Ahad, Julai 10, 2011

Mengapa R. Kalimuthoo Wajar Dibantu?

Dia kelihatan terlalu uzur, tangan kirinya menggeletar tanpa henti dan dia mengadu kakinya tidak mampu untuk digerakkan secara sempurna berbanding sebelum ini. 

"Dia unik bang, Malaysia sudah ada 6 Perdana Menteri, dia masih ada lagi," ujar menantunya, Sundram..

Pantas saya merakamkan wajah lelaki itu.


Kini dia berusia 86 tahun dan untuk rekod, dia bukan bekas artis tersohor atau ahli perniagaan berjaya.

Namanya R. Kalimuthoo, dilahirkan di Estet Paya Rumput, Alor Gajah, Melaka pada tahun 1925.

"Tarikh lahir uncle bila?," soal saya sewaktu duduk di sebelahnya.

Agak lama dia berfikir dan kemudian tersenyum.

"Sudah tualah, tak ingat," ujarnya.


Setiap kali saya mengajukan soalan kepada ayah 16 anak itu, jawaban dilontarkannya kerap tersasar.


Warga emas itu kini tinggal bersama anaknya di Pangsapuri Seri Jinjang, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur. Beberapa kali ahli keluarganya berbahasa Tamil cuba memberikan panduan untuk dia menjawab pelbagai soalan saya lontarkan.

Saya kemudian memegang bahu Sundram dan berkata ...

"Tak apa, dia sudah tua, bukan semua dia ingat. Kita pun bila tua nanti, macam itu juga" 


"Take the bag for me please," katanya berulang kali kepada ahli keluarga.

Untuk rekod, Kalimuthoo amat fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Setelah beg dipinta dikeluarkan dari bilik berhampiran, pantas kru saya mengeluarkan kandungan beg terbabit.  

Selain jurukamera, Ahmad Fadillah Abd Aziz, liputan dibantu Shaikh Ahmad Fauzi Shaikh Said dan wartawan pelatih Mohd Izzul Iswat Mohd Azman (kiri).


"Beg itu is just like full of  jewelleries to him, so precious," jelas menantunya. . 
 

Saya faham, pada usia hampir satu abad, dia kini dimamah zaman. Tubuhnya lemah, telinganya kurang mendengar manakala matanya semakin kabur, tidak seperti sewaktu gambar di bawah dirakamkan di rumah di Jalan Ayer Rajah, Pulau Pinang.


"Dulu masa saya kerja (sebelum tahun 1957), gaji 60 ringgit satu bulan tetapi masa itu 60 ringgit sudah banyak," katanya tenang.

Dia bersara sebagai kakitangan kerajaan pada tahun 1990.


Kini Kalimuthoo uzur dan ternyata tidak hidup senang, jauh sekali mewah, dia sekadar menumpang belas di rumah anak sulungnya, Bala. Namun di sepanjang temubual, tidak sekalipun dia menyuarakan kisah kesukaran dan keperitan hidup dilaluinya sebagai pesara.

"Sekarang saya dapat pencen RM480 sahaja," katanya.

Saya difahamkan, Kalimuthoo tidak makan nasi, dia gemar menjamah hidangan roti dan keju, hidangan kegemaran bekas majikan, 21 tahun telah pergi meninggalkannya.

Siapa Kalimuthoo?

Untuk mengetahui identitinya, bersama kita teliti antara kandungan beg, khazanah amat berharga buat dirinya. 

Sila klik imej di bawah, imej dirakamkan oleh Mohd Izzul Aswat. 


"Saya mula mula jadi pemandu official Tunku masa umur 18 tahun, gaji RM400, tahun 1943 dan bersara selepas Tunku meninggal dunia, tahun 1990. Tunku orang baik, dia memang tolong semua bangsa, Melayu, Cina dan India. Kemana Tunku pergi, saya mesti bawa dia dan jaga dia. Sebelum saya dapat lesen Revolver, Tunku bagi saya pegang senjata, bila dia keluar dari kereta. Saya cakap, Tunku, saya tak ada lesen, dia cakap, tak apa, saya ada," jelasnya.


Kalimuthoo kemudian diberikan lesen memiliki senjata api pada tahun 1970 untuk menjaga keselamatan Tunku secara rasmi.


Tidak terpancul dari mulutnya untuk menuntut anugerah 'Datuk', jauh sekali 'Tan Sri' tetapi tidakkah wajar sewaktu dia menghabiskan sisa hidupnya, Kalimuthoo dibantu? 

Dengan pencen RM480 diterima sebulan, mampukah dia dirawat secara sempurna dan hidup lebih selesa?


Sebelum ini Kalimuthoo menyewa rumah di Kulim, Kedah dan pernah menyuarakan hasratnya untuk memiliki rumah sendiri.


Terfikir, jika Perdana Menteri Malaysia pertama mengakui ketaatan Kalimuthoo sebagai pemandunya selama 47 tahun, tidakkah kerajaan terkini terbuka hati untuk menunaikan permintaan Kalimuthoo?

Barangkali itu permintaan terakhirnya sebelum dia menutup mata sekaligus membawa bersama sejarah kemerdekaan negara sentiasa abadi di dalam jiwanya.


Jam 6.30 petang tadi, jiwa saya terusik syahdu, ketika mendengar Kalimuthoo melaungkan 'merdeka!' dengan bersemangat sebanyak 3 kali. Perkataan keramat pernah dilaungkan majikannya, Tunku Abdul Rahman, 54 tahun lalu di Stadium Merdeka.


Sila sebarkan tampalan ini, semoga ada pihak membuka mata sekaligus menunaikan permintaan Kalimuthoo.

