

    BalasPadam
  3. Sakan depa...

    Mengaji sampai Miami, Florida.Ada kawan Doktor pula.

    Isk...bertuah badan.

    Terima kasih utk foto eksklusif dari dalam UPM. Boleh jugak abg yg tak pernah masuk Universiti ni tengok apa yg ada di sana.

    BalasPadam
  4. "Hujung minggu kita ajar orang luar memasak 4 menu dalam kos separuh hari dengan bayaran RM180," jelas Chef Kadir.
    ada lebih info mengenai kelass memasak ni?

    BalasPadam
  5. Terliur sudah.. mana nak carik makanan memalam ni..kekekeke

    BalasPadam
  6. salam..terasa bangga bile jadi student dr mo & penah belaja dengan chef kadir..
    mereka sangat2 bes

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.