Ahad, Februari 06, 2011

Saya Angkat Kamera, Dia Angkat Senapang


Gambar di bawah saya rakamkan pada 30 Jun 2010.


Apakah signifikannya gambar di atas? 

Ketika rakaman dibuat, saya, wartawan Majalah 3, Nurul Fariha On  serta 3 kru sedang ditahan pegawai dan anggota Majlis Keselamatan Negara Mesir di Al-Arish, kira-kira 5 jam perjalanan dari Kaherah.

Kamera video dan semua telefon bimbit kami dirampas.

Mujur saya sempat menyembunyikan kamera digital Canon G9 di dalam poket namun untuk merakamkan visual sempurna di dalam balai polis terbabit, mustahil. Setiap gerak-geri kami diperhatikan. Bercakap sesama kru dilarang biar pun langsung tidak mengganggu perbualan telefon dan perbincangan anggota polis duduk kira-kira 10 meter dari kerusi panjang, lokasi kami duduk hampir 2 jam. 

Ketika itu terlintas di fikiran, masih berpeluangkah lagi kami bertemu keluarga dan rakan di Malaysia?

Difahamkan, sebelum kunjungan kami ke Mesir, pelajar Malaysia berada di lapangan terbang bersama isteri dan anak, ditahan dan dipenjarakan mengikut ISA versi Mesir. Mengapa? Kerana dia dikatakan berhubung dengan kumpulan tidak disukai pemerintah, Presiden Hosni Mubarak. Hanya keluarganya dibenarkan pulang ke tanah air. Malah saya dimaklumkan tiada siapa mengetahui lokasi dia dipenjarakan sebelum dibebaskan.

"Tengok lah polis dia pegang senapang tu," ujar Fariha perlahan.

Saya menjeling ke arah polis muda, saya anggarkan berusia awal 20 an itu, duduk kurang 2 meter dari kami.

"Bukan ada magazine pun senapang dia," bisik Fariha lagi.

Saya tersenyum, ketawa 'diharamkan' di balai polis tanpa kipas, jauh sekali penghawa dingin.

Setelah passport diperiksa, kami dibebaskan. Sebaik keluar dari kawasan balai, saya cuba merakamkan gambar balai polis bak bangunan musnah dibom itu. Malangnya, sebaik saya mengangkat kamera, anggota polis berkawal di pintu keluar mengangkat senapang dan menghalakannya ke arah saya.

"La!! La!!," jeritnya.

Bermaksud 'Jangan! Jangan!'.

Tidak bermaksud menjadi a losing hero, saya simpan kembali kamera di tangan ke dalam beg sandang.

Setengah jam kemudian, kami singgah di restoran terkenal di Al-Arish untuk makan pada jam 3 petang. Syukur semua masih mampu mengukirkan senyuman.

 
Kini, berikutan pemberontakan berlaku, hemat saya, rakyat Mesir tidak mampu tersenyum seperti kami,  termasuk semua pegawai dan anggota pihak berkuasa menahan kami tanpa belas.

12 hari makan roti, sayur dan daging keras ...


Arrrrrrghhhh!

Untuk melihat koleksi gambar di Mesir saya rakamkan, sila klik di sini.

12 ulasan:

  1. Salam bro,

    Saya respect bro! Itu satu pengalaman yang tiada nilai harga...!!

    Kata orang, duit boleh kita cari. Tapi nak cari pengalaman...tidak semudah itu!

    BalasPadam
  2. Bro Ruslie, macam memandu 4x4 juga lah. Pengalaman dimiliki bukan hak semua orang.

    Mereka telah menempuh pelbagai halangan dan cabaran menjadi lebih dewasa dari aspek pemikiran dan tindakan.

    BalasPadam
  3. ...tentulah ketika itu, terasa nilai nyawa begitu mahal..

    nilai kasihsayang dan ingatan pada keluarga tidak terhingga kuatnya.

    melihat negara sendiri bagai suatu barang yang perlu dipelihara..

    kerana negara orang, hujan emasnya langsung tak boleh nak diguna gadai..hehehe

    Bila Mak Tarzan Membebel...

    BalasPadam
  4. Terfikir seketika bagaimana Malaysia pernah gempar ketika zaman Reformasi Anwar Ibrahim. Namun, langkah drastik kerajaan, Alhamdulillah, berjaya membendung kejadian lebih teruk berlaku.

    Terfikir juga, kita berada di sebuah negara yang aman tenteram, merusuh & demonstrasi bukanlah cara/budaya kita apabila mahu memberitahu tentang sesuatu, tapi, kenapa terdapat segelintir yang SGT suka menjadi monyet2 demonstrasi.

    Tidakkah kita punya saluran penyampaian maklumat yang sepatutnya?

    Apa pun, keberanian Abg Mazidul & rakan2 sgt sy kagumi! Tahniah bro!

    P/s: Semoga Malaysia aman sejahtera & dirahmati Allah selamanya!

    (KLIK) Anda Boleh Berniaga Secara PERCUMA di Setempat.com !

    BalasPadam
  5. Mazidul angkat kamera, dia angkat senapang...

    Abg angkat tangan laa !

    ok serius :: TWO thumbs UP !!

    Emm... (Tak boleh nak komen apa-apa...)
    Terlalu mahal pengalaman anda itu...

    BalasPadam
  6. Itupun masih ramai yang tak mengharagai negara sendiri...nak sangat negara kita ni jadi macam mesir agaknya

    BalasPadam
  7. satu pengalaman yang tiada nilainya jika dibandingkan dengan wang ringgit...

    http://irdinailham.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Hai orang se hebat dan se berani macam Saudara Mazidul ni pun kecut juga dihalakan senapang, takut juga mati yea? Ha ha ha..
    Jangan marah no?

    BalasPadam
  9. biasa la tu prosedur tentera dan polis..

    sama juga seperti polis dan tentera malaysia melayan warga asing.. tidak pasti bersalah atau tidak.. ditangkap untuk langkah berjaga2.. kan selalu ikut polis tangkap pendatang..

    nasib baik xde kru 999 versi mesir yang amik video pastu tanye soalan ntah apa2..hehe..

    BalasPadam
  10. Nota Fikir, what a joke! Sorry, it's NOT funny at all.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.