Terima kasih.

NOTA

Jam 11.30 pagi tadi, saya menghubungi Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Nurul, berhubung kebajikan Kalimuthoo.

Saya dimaklumkan, kes ini akan diberikan perhatian.

"Kita akan hantar pegawai untuk meneliti kes ini. Kakitangan kerajaan mendapat bekalan ubat secara percuma. Barangkali kita boleh melihat dari sudut jasa dia (Kalimuthoo), sebelum ini kepada kerajaan untuk bantuan disalurkan," kata pegawai terbabit.

Beliau juga berjanji akan memaklumkan saya berhubung status dan perkembangan terkini kes ini.

31 ulasan:

  1. seorang yang sememangnya penuh dengan pengalaman emas.

    BalasPadam
  2. Salam bro Mazidul,

    Izinkan saya copy paste tampalan ini ke blog saya rusliesophian.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. SMTI

    saya kongsikan artikel ni di facebook. 47 tahun berkhidmat dengan Tunku Abdul Rahman, mesti dia rapat dengan Tunku..

    BalasPadam
  4. sedih. dulu nilai rm60 tu sangat bernilai. sekarang pencen rm480, cukup2 utk makan dan mungkin tak cukup utk perubatan kan..

    BalasPadam
  5. PENGALAMANNYA UNIK DAN TAK SAMA DENGAN MANA-MANA ORANG DI MALAYSIA. WAJAR DIA DIBERI PENGHARGAAN..

    BalasPadam
  6. Saya rasa terharu dengan tampalan ini...mungkin bagi sesetengah orang jasa beliau tidak seberapa...bagi saya, jasa beliau sungguh besar setanding malah mungkin lebih besar dari yang bergelar dato' dan tan sri...beliau tidak wajar dibantu tetapi sangat perlu dihargai....

    BalasPadam
  7. smti.....syahdu tapi bangga...antara rakyat malaysia yg setia....kita? errmmm.....

    BalasPadam
  8. Salam Abg Mazidul ...tima kasih kerana ada lagi insan sebelum merdeka yg tahu erti kepayahan mer-MERDEKA kan negara kita .... izinkan sy share tampalan tuan ke Blog sy
    http://asong-photosniper.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Salam....

    Saya support entri nieh... 47tahun bukan suatu masa yang pendek...

    Walaupun beliau tidak berbakti secara langsung untuk Malaysia... tapi beliau telah berbakti kepada Perdana Menteri Malaysia yang pastinya beliau harus menghantar Tunku untuk urusan rasmi negara...

    Its way long overdue...

    BalasPadam
  10. smti,

    terima kasih atas satu lagi info berguna..

    semoga bantuan utk Uncle Muthu dapat diberi sebelum dia 'menutup mata'...

    BalasPadam
  11. smti,

    terima kasih atas satu lagi info berguna..

    semoga bantuan utk Uncle Muthu dapat diberi sebelum dia 'menutup mata'...

    BalasPadam
  12. smti,

    terima kasih atas satu lagi info berguna..

    semoga bantuan utk Uncle Muthu dapat diberi sebelum dia 'menutup mata'...

    BalasPadam
  13. terharu...

    semoga ada pihak berkenaan yg membuka mata sebelum beliau menutup mata...

    terimakasih atas info dari khazanah
    bumi merdeka...

    BalasPadam
  14. MENAGIS SAYA MEMBACA KISAH INI
    ..
    BELIAU ADALAH SEJARAH YG MASIH HIDUP
    HARGAI LAH BELIAU.
    BANTULAH SEJARAH INI.

    BalasPadam
  15. Memang beg itu berisi permata dan khazanah yang tak ternilai...

    Teringat saya pada pasukan tentera yang dihantar ke Congo pada zaman 60an dulu.. masihkan diingat?

    BalasPadam
  16. SMTI
    Salam bro Mazidul,
    Izinkan saya copy paste tampalan ini ke blog saya roulan.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. Saya membaca semua komen anda.

    Terima kasih kepada pembaca sudi copy-paste tampalan ini agar dapat dibaca lebih ramai rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  18. SMTI, bloglist telah di rombak ker? Sedihnyer lihat greenappleku dah tak tersenarai dalam blog mazidul ni. :( walauapa pun saya tetap menghargai jasa mazidul kerana sudi meletakkan blog saya suatu ketika dahulu. :)

    BalasPadam
  19. SMTI, Kami semua sangat sempati dan jasa En Kalimuthoo mengawal Tengku amat besar, tapi kalau En Kalimuthoo diberi tempat dalam blog En Maz saya mencadangkan wajar juga perajurit Askar Melayu Diraja yang menentang komunis mempertahankan Negara di beri ruang sempati didalam blog ini.

    BalasPadam
  20. Semangat kemerdekaan masih lg utuh..w/pn Tunku da xde..

    gud job bro..

    BalasPadam
  21. Sungguh terharu dengan beliau.. besar sumbangan beliau, bukan setakat pemandu, malah bodyguard kpd PM pertama negara...

    memang beliau patut dibantu..

    izin saya pinjam link..

    BalasPadam
  22. SMTI.

    sepatutnya saya komen entri selepas ini tapi tertarik dengan yg ini pula.

    terharu saya membacanya.

    BalasPadam
  23. semoga en.kalimuthoo berjaya capai impiannya itu.kerajaan inilah masanya nak penuhi slogan anda..kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat.

    BalasPadam
  24. BELIAU TELAH PUN MENINGGAL DUNIA SEMALAM 27 NOVEMBER. KADAR PENCEN BULANAN DITETAPKAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG PENCEN 1980.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.