Sabtu, September 05, 2009

'Hebat' Si Tulang Besi

Penulis ‘Tulang Besi’ di dalam blognya menuduh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ‘melacurkan’ diri untuk UMNO.

Entry 30 Julai 2009 mencatat ...

“Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah ‘pelacur’ kelas atas untuk UMNO”

Penulis kemudian membandingkan tahap pendidikan di antara Harrussani dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Catat penulis lagi ...

“Orang macam Harussani ini tidak layak dikira sebagai ulama kerana beliau adalah seorang yang fasiq. Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. Saya tidak yakin Harussani ni kenal Allah SWT atau tidak”

Harrussani dan Nik Aziz, keduanya Melayu dan berugama Islam.

‘Hebat’ sungguh si Tulang Besi.

45 ulasan:

  1. Sesungguhnya hanya ALLAH S.W.T yang mengenal hambaNYA. WAALLAHUALAM..

    BalasPadam
  2. Bukan hendak memihak pada sesiapa. setiap manusia berbeza amalannya di sisi ALLAH S.W.T. Semoga di bulan ramadan yang mulia ini, sama-samalah kita berbuat baik sesama kita. Kita semua (umat islam) adalah bersaudara.

    BalasPadam
  3. siapa kita untuk menilai seseorang itu..sesungguhnya kita ini hanya seorang hamba di sisiNYA.. yang pasti setiap dari kita perlulah tingkatkan amalan dgn ALLAH S.W.T...

    BalasPadam
  4. astgfirullahhalazim.

    Allah lebih mengetahui.

    mungkin dia ni lebih baik dari ulama.

    BalasPadam
  5. Tuan,
    sila pantau blog ini..

    http://messengerofgodtoday.blogspot.com

    BalasPadam
  6. agak2 lah, setinggi mana ilmu yang ada kt tulang besi sampai boleh menghukum orang mcm gitu sekali?

    BalasPadam
  7. Salam semua..
    Kalau ya pun taksub pada satu2 parti tertentu, janganlah pulak ulama dicaci hina...istighfar la banyak2 ya 'tulang besi'..semoga Allah mengampun dosa awak dan dosa2kita semua sempena bulan maghfirah ini..amin

    BalasPadam
  8. astaghfirullahhalazim..

    moga2 si tulang besi diberi hidayah dlm bulan yg mulia ni.. aminn..

    BalasPadam
  9. Pelik..
    Si tulang besi ni Ulama jugak ke?
    Kalau orang awam cakap fasiq pada ulama, siapa yg fasiq sebenarnya?

    Sepatutnya setiap orang Islam perlu memuliakan Alim Ulama.

    BalasPadam
  10. Ingatkan kat Indonesia je ada manusia yang dah sakit mental...rupanya kat negara nih pon ada ...tak kan nak jadi popular buat artikel macm tu kot??

    BalasPadam
  11. Salam,

    Entahlah agaknya bagi tulang besi, ulama' yg tidak masuk PAS maka dia orang umno dan harus dicerca. Walhal Ustaz Harussani neutral dan kerap menegur kerajaan BN juga.

    BalasPadam
  12. Kalau nak komen isu ini, saya mungkin akan bias... sebab saya adalah penyokong pakatan rakyat.

    Namun saya tak menafikan yang saya juga pernah meng'idol'kan Tan Sri Harussani nih sebagai tokoh agama yang bagus.

    Namun bila meningkat dewasa, makin ramai rakan yang saya kenali dan rapat, akhirnya saya sedar, Tan Sri bukan benar-benar neutral dalam menjalankan tugas beliau sebagai mufti. Kalau nak cerita, saya tak boleh sebab saya takder bukti. Tetapi rakan-rakan saya tidak pula saya kate menipu sebab mereka pernah dan sedang berkerja dengan Tan Sri. Jadinya saya rasa saya ada hak untuk percaya rakan saya tadi. (Deme nih bukan pun orang Pakatan Rakyat).

    Maka dengan itu saya sudah kurang respek dengan Tan Sri ini sebelum lagi saya berkecimpung dalam dunia Pakatan Rakyat.

    Saya kenal akan Tulang Besi ini. Dia sudah lama berkecimpung dalam Institusi keagamaan baik di dalam PAS, Umno mahupun dalam sektor kerajaan. Jadi saya minta jangan cerca dia sebab dia orang PAS. Bukan Tan Sri sahaja dia pernah hentam. Ulama PAS sendiri pun pernah dia hentam. Dia bersuara bila dia lihat pimpinan Ulama yang korup. Tak kira datang dari parti yang mana.

    Cuma yang saya nak tonjolkan, kenapa secara tiba-tiba, Tan Sri menghalalkan konsert JomHeboh yang selama ini diharamkan di Perak??? Tambahan pula semasa itu krisis perlembagaan Perak tengah hangat. Bagi saya tindakan itu adalah mencurigakan. Saya tak tahu pula pandangan Abg Mazidul. Maaf kalau ia menyinggung sebab Abg adalah kakitangan TV3.

