Sabtu, Julai 16, 2011

Masjid 70 Tahun

Perhatikan pagar di bawah ini.


"Memang ada pihak nak gantikan pagar baru tetapi saya nak kekalkan. Pagar solid lagi, sejak mula dibina tak pernah diganti," ujar Hj Ridzwan.

Hj. Ridzwan Idris, 77 tahun, Pengerusi Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan di Bangi, Selangor dan pernah menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur, ketika bujang.

Masjid Jamek Alam Shah dibina pada tahun 1941, maksudnya pagar itu berusia 70 tahun. Barangkali tidak ramai jemaah mengetahui fakta itu. 

Mungkin papan tanda berikut juga menggambarkan usia sebenar masjid itu, perkatikan susunan ayat dan ejaan 'mesjid'.


Sewaktu merakamkan gambar pagar sebelum solat Jumaat semalam, saya terserempak orang kampung, Nordin Mahiram.

Arwah ayahnya berketurunan Mandailing, bekas pemilik kedai runcit pertama di kampung saya. Nordin, pekerja di Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Berkebetulan Pengarah Urusan syarikat terbabit, Izham Yusoff, kenalan baik saya sejak berusia 20 an.

Apapun, saya tertarik dengan keupayaan memori Hj. Ridzwan, biarpun berusia hampir 80 tahun ingatan beliau masih jelas.


"Dulu masjid ini boleh memuatkan kira-kira 800 jemaah, kecil sahaja. Jadi setiap kali bila sembahyang sunat Hari Raya, kita bentang tikar di padang depan masjid. Masa tahun 1957, umur saya 20 tahun, dah jadi cikgu di Gurney Road School, mengajar Bahasa Melayu," jelas beliau.


"Masa dibina dulu, kubah kuning tu tak ada, menara (minerat) tu sahaja," tambah beliau.

Menurut Hj. Ridzwan, sejak dari zaman awal merdeka, majoriti mereka menunaikan sembahyang di masjid itu, kakitangan kerajaan bertugas di pejabat  di kawasan sekitar.


Senaskah Al-Quran dijual dengan harga RM30 manakala 3 naskah Muqadam, RM10 sahaja. 


Pisang? Percuma, disedekahkan jemaah hadir di masjid terbabit. Selain penduduk tempatan, warga asing juga gemar makan pisang.

12 ulasan:

  1. Bro Dol, syukur dan bangga. Inilah perhimpunan memBERSIHkan hati dan jiwa yang sepatutnya kita selalu hadiri. Seminggu sekali, atau kalau ada kemampuan masa lima kali sehari. Makanan jiwa dan roh.

    Bro tengah produce dokumentary Kemerdekaan Negara ye? Mesti best ni.

    BalasPadam
  2. Malangnya kawasan sekitar dipenuhi kupu2 mlm & chinese doll, ianya mencemarkan kemuliaan masjid tersebut, diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan...

    BalasPadam
  3. Bangga2...dulu masa kecik bersekolah berhampiran masjid ni (di sek keb jalan pasar)selalu naik menara masjid tu...masa tu rasa mcm tinggi jee..mcm2 kenangan masa di masjid ni..pernah pitam masa smbyg jumaat maklumlah bersembahyang bwh terik matahari masa remaja dulu X cukup tempat teduh selalu sesak. Kat bilik yg ber air-cond tak rasa air-condnya sebab sesak sgt & selalu bising maklum ramai budak2 walaupun dh di beri peringatan olih bilal masa smbyg jumaat tetap riuh. Tak sangka masjid ni rupanya dh jadi masjid antik. Semoga terus kekal menjadi tatapan warisan anak2 di kemudian hari.

    BalasPadam
  4. Salam Mazidul, komen @Mustakim haruslah dipertimbangkan..

    Menarik sungguh jika bro brserta para krew sekalian buat review masjid2 pra kemerdekaan seluruh Malaysia..rtimbangkan..

    Menarik sungguh jika bro brserta para krew sekalian buat review masjid2 pra kemerdekaan seluruh Malaysia..

    BalasPadam
  5. rindunye kat masjid ni. ni la tmpt aku tadika time dok kl dlu..

    BalasPadam
  6. dekat ngan masjid ni..ada kedai sup yang sedap...kedai sup sururi..klu hari jumaat..makan kat situ..lepas tu gi solat jumaat...

    BalasPadam
  7. ada sebuah masjid kayu lama di luar KL yg penuh misteri...saya lupa nama masjidnya...tapi masjid itu pun menyimpan seribu satu misteri~

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.