Jumaat, Disember 20, 2013

GURU IBU 6 ANAK DAN LELAKI PAKISTAN DITUDUH MERAKAMKAN FILEM LUCAH

Pasangan terbabit mengaku tidak bersalah ketika dituduh di Mahkamah Majistret di Melaka.

Guru Penolong Kanan terbabit, Lizah Buang, 49 tahun, memohon wang ikat jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan dia menanggung perbelanjaan enam anak. Pasangannya, Usman Ali Liqat, 27 tahun dijamin RM10,000 dan perlu melaporkan diri di balai polis sekali sebulan sebelum dibicarakan pada 3 Januari 2014. 


[ Sumber : Sinar Harian ]

Usman sebelum itu merayu wang ikat jaminan dikurangkan kerana dia menanggung isteri dan anaknya di Pakistan.

Mereka didakwa merakamkan filem lucah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama pada jam 8.30 pagi, Sabtu, 16 November lalu.




[ 4 hari 3 malam di Vietnam, RM1650, klik di sini ]

Pasangan terbabit dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002, Jika sabit kesalahan boleh didenda di antara RM10,000 dan RM50,000 atau dipenjara kurang 5 tahun atau keduanya.

Nampak perbezaan usia, 20 tahun bukan penghalang kepada perhubungan.

Laporan lengkap Utusan Malaysia, klik di sini.


11 ulasan:

  1. Teringat Pada Nukilan Entry Saudara Hampir 2 Tahun Lalu,
    32 Vs 60, Different Is Even Bigger By 28 But Still On !!
    SMTI Bro

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ohh.. esok2 bila lu sakit.. bini ko nk berdegek dengan jantan lain ko bagi lakan, sebab kesian kat bini? apa pun ta boley..

      Padam
  3. dia diperas ugut la.... jangan buat tuduhan dulu sebelum baca kes penuh..xkan wartawan pun tak tahu bende simple mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus awak. Bila dilantik menjadi Pegawai Penyiasat? Wartawan melaporkan, tidak menyiasat seperti awak.

      Tidak lama lagi akan naik pangkat ke Ketua Polis Daerah nampaknya.

      Padam
    2. Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Mohd Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500, manakala Muhamad Usman RM10,000 dan menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes.


      Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, rakan Muhamad Usman iaitu Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memiliki bahan lucah termasuk kesalahan memeras ugut.

      Mengikut pertuduhan pertama, Irfan Ahmed didakwa melakukan pemerasan hingga mendorong penyerahan wang tunai RM10,000 oleh Lizah. Perbuatan itu dilakukan Irfan Ahmed di hadapan sebuah restoran di Bukit Beruang jam 12 tengah hari 20 November lalu.


      Bagi kesalahan itu, Irfan Ahmed didakwa mengikut Seksyen 383, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.


      Pertuduhan kedua dan ketiga, Irfan Ahmed didakwa memiliki sebuah pemacu pena jenama Kingston dan telefon bimbit mengandungi filem lucah.


      Untuk pertuduhan keempat, tertuduh didapati ada dalam kawalannya sebuah komputer riba Dell mengandungi filem lucah.


      Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 7.30 malam di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana dan dia didakwa mengikut seksyen sama seperti pertuduhan kedua dan ketiga.


      Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan kes memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin disebabkan lelaki itu adalah warga asing.


      Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 7 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes.

      Padam
  4. May be perempuan ni and pasangan dia diugut kot. Motif "wang" may be..

    BalasPadam
  5. tuhan maha kuasa

    akhirnya hubungan haram cikgu nih terkantoi

    mujur ada tukang ugut

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.