    Terakhir dari saya... ini adalah berita daripada sumber yang amat saya percayai. Isteri Tan Sri Harussani ini adalah Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar. Kalau sesiapa yang rajin check, disilakan. Andai salah saya cuma orang yang menyampaikan berita yang saya yakin kesahihannye.

    Sekali lagi maaf Abg Mazidul andai komentar kali ini agak berbaur politik dan juga tidak menyokong pendapat Abg sendiri.

    Tulang Besi juga tidak pernah menyatakan dia syumul. Dia cuma orang yang alim dan berpelajaran tinggi dalam Ilmu Islam. dan dia marah bila lihat Ulama yang korup.

    BalasPadam
  13. Dugong, awak pun tahu saya bukan orang politik. Saya gemar membaca komen dilontarkan secara berkhemah. Bagi saya kepercayaan politik hak individu dan tidak boleh dinafikan.

    Kekadang sukar masyarakat membuat penghakiman berhubung identiti individu apabila terbabit sebagai ulama dan ahli politik.

    BalasPadam
  14. wah2.. sedap mulut je dia nak menghukum n judge orang.. ingat dia sape? Allah? ingat sket, kita semua ni manusia biasa .. suka hati je dia..

    BalasPadam
  15. Salam..
    Betul tu, memandangkan Tulang Besi juga seorang dari golongan alim, maka saya tak boleh nak kata apa.
    Kerana, kadang-kala isu ini sebenarnya mudah tetapi menjadi hangat dengan perkataan-perkataan yg digunakan dalam artikel.

    BalasPadam
  16. nauzubillah...hanay Allah Maha Mengetahui dan boleh menghakimi..

    BalasPadam
  17. kuarng ajar nye si tulangbesi???

    sapa kite utk nilai org tu fasiq atau tidak???

    kau tu TUHANN ke nak nilai org??

    masuk syurga neraka pun, sapa kite utk tnntukan???

    huh?

    pelik knapa ada mntaliti org brfikirn bgini

    BalasPadam
  18. jgn mnghina ulama' tulang besi

    BalasPadam
  19. Kita hanyalah hamba-Nya...hanya Dia sahaja yg Maha Mengetahui kedudukan hamba-hamba-Nya...

    BalasPadam
  20. setiap insan ada bidangnya..

    bagai menarik rambut dari tepung.

    Ayah kita boleh dikomen tpi kena ada caranya..

    komen ikut pilihan masing2..samada ikut cara Kh.Abu Bakar atau Kh Umar.

    Kalau alang2 nak ikut gaya KH Umar anak dia pun sampai hati dia akan sebat, kalau seKERAS itu boleh la. keras dan telus.

    sama level mufti pun ada cara jika niat Ikhlas, samada caling atau sms., ini kan pula berbeza level. melainkan niat menjatuhkan.

    Setakat dengar cerita surakhabar atau mulut orang,terus mengGODAM tanpa mendengar dari mulut Tuan diri, itu kurang wajar walaupun kita ni bertarar Phd, Dr atau Dato'.

    Saya pun belum cukupseimbang bertaubat 5 kali sehari, kita bukan duduk serumah, dgn mereka2 yang dikritik soal agama, amalan dan gaya hidup??

    mana tau mereka bertaubat lebih dari SAYA??ratus ribu sehari??

    bagi saya, kritik MMS sms YM boleh laa sikit2..sikit2 dalam bidang harian.

    adakah ulama ikhtiraf dia itu sendiri ulama?

    Ulama pewaris Rasul dan Nabi.

    sekadar pendapat versi saya, yang sekolah atap.

    BalasPadam
  21. salam semua.

    saya setuju pendapat kamu zz.
    org2 yg taqwa dia tak akan berkata2 dgn emosi.

    BalasPadam
  22. Abg Mazidul.

    'Some how' dalam isu Tulang Besi ini agak serius bila dia berkata perkataan fasiq. Setakat yang saya faham walaupun pembelajaran bahasa Arap dan Islam saya tak tinggi, fasiq ini adalah satu terma yang merujuk kepada seseorang yang melanggari undang-undang Islam. Banyak terma yang digunakan untuk mereka yang melanggar Undang-undang Islam. Tetapi bagi orang yang Fasiq, mereka secara terang-terangan melanggar undang-undang dan kita boleh lihat dengan jelas dan nyata kesalahan orang yang fasiq ini.

    Fasiq pula berbeza daripada golongan munafiq. Orang yang fasiq jelas dan nyata dia melanggar undang-undang Islam. Manakala orang yang munafiq ini kita lebih gelar mereka sebagai TALAM 2 MUKA. Sebagai contoh, orang yang fasiq akan makan dikhalayak ramai dalam bulan puasa tetapi orang yang munafiq akan makan senyap-senyap dan tersorok daripada pandangan orang.

    Tetapi apabila seseorang yang munafiq itu gagal menyembunyikan kesalahan maka dia jatuh dalam golongan orang yang fasiq.

