Selasa, Julai 07, 2009

14 Aduan Kerap Diterima

Berikut antara aduan kerap dikemukakan kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS, mengikut priority.

1. Bilangan pendatang asing tanpa izin terlalu ramai hingga menggugat keselamatan masyarakat tempatan.

2. Mesin judi ‘on-line’ terlalu banyak, pelanggan majoriti Melayu, tua dan muda.

3. Menerima SMS kononnya menang hadiah lumayan ditawarkan Power Root dan syarikat operator telefon.

4. Penagihan dan pengedaran dadah.

5. Penjualan cakra optik cetak rompak, CD, VCD dan DVD secara terbuka.

6. Pelacuran secara terbuka atau tertutup.

7. Ditipu syarikat ‘pelaburan’ akhirnya pelabur berputih mata.

8. Kegiatan mencuri pasir sungai dan lombong.

9. Khalwat pasangan warga asing diadukan warga asing sendiri.

10. Kehidupan orang daif terbiar.

11. Ketiadaan kemudahan awam, jalanraya, bekalan air dan elektrik di kawasan pedalaman.

12. Tidak pasti dalam memilih pasangan biarpun sudah bertunang.

13. Ahli keluarga tidak memulangkan wang dipinjam, minta menjadi orang tengah.

14. Ingin berkenalan 

* Aduan atau topik cadangan boleh dihantar ke hotline 019 2345-360

21 ulasan:

  1. semua ni masalah2 yang membelenggu rakyat dan negara kite sekrang ni..

    BalasPadam
  2. salam mazidul...yang second last dan yg last paling buat saya tetiba tergelak

    BalasPadam
  3. Yg bilangan PATI terlalu ramai tu saya setuju sangat...rimas la kalau nak pergi mana2...pakaian diorg pun kdg2 selekeh dan menyakitkan mata...

    Terima SMS kononnya menang hadiah tu pernah saya terima tapi saya buat x layan je...ada dengar yg buat SMS ni warga asing...

    BalasPadam
  4. Apabila Bro datang & buat ulasan tentang sesuatu isu dalam 360 @ 999 baru orang ramai puas hati kot. Sebab tu ramai yang melaporkan kepada bro tu.

    BalasPadam
  5. Bro Mazidul, sape yang nak berkenalan tu?? Lelaki ke perempuan?? :)

    BalasPadam
  6. Bro Maz

    no 12, 13 dan 14 memang kelakar la...

    Masalah Yang dikemukakan adalah hampir sama di seluruh Negara negara asia...

    he he he

    BalasPadam
  7. Ni Mas DOL sengaja buat lawak...rasa senyum sorang2. Anyway...blhle pasang cawangan lagi. remaja? x sangka Mas DOL masih "laku" lagi.

    Ada satu permintaan;
    Boleh siar topik pasal perlembagaan Malaysia kat ruangan bro tak? To be specific, tajuknya: " Boleh tak YDP Agong memecat Perdana Menteri...sila beri pendapat?

    BalasPadam
  8. Astroroy, tajuk terbabit telah diulas Tun Mahathir di blog beliau, sila rujuk.

    BalasPadam
  9. Baru nak mintak tuan jenguk kawasan pedalaman di Sri Aman, Sarawak...Dah ada dalam senarai tu tak pa (no.11). Harap dapat menjengah Kampung Tanjung Bijat. Bepuluh taun tetap mcm tu...kemudahan air bermasalah...jalan pun bermasalah....24km perjalanan 50minit...kelajuan maksimum 40km/j. Lebih dari itu membahayakan kesihatan diri....

    BalasPadam
  10. adoi la..awat no 14 pon ada gak???

    aiii..ada gak org gatai mcm ni nk brkenalan ngn abg mazidul yea...

    rupenye ni pn trmasuk dlm mslh rkyt...

    wahuhauhauahuaha

    BalasPadam
  11. 12,13 & 14 tu lawak giler..:)

    tang berkenalan tuu..caiyok ler en mazidul masih ade market value heheh.. :D

    dia teringin nak fofular gak kot :)

    BalasPadam
  12. Saya tahu, cuma nak dipanjangkan dalam ruangan awak, suapaya ramai yang alert. TQ

    BalasPadam
  13. bro,bila 360 nak bersiaran pasal tajuk > Komuter KTMB - Apa Jadi? masih tertunggu-tunggu...

    BalasPadam
  14. susah btol nak cakap sekarang nih....kalau buat operasi, selang sebulan ade balik kedai kude nih semua...sy pernah berkunjung ke kedai kude ni kat area gombak...bayangkan yg ramai melayu...berhabis ratusan ringgit..lebig baik buat modal bukak burger....
    btol tak bro Mazidul??
    hak3..

    BalasPadam
  15. tang nak berkenalan tu yg tak tahan tuh.,. hahaha mantop bro kita nih.. ekeke

    BalasPadam
  16. hapuskan masalah no 1..aman sedikit...
    apakata semua TV,,media electronik, media masa fokus kebanjiran warga asing..

    BalasPadam
  17. isu pendatang tanpa izin mmg makin parah..
    sedih mengenangkan nasib malaysia suatu hari nanti jika ini berterusan.
    adakah kerajaan tidak sedar.?
    mungkin kerajaan sedar, tetapi mereka tidak dapat buat apa kerana penguatkuasaan yang lemah..

    BalasPadam
  18. Banyak perkara anda telah kemukakan.
    Saya harap sekali sekala anda ulangni cerita anda dengan menghubungi Kementerian berkenaan, apakah bentuk tindakan yang mereka telah ambil. Ini kerana Ketua Jabatan tidak mengambil heran persembahan suci anda kerana mereka adalah Big Napoleon, tak siapa boeh tegur atau mengambil tindakan keatas mereka

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.