    Jadinya kita sebagai insan yang marhean ni, memang dapat melihat dan menilai dengan akal yang kita ada samada seseorang tu fasiq. Tetapi orang munafiq ini memang hanya Allah sahaja yang tahu. (Hingga la dia kantoi)

    Dalam kes Tulang Besi seperti yang sama saya ulas sebelum ini, beliau adalah antara golongan orang berada dekat dengan Ulama baik kate ulama PAS atau Ulama UMNO. Jadinye, adalah tidak salah dalam pemikiran akal kita, yang beliau dapat menilai siapa yang fasiq.

    Kepada komentar yang kurang faham maksud fasiq nih, boleh google di internet. Lepas itu baca posting asal tulang besi dan nilai hujah-hujah dia.

    Kalau tanya saya, memang Tan SrI Harussani orang fasiq. Buktinya, membenarkan konsert JomHeboh datang kembali ke Perak sedangkan sebelum ini dia mengharamkannya. Saya nak tanya komentar lain, adakah ini disebabkan Tan Sri Harussani akhirnya sudah akur dengan kehendak rakyat atau dia masih menyunjung perintah Allah???

    Ada banyak perkara yang tak elok dan jelas-jelas haram sepanjang konsert itu berlaku. jadinya kenapa tetiba jer jadi halal pulak???

    BalasPadam
  23. Dugong, saya menjadi wartawan 999, saya pernah menyertai penguatkuasa Majlis Perbadaran Kota Bharu, Kelantan menyerbu pub di rumah kedai.

    Sebaik dimasuki, 2 pekerja wanita bergegas mencari tudung mereka simpan di kaunter. Apabila sofa diangkat, macam-macam benda ditemui. Tidak perlu saya olah di sini kerana pasti memalukan.

    Di negeri sama, melalui pengamatan saya, ada kelab eksklusif menjual arak. Kelab terbabit kini mempunyai nama baharu. Persoalannya, adalah pemerintah tidak mengetahui berhubung kegiatan kelab itu?

    Jika tahu, mengapa tidak dihentikan kegiatan mereka? Andai pemimpin negeri tahu kegiatan mungkar tetapi tidak menanganinya, bagaimana harus dia dilabel?

    BalasPadam
  24. Tak salah jika kita bercanggah pendapat demi mencari jalan yang lurus; tetapi jangan sampai kita melabelkan seseorang. Apatah lagi berkait dengan pegangan atau keimanan seseorang. Itu bukan kerja kita, Allah SWT sahaja yang menentukan keimanan seseorang itu.

    Para ulama adalah warisan (peninggalan) para Nabi. Saya sendiri masih tidak mengenali Tulang Besi itu siapa; motif dia menuduh Mufti Perak; Tan Sri Harussani Zakaria melacurkan diri untuk UMNO lebih kepada isu politik.

    Dibandingkan kita yang kurang segala ini rasanya para ulama itu lebih segala disudut kewarakkan mereka ke hadrat Ilahi.

    Semoga antara kita seagama eloklah bersangka baik. Terimalah kelemahan seseorang itu dengan kemaafan. Ambillah suri teladan yang baik dari apa yang didakwahkan.

    Tak baik sesama Islam berbalahan.

    BalasPadam
  25. Bro Maz

    Minta maaaf cakaplah

    Dari apa yang aku baca

    Kebanyakkan blog blog sedemikian

    adalah datang dari mereka yang 'Bijak - pandai'

    Tapi hairannya

    Kenapa mereka berani dlam blog sahaja

    Kenapa tidak keluar tunjukkan diri dan jadi 'MENTERI'

    Dan peliknya, depa ni dah nak jadi another Rasul ke??

    Bercakap - semua orang boleh

    Bekerja - Semua orang boleh

    Memuaskan hati semua orang - tak semua boleh.

    BalasPadam
  26. Bro Maz

    Kita uruh situlang besi jadi Mufti Besar Malaysia

    Setakat menulis kat blog sahaja tak guna, suruh dia pergi Parliemen, betulkan semua Ahli Dewn Negara termasuk Perdana Menteri.

    Tengok berani tak Berani???

    BalasPadam
  27. Saya terima dengan hati terbuka pendapat abg Mazidul dan itu adalah pengalaman Abg Mazidul sendiri di Kelantan. Saya tak nafikan perkara sedemikian boleh berlaku di negeri yang amat particular dengan ajaran Islamnya. Yes betul kalau ada yang menyatakan dah 20 tahun memerintah, takkan tak boleh nak hapuskan memungkaran seperti yang Abg Mazidul jumpa tu.

    Namun begitu penilaian terhadap kes ini di Kelantan, tak salah rasanya kalau saya kater ini adalah masalah dari segi perlaksanaan. Tiada dalam statement pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan tiba-tiba membenarkan kemungkaran ini berlaku. Mereka tetap tentang tetapi kedegilan manusia dan sifat mahu mencari makan secara mudah agak sukar dibendung. Apatah lagi nafsu manusia. Sekurang-kurangnya mereka buat tetapi belum lagi berjaya sepenuhnya.

    Tetapi kalau penilaian Abg Mazidul itu ada kaitan dengan kenyataan yang pernah Tan Sri keluarkan, rasa ada bedanya. Kerana dahulu secara terang-terangan beliau mengharamkan dari mengadakan konsert tersebut. Tetapi kenapa sekarang boleh??? Itu point saya. Dan ini menyebabkan telahan orang yang fasiq ini wujud.

    Beginilah... diskusi kita nih memang akan berlarutan. Saya bukan nak membela Tulang Besi, tetapi saya membela fakta Tulang Besi. Pada pandangan saya, apa yang dia katakan saya boleh terima. Saya juga terima pendapat Abg Mazidul dan juga komentar yang lain. Walaupun sesetengah mereka menempelak kembali Tulang Besi, saya anggap mereka masih belum jumpa kebenaranya. Dah itu bukan salah mereka juga kerana mereka belum diketemukan dengan fakta yang sebenar.

    Saya tak marah dekat Mufti Perak ini tetapi bagi saya, sejak akhir-akhir ini pernyataan beliau terlalu bias terhadap satu pihak. Dan bukan semua pernyataan dari Orang Pakatan Rakyat saya akan bersetuju. Kalau statement yang tahap bangang tetap saya bangangkan.(maaf kalau kasar bunyinye)

    Saya juga berkata atas logik akal saya. Kalau mende yang tak logik maka saya kata tak logik. Isu pengharaman rokok, Isu JomHeboh, Isu Rotan Kartika, Isu Lilin Dato' Seri Nizar dan beberapa isu lain yang saya teliti dan halusi, telah meletakkan pernyataan Tan Sri adalah sebalik daripada fahaman Islam yang saya pernah belajar. Banyak percanggahan logikal. Sebab itu saya tidak dapat menafikan pernyataan Tulang Besi.

    Tetapi saya juga tidak menafikan penyataan Tulang Besi itu sebagai agak kasar bunyinye. Mungkin ada cara yang lebih lembut. 'But he speak out from his own mind and word'. Mungkin kerana hilang sabar dengan kebatilan di depan mata dia Tidak adil pula kita hukum Tulang Besi tanpa kita nilai penyataan.

    Tulang Besi bukan nak jadi menteri. Itu la masalah orang kita, bila kita nak menegur, dibalas pula dengan 'Kalau ko pandai sangat, jadilah Menteri' Saya percaya yang kalau diberi peluang, Tulang Besi pun nak jadi menteri. Sebab 'he is fighter for a better government'. And do you all thing that we are in a better goverment???' I don't think so...

    BalasPadam
  28. Segelintir pengikut parti politik agak terlalu fanatik dan emosi. Jangan lihat pada isu mufti perak, tengok kepada semua yang ada dari polis, mahkamah dan penjawat awam. Jika mereka menyebelihi pembangkang maka itulah yang dikatakan baik, sebaliknya jika komen yang diberi tidak memihak kepada mereka, maka bermacam tuduhan dan cacian akan dilemparkan.

    Sekadar mengambil contoh, kisah Anwar Ibrahim. Semasa Anwar berada dalam kerajaan, apa kata kesat, kejian dan penghinaan yang mereka tidak lontarkan kepada Anwar? Malah siapa yang mula-mula membuka 'pekong' Anwar kalau bukan Muhamad Sabu, pemimpin PAS itu? Sekarang apa sudah jadi? Anwar dianggap sebagai dewa dan ulamak-ulamak PAS sentiasa menunggu 'wahyu' dari Anwar untuk membuat sebarang keputusan. Walaupun untuk kebaikan bila Anwar kata 'NO' maka kecut segala-galanya.

    AM pernah kata dulu (dan rasanya tidak keterlaluan) bahawa jika ditakdirkan Allah menurunkan malaikat ke bumi ini untuk menegur perbuatan mereka, nescahya mereka akan kata juga malaikat telah dibeli oleh UMNO. Percayalah.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  29. Dugong Darat, setelah membaca komen dilontarkan Anak Merdeka baharu terlintas di fikiran saya untuk mengajukan satu soalan. Maklumlah, saya bukan orang politik.

    Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mengecam PAS. Kini beliau bersekongkol dengan parti pernah menjadi 'musuh' politik semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional.

    PAS bagi beliau, dari 'buruk' kini menjadi 'baik'.

    Macam mana pula kes sebegitu agaknya pada penilaian saudara?

    BalasPadam
  30. Bro Maz

    Tumpang jab

    Minta maaf pada Dugong_darat yang mungkin marah dengan komen aku tu...

    Sekadar mengambil 'ayat dari Menteri' baru baru ini...


    Sya pun ada otak juga, masih boleh berfikir dengan matang, cuma komen saya tu sebenarnya berunsur 'jenaka sinis'

    Aku tak reti politik, tapi pernah belajar apa itu politik, tapi menurut kata kebanyakkan orang yang 'bijak pandai serta cerdik'

    Kalau tak suka Pencuri jangan jadi pencuri, jadilah polis

    Kalau tak suka harga barang naik
    jangan jadi pembeli, jadilah peniaga

    Kalau tak suka orang buat kerja, kita buat kerja tu sendiri

    Tapi fakta sebenar, harus di ambil kira

    Kalau betul sipolan itu bersalah, itu urusan dia dengan Allah.

    Tak perlu lah mengaibkan atau memfitnah atau melaga lagakan orang

    Tepuk dada tanya selera, ingatkan kisah Rasul Allah dengan Yahudi Buta, itu sudah cukup menyedarkan kita.

    Mohon maaf dari dugong_darat, anda sudah semestinya lebih hebat dari saya, kerana sejak graduate dari USA, kurang benar saya menetap di Malaysia yang indah ini. Dan saya tidak arif hal ehwal politik sekarang.

    Selamar berpuasa

    he he he he macam bagus je aku tulis kan...

    BalasPadam
  31. Syukur alhamdulillah, diskusi kita nih makin melebar. Untuk pengetahuan Abg Mazidul dan juga rakan saya yang jauh di maner saya tak tahu tu bro Alidyangon,mungkin ada di Myammar barang kali, saya bukan lah orang terarif dalam bidang politik. Kiranya terjun dalam bidang ini sepenuh masa pun selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Sebelum ini saya berdiskusi di Kedai Kopi bersama rakan yang juga asalnya seorang penggiat seni. Kira-kira dah hampir 2 tahun saya ikuti perkembangan secara intensif dan hampir 12 tahun secara ringan-ringan.

    Dan secara kebetulan pula, semalam (5/9) Anwar Ibrahim berkunjung di Perak dan saya berada di hampir semua majlis beliau (atas dasar khidmat untuk media di PerakExpress.com) Saya melihat dengan dekat dan jelas wajah dan juga kesakitan beliau (back pain) yang dialaminya. Kalau tak fikir semangat, rasanya baik dia rehatkan diri untuk kurangkan sakit belakang. itu cerita kemudian.

    Anwar Ibrahim, tokoh politik Malaysia. Asal terjun bidang politik dalam Parti yang dia tentang sekarang. Dan banyak statement ketika dia di BN adalah menentang parti yang dia berkerjasama sekarang. Secara normalnya bagi ahli politik untuk menghentam parti lawan. Dan itu yang dibuat oleh Anwar dahulu. Ini adalah perkara normal dalam politik. Tetapi tidak dari segi pandangan moralnya. Dulu kau keji sekarang kau puji. Seolah-olah menjilat ludah kembali. Betul tak Abg Maz???

    Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan beliau telah dipenjarakan 6 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau banyak berfikir. Ketika dalam Umno dahulu beliau sudah melakukan kesilapan. Beliau akui sendiri. Dan sekarang beliau berubah. Perubahan ini adalah disebabkan pengkianatan UMNO dan juga BN terhadap diri beliau sendiri. Secara terus terang, andai lepas setahun Anwar kene penjara dan keluar, motif politiknya adalah politik balas dendam. Tetapi tidak sekarang. Politik beliau adalah mengutama Rakyat. Bukan lagi mengutamakan Melayu. Atau bahasa mudahnya Ketuhanan Rakyat. Untuk menjayakan perkara ini beliau perlukan sokongan. Dan PAS menyokong beliau walaupun dahulu Anwar pernah kutuk PAS. PAS juga mahu perubahan ini.

    Kalau kita lihat dahulu, Parti Pas ramai yang meluat sebab ceramahnya lebih banyak caci maki dan juga cerca terhadap pemimpin Umno dan BN. Tetapi mereka berevolusi. Mereka akhirnya faham, untuk memenangi hati rakyat, bukan dengan cara itu. Maka tercetus la revolusi yang penting dalam PAS apabila golongan yang di gelar Erdogan nih muncul memimpin PAS. Perubahan ini sebenarnya yang telah dilihat dapat menambahbaikkan hubungan Anwar dengan PAS.

    Adakah perubahan untuk membaikkan sesuatu itu salah???

    Kita lihat contoh, bergaduh la jiran sebelah Abg Mazidul dengan Abg. Masing-masing dengan ego masing-masing. Tetapi apabila tercetus satu situasi dimana jiran hadapan abg buat onar di rumah dan hanya abg dan jiran sebelah sahaja yang mampus membuat sesuatu, tidakkah Abg kene berkerjasama dengan dia??? Abg kene lupakan sengketa dan berbaik-baik untuk membenteras kesalahan jiran hadapan tu.

    Sekarang Anwar mahu melawan Kerajaan yang banyak menindas rakyat. Dan sama seperti PAS. Adakah salah mereka berbaik dan lupakan sengketa lama??? Kenapa apa yang berlaku dahulu itu dijadikan alasan untuk mensifatkan Anwar??? Adakah manusia ini tak boleh berubah dan tak mampu berubah???

    BalasPadam
  32. Dugong, ada satu soalan lagi.

    Kelantan, negeri digelar 'Serambi Mekah', di bawah kepimpinan Islam, seperti didakwa. Tetapi statistik pernah dicetak di akhbar menunjukkan, majoriti pelayan pelanggan, GRO berasal dari negeri sama.

    Mengapa jadi begitu ya?

    Saya pernah menemubual beberapa GRO, jawaban mereka saya kongsikan kemudian.

    BalasPadam
  33. Seperti yang saya ulas sebelum ini, penilaian saya terhadap Anwar juga mungkin Bias bila saya jadi penyokong pakatan rakyat.

    Tetapi saya menilai Anwar dari segi kepimpinan beliau. Dari dahulu saya dan terutama sekali, Arwah ayah saya merupakan penyokong kuat Anwar. Kalau saya cerita pasai ayah saya, mahu lagi pening.

    Semasa zaman reformasi dahulu, arwah saya tak berapa sihat tetapi beliau tetap menyokong Anwar. Buktinya, hampir semua artikel di Internet di cetak dan baca sebelum tidur. Tetapi dalam masa yang sama dia tak akan menyokong PAS. Dan ketika reformasi menentang Tun Mahathir, beliau telah dilantik menjadi Ketua Cawangan Umno. Tetapi sebutan reformasi beliau tetap tidak lekang dari mulut.

    Kami anak beranak, percaya dengan kepimpinan Anwar dan dia memang pemimpin yang merakyat. Sampai ke hari ini, belum lagi ada bukti yang menunjukkan kepincangan pemerintahan Anwar semasa di BN dahulu. Takder sesiapa yang mahu tonjolkan kes salahguna kuasa Anwar. Dia cabar kerajaan sekarang untuk tunjukkan tang maner Anwar kianat terhadap rakyat. Yang ditonjolkan sekarang Anwar Kianat Melayu. Sebab aper??? Adakah Anwar pernah bagi tanah dekat Cina??? Adakah Anwar yang hapuskan qouta Bumiputra di Malaysia nih??? Adakah Anwar yang menaikkan harga minyak di Malaysia???

    Apa pendapat Abg Mazidul, jika benar Anwar dapat memerintah Malaysia dan turunkan harga minyak sehingga RM1.50, Meletakkan gaji minima Rakyat kepada RM 1500 dan yang menyatakan ini adalah bekas Menteri Kewangan selama 8 tahun, perlukan kita tolak pemimpin seperti ini??? Abg Maz jawab dalam hati jer. Nanti lain pulak jadinyer.

    BalasPadam
  34. Bro Maz

    Tumpang lagi

    Saudara dugong_darat

    terima kasih atas penerangan panjang lebar

    manusia boleh berubah

    Bukankah Allah telah berfirman yang mafhumnya

    "Tidak akan ku ubah nasib seseorang itu, kecuali dia merubahnya sendiri"

    Kalau salah tolong betulkan

    Bak kata satu iklan tu

    "Dullu kita susah ye bang, sekarang kita dah senang"

    he he he

    BalasPadam
  35. Kepada bro Alidyangon.

    Saya bukan hentam abg secara personal. Tetapi itu la kenyataan yang biasa saya dengar. Dan saya bukan nyer hebat maner pun

    Saya pun dah kata yang saya bukan defend Tulang Besi tetapi saya defend penyataan beliau berdasarkan apa yang saya nampak dan nilai sendiri.

    Saya bukan orang yang lebih expert dalam bidang politik, tetapi saya berada dalam kelompok pemimpin politik. Jadi banyak pengetahuan yang saya dapat datang... i can say 1st hand news.

    Betul kalau kita tak suka pencuri, kita jadi polis. Tetapi adakah kita mesti jadi polis untuk membenci pencuri??? Saya boleh jadi pendakwah kalau saya tak suka menjadi pencuri... betul tak???

    Kalau dengan menegur pemimpin itu, kita kene jadi pemimpin, siapa yang nak jadi yang kene pimpin???

    BalasPadam
  36. Bro Maz

    Tumpang lagi

    Betul tu dugong_darat

    saya tak ambik hati pun

    tapi kira banga la sebab masih ada orang yang perihatin dengan dunia politik di Malaysia.

    Jangan risau, saya akur.

    Yang saya beri tu perumpamaan sahaja.

    Segala tulisan anda saya ambil perhatian.

    Noted.

    He he he No problem bro...

    BalasPadam
  37. Abg Mazidul...

    Kelantan memang digelar 'Serambi Mekah'. Tapi kita tak boleh nafikan yang Kelantan antara negeri yang susah kerana hak yang sepatutnya milik Kerajaan Negeri telah dinafikan sebab Kerajaan Negeri ini diperintah oleh pembangkang.

    Dato Nazri Aziz pernah menyatakan, kerajaan bukan lah parti. Apabila kita telah dipilih oleh rakyat, kita kene jalankan tanggungjawab kita sebagai sebagai kerajaan. Kene adil dalam segala hal. Bukan berbaur kepartian.

    Adilkah kalau saya katakan Peruntukan kepada Kerajaan Negeri berbeza disebabkan lain-lain parti yang memerintah???

    Sebelum saya makin berbelit, saya straight to the point. Abg Mazidul biasa jumpa orang Kelantan di Kuala Lumpur. Pernah tanya kenapa mereka berhijrah??? Mereka ini berhijrah sebab mencari rezeki di luar kerana di Kelantan susah nak cari makan. Kenapa susah nak cari makan??? Sedangkan di negeri-negeri lain yang tiada sumber galian yang berharga mampu menjana ekonomi mereka dengan baik. Bantuan Kerajaan Pusat. Betul tak??? Ok... Adakah kerajaan negeri Kelantan mendapat layanan yang sama sedangkan sumber pendapatan negara datang dari bumi Kelantan??? Pernah tak Abg Mazidul bayangkan kalau Kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan seperti sepatutnya, tidakkah Kerajaan Negeri dapat menjana ekonomi mereka dengan baik???

    Jika kita tinjau maner-maner negara miskin di dunia ini, pelacuran telah menjadi sumber pendapatan rakyat untuk mencari sesuap rezeki. dari segi moral adalah tidak la baik dan juga dari segi Islam lagi la berdosa. Tetapi adakah mereka diberi peluang setimpal seperti yang sepatutnya???

    Sama seperti di Kelantan. Hak mereka dinafikan. Rakyat yang menjadi mangsa. Dato Mashitah sendiri pernah beri statement, melacur ini halal bila terdesak. Kalau dan didesak dengan keadaan kemiskinan, adakah mereka diberi peluang yang sama???

    'Serambi Mekah' maner pun, kalau negeri itu dihimpit kemiskinan akibat penafian hak... adakah Kerajaan Negeri Kelantan layak disalahkan kalau rakyatnya terpaksa melacur???

    Akhirnya saya nak minta maaf. Saya sekarang ini sudah kurang sangat nak mempercayai akhbar. Terutamanya, main stream. terlalu banyak Auta daripada fakta...

    BalasPadam
  38. Last abg Mazidul...

    Nak sahur pastu nak tiduq... Esok assignment awai pagi Abg...

    Memetik komen bro Alidyangon...

    "Dulu kita susah ye bang, sekarang kita dah senang"

    Tapi sekarang kita susah balik abg.
    Abg mai la balik Malaysia nih nengok. Ramai orang Malaysia nih dah susah. Yang kaya terus kaya dan yang miskin makin ditindas...

    By the way, salah sorang writer dalam blog kami di anje-online.blogspot.com tu, keje SUN. sekarang dia di ROME. Nick Saudagar Mimpi.

    BalasPadam
  39. Kalau betul lah Tulang Besi itu alim dan berpendidikan agama yang tinggi, dia tidak akan menjadi orang yang prejudis dan sangat menilai orang sampai sebegitu (judgmental).

    Saya cukup tidak bersetuju dengan kenyataan beliau "Orang macam Harussani ini tidak layak dikira sebagai ulama kerana beliau adalah seorang yang fasiq. Janganlah kita tertipu dengan orang yang rosak akidah seperti Harussani Zakaria ini. Saya tidak yakin Harussani ni kenal Allah SWT atau tidak".

    Siapa dia untuk menjatuhkan hukum Tan Sri itu fasiq dan tidak kenal Allah? Cukup ilmu sangatkah dia untuk melabel orang lain sebegitu? Kenyataan dia sendiri tidak mencerminkan diplomasi..

    BalasPadam
  40. Allah Maha Mengetahui.
    Datuk Harussani ni sebenarnya takde pun sebelah mana2 parti politik.
    Cuma biasa la akhir zaman ni, org alim ulama kena fitnah.
    Takpe, Allah menyebelahi orang yg benar.

    BalasPadam
  41. Saya dibesarkan dengan kisah2 Tun Dr Mahathir, dari kecil lagi, kerana saya sememangnya berasal dari Kubang Pasu. Saya rasa saya terpengaruh dalam mempertahankan agama saya kerana 'kecelikan agama' yang dibawa oleh Che Det.

    Saya bukan arif bidang politik. Saya adalah pemerhati dan memilih cabang yang mengekalkan negara dalam situasi yang indah, aman, dan selesa untuk dihuni.

    Saya tolak Anwar. Saya tolak PAS yang lebih suka maki di ceramah. Saya tolak ADIL yang saya lihat tidak seAdil mana. Ini semua dari kaca pemerhatian saya.

    Bekerja dengan orang luar negara, dan berkesempatan melawat negara luar dan berkawan dengan orang dari semua negeri di Malaysia, berteman kawan2 dari luar negara juga, membuatkan saya rasa apa yang saya pilih adalah betul.

    Saya sokong kata Abang Mazidul. Di IPT juga, ramai juga pelajar wanita dan pelajar lelaki dari negeri serambi Mekah selalu memalitkan nama buruk kepada imej pelajar Islam.

    p/s: Saya pernah berkongsi pengalaman bicara soal ini dengan pemandu teksi Pakistan di blog saya. Rata-rata org luar yang temui mengatakan ramai orang Malaysia terlalu tidak bersyukur dan membazirkan masa memperjuangkan perkara yang bukan-bukan dengan perjuangan yang tidak jelas kepentingannya.

    BalasPadam
  42. Sdr Maz, Dugong dan Alid;

    dari sudut Moral dan tingkahlaku,
    , mengharapkan satu dua Pemimpin yang berminat ke arah kebaikan, juga kisah negeri Kelantan,sebentuk dengan
    teguran KPN negara, berbuih nasihat dan teguran
    ke atas orang bawahannya. Tapi masih juga berlaku.

    antara arahan dan penguatkuasaan.

    BalasPadam
  43. bro sorry mcelah

    pada sy kelantan umpan 1 petak relung padi.padi yg hidupnya tanpa gangguan serangga dll(ikut dasar islam dan tidak bcanggah dengan tuntutan islam)

    SOAL BYK PELACUR DARI KELANTAN DAN MASALAH LAIN2,ADALAH NORMAL.MANUSIA PUNYA SIFAT DAN PERAGAI MMG SUKAR DIBENDUNG.

    negeri-negeri lain sy umpamakan kotak2 relung padi yang lain.relung padi yg tak berapa menjadi di akibatkan masalah serangan serangga dan tikus.(NEGERI YG BANYAK PUB DLL)

    soalan saya, BOLEH KITA MENGHALANG TIKUS DAN SERANGGA MASUK KE RELUNG PADI YG 1 KOTAK TERSEBUT?

    bg sy nak halang tak boleh.hanya mampu mcegah.nak mcegah bukan senang dpt dilaksanakan

    BalasPadam
  44. Ada orang kata dalam politik macam-macam boleh berlaku. Hari ini lawan esok jadi kawan, hari ini tidur sebantal esok bercerai talak tiga.

    Tapi dalam kes Anwar Ibrahim (tolong cari dan baca rentetan cerita dari awal pengelibatan Anwar sejak dia di UM sehinggalah menjadi ahli politik) dia sebenarnya kemaruk kuasa. Dia seorang 'fighter'. Dia tidak boleh dan tidak akan mengalah. Sebab itu moto dia guna, "lawan tetap lawan". Apa yang dia cakap selama ini adalah rektorik. Cakap dia tak serupa dengan apa yang dia buat. Dia kata kononnya kerajaan telah kontrol mahkamah, tetapi siang malam dia guna mahkamah untuk kepentingan peribadinya. Kita semua tak sedar dengan apa yang sedang Anwar lakukan.

    Bila dia menghentam kerajaan sebagai zalim, rasuah, kroni dan sebagainya tujuannya ialah untuk menjatuhkan imej kerajaan. Dia ada kelebihan kerana dia dulu berada dalam kerajaan, jadi orang lebih mudah percaya cakap dia. Sebab itu dalam islam, orang murtad hukumnya ialah bunuh. Sebab apa? Sebab bila seseorang itu murtad, dia boleh memburukkan islam lebih teruk dari orang kafir memburuk-burukkan islam. AM tidak samakan politik dengan agama, tetapi begitulah kaedahnya.

    Kenyataannya selama lapan tahun dia jadi menteri kewangan, apa yang dia buat untuk bantu rakyat? Banyak projek dia beri kepada adik beradik dan ayah dia, kemudian dia tuduh orang mengamalkan kronisme. Kalau tak kerana Dr M tolak permintaan Anwar untuk pinjam duit dari IMF, sekarang ini mungkin negara kita dah tergadai.

    Dia pandai bersendiwara. Tak mungkin dia akan tunjukkan wajah dia yang sebenar ketika dia ingin berdampingan dengan PAS untuk menawan hati rakyat. Dia terpaksa bertopengkan wajah alim dan seolah-olah dizalimi.

    Penjenayah besar, kalau nak meminang anak dara orang, tak mungkin akan beritahu dia seorang penjenayah. Silap-silap dia beritahu pada bakal mertuanya yang dia adalah tahfiz quran dan imam masjid.

    Sebenarnya Anwar ada perancangan tersendiri yang ramai orang dah boleh baca. Dendam kesumat Anwar terhadap UMNO tidak ada tolok bandingnya. Dia akan gunakan apa sahaja cara untuk mendapat kedudukan sebagai PM yang pada satu ketika hanya tinggal selangkah lagi sampai kekemuncak itu.

    Satu sahaja AM berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan jangan keterlaluan dalam apa juga yang kita lakukan. Teruskan jika ingin menyanjung Anwar, tetapi kita diberi akal fikiran untuk berfikir. Jika kita terlalu takub pada seseorang takut kita melampaui batas sehingga kita tak dapat menilai mana intan mana kaca. Penyokong kerajaan juga jangan terlalu taksub dengan pemimpin. Pemimpin yang terbukit tidak bermoral, mesti ditolak.

    AM dulu juga adalah penyanjung Anwar. Sekarang ini mug, lencang dan bukur-buku keADILan masih lagi dalam simpanan AM. Bukan sahaja demostrasi jalanan malah memula dulu, parti keADILan sering mengadakan wacana dan kursus kepimpinan dan AM turut serta. berapa ramai antara orang yang mengaku reformis sekarang yang ikut serta berdemo dan mengikuti kursus yang keADILan anjurkan?

    Masa itu yang tadbir keADILan ialah Kak Wan, manakala Anwar masih lagi dalam penjara. Tetapi bila dia keluar dan renung balik, apa yang diajar jauh sangat dengan apa yang dilakukan oleh Anwar. Sebab itu orang seperti Chandra Muzzafar dan Ezam lari meninggalkan dia.

    Fikirlah selagi ada masa.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.